Followers

Wednesday, February 16, 2011

Surat Khabar penyebar ajaran sesat

Dalam keadaan sekarang, kawan dan lawan ada kalanya mudah dikenali, dan ada kalanya sukar dipastikan. dalam zaman serba canggih, fitnah dan adu domba begitu mudah disebarkan..
amat di kesali penyebar fitnah itu adalah dari media perdana yang sepatutnya menyampaikan
berita yang benar..
di sini dapat dilihat betapa seriusnya kemunafikan berlaku dalam masyarakat kita.
antara media perdana yang dikenal pasti penyebar bahan fitnah bukan sahaja mengelirukan malah boleh mengancam akidah masyarakat Islam.

waratwan bernama merupakan munafik yang dikenal pasti. akbar mstar, berita harian
dan ASTRO dikenal pasti sebagai lidah syaitan.

fitnah popular minggu ini

Amalan Poligami Antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim

Amalan Poligami Antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim

KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Bernama) -- Amalan berpoligami adalah antara penyumbang kepada kanser pangkal rahim di kalangan wanita berikutan sikap segelintir suami mengabaikan kebersihan diri.

Pakar Perubatan Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Marang Dr Suhazeli Abdullah berkata ada isteri-isteri yang mengalami penyakit pembunuh senyap itu, menderita setelah dijangkiti virus daripada lelaki yang berpoligami atau lelaki yang melakukan hubungan seks rambang.

"Kebersihan itu sangat penting bagi lelaki yang berpoligami bagi mencegah kanser pangkal rahim terhadap isteri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Penyakit Alaf Baru Pembunuh Senyap' anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melibatkan 200 pelajar dan kakitangan UMT di sini Isnin.

Dr Suhazeli berkata sebagai langkah awal bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim, Kementerian Kesihatan menggalakkan semua pelajar perempuan tingkatan satu dan dua mengambil suntikan Human Papillomavirus (HPV).

Dr Suhazeli berkata pelajar-pelajar itu perlu mengambil suntikan sebanyak tiga dos untuk sepanjang hayat bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim.

"Ada juga ibubapa tidak membenarkan anak mereka disuntik dengan HPV kerana berpendapat anak mereka bukan berperangai liar.

"Pengambilan suntikan HPV adalah digalakkan, sebagai langkah pencegahan kerana kita tidak tahu lebih dekat mengenai gaya hidup anak kita. Bagaimanapun pengambilan HPV bukanlah lesen untuk mereka lebih bebas bergaul," katanya.

Beliau berkata vaksin ini juga boleh didapati di klinik-klinik kesihatan dan wanita yang inginkan vaksin HPV boleh mendapatkannya di klinik-klinik berkenaan sebagai langkah pencegahan.


-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=563576

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Poligamiantarapenyumbangkanserpangkalrahim/Article

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/14/mstar_berita/20110214160759&sec=mstar_berita


Penafian oleh Dr Suhazeli Abdullah yang diburukkan imej nya oleh

su: Laporan “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim”
Posted on Wednesday, February 16 @ 02:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Kenyataan Media Oleh: suhazeli

"Isu: Laporan “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim”
Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar secara online yang memetik laporan Bernama bertajuk “ Amalan Poligami antara Penyumbang Kanser Pangkal Rahim” disiarkan pada 14 Febuari 2011 dan juga akhbar pada 15hb Febuari 2011 berkaitan perkara yang sama.

Laporan tersebut seolah-olah menyatakan bahawa saya dalam kapasiti sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga mendakwa saya mengeluarkan kenyataan bahawa amalan berpoligami adalah antara faktor penyumbang kanser pangkal rahim.

Secara peribadi saya ingin membetulkan laporan tersebut kerana ia merujuk saya sebagai sumber kenyataan tersebut.

Saya menegaskan bahawa saya tidak membuat kenyataan sedemikian, laporan tersebut adalah tidak tepat, di luar konteks dan langsung tidak menggambarkan keseluruhan isi ceramah saya yang bertajuk “Penyakit Alaf Baru, Pembunuh Senyap” berlangsung di Universiti Malaysia Trengganu. Apa yang cuba saya tampilkan hanyalah wanita yang mempunyai berbilang pasangan seks (multiple partner) berisiko tinggi kepada jangkitan HPV (Human Papilloma Virus) dan seterusnya menjadi factor penyumbang kanser pangkal rahim dan bukan poligami yang merupakan faktornya. Saya juga menegaskan tentang peri pentingnya menjaga kebersihan bagi pasangan yang melakukan seks dengan berbilang pasangan.

Saya tidak pernah berniat mempersoalkan kesucian ajaran agama Islam malah saya sendiri sebagai seorang Pakar Perubatan Keluarga telah banyak melihat bukti saintifik ajaran Islam itu menepati kajian-kajian serta penemuan sains.

Saya amat kesal intipati ceramah saya disalahlapor dan tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang melaporkannya itu. Semua laporan yang salah tersebut perlu ditarikbalik dengan serta merta kerana ia boleh mengelirukan dan membangkitkan sensiviti beragama rakyat Malaysia.


Bertarikh pada 15 Febuari 2011

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3286%27

di sini berlaku penghinaan kepada Islam yang mengharuskan Poligami. Lidah syaitan ini cuba menyampaikan mesej bahawa poligami adalah amalan buruk. Adakah wartawan ini cuba menghina islam dalam lapuranya..?

Siapakah bernama
Bernama -Berita Nasional Malaysia

Bernama TV merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan(termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama TV menggunapakai slogan "Right & Now" (Baru & Benar). Bernama TV telahpun dilancarkan pada 28 Februari 2008.

Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.

Kandungan berita Bernama TV sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Malaysia . Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Berita@Bernama, News@Bernama, Xin Wen@Bernama, dan Seithigal@Bernama. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan juga Helo Malaysia, sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[1]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bernama_TV
http://en.wikipedia.org/wiki/Bernama