Followers

Thursday, June 24, 2010

Habislah perbendaharaan negara

tak tau lah apa nak jadi..
saya cuba malas masuk bab politik..
tapi memang tak boleh.. sebab bila
apa2 berlaku, org tak join politik pun kena jugak..

setelah digegarkan dgn meluluskan lesen judi bola,
( kemudian cuba bagi alasan utk org bukan islam,
lepas tu bila org bukan islam mintak bukti bila
diorang mohon judi bola, tekial-kial Rais yatim
nak jawab) lepas tu kerajaan menghentikan
harga kawalan ayam simen dan besi,(susah la nak makan
ayam lepas ni., memang tak mampu la org melayu beli rumah.)
tambah canggih lagi org pulau pinang dapat bonus
bila tol jambatan naik 34%..haha

setelah memberi jaminan malaysia akan muflis jika
subsidi diteruskan (dah 52 tahun kita merdeka, dah berapa lama
ada subsidi, tak bankrup pun, sampai kat Najib kata nak
bankrup., tak tau memerintah bagi la kat org lain)
sekarang kerajaan UMNO membedal duit FELDA pulak.
haha.. habis segala jenis harta yg ada kat malaysia kena tibai..
hoi org melayu.., sedar lah..
habislah sapa masuk saham felda
dah macam skim cepat kaya.. melingkup juga


Isu Felda: Laporan polis dibuat terhadap PM
Zulaikha Zulkifli
Jun 23, 10
4:40pm

Laporan polis akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan atas perkara yang sama.

Mazlan berkata, ia kerana alasan dalam jawapan Ahmad di Parlimen mengenai sebab kejatuhan rizab tunai Felda itu, tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat 16 Jun lalu, Hamim Samuri (BN-Ledang) menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah RM4.08 bilion pada 2004, jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Katanya, perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan - RM2 bilion untuk tanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk pembinaan ibupejabat baru Felda.

"Isu ini sangat besar kerana membabitkan wang rakyat. Ke mana pergi duit itu? Saya mengharapkan siasatan terhadap isu ini dibuat," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Mazlan bersama empat orang peneroka felda Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada jam 10 pagi tadi, dengan diiringi oleh 30 peneroka Felda.

Laporan polis tersebut ialah mengenai relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda itu (Plantation),'' laporan polis tersebut dipetik.

Laporan itu juga menyebut, harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta, juga dipertikai.

Ia memetik laporan akhbar Berita Harian sisipan khas 26 Februari 2008, yang menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

"Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan BN kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu mendakwa, penyelewengan dan salahguna kuasa tersebut membabitkan kepentingan 112,635 openeroka dan 800,000 generasi baru Felda.

Sementara itu, Mazlan berkata, laporan polis yang sama akan dibuat oleh ANAK di Johor Jumaat ini dan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas itu.

http://malaysiakini.com/news/135353

Ini sebenarnya jumlah yg dicakap oleh kerajaan, tapi jika dikira jumlah sebenar kerugian
yg dialami, ia lebih teruk

penyata tunai felda mengikut kerajaan

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

susut 2.7 bilion - sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Penerimaan tunai Felda yg sebanar yg disembunyikan adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri

susut RM8 billion!

selesai duit org felda..


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27310:felda-hilang-rm8-bilion-bukannya-rm27-bilion&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Wednesday, June 23, 2010

relek sekejap-release tension




sapa ingat cerita ni..
puas cari kat tenet.. tak jumpa
cerita lama ni lawak betul.. evergreen
sampai sekarang tak bosan tengok..

lagu dari filem hantu jerangkung
langkah seribu-aziz sattar


Wednesday, June 2, 2010

Sudah hilang kah rasa hormat?

Dulu.., mufti yang paling saya hormati adalah mufti perak
Datuk Seri Harussani Zakaria. Semenjak kebelakang ni
banyak sangat kisah yg tak sedap di dengar berkaitan denganya.

Selain rela membiarkan diri diperalat oleh media dan ahli politik,
rupanya banyak pihak menambah rosakkan lagi imejnya.
yang terbaru laporan akbar berita harian bertarikh 29 mei 2010.
sekali lagi nama
Datuk Seri Harussani Zakaria dikaitkan.
kes dimana
Rakyat Brunei rugi RM211j setelah ditipu dengan skim
yang memperalatkan islam dan nama malaysia termasuk
mufti tersebut.

hari ini, saya merasakan nama mufti ini sudah semakin buruk,
dan malah lebih buruk dari mufti negeri lain yg senyap sunyi
yang lansung takde sapa kenal. agaknya memang betul la..
diam tu lebih baik dari berkata-kata. banyak cakap banyak bohong.
malangnya bila nama ahli ilmuan agama sepertinya kini dipertikaikan
masyarakat.
sudah hilangkah rasa hormat?

petikan Akbar

Rakyat Brunei rugi RM211j
Oleh Siti Haliza Yusop

2010/05/29

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.
“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

link asal
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatBruneirugiRM211j/Article/


Tuesday, June 1, 2010

Kerajaan Islam tertua di Asia Tenggara



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid kerajaan Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibukota Kesultanan Brunei

Sejuk hati bila membaca masih ada kerajaan islam di dunia
ini. walau pun negara itu bukan negara ku Malaysia (negara Sekular
yang dimomokkan negara islam) tapi rasa bersyukur la juga kerana
masih ada yg menjunjung Al quran ,sunnah dan qias.

Brunei Darusalam hanya penduduknya hanya lebih kurang
berjumlah 370 ribu orang masih mampu memikul
tanggung jawab ini. Negara Brunei langsung tak terkenal
kerana pendekatan pemerintahan Islamnya.
Pemerintahan Kerajaan Sultan Hasanal Bolkiah ternyata
lebih takutkan Allah dari makhluk nya.

Penguasaan perlaksanaan undang-undangnya yg selari dgn
Syarak nya sangat berkesan hinggakan merokok
ditempat awam pun di denda tidak
lebih dari $ 1,000 (Rp.9,000,000).

Keyakinan terhadap Sistem islam
lebih terbukti lagi apabila kerajaan brunei
membekukan rancangan untuk mendirikan
sebuah 'zona alkohol' bagi para pelancung asing.
hujahnya mudah dan ringkas sahaja.
tapi sudah cukup menjadi penampar jepun
kepada negara yang konon nya negara islam contoh
seperti malaysia.


"Apa yang kita paling takut adalah murka Allah,"
kata Zain.(Menteri Agama
) "
Murka Allah tidak hanya datang untuk si pelaku, tetapi juga bagi orang lain.."


"Pada hari Senin (22/03), Menteri Agama Zain Serudin
menolak proposal anggota parlemen Goh King Chin untuk
membangun kawasan khusus bagi turis-turis asing untuk
membeli dan meminum alkohol. "Apa yang kita paling takut
adalah murka Allah," kata Zain. "Murka Allah tidak hanya
datang untuk si pelaku, tetapi juga bagi orang lain."

lebih hebat lagi Brunei membuktikan masyarakat majmuk bukan lah alasan.
sebab penduduk brunei lebih kurang 67% beragama islam, 13% buddha, 10% kristian
dan lain2 10% (tahun 2009)

Peratusan agama dimalaysia 2007
27 juta penduduk, 50 peratus beragama Islam, 23 peratus penganut Buddha, 11 peratus penganut Kristian dan 6 peratus Hindu, dengan lain-lain agama Cina tradisional.

Peratusan agama Malaysia pada tahun 2006
Berdasarkan pemantauan kerajaan Malaysia bagi tahun 2000, 60.4 peratus populasi di Malaysia dikatakan adalah penganut Islam, 19.2 peratus adalah Buddha, 9.1 peratus penganut Kristian, 6.3 peratus adalah penganut Hindu dan 2.6 peratus lagi adalah penganut Konfusianisme, Taoisme dan agama-agama tradisional Cina.

haha.. hanya dalam tempoh setahun, penganut agama islam merosot 10%,
tetapi penganut Agama buddha dan kristian meningkat.
Mana perginya yg sepuluh peratus tu..haha.

http://www.voa-islam.net/news/brunei/2010/03/24/4264/brunei-larang-pendirian-%27zona-alkoholbagi-turis-asing/

http://aidctranslate.wordpress.com/2009/02/25/majlis-gereja-malaysia-bantu-parti-kebebasan-beragama/

http://www.archiveoflearning.net/clarissa/2006/05/jangankan-nasi-menjadi-hangus-lokasi.html