Negara Jepun ( Nihon atau Nippon) yang terkenal dengan
jolokan negara matahari terbit
(Nippon means "Land of the Rising Sun)
dan dengan kecantikan bunga Sakura nya (Cherry Blossom).
Selain itu, negara jepun berjaya memperkenalkan
kegagahan pahlawan nya dengan kisah pahlawan Ninja
dan Samurai.
video clip sebagai pengenalan Negara Jepun
Agama dan adat tradisi jepun
Secara umumnya , rakyat jepun tidak mengamalkan apa apa
agama. mereka mengamalkan SHINTO iaitu kepercayaan
nenek moyang turun temurun yang boleh di kategorikan adat
resam. maksud asal Shinto adalah “Shin” adalah “roh”
dan “To” adalah “jalan”. Jadi maksud “Shinto” adalah
“jalan roh”, Shinto merupakan alat untuk memohon
pertolongan pada dewa-dewa dalam usaha pertanian
dan perlindungan dari hal-hal yang jahat.
Dalam islam dewa adalah sebahagian dari golongan Jin.
Kepercayaan shinto adalah kepercayaan rasmi negara jepun
sebelum perang dunia kedua meletus. lebih lanjut tentang
shinto disini
Agama budha
Agama budha adalah agama yang terawal memasuki jepun.
agama budha dengan cepat meresap dan akhirnya menjadi
agama terbesar yang diamalkan rakyat jepun.
Agama kristian
Agama kristian telah memasuki jepun yang dibawa pedagang
portugis yang mendarat di kepulauan Honshu. Agama ini juga
merebak dengan cepat. tetapi terdapat kekangan dari
pemerintah jepun ketika itu yang risau melihat pengaruh
agama itu merebak dgn cepat. pada tahun 1637, akibat
kekangan untuk mengamalkan agama itu, pemberontakan
telah berlaku. Akibat peristiwa itu, Negara jepun
mengamalkan dasar pintu tertutup untuk negara luar.
Agama islam
Agama islam agak terlewat sedikit pengaruhnya dikalangan
warga jepun. Empayar Othmaniah turki bertanggungjawab
mengislamkan orang jepun pada tahun 1890an, dgn
menghatar rombongan sebuah kapal ke jepun untuk menjalin
hubungan diplomatik. Dua orang Jepun Muslim pertama
yang diketahui ialah Mitsutaro Takaoka. Taro Takaoka
yang memeluk Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama
Omar Yamaoka. walaubagaimanapun, pengaruh islam tidak
lah hebat pada waktu itu. komuniti kecil kelompok islam telah
membina Masjid Kobe pada tahun 1935,iaitu sebelum perang
dunia kedua lagi. masjid ini terselamat dari binasa dalam
serangan bom ketika perang dunia kedua. tetapi kawasan
disekitarnya hancur sama sekali.
hari ini, islam agak memberangsangkan juga, walaupun ia agama
yg minoriti bilangan penganutnya dijepun, tapi telah terdapat
usaha yang berterusan untuk mengembangkan islam disana.
majoriti orang Islam di negeri Jepun ialah orang asing di
Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Iran, iaitu yang dahulunya
datang mencari perkerjaan. Ramai antara mereka kemudian
mengahwini wanita-wanita tempatan. sehingga kini
kerajaan Turki lah yang paling banyak
menyumbang kepada kemajuan islam di jepun.
masjid kobe yg mengalami sedikit kerosakan akibat
perang dan dilanda gempa bumi telah dibaik pulih
oleh kerajaan turki.
Antara laman web islam jepun bertindak menyebar dakwah
http://www.islamcenter.or.jp/eng/index.html
http://www.dokidoki.ne.jp/home2/islam/index.htm
masjid kobe
terselamat sewaktu perang dunia kedua
Masjid Kobe hari ini
Pakaian traditional jepun
KIMONO
Kimono merupakan pakaian traditional masyarakat jepun.
Kimono biasanya hanya dipakai dimajlis formal seperti
perkahwinan. Kimono juga dikenali dgn nama
wafuku atau gofuku. Harganya yang mahal
(mencecah puluhan ribu) menyebabkan hanya golongan
tertentu yang mampu memilikinya. memakai nya agak
rumit. mereka perlu mengenakan dua lapisan pakain
dalam sebelum mengenakan pakaian luaran. melalui
ukuran lengan kimono sudah dapat meneka samaada
perempuan itu sudah berkahwin atau belum. kimono org
berkahwin dipanggil Tomesode. bagi yang belum berkahwin
dipanggil Furisode. kimono yang telah siap hampir tidak
dijual dipasaran. ia nya perlu ditempah untuk memilikinya.
Bagi yang kurang mampu, mereka menyewa
untuk perkahwinan. (Rm 4000 lebih sehari)
Yukatta agak berbeza dari kimono. harganya mampu dimiliki.
banyak pula pakaian yang telah siap dijual di kedai-kedai dalam
aneka warna dan saiz. yukatta hanya memerlukan selapis pakaian
dalam. dan ia boleh dipakai oleh sesiapa pun tanpa mengira status.
yukatta dipakai untuk bersiar-siar atau melihat pesta kebudayaan.
yukatta kadangkala dipanggil juga kimono, kimono musim panas
atau kasual kimono.
harga: rm 150 hingga rm 3000
kira murah lah tu kat jepun.. sapa kempunan nak pakai
yokatta kat malaysia pun ada jual. tengok kat sini.
boleh la melaram.
gadis jepun mengenakan pakaian yukatta
yukatta yang dipakai pelawat asing |
Tulisan bahasa Jepun berasal dari tulisan bahasa China
(漢字/kanji) yang diperkenalkan pada abad keempat Masehi.
Sebelum ini, orang Jepun tidak mempunyai sistem penulisan
sendiri.
terdapat empat gaya penulisan jepun
1. kanji
2. hiragana
3. katakana
4. romaji
seperti tulisan cina, tulisan kanji jepun merupakan lukisan atau
lambang atau simbol (aksara).
1. Tulisan kanji
Oleh kerana terlalu banyak simbul yang perlu diingat. tulisan
kanji diajar bersama dgn tulisan hiragana untuk memudahkan
pelajaran. perkataan biasa seperi rumah, basikal, atau pokok
akan ditulis dalam kanji. manakala tulisan benda yg susah diingat
akan dieja menggunakan tulisan hiragana. gabungan tulisan
kanji dan hirgana merupakan tulisan standard jepun hari ini.
contoh tulisan kanji.
2. Hiragana ひらがな
setelah menyedari kesukaran mengajar atau mengigati semua
simbol kanji tersebut. mereka mula mencipta huruf yang boleh
dieja. Hiragana diajar disekolah sekolah jepun. tulisan hiragana
ini tidak mempunyai huruf atau bunyi "L". jadi jika menyebut
malaysia ia kan berbunyi maresia.
ejaan "jepun" dan "nippon" dalam hiragana
jepun -1. にっぽん ( nippon) 2. じゃぱん ( japan)
| Combinations
|
3. Katakana
tulisan katakana digunakan untuk pelancung asing. tulisan ini
banyak digunakan sebagai signboard kat lapangan terbang,
jalanraya, hotel dan sebagainya. kalau pergi KLIA pun ada
tulisan katakana ni.
penggunaan Huruf Katakana pada signboard Singapore Airport .
penggunaan Huruf Katakana pada signboard KLIA Airport Malaysia
ejaan "jepun" dan "nippon" dalam katakana
jepun - 1. ニッポン (nippon) 2. ジャパン (japan)
Romaji (roman japanese)
untuk memudahkan pelancung yang tidak belajar tulisan
jepun tapi boleh berbahasa jepun, tulisan romaji digunakan.
ia menggunakan tulisan roman/english untuk mengeja
perkataan atau ayat jepun. contoh penggunaan romaji.
bahasa malaysia romaji
jepun - nippon
malaysia- maresia
saya - watashi
perbezaan tulisan kanji+hiragana, katakana
dan romaji
ayat dibawah ini akan di tukarkan kepada katakana, tulisan
jepun standard dan romaji.
All human beings are born free and equal in dignity and rights.
They are endowed with reason and conscience and should
act towards one another in a spirit of brotherhood.
Translation.
1. katakana
2. tulisan standard jepun (hiragana + kanji).
3. romaji (roman japanese)
Subete no ningen wa, umare nagara ni shite jiyū de ari, katsu,
songen to kenri to nitsuite byōdō de aru. Ningen wa, risei to
ryōshin o sazukerareteari, tagai ni dōhō no seishin o motte
kōdōshinakerebanaranai.
Perayaan dan kebudayaan jepun
Japanese Cultural Festival (文化祭, bunkasai)
Festivals (Matsuri)
Terlalu banyak perayaan atau festival (matsuri) dijepun terutama
yang berbentuk tarian. perayaan/festival jepun kebanyakan
nya berunsurkan kisah atau pemujaan dewa-dewa atau hantu.
walaubagaimana pun, perayaan ini kebanyakan nya telah
diubah suai dgn kemodenan pakaian atau alat muzik
untuk disesuaikan dengan pelancungan.
Bon Odori (tarian odori)
Asalnya Bon odori (tarian odori) lebih kepada sambutan perayaan
Agama Budha jepun yang meraikan dan menghormati roh nenek
moyang mereka yang dikatakan pulang melawat mereka pada
setiap tahun dimusim perayaan “Obon atau bon” tersebut.
gerakan tarian dalam Bon Odori dikatakan adalah meniru
gerakan roh nenek moyang mereka yg telah meninggal dan
terlepas dari seksaan di alam selepas mati mereka.
sebahagian masyarakat cina Budha dimalaysia juga merayakan
Bon Odor atau perayaan hantu ini. mereka meneyertai acara ini
dgn belajar tarian di sekolah jepun yang terdapat di KL.
Org islam tak yah lah terlibat.. takut syirik la pulak.
kalau nak pegi niat nak tengok susana jepun kat sana..
boleh kot.. entah la..tanya utz..jgn sampai kita tinggal solat pasal
pegi sana pulak..
Tetapi hari ini, perayaan tersebut lebih kepada kebudayaan d
an hiburan musim panas di mana ahli keluarga pulang dan
berkumpul sepeti perayaan lain.
Sambutan BON Odori juga disambut di malaysia setiap tahun
di Padang Esplanade Penang (Esplanade field in Penang) dan di
Stadium Matsushita Corp. Shah Alam, Selangor.
Kompleks Sukan Negara (Matsushita Centre)
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21,
Shah Alam,Selangor
tahun ini telah dirayakan pada
17th July 2010 bermula jam 5 pm till 9 pm
masuk free.
Pejabat Negeri Selangor/Kementerian Pelancongan/
Kelab Jepun Kuala Lumpur
Penang Bon Odori Festival
Date: 16 July 2011
Time: 6pm-11pm
Venue: Esplanade, Penang
Fireworks: 10.00 pm sharp
Bon Odori Tokyo, Jepun
Bon Odori Shah Alam Malaysia.
Sansa odari (tarian sansa)
Shishi odori (tarian shishi)
Tarian Onikenbai
Tarian tradisi jepun
Tarian kimono
Antara festival dan tarian lain yg dah tak larat nak letak
pesta ais di sapparo hokkaido
Sapporo Snow Festival (Sapporo Yuki Matsuri).
pesta membuat arca ais
Omizutori
pesta keagamaan budha yg menyalakan colok
di kuil.
perayaan GION di Kyoto
mengarak tandu disepanjang jalan
pesta lampu buluh (tanglung)
pada waktu malam di Kanto
Awa odori (tarian awa)
tarian tradisi jepun
SAKURA ( さくら-in hiragana ) ( in kanji )
Bunga kebanggaan rakyat jepun
Bunga 桜 sakura atau cherry blossom amat berpengaruh sekali
dalam menarik pelancungan ke jepun.
ia berbunga hanya setahun sekali. ia berbunga hingga sepanjang
tahun diseluruh jepun. pohon sakura yang rendang ini
berbunga tidak lah serentak. tetapi mengikut tempat pada
tarikh yang berlaianan. jika ingin mengunjungi jepun dan
melihat bunga ini, kenalah melihat jadualnya terlebih dahulu..
biasanya bunga ini akan gugur setelah satu ke dua minggu
setelah mekar. bunga ini berbau wangi dan menjadi makanan
kepada beberapa spesis burung. terdapat dalam beberapa warna
antaranya putih, hijau muda, dan merah jambu. bunga ini juga
dijadikan teh minuman untuk beberapa acara seperti perkahwinan.
Pohon Sakura yang mekar diselaputi bunga
Japan - the paradise of sakura
beristirehat di bawah pohonan Sakura
Jadual bunga sakura mekar sepanjang tahun 2010.
May 14 Hakodate | May 13 Matsumae | May 6 Kakunodate | |||
May 5 Hirosaki | April 25 Takizakura | April 14 Fujigoko | |||
April 10 Kyoto | April 9 Kanazawa | April 8 Tokyo | |||
April 8 Osaka | April 7 Kyoto | April 7 Kamakura | |||
Makanan Tradisi jepun
Nasi-Makanan utama/ruji jepun adalah nasi. dimakan bersama
daging dan kadangkala bersama telur
Sushi- ada berbagai jenis sushi, antaranya yang
didalam nya ada bebola nasi, diletakkan daging ikan tuna
sushi adalah makanan yg dimakan mentah.
Donbori - semangkuk nasi diatasnya diletakkan berbagai
makanan lain biasanya daging ikan tempura, telur
daging ayam etc.
Onigiri - bebola nasi yang disalut dengan sejenis rumpai laut
dimakan bersama nasi yang dicelup kedalam telur
Kare Raisu- nasi yang dimasak bersama sos kari
Nasi goreng -nasi digoreng bersama kacang pea, telur,
lobak dan daging Babi (pork).. ayooo.. tak baik cakap babi..
Sashimi- makanan laut (seafood)-daging ikan dimakan bersama
sos soya dan wasabi (sejenis tumbuhan herba).
Makanan doraemon.
Dorayaki-pan cake
ramuan:
- 3 lbiji telur
- 8 sudu besar gula
- 5 sudu besar susu
- 2 sudu tea madu
- 180g tepung penaik-self rising flour
- 400g Anko -(Jem) inti kacang merah(Sweet red bean)
- Beat eggs in a bowl and whisk it with a hand whisk, then slowly add in sugar and continue whisk very well or until the mixture turn pale
- Add milk and honey in the egg mixture
- Add sifted flour in the egg mixture gradually until the mixture becomes a smooth
- Cover the mixture with plastic wrap and let it stand for 30 minutes
- Heat a non stick pan in medium low heat.
- Pour a scoop of the batter in the pan to make it a small pancake. (I used 1 tbsp size scoop)
- Heat a frying pan and lightly oil it. Pour a scoop of the batter in the pan and make a small pancake.
- Turn over when bubbles appear on the surface (about 3 minutes) and cook the 2nd side for 40 sec to 1 minute max.
- The pan cake should have 1 side with coffee color and another side with pale brown color
- Place the cake on the wire rack and let it cool.
- To assemble the cake, look for 2 pieces with about the same shape and side.
- Place 1 scoop of anko (sweet red bean) on the pale yellow side and cover with another cake with the same side
nak tau banyak pi kat sini la.. tak larat den
Kehidupan rakyat jepun
orang jepun sangat kuat berkerja. malah mereka bagaikan
dilahirkan hanya untuk bekerja. setelah pulang dari bekerja,
mekera akan bersuka ria semahu mahunya. kerana hidup
tidak beragama maka kehidupanya
hanya terhenti dengan bekerja dan berseronok.
walaupun kebanyakan mereka tidak beragama, tetapi mereka
amat menggalakan dan menghormati orang yang beragama.
di syarikat jepun misalnya , mereka membenarkan malah
menggalakan pekerjanya menunaikan upacara sembahyang
mengikut kepercayaan masing. mereka membina rumah
ibadat di syarikat mereka untuk memudahkan
penganut agama bersembahyang.
bagi umat islam, mereka bukan sekadar dibenarkan
sembahyang setelah masuk waktu, malah membenarkan
bersembahyang jumaat. ada juga kisah memalukan pekerja
malaysia yg bekerja disana apabila dibenarkan sembahyang
jumaat tapi mereka pergi ke restoran.
hingga lah satu hari terserempak dgn ketua mereka
direstoran. agaknya apalah yang terjadi bila kepercayaan
dikhianati. org jepun sangat marah kepada org begini
yang tidak berdisiplin. rakyat jepun mempunyai disiplin
yang sangat tinggi.
Nagori yuki/the last snow/ salju yang lalu
amik info kat sini untuk buat karangan pasal jepun..
ReplyDeletebanyak info so tak payah susah nak cari tempat lain..
hehee
arigato guzaimasu :)
saya berbesar hati kalau ada post kat sini yang berguna untuk pungunjung blog ni.. ambik la mana yang boleh pakai..
ReplyDeletearigato....ambik info untuk buku skrap...
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang sangat menarik untuk di ketahui bersama... :)
ReplyDeletesangat menarik :)
ReplyDeleteawesome..:) tq, nk guna info di atas untuk aktiviti kelab jepun..
ReplyDeletenike epic react
ReplyDeletebirkin bag
kd 12
yeezy boost 350
golden goose outlet
retro jordans
bape clothing
jordan 13
100% real jordans for cheap
yeezy boost 350
van
ReplyDeletekastamonu
elazığ
tokat
sakarya
EF76Rİ
Kocaeli Lojistik
ReplyDeleteUşak Lojistik
Osmaniye Lojistik
Çorlu Lojistik
Kocaeli Lojistik
D60YJT
E3A52
ReplyDeleteOrdu Evden Eve Nakliyat
Edirne Parça Eşya Taşıma
Eskişehir Parça Eşya Taşıma
Çankırı Evden Eve Nakliyat
Antalya Lojistik
9EB3D
ReplyDeleteYalova Lojistik
Tokat Lojistik
Ankara Lojistik
Malatya Parça Eşya Taşıma
Ankara Evden Eve Nakliyat
2D210
ReplyDeleteBalıkesir Evden Eve Nakliyat
Afyon Lojistik
Ağrı Evden Eve Nakliyat
Kripto Para Nedir
Erzincan Şehirler Arası Nakliyat
Etimesgut Boya Ustası
Muş Şehirler Arası Nakliyat
Kırıkkale Evden Eve Nakliyat
Adana Parça Eşya Taşıma
F697D
ReplyDeleteBatman Şehirler Arası Nakliyat
Nevşehir Şehirler Arası Nakliyat
Sakarya Parça Eşya Taşıma
Denizli Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Çilingir
Btcst Coin Hangi Borsada
Konya Parça Eşya Taşıma
Mardin Parça Eşya Taşıma
Huobi Güvenilir mi
E0CBE
ReplyDeleteigdir tamamen ücretsiz sohbet siteleri
bilecik canlı sohbet odaları
sesli sohbet uygulamaları
bolu rastgele sohbet siteleri
Bartın Canlı Sohbet Siteleri
erzincan sesli görüntülü sohbet
batman canli sohbet bedava
telefonda görüntülü sohbet
Afyon Ücretsiz Sohbet Uygulamaları