Followers

Saturday, October 31, 2009

Aku Budak Minang

Welcome to Minang....,

Alam Takambang jadikan guru

kalau dilapek sobosar kuku,
kalau dibontang sebosar alam,

kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh,
kok tonggolam disolam,
kok datang biarlah nampak muko,

kok poie biarlah nampak belakang,

kok jauh dihimbau, kok dokek digamit,





Salah cotok bakuduang paruah
Salah lulue babadah paruik
Salah tariak ...

pakaian tradisi minang.. encem tak.. he he

JELEBU/JOLOBU (Salah satu daerah yang popular di N.Sembilan)

Ko Jolobak ko Jolobu
Tuai padi tigo tangkai.

Kalo kono komat Jolobu
Kalo tak mati! badan maranai



Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia
Binaan dan pakaian kepala yang meyerupai tanduk kerbau/kobau/kabau


Karano tanduak basi paruik tajalo
Mati di Padang Koto Ranah
Tuo jo Mudo sungguahpun heran
Datangnya indak karano diimbau
Dek karano Cadiak Niniak kito
Lantaran manyambuang di galanggang tanah
Dipadapek tuah kamujuran
Timbualah namo Minangkabau

"karena tanduk besi tanduk terjela,
mati dipadang koto ranah,
tua dengan muda sangat heran,
datangnya karena tidak dihimbau,
karena cerdik nenek kita lantaran menyambung digelanggang tanah,
diperoleh tuah kemujuran timbulah nama Minangkabau."


Minangkabau


Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.


silek/silat tuo Minangkabau di Rumah Gadang

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

Perkataan Minangkabau

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.


gadis minangkabau dgn pakaian tradisi yang cun melecun

Antara perkara yang terdapat fahaman adat minangkabau

Kebanyakkan orang apabila diberitahu bahawa masyarakat Minang merupakan penganut Islam yang kuat merasa bingung kerana anggapan mereka ialah sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka (matriarchal) akan sering berselisih dengan fahaman Islam yang lebih patriarchal. Namun sebenarnya, terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membezakan satu daripada lain.

Seperti contoh:

* Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.

Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki mesti meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan belajar dengan di surau (langgar, masjid).

* Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah.

Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba ilmu dan bertemu dengan orang dari berbagai tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah merantau juga bererti melatih orang Minang untuk hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda Minang berniat merantau meninggalkan kampungnya, dia hanya membawa bekal seadanya.

* Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu berkahwin.

Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan dengan siapa yang mereka ingin berkahwin.

* Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali lebih dari bapa.

Fahaman Minangkabau: Bundo Kanduang adalah pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang.

Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

Kedatangan Adat Perpatih di N.Sembilan

Sejarah kedatangan adat perpatih ke N.sembilan adalah berkait rapat dengan kedatangan peneroka-peneroka orang-orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka.Penduduk N.Sembilan kebanyakan mereka berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka.

ASAL USUL ADAT PERPATIH
Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah.

Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.

Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.

Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)

Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta pusaka kepada anak perempuan.

Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.

"Bukankah peraturan dalam adat temenggong mengatakan , siapa menggigit dia kena gigit?" tanya Datok Perpatih kepada Datok Temenggong. Dia sebenarnya merujuk kepada adat Temenggong yang mengatakan sesiapa yang menggigit mesti dibalas dengan gigit juga.

"Memang benar!" jawab Datok Temenggong.

" Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.

Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.

Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.

Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).

Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.

Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.
berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.


Tarian piring adalah tarian traditional paling popular minangkabau

bak kato pepatah

yang kurik kundi yang merah sago
yang baik budi
yang indah bahaso.
yang baik budi yang dikerah tenago
yang asyik puji yang megah harto.
yang terusik diri yang resah jiwo
yang carik hati yang basah mato.



Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku-suku atau keluarga.
Suku-suku tersebut seperti berikut:

Suku Biduanda/waris (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

Raja beralam, Penghulu berluak, Lembaga berlingkungan, Buapak beranak buah, Anak buah duduk bersuku-suku, Berapa sukunya? Dua Belas!

Apakah Adat Pepatih
Adat dipakai baru, jiko kain dipakai usang.

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Rang gadih mangarek kuku
Pangarek pisau sirauik
Paruik batuang tuonyo
Batuang tuo elok ka lantai
nagari ba ampek suku
dalam suku babuah paruik
kampuang banan tuo
rumah batunganai


(anak gadis memotong kuku, dikerat dengan pisau siraut, pisau siraut peraut betung tua, betung tua baik untuk lantai, nagari mempunyai empat suku, dalam suku berbuah perut, kampung bertua, rumah bertungganai).

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Sakali aia gadang
Salaki tapian barubah
Namun aia kailia juo sakali gadang baganti
Sakali peraturan barubah
Namun adat baitu juo

(sekali air besar, sekali tepian berubah, namun air ke hilir juga, sekali besar berganti, sekali peraturan berubah, namun adat begitu juga).



Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

'Baribu nan tidak lipuah, jajak nan indak hilang.'
Satu ajaran yang tetap berkesan, yang diterima turun temurun.

Hari paneh kok tak balinduang
Hari hujan kok tak bataduah
Hari kalam kok tak basuluah
Jalan langang kok tak bakawan

(hari panas jika tidak berlindung, hari hujan jika tidak berteduh, hari kelam jika tidak bersuluh, jalan lengang jika tidak berteman).



Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).


terdapat juga golongan dari suku minagkabau (keturunan Raja Perba) yang terpaksa
berpantang , mereka dilarang memakan rebung dari buluh betong, tidak boleh makan kerbau balau dan tak boleh kena daun selinsing.

Pepatah Minang

Barek samo dipikua, ringan samo dijinjiang

Bakato bak balalai gajah, babicaro bak katiak ula.
Suatu pembicaraan yang tidak jelas ujung pangkalnya.

Bak ayam lapeh malam, bak kambiang diparancahkan.
Seorang yang kehilangan pedoman hidup serta pegangan, berputus asa dalam sesuatu.

Bak kabau dicucuak hiduang umpamo langgau di ikua gajah.
Seseorang yang selalu menurut kemauaan orang lain, tanpa mengeluarkan pendapat hatinya

Elok nagari dek panghulu, elok tapian dek nan mudo, elok masajik dek tuanku, elok rumah dek bundo kanduang.
Baik suatu negari karena pimpinannya, begitupun Masjid, tepian karena pemuda pemudi yang tinggi budinya

walupun begitu.., hanya golongan tertentu saja di N.Sembilan yang masih mengekalkan adat pepatih.. iaitu golongan adat dan yang mempunya jawatan dlm adat tersebut.. seperti Yam tuan, Lembaga, Buapak dan sebagainya.. bagi golonga muda yang kebanyakan telah terdedah dgn arus permodenan malah pemahaman yg lebih baik tentang Agama.. maka adat tesebut telah semakain dilupakan.. jika ada sekalipun contohnya pada upacara perkahwinan .. dijemput juga ketua adat tersebut sebagai menghormati mereka..

tidak dinafikan adat pepatih sebenarnya adalah diambil dari hukum islam itu sendiri.. kecuali beberapa perkara di tambah untuk kesesuaian dan untuk kebaikan mengikut suasana ketika itu..

cuma yang tidak berapa betulnya.. Agama telah dijadikan adat.. maka setiap perbuatan yang bersandarkan adat dengan sendirinya telah tertolak.. walau ia dicedok dari agama Islam itu sendiri. sebagai org islam, kita mestilah melakukan sesuatu kerana ia adalah suruhan agama,, dan bukan suruhan adat.

maka pepatah yang mengatakan biar mati anak jgn mati adat perlu dikaji semula..

malah prinsip adat pepatih yang mengatakan 'lelaki menyandang saka' perlu diperjelaskan lagi.. kerana menurut kefahaman kini, saka adalah Jin belaan keturunan yang menyesatkan.

Ramo-ramo sikumbang jati
Katik endah pulanga bakudo
Patah tumbuah hilang baganti
Pusako lamo baitu pulo


bak kato pantun bebudak mudo pilah..
kobau tuo ilang di sawah,
org kampung pueh menchaghi,

kok ekau tokan kepalo kobawah..,
sah lah ekao la kobau yang den caghi.. heh heh


ekao ngan kobau samo yoo... padan muko pado sapo yang baco..


'bajalan paliharolah kaki, bakato paliharolah lidah'

gilo boto satu hari suntok den nak siap an tajuk nihh.. intenet macam hampeh.. ponek den.
ghaso nak toghojun yo lam sawah.. bekubang sobolah kobau..

'Aia diminum raso duri, nasi dimakan raso sakam.'
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.

Buruak muko camin dibalah
buruk muka marahkan cermin

SALAM JO SAMBAH KAMI
Kapado niniak mamak yang gadang basa batuah,pucuak bulek jo urek tunggang,

nan gadang diajuang tinggi diamba gadang.

Kapai tampek batanyo, ka pulang tampek babarito.

Nan bak umpamo kayo gadang di tangah koto.

Urek nanbuliah tampek baselo, batang gadang tampek basanda.

Dahan kuek buliah bagantung,

daun rimbun buliah balindung,

buah labek dapek dimakan. Tampek balindung kapanasan,

tampek bataduah kahujanan. nan bakato bana.

Aiei janiah sayaknyo landai, ikan jinak hukumnyo adie.

Kaampek suku dinagari, nan manjunjuang sako adat,

bilo maulana jo tuangku, nan tahu dihalal jo nan haram,

sarato sah jo nan batua, suluah dendang adat limbago.

Hulu balang jo ampang limo, jo manti pagawai adat,

nan bak umpamo pagaran kokoh. Cadiak jo tahu pandai,

nan arief bijaksano, tahu diangin nan basuruik,

tahu diombak nan basambuang, sarato dahan kamaimpok,

runciang kamancucuak, tahu dialamaik kato sampai,

alun bakilek lah bakalam, takilek ikan dalam aiei,

ikan takilek jalo tibo, tantu jantan batinonyo.

Nan mudo pambimbiang dunie,

nan capek kaki ringan tangan,

capek kaki indak panaruang, capek tangan indak mamacah,

aso tarantang duo sudah, nan bahati suci bamungko janieh,

nan tahu dimalu jo sopan, sarato raso jo pareso,

ancang ancang dalam nagari. Sarato kapado bundo kanduang,

limpapeh rumah nan gadang,

sumarak dalam nagari hiasan dalam kampuang,

nan gadang basa batuah, kaundang-undang ka Madinah,

kapayuang panji kasarugo.

Sarato jo urang banyak,

nan tidak baimbau namo sarato basabuik gala,
nan dilingkuang barieh jo balabeh, didalam cupak jo gantang,
dikanduang adat jo pusako. Ujuik tujuan buah rundiang,
sakiro paham dikahandaki, bahubung jo maso nan ditampuah,
musim nan tumbuah iko kini, syariatnyo ado bahakikat,
Lahieh kulik manganduang isi. Lahieh manjadi buah ama,
dek enggeran sako nan tatagak, Koto aman alam santoso,
salamaik korong jo kampuang, nak aman anak kamanakan.
Dunia buliah akhirat dapek, sinan mardeko mangkonyo panuah.
curai jo paparan, bukan mahunjuak maajari.
Hanyo sakadar calak calak ganti asah.
Kok salah mintak dibatua kan, kok panjang mintak dikarek,
senteng mintak dibilai, kok kurang mintak ditukuak.
Karano ulemu di Tuhan tasimpanyo. Kito nan bukan cadiak pandai.


antara seni kebudayaan Minagkabau

tari indang badinding




tarian kesenaian minang




silek/silat tuo pusako minang



silek jurus minang

Tuesday, October 27, 2009

Portable e-Kamus 5.02.06



e-Kamus v5.02.06 Professional Edition [PORTABLE] [51 MB]



+ Pelbagai Kamus dalam satu CD:
- English - Malay ( AT )
- English Oxford
- Malay - English ( AT)
- Dictionary of Medicine
- English - Malay ( Times )
- Dictionary of Computer
- Istilah Matematik ( DBP )
- English Peter Collin
- Kamus Dewan Edisi Ke-3 (DBP)
- Kamus Melayu - Arab ( Asas )
- Kamus English-Melayu ( DBP)
- Kamus Melayu - Cina ( Asas )
- Istilah Kejuruteraan (DBP)
- Kamus English - Indonesia
- Istilah Komputer (DBP)
- Kamus Indonesia - English
- Melayu - English (KM)
- Kamus Dewan Edisi Ke-4
- Istilah Sains (DBP)

+ Hanya 'Double click' pada perkataan untuk mencari makna

+ Penyemak ejaan automatik dalam Bahasa Melayu
- Semua semakan secara automatik. Sekiranya ada ejaan yang salah, perkataan tersebut akan ditandakan dengan garisan merah
- Dengan cara 'Klik kanan' e-kamus 5.02 akan mencadangkan perkataan pembetulan dalam bahasa Melayu

+ Fungsi sebutan/suara untuk perkataan dalam bahasa Inggeris

+ Kemas kini & naik taraf e-Kamus boleh dimuat turun dari internet secara PERCUMA!

+ Lebih 500,000 perkataan carian dan bertambah!

+ Integrasi dengan semua aplikasi komputer berasaskan teks

+ Sesuai untuk pelajar & golongan profesional

+ Lebih informasi dengan paparan yang jelas

download
e kamus
http://www.mediafire.com/download.php?1odkgz0kbkd

kamus tambahan 18 dlm 1
http://www.ziddu.com/download/3666185/dic.zip.html

* Langkah memasang:
1- Download dan extract file setup.exe dan dictionary (18 dic. tambahan) pada satu folder yang sama
2- Double click failsetup.exe dan install di komputer anda
3- Setelah siap install, akan ada popup keluar. Klik pada gambar kamus merah kecil di tengah tu.
4- Then, klik pada option, pilih add/remove dictionary
5- Pilih directory di mana fail dictionary tadi di simpan dan klik select all untuk pilih kesemua 18 kamus
6- Done.

tak reti-reti gak lagi
ambik nih..
http://www.youtube.com/watch?v=3iWSwUtIrTQ

kamus ini sepatutnya tidak memerlukan code..
tetapi sesetengah komputer perlukan unlock code..
jika demikian.., letak kan software code anda pada comment..
unlock code anda akan diproses..

info
http://www.myekamus.com/

Support Windows 98,2000,ME,XP dan Vista
win 7 blum test

tak pun boli yo la..
90 hengget yo..

belilah barangan buatan malaysia..