Followers

Friday, January 27, 2012

Kalender menarik pelancungan Malaysia 2012

dah lama gak tak berusik blog ni..tak ada bahan nak letak kat sini..
tapi info yang ni kira menarik juga bagi yang banyak duit, kaki merayau,
suka ambik gambar atau yang nak pilih time yang sesuai melancung kemana2.


6 January 2012 to 8 Jan 2012 : International Surfing Competition
tempat: Cherating, Pahang.

9-14 January 2012 : Royal Langkawi International Regatta

22 Feb 2012 - 5 Mar 2012: National Craft Day 2012
tempat: Kuala Lumpur Craft Complex

Feb 2012: Pasir Gudang International Kites Festival 2012
tempat : Pasir Gudang, Johor.

12 Feb 2012: Ironman Malaysia Triathlon
tempat: langkawi kedah

9 Mar 2012 - 11 Mar 2012: Negeri Sembilan Adat Perpatih Festival
tempat: muzium diraja seri menanti (istana lama seri menanti)
yang ni rasa nak tengok la..

tarikh dah tukar ..latest.
pesta persukuan adat perpatih
07 dan 8 julai 2012
tempat.: muzium diraja, istana lama seri menanti
masa: 09 pagi hingga 6 ptg.

March 2012: Putrajaya Water Festival 2012

23-25 Mar 2012 : FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP "Petronas Malaysian Grand Prix" 2012
tempat: litar antarabangsa sepang

13-15 April 2012 : Langkawi Water Festival - Malaysia Water Festival (Fishing Carnival)

April 2012 : 19th Regatta Lepa Semporna – Water Festival
tempat: Semporna Sabah

April 2012 : Gendang Nusantara Festival
tempat: MBMB Square, Ayer Keroh, Melaka.

5-6 May 2012 : Sabah Fest 2012

19 May 2012 : Colours of 1Malaysia 2012
tempat: dataran merdeka KL

June 2012 : Penang International Dragon Boat Festival 2012

16 June - 17 June 2012 : 27th Sabah Dragon Boat Race 2012

June 2012: Melaka River Fiesta

July 2012 : Putrajaya Floria

15 July 2012 : Bon Odori Festival
Tempat: Matsushita Stadium, Shah Alam
yang ni pun nak pegi.. tahun lepas punya best..

Thursday, January 5, 2012

Pakaian Melayu Dulu-dulu


ilustrasi gambar Hang Tuah

semenjak berjinak jinak dengan Senaman tua ni.., telah timbul
hobi baru.. mencari pakaian pahlawan melayu dahulu..
kalau nak layan hobi ni boleh berabis juga duit pasal nak
kene beli samping, bengkung, tengkolok
dan yang paling mahal ..keris.. jom tengok..


tengkolok ni tempah kat member.. dia tukang jahit, tapi tak pernah
buat tengkolok pun..saya paksa dia buat..camni lah rupa dia..
ok la..dari takde.. harga kain beli indian made punya 30 hengget.
upah jahit sekali dgn bengkung 40 hengget..kira murah la tu..

pergi tanya kat jalan masjid india KL..tengkolok saja rm250..heh..
ye lah..dia guna songket trengganu..songket saja dah rm 200.
dan buatan dia lagi kemas dari yang ni.


ni la bengkung untuk ikat samping tu..



ini gambar Taming Sari..Diorang kata la..masa pameran
keris kat Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
pada 29.05.2011.. saya tak percaya langsung. kalau betul taming sari..
dah kene rompak ni.. boleh buat pergi merompak pulak.. dah kata
sapa pegang keris ni jadi kebal.. tapi terpulang pada
pandangan masing2 la..


hah..ni keris untuk hiasan..
keris buatan indonesia, sebab keris ni lebih kepada hiasan.. sarung dia dibuat
cantik.. tapi buatan dia menggunakan bahan yang murah la..
murah pun beratus jugak harganya ni bro..


tu dia.. keris ni lok 5, cantik sangat..siap ada pamor..


apa benda nya pamor tu. pamor tu corak pada bilah keris..
cuba tengok kat sini.. ada macam bergaris bulat bulat kat keris ni..
ini dipanggil pamor ular.. kalau orang dulu buat keris..dia campurkan
berbagai jenis besi untuk jadikan bilah mata keris ni.. biasanya ..
campuran 5 jenis besi..ada 7 jenis besi.. proses campuran besi tu lah..
yang menghasilkan bentuk pamor ni.. orang kata la.. kalau diorang
kelentong..kira kelentong la saya juga..

Add Image
yang kuning ni keris gelanggang ..keris ni biasa dipakai pakai masa latihan je..
harga dia lebih murah..murah pun ratus jugak la harganya..


cuba tengok keris gelanggang ni.. dia takde pamor.
bilah dia dibuat dengan besi biasa je kemudian grinding
macam buat parang..takde seni..


cuba tengok yang ni.. kan cantik tu..ada corak (pamor)


kalau tengok dekat..nampak beberapa bulatan berlapis lapis
kat situ..menunjukan bilangan besi yang dicampurkan pada
mata keris ni. katanya lah..


yang ni pulak.. corak kesan kene mesin grinding je..


dua dua keris ni pun boleh berdiri tegak macamtu..
kalau cari kat intenet..banyak pengamal ilmu mistik ni
jual keris berdiri macam ni..konon nya ada jin la.. khadam la..
takde maknanya nak tunggu ada khadam baru boleh berdiri keris tu.
sapa sapa pun boleh tegakkan keris tu.. betul balancing dia..
tegak la dia..

tapi bukan la menafikan ada keris yang diorang letak jin.. itu diorang punya
pasal la.. jaga2 kalau beli keris lama2 ni.. silap silap kacau bilau kita
di ganggu jin keris tu..orang dulu2 mempertahankan diri guna keris..
kita sekarang keris buat hiasan je..tak payah ada jin..buat syirik je..

apa macam.?.menarik tak..?apa lagi..jom beli keris..haha...geram tengok..
keris yang kat atas tu..member punya.. sekarang sedang sebuk survey keris la ni..
tak jumpa yang sesuai lagi..sesuai dgn poket..hehe