inikah gadis bunian | |||||
buluh bunian | |
Sewaktu saya merayau surfing web.. terjumpa lak satu discussion panjang lebar tentang alam bunian.. rasanya seronok juga dikongsi kan bersama perbincangan ini..
ia adalah antara org yg boleh melihat alam bunian dan pelawat blog..
sebenarnya saya juga melalui sedikit pengalam dan pengetahuan tentang alam bunian..
walaubagaimana pun.. bukan pengalaman saya yang nak dikongsikan..
saya lebih suka kongsikan pengalaman org lain..
cuma nasihat dari ulamak.. sebaik baik jin..adalah sejahat2 manusia..
jgn sesekali bersahabat dgn jin.. tak kira jin islam atau kafir.. bunian juga adalah
di ketegorikan sebagai jin..
LAGENDA SUMPAH BUNIAN |
Misteri: Manusia boleh lihat bunian
Oleh : Nasron Sira Rahim
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.
DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
Bunian Earcuff |
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
PERIGI BUNIAN PULAU BESAR |
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
| |||||||||||||||
Cenderawasih bunian |
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.
Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
SEBJATA BUNIAN |
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Pancar Delima BUNIAN |
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
Sejadah Bunian |
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
DUIT BUNIAN | ||||||
komen pembaca blog tersebut
saya dah masuk ke alam bunian 2,3 kali best jugak banyak perbezaan dari alam kita.penduduk disana tolong-menolong dan byk lg.tiada hasad dengki.itu perkampungan bunian islam.memang betul waktu disana sekejap tp di alam manusia lama.byk lg yang saya tahu tp cukup setakat tu.
mereka juga menggunakan duit yg sama spt kite.mkn,minum dsb.cume kt x nampak mereka.cuace tempat mereka sejuk sedikit dan berkabus sikit.teknologi mereka sama mcm kite.
- Mei 7, 2008 at 3:49 pm | #9
ini adalah anugerah allah.saya tak tahu ia dtg dari maner.saya tak belajar dari sesiapa pun tp ia dtg sendiri selalunya semasa tidur. dulu pernah menumpangkan seorang lelaki sekitar umur 50an wajahnya ceria je.disuruh saya menghantarnya ke satu dlm kul 12.30 pg.nampak mcm dlm kesusahan saya pun dgn rela hati menghantar saudara ni menaiki motor ke tempatnya adalah pelik sekali mula2 tu oklah tempat tu mcm kita gak tp yg peliknya laluan motor je yg boleh lalu tp terdtp lori besar yg masuk.sejak tulah saya dpt msk ke alamnya semasa tidur saya.tp seolah2 saya terjaga dan rasa mcm spt alam kita.dpt melihat org2nya kehidupan meraka dan bermcm lg.yg penting saya dpt berjumpa dgn penghulunya dialam tu.nak masuk ke alam tu ada syaratnya.nantila saya akan cerita dan berkongsi bersama2 apa yg telah saya lalui.ini bukan tipu tetapi adalah benar sama sekali.ini adalah satu anugerah allah kpd saya.alhamdulillah..yg penting org2 tu semuanya beragama islam.
Klu ke gunung Ledang atau Jerai jgn pegang,ambil atau sbgnye benda yg nampak pelik dan jgn sesekali menegur kerana disekeliling anda ada benda tu dan dgn kata senang anda dah hampir memasuki alam bunian.tp anda tidak nampak mereka tp mereka akan nampak anda.mungkin ada bau wangi skit tandanyer mereka ada disitu.saya pun sekarang ni asyik terdengar suara mereka memanggil datang kesana.selalunyer mereka yg hendak kerkawan dengan kite akan didengarkan suara2 begitu.samada mereka akan ambil saudara terus ataupun dipinjamkan sebentar diatas apa2 urusan.Dari pengalaman saya mereka ikhlas dan baik terhadap manusia.cuma kadang2 kite je yg takut terhadap mereka.x dinafikan ada jugak dikalangan mereka kafir mcm kita jugak di alam manusia.Sekiranya anda bernasib baik akan masuk jugak ke alam mereka dan anda akan tahu apa yg anda nak tahu di alam mereka.Ada x saper yg tahu lg tenteng alam mereka boleh kita kongsi bersama k.Di gunung Ledang di tingkat tiga x silap saya dekat dgn air terjun ada salah satu perkampungan mereka.klu bernasib anda akan nampak.
klu bunian yg baik lg beriman mereka akan layan kita sebaiknya (sekiranya kita terjumpanya)tp klu yg kafir tu yg bawak masalah .dan jgn sesekali menceroboh kawasan mereka kelak buruk padahnya,minta izin dahulu spt kita ingin memasuki rumah org.biarlah beradab.tgklah apa yang terjadi di sekolah tanjung lumpur kuantan baru-baru ini.masyarakat sekarang ni mana percayai sangat perkara-perkara mcmni.
Saya memang bercadang nak ke gunung ledang dan jerai,tp bkn sekarang.di gunung jerai ada sebuah telaga diberi nama pak sheikh dan sekiranya anda bernasib baik akan nampak sebuah surau kecil dimana surau ini selalu orang bunian gunakan untuk sembahyang dan sekiranya terdengar suara azan pasti mereka ada disitu.disitu juga terdapat sebuah kerajaan besar bunian.mereka mcm kita gak..mereka tiada raja cuma dipanggil peghulu bunian.sy dulu pernah dihadiahkan batu2 delima untuk dibuat ubat,kertas yg mengandungi ayat2 suci yg dialaskan dgn kain kuning,tasbih berwarna mutiara danlain2.tp sy x ambil.yg memberikan kepada sy adalah seorang tua berwajah sungguh cerah dan bercahaya memakai baju jubah berwarna putih sambil memegang tasbih.terpulanglah pada saudara2 nak percaya atau tidak.ini sekadar pengalaman sy….
Ada seorang ustaz dan pensyarah yang sedang membawa para pelajar2 orentasi secara tiba2 terdengar suara orang azan di salah sebuah gua di kota gelanggi dijerantut pahang.tempat itu selalu dikaitkan dengan orang bunian.pengalaman tersebut diceritakan selepas habis xtvt tersebut.disekitar kawasan tersebut sungguh bersih seperti ada orang yg menjaganya.sepanjang berada disitu tidak dibenarkan bercakap takbur kelak buruk padahnya.jd kepada sesiapa di kalangan saudara2 yg ingin merasai pengalaman tersebut silalah kesana, mana tahu nasib anda baik akan bertemu dengan orang bunian tersebut….
- September 3, 2008 at 4:12 pm | #54
sebenarnya sy was-was nak ambil. lgpun x diberitahu penggunaanya kpd sy mengenai barangan tersebut .telaga tersebut ada di alam kt.gunung jerai ni besar mampukah saudara menjumpainye.ada pantang larangnye…carilah guru untuk mengetahuinya.sy kurang berkebolehan dlm soal ini.
- September 4, 2008 at 10:03 am | #56
Utk diri sy seorang bolehla sy tengok alam mereka,tp jikalau ada orang lain yg mengikuti sy berkemungkinan orang tu tak akan dapat melihat alam mereka.Ini bukan sy membuat perjanjian dgn mereka tp itu adalah syaratnya .Klau sy sampai di gunung ledang seolah-seolah mcm ada orang menunjukkan jalan ke perkampungan mereka.Dan nasihat sy jikalau saudara-saudara ingin melihat alam mereka semasa berada di ledang atau jerai bawalah seseorang yg afir tentang mereka…yg dapat membantu anda.
sebenarnya terlalu panjang perbincangan mereka .. saya ambil sikit sahaja
terutama samsul yg berkebolehan melihat alam bunian..
saya mempercayai samsul berkebolehan begitu.. kerana bukan dia seorang yg mampu
berbuat begitu.. cuma dia perlu berhati2.. kerana keghairahan masuk kelam jin..tanpa ilmu agama
yang cukup.. boleh mengundang bahaya pada akidah.. malahan juga ..cara dia memperolehi kelebihan itu juga dikhuatiri adalah dgn peglibatan jin juga tanpa disedarinya..
di ulangi..
sebaik baik jin..adalah sejahat2 manusia.
jgn pulak lepas ni ada pulak yang pergi gunung ledang dan gunung jerai pulak nak cari
bunian punya pasal.. cara yang betul ada..belajar kat ulamak.. selamat dunia akhirat..
tapi kalau sapa beria sangat nak tengok kampung bunian..saya kasi alamat dia nihh. ..
Kampung Bunian yang dimaksudkan ialah sebuah Perkampungan Baru Banjir - Kampung Bunian di Mukim Chenor, Daerah Maran, Pahang
tak caya kee.. ada org dah pegi laa..
lebih lanjut tentang perbincangan diatas..
saya nak komen skit pasal ungkapan sebaik2 jin, sejahat2 manusia...selalu orang melayu sebut.tak betul tu...sebab jin pon nanti akan masuk syurga..bagaimana jin boleh masuk syurga kalau dia lebih jahat dari ariel sharon, bush dll? perlu diingat, jin pon ada agama, sama mcm manusia.ada yang Islam, yahudi dll. Nabi Muhammad s.a.w pon pernah beri ceramah kepada golongan jin ni.
ReplyDeletekita bercakap biar dgn ilmu..kalau tak tau kena banyak belajar..tanya dengan banyak ustaz/ulama..contohnya ustaz ismail kamus..saya banyak tahu/belajar dgn ustaz ni..maafkan saya kalau terkasar bahasa..
ustaz ismail kamus ada ceramah panjang lebar pasal jin ni..boleh dicari di kedai2 cd/vcd agama..buku pon ustaz ismail kamus ada tulis..
saya penah tgk sebuah kampung diseberang lombong yang luas,bila sampai disana takda kampung disitu hanya ada sisa2 penempatan yang telah lama ditingalkan.kalau nak tgk dtg le ke taman alam kinta batu gajah perak,kot kot kampung tu muncul lagi.kejadian 2 saya alami time senja baru lepas ujan.
ReplyDeletealam jin/bunian sememangnya wujud... tak semua org berpeluang jumpa..
ReplyDeleteKALAU SAYA KATAKAN ADA GOLONGAN BUNIAN TINGGAL BERSAMA MANUSIA CAMNA..CAYA KE? TAPI ITU LAH YG TERJADI..DH JADI MANUSIA CAM KITA PUN..CUMA HUBUNGANNYA DGN KELUARGA ALAM GHAIB TETAP TK PUTUS HINGGA SEKARANG..TERPULANG PADA ANDA SEKELIAN...ALAM GHAIB MEMANG UJUD..TU PASTI..
Deletememang ada..saya pun percaya.. saya pernah jumpa kes macamni..tak ada apa yang mustahil..
ReplyDeletetuan saya na tanya... saya ade tertangkap gambar da di belakang saya terdapat seolah2 kelibat seorang perempuan muda dan seorang perempuan tua serta kanak2 kecil... dikatakan perempuan2 tersebut adalah sesuatu yang ingn berkawan dengan saya... benarkah? adekah ia adelah jin? kerana sebelum peristiwa tersebut...saya sering dipnggil dengan nama saya pada waktu mlam... namun tidak diketahui siapa yang memangilnye...da apabila saya saket... akan didengari suara orang menagis pada waktu malam...apa pendapat tuan atau sesiapa yang arif tentang hal ini?
ReplyDeletesaya harap tuan boleh menerangkan hal ini selanjutnya... terma kasih.
ReplyDeleteassalamualaikum, tentang perkampungan tue.. saya pernah pg ke sana..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBismillahirohmanirohim.. Assalamualaikum.. Menarik cerita saudari.. Tp agak terkilan dgn admin.. nape editor tak selitkan sekali mengenai puteri balqis zmn nabi sulaiman a.s.. ramai yg mendakwa puteri balqis adalah keturunan bunian atau jin.. (saya xpasti mengenai hal ini) dan fakta mengenai waktu masa alam dunia (bumi) berbeza dgn alam bunian.. berapa tempoh waktu perbezaan?? adakah 1jam di dalam alam bunian bersamaan dgn 1 hari waktu alam dunia (bumi)?? dan kenapa berlakunya perbezaan waktu dan masa?? adakah kerana alam2 ghaib serta alam2 yg menempatkan kerajaan jin serta bunian dipilih sendiri oleh golongan penghulu mereka..?? kerana mereka tidak mahu menunggu lama masa hari akhirat.. (sama tempat alam dimana dajjal bersembunyi dan terus menerus mengasah n mempelajari segala macam ilmu utk digunakannya pada kemunculannya) sebab itulah umur mrk adalah beribu2 tahun (klu mengikut kiraan masa bumi) sedangkan umur mrk lebih muda dari itu (kerana masa alam bunian lebih lambat)..
Deletedan ada tempat alam ghaib (kerajaan ghaib) yg tidak akan dihuni oleh golongan iblis jin dan bunian.. alam dimana masanya sebaliknya.. 1 saat masa dunia (bumi) bersamaan dgn satu hari di alam tersebut.. hanya manusia terpilih oleh Allah s.w.t sahaja yg akan mampu pergi ke alam tersebut.. tp akan terasa sunyi jelh nnti.. sbb jin dgn iblis xkan menjenguk kat tempat tuu.. sbb mrk bukan dari golongan penyabar.. yg layak akan terkesima dan susah nak menjelaskan malah takut ingin duduk disitu lama.. sbb... tiada kerajaan di alam itu.. anda keseorangan.. tiap kali anda membina sesuatu (bangunan) kemudian kembali ke alam dunia.. dan sampai berapa hari anda kembali semula ke alam tersebut.. bangunan yg anda bina spt runtuhan n tinggalan.. Contoh : yg paling dekat pada setiap manusia adalah Alam Mimpi .. Terasa berhari dialam mimpi padahal tido bru berape jam.. Wallahualam..
Bismillahirohmanirohim.. Assalamualaikum.. Menarik cerita saudari.. Tp agak terkilan dgn admin.. nape editor tak selitkan sekali mengenai puteri balqis zmn nabi sulaiman a.s.. ramai yg mendakwa puteri balqis adalah keturunan bunian atau jin.. (saya xpasti mengenai hal ini) dan fakta mengenai waktu masa alam dunia (bumi) berbeza dgn alam bunian.. berapa tempoh waktu perbezaan?? adakah 1jam di dalam alam bunian bersamaan dgn 1 hari waktu alam dunia (bumi)?? dan kenapa berlakunya perbezaan waktu dan masa?? adakah kerana alam2 ghaib serta alam2 yg menempatkan kerajaan jin serta bunian dipilih sendiri oleh golongan penghulu mereka..?? kerana mereka tidak mahu menunggu lama masa hari akhirat.. (sama tempat alam dimana dajjal bersembunyi dan terus menerus mengasah n mempelajari segala macam ilmu utk digunakannya pada kemunculannya) sebab itulah umur mrk adalah beribu2 tahun (klu mengikut kiraan masa bumi) sedangkan umur mrk lebih muda dari itu (kerana masa alam bunian lebih lambat)..
Deletedan ada tempat alam ghaib (kerajaan ghaib) yg tidak akan dihuni oleh golongan iblis jin dan bunian.. alam dimana masanya sebaliknya.. 1 saat masa dunia (bumi) bersamaan dgn satu hari di alam tersebut.. hanya manusia terpilih oleh Allah s.w.t sahaja yg akan mampu pergi ke alam tersebut.. tp akan terasa sunyi jelh nnti.. sbb jin dgn iblis xkan menjenguk kat tempat tuu.. sbb mrk bukan dari golongan penyabar.. yg layak akan terkesima dan susah nak menjelaskan malah takut ingin duduk disitu lama.. sbb... tiada kerajaan di alam itu.. anda keseorangan.. tiap kali anda membina sesuatu (bangunan) kemudian kembali ke alam dunia.. dan sampai berapa hari anda kembali semula ke alam tersebut.. bangunan yg anda bina spt runtuhan n tinggalan.. Contoh : yg paling dekat pada setiap manusia adalah Alam Mimpi .. Terasa berhari dialam mimpi padahal tido bru berape jam.. Wallahualam..
Salam.. bole x kongsikan mrngenai maksud kecangihan di alam bunian tu.. kononnya mereka mmpunyai bangunan dan kenderaan yg lebih canggih dari alam manusia.. bole x perjelaskan lagi..
ReplyDeletemaksud orang bunian lebih dikata orang ialah makhluk halus, pengertian makluk halus ni macam mikro organisma, jin boleh masuk kedalm salur darah manusia betul tak..maknanya kita boleh umpamakan mereka sekawan semut halus dan kecil yang duduk disuatu tempat seperti lopak air ditepi jalan (Ada ustad kata jin duduk kat lopak air).. kerana jasad mereka kecil mereka berada dalam alam mereka tersendiri (Redup dilindung matahari, berkabus (berabuk!) waktu mereka amat panjang, kalau meraka mahu melintas jalan memerlukan 30 minit sedangkan kita hanya 7 saat!... maknanya saya membuat perkiraan alam mereka amat lambat dari kira sebab mereka kerdil dan kecil.
ReplyDeletesaya ader dengar juga tentang teknologi mereka kononnya sama dan lebih advand dari manusia, tapi bagi pendapat saya semua itu hanya tipu helah orang bunian untuk mengelirukan pandangan manusia. Mereka hanya ingin menyesuaikan suasana tetamu mereka yang bergelar manusia...mereka tidak perlu teknologi seperti kita sebab mereka di alam ghaib penuh dengan magical dan tidak dapat difikir oleh akal kita. Teknologi seperti bangunan, kereta atau petiais, mesen basuh atau handphone hanya untuk keperluan makhluk berjasad seperti manusia....
ReplyDeleteair jordan
ReplyDeletenike shox for men
michael jordan shoes
golden goose sneakers
hermes
supreme hoodie
lebron shoes
lebron 15
kobe basketball shoes
longchamp handbags
Nk tanya ..dari segi pemakaian ..warna putih dgn warna kuning di kalangan bunian ..apa beza nya pada golongan tersebut .sbb saya pernah mimpi di umah arwah nenek saya .saya lihat satu kelompok berpakaian putih .baju melayu putih yg perempuan berbaju kurung putih ..dan sebaliknya ..sama yg mengunakan warna putih satu kelompok .
ReplyDeleteEskiÅŸehir
ReplyDeleteDenizli
Malatya
Diyarbakır
Kocaeli
GUUX7W
Adana
ReplyDeleteErzurum
Sinop
istanbul
Düzce
SUK
Mersin Lojistik
ReplyDeleteAmasya Lojistik
Kayseri Lojistik
Kırklareli Lojistik
Erzurum Lojistik
U4EEBH
3312E
ReplyDeleteElazığ Evden Eve Nakliyat
Tekirdağ Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Oto Lastik
Eskişehir Şehir İçi Nakliyat
Amasya Evden Eve Nakliyat
Erzincan Şehir İçi Nakliyat
Tokat Evden Eve Nakliyat
Bayburt Şehir İçi Nakliyat
Yozgat Evden Eve Nakliyat