Followers

Sunday, February 26, 2012

Radix Fried Chicken

Alternatif yang amat sesuai kepada KFC.. maklum lah..KFC tu dah la amerika
punya.. sekarang ni dengar kata dah dijual kepada Syarikat milik yahudi..

"Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.."

http://pouchnote.blogspot.com/2012/01/ghani-othman-jual-ekuiti-orang-melayu.html

Kalau yahudi tak beli pun..sebenarnya banyak keraguan dgn KFC tu.. maklumlah walau pun ayam nya di ternak dimalaysia oleh AYAMAS.. tapi rempah ratusnya diimport.
apa lah nak harap org bukan islam yang buat resepi.. tapi lantak la kan.. ada aku kesah..

Pembukaan Radix Fried Chiken (RFC) di Seksyen 7 Shah Alam berhampiran ICT.
smemberi satu peluang besar bagi kebanyakan org islam untuk makan di restoran ala KFC.
tapi di restoran milik orang Islam punya.. jadi halal haram tu dah tak risau lagi..


pemandangan luar RFC Shah Alam


kedai dia kat lot tepi..parking banyak la sikit..


waktu operasi kul 10 pagi.. tapi dtg la lewat sikit.. takut tak siap lagi



ada dua je kaunter kat sini.. orang semakin ramai dtg sana..


walaupun hari tu operasi dia terlambat sikit.. tapi cashier ni..
masih senyum mesra..hehe


nasi ayam RFC.. wangi dan sedap


ayam RFC ni kecik sikit dari ayam KFC.. lagi rangup la..



dia punya drumstik pun. tak la besar sangat.

selain ayam goreng , chicken chop pun ada..tapi tak dapat ambik gambar.
selain tu ada la juga kentang goreng, kentang lenyek, kobis cicncang..sama macam KFC.
untuk minuman pulak..selain air gas tu..air jus pun ada.
lebih sesuai la untuk yg jenis jaga kesihatan ni.


tingkat dua RFC Shah Alam.. selesa juga.. siap ada bacaan al quran, selawat
dan ada lagu sekali..best la..
Rasanya ramai yag sanggup dtg walau jauh sikit..untuk merasai pengalaman
makan di restoran Melayu ala KFC.. ada member pernah juga makan di restoran Ayamas..
bila tau Ayamas tu anak syarikat KFC.. terus tak pegi dah makan kat situ..
ayamas punya ayam goreng macam hampeh.. tak sama rasa macam ayam KFC dan RFC pun..

Syabas HPA dan RFC.. memberi peluang kepada kami memilih yang lebih baik..