mereka menawarkan pakej yang menarik dah mudah sekali..
yang pentingnya ada duit..
persoalannya adakah Ilmu Kebal ini benar benar ujud..
atau tipu daya semata-mata.. saya yakin..ramai yang telah melihat sendiri..
atau melalui video clip..malah pernah dipaparkan dalam berita tv3
akan keujudan ilmu tersebut.. Tapi ujudkah ilmu itu dalam perspektif islam..
kita lihat sedikit pengenalan ilmu tersebut Dari Wikipedia Bahasa Melayu
Ilmu kebal merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjata ataupun peluru. Ia merupakan satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan orang-orang Melayu nusantara yang kebanyakanya menetap di Malaysia, Indonesia, dan Filipina[1] tetapi turut termasuk kaum Cina (contohnya semasa Pemberontakan_Boxer.
Amalan ilmu kebal
Secara umumnya, ilmu kebal ini didapati melalui dua cara, iaitu melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal.
Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan, ia mungkin melalui pertapaan, atau memakan sesuatu. Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat, atau keris dan seumpama dengannya.
Satu contoh ilmu kebal dalam kisah Melayu silam adalah lagenda Hang Tuah yang kebal kerana keris Taming Sari, dan Mahsuri yang dikatakan tidak lut ditikam keris, sehinggalah keris pusaka keluarganya digunakan bagi menikam tubuhnya.
Kelamahannya
Ilmu kebal biasanya dipercayai sebagai memiliki kelemahan tersendiri. Pada kebiasaannya, pengamal ilmu kebal dikatakan kalah dengan sesuatu benda tertentu, seperti kebal tikaman keris tetapi boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya. Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna, mesti ada kecacatannya.
Perdebatan mengenainya
Terdapat perdebatan mengenai ilmu kebal ini kerana pada satu pihak, ia dianggap cuba mengatasi hukum Allah dan menganggap mengamalkannya merupakan amalan syirik (bantuan jin/syaitan) , sementara di satu pihak lagi menyatakan ia berlaku semata-mata dengan izin Allah.
Kepercayaan mengenai ilmu ini masih menebal sehingga hari ini, dan ia masih diamalkan oleh sesetengah pihak, terutamanya peminat-peminat seni mempertahankan diri seperti silat.
apakah pandangan ustaz-ustaz menegenai ilmu kebal
Istilah ilmu kebal tidak ada dalam Islam. Ini muktamad - samada Rasulullah SAW, para sahabat dll manusia.Yang ada hanya berikut :
"Tidak akan luka jika Allah SWT tidak izinkan atau belum sampai waktu ajal pada seseorang itu."
Walau seseorang itu tinggi mana atau apa sahaja amalan seseorang itu - samada ingin menzahirkan dalam bentuk maunah/karomah/irhas termasuk mukjizat atau pun dalam bentuk sihir, syawazah, ilmu hitam, tangkal dsb - jika tiada keizinan Allah SWT, maka luka atau ajal akan tetap berlaku.
antara iklan ilmu kebal di intenet
http://www.alamghaib.com/IlmuKebal.html
http://rawatankampung.blogspot.com/2009/11/ilmu-kebal-rm250.html
antara bukti ilmu kebal adalah tipudaya syaitan semata-mata (berita tv3)
http://www.youtube.com/watch?v=RHVHHvT96HU