Saturday, November 27, 2010
Keunikan Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Keunikan Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Tiga tahun yang lalu, saya pernah ditunjukan botol yang mengandungi
Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli. pada waktu tu,
keadaanya tidak begitu jelas. berupa satu ranting dan di hujung
nya seakan kelopak bunga yg masih menguncup. yang uniknya,
bunga itu terletak atau boleh dikatakan juga tumbuh didalam
botol minyak wangi yang biasa digunakan sewaktu Solat.
kali ini, saya berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi
bunga tersebut yang sudah semakin membesar dan mempunyai
dahan yg banyak. malah telah tumbuh serumpun lagi dan
mengeluarkan bunga dan cabang yang banyak juga. Yang
semakin menariknya, tiada akar pada pangkalnya.
Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Mengikut pemilik bunga unik itu, beliau telah menggunakan
minyak wangi kasturi kijang merah asli hampir sepuluh tahun.
sudah berpuluh mungkin beratus botol telah dibeli dan digunakan
nya. cuma satu botol minyak wangi ini lah yang agak unik dan ganjil
kerana mempunyai setangkai kecil bunga didalamnya. itu pun
hanya disedari setelah minyak wangi itu habis digunakan.
kerana keunikan bungat tersebut, beliau menyimpanya sebagai
koleksi peribadi.
Antara koleksi botol kosong yang digunakan untuk mengisi
Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Hari ini, setelah lima tahun dalam simpanan nya
ternyata bunga tersebut benar2 hidup membesar, berbunga
seterusnya gugur dan menumbuhkan rumpun yang lain.
beliau tidak pernah membuka botol tersebut untuk memeriksa
nya atau menambah apa2 kedalamnya. ia hidup dengan
sendiri walau disimpan kedalam bekas kaca didalam almari.
Alhamdulillah beliau bermurah hati untuk membenarkan saya
mengambil gambar dan berkongsi keunikan bunga tersebut
dan di muat naik ke blog ini.
gambar dekat
Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Jika difikirkan dgn akal, memang pelik juga perkara ini. Tapi
Bukanlah susah Sangat Allah mahu menjadi kan bunga yang
tumbuh di dalam botol jika dibandingkan dengan kejadian
Alam yang luas ini. selain keunikanya yang hidup dalam botol
minyak wangi. Bunga ini tidaklah mempunyai apa2 kelebihan.
sekadar untuk berkongsi kisah menarik.
Pautan lain kisah minyak wangi kasturi kijang merah asli
http://kasturi-kijang.blogspot.com/2010/06/tentang-kasturi-kijang.html
http://kasturi-kijang.blogspot.com/2010_06_06_archive.html
http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/khasiat-kasturi.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masya allah
ReplyDeleteminyak kasturi terbuat dari darah kijang, kalau anda pernah makan daging kijang, harumnya sangat merayu hidung kita... walau sudah diberi bumbu namun harumnya tetap tak terkalahkan oleh bumbu..
ReplyDelete