Sajak “Melayu” oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
Usman Awang
Wednesday, August 14, 2013
Tuesday, August 13, 2013
Menyediakan tapai cara orang kampung
Ramai yang suka makan tapai. tapi tak ramai yang berkebolehan untuk membuat tapai.
membuat tapai sangat banyak kerenah dan pantang larang nya.. kalau tak di ikuti.. alamat tapai tak jadi la..
sediakan 2 kilo beras pulut.. ( ini resepi untuk raya ni)
basuh beras sebersih besihnya sehingga jernih airnya.. kalau basuh cincai tu..jawabnya tapai yang jadi nanti pun cincai la juga..
beras yang telah di bersihkan.. kelihatan air sangat jernih..
beras yang telah siap boleh la di di kukus sehingga masak. ada yang suka tanak kan beras..ikut cita rasa masing2 la.
beras pulut yang siap di tanak di ratakan dan di biarkan sejuk seketika di dalam dulang
sebuku Ragi untuk 2 kilo beras.. hancurkan ragi kalau rajin ayak kan untuk dapat ragi yang halus.
tabur dan ratakan ragi pada pulut yang telah sejuk.
dalam proses ini adalah sangat penting dinasihatkan kepada siapa yang tak mandi , atau berbau busuk, atau perempuan period , atau mulut cakap lepas agar tidak berda di kawasan ini.. kebanykan org tua kampug akan buat tapai secara sembunyi.. untuk mengelakan perkara di atas berlaku.
kalau ada sesiapa yang tak yakin dgn nasihat di atas , cubalah lakukan sendiri..pengalam adalah guru yang terbaik..
setelah digaulkan dengan ragi.. tabur kan pula sesudu gula untuk memaniskan tapai.. gaul hingga sebati
tapai anda sudah sedia untuk di bungkus.. ini bungkus moden..malas nak cari daun pisang.. untuk dapat rasa dan bau yang terbaik..adalah di galakan menggunakan daun keladi atau daun getah atau daun pisang.
tahun ni..tapai di buat dalam dua versi bungkusan.. bungkus dgn bekas plastik dan bungkus dgn daun pisang..
hasilnya.. tapai yang di bungkus dengan daun pisang adalah sangat wangi dan lebih sedap berbanding yang di bungkus dalam bekas plastik
tapai yang telah di bungkus.. peramkan di tempat yang jauh dari segalai kebusukan.. peram selama 2 hari sebelum di makan.. selamat mencuba..

Subscribe to:
Posts (Atom)