Followers

Tuesday, November 6, 2012

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)











Alhamdulillah sempat juga menghadiri satu Wacana Keilmuan Melayu Islam yang mana program ini di usahakan oleh seorang individu yang sebelum ini tak pernah dikenali. Sebenarnya begitu ramai orang melayu yang mempunyai kesedaran tentang kebenaran yang tersembunyi, tetapi nanya individu ini lah yang berkebolehan untuk tampil kehadapan membuka jalan.

Hanya mengenali beliau melalui laman sosial  di intenet, perhimpunan yang buat pertama kalinya ini..walau pun dilanda berbagai masalah, akhirnya berjaya juga di laksanakan walau dgn serba kekurangan, hanya mengharap sukarelawan yang datang membantu.











Walaupun tiada liputan media, tetapi himpunan ini sangat berjaya dengan kahadiran yang sangat menggalakan    
oleh peserta yang lansung didak mengenali satu sama lain.




















hadirin yang datang dari berbagai latar belakang duduk bersila untuk menjimatkan ruang bagi menampung peserta yang datang.














majlis di mulakan dengan Berselawat, Bertakbir, Bertahlil dan bacaan Ayat Suci Al-quran. Berpakaian segak  
lenkap baju melayu hitam bertanjak seperti Pahlawan Melayu Zaman Silam.














seorang Professor yang turut memberikan sokongan pada Majlis tersebut.















antara yang hadir.. Syeikh Toreqat Nakshabandiah 

sebenarnya terlalu ramai pembentang kertas kerja yang datang memberikan sumbangan mereka pada majlis ini, tetapi tidak mampu di muat naik kesemua mereka disini.

antara perbentangan kertas kerja pada pagi itu adalah permulaan sejarah penggunaan matawang fiat ditanah Melayu. Bermula dari zaman kesultanan melaka hingga ke hari ini.. apakah yang sebenarnya berlaku dengan sistem kewangan dunia.



















antara SLIDE yang sempat di ambil gambar. Carta aliran penggunaan sistem matawang Sunnah di zaman Rasullullah dan perubahan nya hingga ke hari ini dan implikasinya sekali.















buku Berpetualang Ke Acheh antara yang di bentangkan pada hari itu. 




















Khazanah Fathaniah dan Pengkaji, kedai buku dari Taman Melewar, gombak turut membuat jualan pada hari tersebut.

Khazanah Fathaniah yang diasakan oleh  Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah yang merupakan seorang ustaz dan tuan guru yang rajin menyelidik dan menulis tentang biografi tokoh-tokoh Ulamak di Nusantara.
















T Shirt yang sempat di beli. Tak kan Melayu Hilang Di Dunia. Kata2 hikmah Laksmana Hang Tuah.
Ramai yang mempertikaian kan ungkapan ini malah ke ujudan Hang Tuah juga di pertikai kan.. begitulah berjayanya Penjajah menanamkan sifat memperlekehkan bangsa sendiri kepada orang melayu.








"Wahai para cerdik pandai, Hidupkanlah bangsamu, Kamu akan disebut, Dan nama mu akan harum sepanjang zaman."

Pelekat kereta yang di beli pada hari itu.

itu adalah petikan dari ucapan Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al Fatani atau Syeikh Wan Ahmad Fatani seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka. Merupakan guru kepada Tok Kenali Kelantan.

di fahamkan Allahyarham Wan Mohd Shaghir Abdullah pengasas Khazanah Fathaniyah adalah cucu kepada  Syeikh Wan Ahmad Fatani.

untuk mengenali individu yang telah berusaha menjayakan program yang besar impak nya ini sudilah bertandang ke Blog beliau " Catatan Si Merah Silu"


Thursday, June 28, 2012

Tengok Cosplay

Cospaly singkatan dari perkatana "Costume Play" bahasa jepun nya "kosupure "
cosplay ni kira meniru pakaian/costume yg dipakai oleh siri TV /comic/manga/video game biasanya yg dari jepun la.. tapi sekarang dah meluas.. siri kartun orang putih pun dah join cosplay ni..


cosplay dari siri animasi rapunzel tangled


Cosplay dari game Devil May Cry 4 - Nero


dari siri anime naruto

sebenarnya di malaysia pun dah ada fan cosplay ni.. banyak juga competition cospaly ni di buat..
pada thun ni dah buat dekat One Utama pada 10 march yang lepas.


cosplayer Alodia



iklan untuk cosplay competition at One Utama Mall, Kuala Lumpur

nak pegi tengok, masih sempat lagi ni..tengok acara kat bawah..

Cosplay Events List 2012

Cosplay Competition (By YES, Offgamers & RMS)
24th June 2012

Sungei Wang Plaza

Asia Cosplay Meet – Malaysia Selection
Date: 30th June 2012
Time: 1.00pm – 5.00pm

Venue: Straits Quay Marina Mall, Penang, Malaysia.

Admission: Free



World Cosplay Summit – Malaysia Selection
Date: 1st July 2012
Time: 1.00pm – 5.00pm

Venue: Straits Quay Marina Mall, Penang, Malaysia.

Admission: Free


Malaysia ANICOM Cosplay Competition 2012 by Sawachi Entertainment
4th, 11th, 18th August at T-HOP 6th Floor, Sungei Wang

2nd Setptember – Finale @Concourse, Sungei Wang Plaza

Venue: T-HOP 6th Floor, Sungei Wang


ANIMANGAKI 2012

Date: 25th & 26th August

Time: 10am – 6pm

Venue: Sunway Pyramid Convention Centre, Halls 2 & 3


event list

nak tengok banyak gambar lagi.. tengok kat sini..

Otaku Expo

Friday, June 15, 2012

Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2012



Alahamdulillah..dah lama tunggu nak tengon pesta ni...sekrang dah tiba..
di jemput sapa yang berhajat tengok warisan tradisi Negeri Sembilan Adat Perpatih tu..
datang lah beramai2..bawak kamera besar2.. kalau nak beli baju minagkabau pun..ada kat sini.
best gila..hehe

aturcara..haaa.. tengok kat bawah ni..pilih hari apa nak pegi..
tapi rasanya..hari sabtu tu best ..

Tarih: 7 dan 8 julai 2012
tempat: Muzium Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah
Masa: 09 pagi hingga 6 ptg

jadual aktiviti waktu pagi hari sabtu 7 hb july


jadual aktiviti waktu petang hari sabtu


jadual aktiviti waktu pagi hari Ahad 8 hb july


jadual aktiviti waktu petang hari Ahad 8 hb july


jagan lupa datang ramai2..hehe

sambil tu..satu lagi festival menarik pada mingu depanya pula..
iaitu pada :

perayan tarian tradisi jepun
BON ODORI FESTIVAL MALAYSIA 2012





BON ODORI MALAYSIA 2012
14 july 2012 (sabtu)

BACA ENTRY YANG LEPAS PASAL BON ODORI


Thursday, May 31, 2012

Antivirus paling best



Macam2 jenis antivirus ada kat intenet ni.. ada yang free ada yang kene bayar.. biasa yang free jenis macam kat bawah ni.. ini ikut rangking terbaik kat atas..

1. AVG Anti-Virus Free
2. avast! Free Antivirus
3. Comodo Antivirus
4. Avira AntiVir Personal
5. Panda Cloud Antivirus
6. Immunet Protect FREE
7. digital-defender Antivirus
8. PC Tools AntiVirus Free
9. Malwarebytes' Anti-Malware Free
10.
Norton Power Eraser
11.
Norman Malware Cleaner 2.1
12.
Comodo Cleaning Essentials

banyak juga free punya antivirus.. kalau dah free ..mesti ada kekurangan..tapi boleh laa..
kalau sesiapa yang jenis suka simpan software pirate..memang tak sesuai guna anvirus kat atas tu.. habis di delete/padam nya dia punya keygen , crak atau patch..haha

Antivirus software bayar punya ikut rangking..



1.
Bitdefender Antivirus Plus
2. Kaspersky Anti-Virus
3. Panda Antivirus Pro
4. F-Secure Anti-Virus
5. AVG Anti-Virus
6. Avast! Pro Antivirus
7. G Data AntiVirus
8. BullGuard Antivirus
9. Avira AntiVir Premium
10. ESET NOD32 Antivirus

semua yang kat atas tu rangking dalam intenet la.. kalau ikutkan kan..antivirus bayar paling top kat malaysia ni Kapersky.. tapi kalau saya lebih suka guna ESET nod32.

tapi..sebenarnya..antivirus yang best dan percuma adalah antivirus keluaran microsoft sendiri.. syarikat yang keluarkan kita punya operating system macam window Xp, win Vista dan Win 7.
microsoft ada mencipta antivirus percuma untuk pengguna windows..

saya telah menggunakan antivirus ini beberapa bulan ,dan mendapati antivirus ini sangat baik terutama kepada yang pengguna free antivirus. Kepada yang suka simpan software pirate/cetak rompak juga, ia sangat baik..sebab antivirus ni tak terus delete anda punya keygen , patch atau sebagainya.. antivirus ini akan tanya dulu..dan kita boleh pilih action Allow.. jadi dia tak delete kita punya data.

Microsoft Security Essentials

software yang di cipta oleh microsoft ni hanya untuk pengguna windows xp, vista dan win 7 yang tulen sahaja.. yang pirate/ cetak rompak tak boleh install/pasang antivirus ni.. tapi ..bagi yang pandai..boleh juga..hehe.. tak pe ..yang penting cuba install/pasang dulu.. kalau tak boleh..baru guna cara lain..

download percuma kat sini


Microsoft Security Essentials download

pilih versi window anda..sama ada win xp, win 7 atau sebagainya.. download/muat turun dan install/pasang ikut dia punya arahan..mudah je.. selamat mencuba..



Friday, April 20, 2012

Malware- Perisian berniat jahat

Komputer sekarang dah jadi satu keperluan..siapa yang takde komputer..tdan tidak tau menggunakan komputer ..habis la..anda dah tak boleh survive di zaman ni.. tapi dalam keseronokan mengunakan komputer ni..kita terdedah kepada bahaya yang lebih besar dari orang yang tak tau guna komputer. Beberapa ancaman seperti di bawah boleh menyebabkan anda Muflis jika tak berhati hati.

MALWAREmalicious software (perisian yg berniat jahat)

















Tiap hari pengguna komputer terdedah kepada Malware, iaitu software/perisian yang di buat untuk tujuan jahat ini termasuk didalam nya apa yang di panggil

1. Virus- merebak dari komp ke komp. dgn perantara manusia- contoh guna pendrive. virus biasanya akan merosakkan sistem komputer. Jawabnya selalu la kena format komputer.













2.Worm- punya kebolehan merebak dari komputer dgn sendiri melalui tempat yang lemah/kebocoran (Vulnerable)  dalam komputer anda. bahagian yang lemah ini selalu di panggil Bugs. Kelemahan ini selalunya berpunca dari software yang kita install dlm komputer. bug ini akan di perbaiki jika kita selalu update software terutama Operating Sistem Window. Worm in isangat bahaya kerana setiap komputer yang dijangkiti akan menjadi seperti zombie atau robot suruhan tanpa kita sedari. Ia tidak merosakan komputer tapi menggunakan komputer yg dijangkiti untuk kepentingan org yang mencipta worm tersebut. Contohya komputer yg dijangkiti secara otomatik boleh menghantar email spam kepada setiap rakan dalam email kita. Email tersebut biasanya berbentuk iklan. kalau kita dapat email yg bukan2 dari rakan kita. maknanya..komputer dia telah pun jadi zombie dan dijangkiti Worm.



3.Trojan- Trojan selalunya bersembunyi dalam software yang kita install. (hidden malware in application) sapa yang selalu guna software pirate terdedah dengan trojan ni. software pirate yang mudah di download itu selalunya telah di isi software trojan ni untuk kepentinga orang yang upload software tersebut. Komputer yg dijangkiti trojan membolehkan komputer tersebut di access dari jauh dan segala maklumat dalam komputer boleh di ceroboh. jaga2 lah sapa yang jenis suka tulis password , no bank. no tel atau semua maklumat penting dalam word atau sebagainya.


 

4.Spyware - spyware ni selalunya dibawa oleh worm atau trojan bertujuan mengintip segala yang kita buat dalam komputer kita terutama sewaktu melayari initenet. spyware akan merakam kan website mana kita layari, password apa yang kita type dan sebagainya secara bergambar dan bertulis. memang dashat. sekiranya kita log in dalam akaun bank..maknanya password kita telah pun dirakam oleh spyware ini yang juga selalu di panggil key logger.

 









5. Addware- addware ni software iklan yang package sekali dalam software yang kita install. dia tak lah bahaya..tapi menyemak kita punya komputer. sapa perasan kat toolbar kita tu penuh dengan macam benda. kita tak tau pun bila dia ada kat situ. itu semua masa kita install software kecik macam mozila fire fox, win amp dan macam2 lagi la.

  


6. Pishing. - pishing sangat bahaya sebab dia meniru website yang selalu kita kunjung dan log in seperti facebook, yahoo mail, maybank, CIMB Bank dan macam lagi untuk curi pasword anda.







sila pastikan anda type sendiri https://www.maybak2u.com.my untuk log in ke maybank. jangan sekali2 klik link dalam email untuk ke website bank anda. Website bank selalunya akan guna HTTPS dan berwarna hijau menunjukan selamat.












ini contoh pishing dalam email. mereka menyuruh klik link yang mereka sediakan untuk LOG IN..sebenarnya itu bukan website maybank tetapi website mereka yang sedang merakam apa yang anda type. jika anda type password anda maka ia akan di hantar ke email mereka.. habis la semua duit anda dalam bank.

hah.. jaga-jaga komputer anda yang tiada antivirus atau tak pernah update window. anda sememangnya dalam bahaya.

Pada entry yang akan datang kita akan tengok antivirus apa yang sesuai untuk komputer anda.


Thursday, April 5, 2012

Labuan Island

Dah lama tak naik flight., tahun ni jadual keje berubah pulak.., kene pegi jelajah
satu malaysia. malaysia je la.. dulu last naik kapal terbang Transmile. sekarang ntah mana
pegi kapal terbang tu pun tak tau.

bulan lepas kene pergi Pulau Labuan. pernah sekali pergi sini. tapi masa tu tak sempat merayau pun. habis keje terus balik. kali ni special sikit. ada spend satu hari untuk merayau.

biasa la tunggu flight ni..check in kena awal..tapi selalu last minit kene delay flight.
kali ni kene tunggu 3 jam kat airport. KLIA tak ramai orang macam kat LCCT.



kamera ada kat tangan., pantang melintas je..mesti nak snap jugak..



dapat duduk kat sit ekonomi je..tu yang tempat duduk macam kaler tu..ekonomi la tu.


makan malam..nasi lauk ayam kurma.

kat sini la beza antara Air Asia dengan MAS. kalau naik pesawat MAS mesti ada meal punya.
kalau naik Air Asia., boleh pilih nak ada makan ke tak..kalau murah tu takde la..

dan dapat flight malam..apa aktiviti nak buat..tidur je la..nak ambik gambar gelap.
sampai Labuan dekat pukul 10 malam. ambil masa 2 jam lebih juga dari KL ke Labuan.

hari pertama kat situ..buat keje je la..balik tidur. esok nya dapat pegi jalan..yeyyyy..



VIOS-orang labuan ni kaya kot. diorang kasi saya pakai keta ni buat pegi jalan2. kereta ni kat situ standard kereta kancil kat semenanjung je. buat belasah pegi keje ..kalau dalam filem tu untuk buat langgar-langgar dan letup2 je.



tempat yg pertama pegi kat sini.. duty free .


takde la besar sgt tempat ni..sempat ambik gambar ni satu..lepas tu kene marah dgn pekerja kat situ..

lepas tu ada singgah kat pasar philiphine..beli baju dan barangan mutiara. tapi tak ambik gambar kat tempat tu sebab leka tengok barang jualan.


pulau labuan ni kecik je.. airport dia kat bahagian bawah..naik kereta sampai kat atas tu lebih kurang setengah jam je..tu pun bawak slow.


pantai ni tak ingat nama dia tapi dekat dengan surrender point la.
pantai dia sikit la punya cantik..kalau kat semenanjung ni..tentu takde tempat nak duduk.
tapi kat sini.. sapa pun takde. air jernih tapi tak de sapa mandi pun. ya la..orang sini hidup dari kecik keliling laut..pa heranya dengan laut.. kita ni je yang teliur tengok tempat macamni.
member yang dah lama duk sini cakap..pantai kat sini ada banyak obor-obor.. oo tu la takde sapa mandi.


yang pelik laut kat situ ada ikan ni pulak..macam ikan talapia. ikan ni naik atas darat dan mati.
banyak pulak tu. teringat juga cerita masa tsunami.. sebelum tsunami diorang cerita , ikan naik kedarat. tapi kat sini Alhamdulillah ..takde la pulak


hah..ni la yang dikatakan surrender point tu..tempat bersejarah cerita tentang perang dunia kedua antara jepun dan British/perikatan(NATO).


pemandangan ni kat pantai batu manikar, sama juga ..,takde orang mandi..yang ada dua orang ni je.


tapi kat pantai batu manikar ni juga dapat ambik satu benda menarik..haha..bebudak modified
basikal sampai jadi macam ni..haha hebat juga ni.

haaa. ni la mercu tanda pulau labuan.

ada juga melawat muzium..tapi gambar nya ntah macamana hilang pulak.
hari tu balik bilik pukul 6 ptg. esoknya dah nak balik.


fligh masa balik tu pukul 7.45 pagi. macam ni boleh la ambik gambar kat luar tu.


hidangan pagi tu dalam pesawat..nasi lemak.


cuaca agak baik hari tu..pemandangan kat luar cantik juga, seronok sambil makan nasi lemak..haha.


sampai KLIA pukul 10 pagi..dah ada kereta tunggu sana. perjalanan hari balik sangat mudah.
selamat tinggal Pulau Labuan. ada rezeki datang lagi.