Followers

Friday, April 20, 2012

Malware- Perisian berniat jahat

Komputer sekarang dah jadi satu keperluan..siapa yang takde komputer..tdan tidak tau menggunakan komputer ..habis la..anda dah tak boleh survive di zaman ni.. tapi dalam keseronokan mengunakan komputer ni..kita terdedah kepada bahaya yang lebih besar dari orang yang tak tau guna komputer. Beberapa ancaman seperti di bawah boleh menyebabkan anda Muflis jika tak berhati hati.

MALWAREmalicious software (perisian yg berniat jahat)

















Tiap hari pengguna komputer terdedah kepada Malware, iaitu software/perisian yang di buat untuk tujuan jahat ini termasuk didalam nya apa yang di panggil

1. Virus- merebak dari komp ke komp. dgn perantara manusia- contoh guna pendrive. virus biasanya akan merosakkan sistem komputer. Jawabnya selalu la kena format komputer.













2.Worm- punya kebolehan merebak dari komputer dgn sendiri melalui tempat yang lemah/kebocoran (Vulnerable)  dalam komputer anda. bahagian yang lemah ini selalu di panggil Bugs. Kelemahan ini selalunya berpunca dari software yang kita install dlm komputer. bug ini akan di perbaiki jika kita selalu update software terutama Operating Sistem Window. Worm in isangat bahaya kerana setiap komputer yang dijangkiti akan menjadi seperti zombie atau robot suruhan tanpa kita sedari. Ia tidak merosakan komputer tapi menggunakan komputer yg dijangkiti untuk kepentingan org yang mencipta worm tersebut. Contohya komputer yg dijangkiti secara otomatik boleh menghantar email spam kepada setiap rakan dalam email kita. Email tersebut biasanya berbentuk iklan. kalau kita dapat email yg bukan2 dari rakan kita. maknanya..komputer dia telah pun jadi zombie dan dijangkiti Worm.



3.Trojan- Trojan selalunya bersembunyi dalam software yang kita install. (hidden malware in application) sapa yang selalu guna software pirate terdedah dengan trojan ni. software pirate yang mudah di download itu selalunya telah di isi software trojan ni untuk kepentinga orang yang upload software tersebut. Komputer yg dijangkiti trojan membolehkan komputer tersebut di access dari jauh dan segala maklumat dalam komputer boleh di ceroboh. jaga2 lah sapa yang jenis suka tulis password , no bank. no tel atau semua maklumat penting dalam word atau sebagainya.


 

4.Spyware - spyware ni selalunya dibawa oleh worm atau trojan bertujuan mengintip segala yang kita buat dalam komputer kita terutama sewaktu melayari initenet. spyware akan merakam kan website mana kita layari, password apa yang kita type dan sebagainya secara bergambar dan bertulis. memang dashat. sekiranya kita log in dalam akaun bank..maknanya password kita telah pun dirakam oleh spyware ini yang juga selalu di panggil key logger.

 









5. Addware- addware ni software iklan yang package sekali dalam software yang kita install. dia tak lah bahaya..tapi menyemak kita punya komputer. sapa perasan kat toolbar kita tu penuh dengan macam benda. kita tak tau pun bila dia ada kat situ. itu semua masa kita install software kecik macam mozila fire fox, win amp dan macam2 lagi la.

  


6. Pishing. - pishing sangat bahaya sebab dia meniru website yang selalu kita kunjung dan log in seperti facebook, yahoo mail, maybank, CIMB Bank dan macam lagi untuk curi pasword anda.







sila pastikan anda type sendiri https://www.maybak2u.com.my untuk log in ke maybank. jangan sekali2 klik link dalam email untuk ke website bank anda. Website bank selalunya akan guna HTTPS dan berwarna hijau menunjukan selamat.












ini contoh pishing dalam email. mereka menyuruh klik link yang mereka sediakan untuk LOG IN..sebenarnya itu bukan website maybank tetapi website mereka yang sedang merakam apa yang anda type. jika anda type password anda maka ia akan di hantar ke email mereka.. habis la semua duit anda dalam bank.

hah.. jaga-jaga komputer anda yang tiada antivirus atau tak pernah update window. anda sememangnya dalam bahaya.

Pada entry yang akan datang kita akan tengok antivirus apa yang sesuai untuk komputer anda.


No comments:

Post a Comment