Followers

Sunday, July 25, 2010

Persatuan Warga Melayu Malaysia

WARGA MELAYU


Persatuan Warga Melayu Malaysia ditubuhkan untuk menyahut
cabaran dalam mengembalikan kegemilangan melayu
dalam takrif asalnya.

Akibat dari kecelaruan dan perpecahan dikalangan melayu kini,
sesuatu usaha perlu dijalankan untuk membendung malapetaka
yang lebih buruk terutama kepada Agama Islam itu sendiri.
Umat melayu bagaikan hilang pedoman hingga tercari cari identiti
dan arah tuju sebenar hingga masing-masing membuat kesimpulan
sendiri mengikut hukum/logik akal masing2.

Umat melayu kini telah hilang ciri kemelayuanya mengikut
takrif asal Melayu itu sendiri. malah kebanyakan mereka
tidak layak digelar melayu walau berupa paraskan
melayu. Usaha-usaha untuk perlu dijalankan supaya masyarakat
kembali pada takrif melayu yang asal. Ini kerana Ketidak fahaman
takrif yang asal menyebabkan mereka cenderung memikirkan
sesuatu yang bertentangan dengan perkara yang sepatutnya.

sedikit maklumat sampingan tentang takrif asal melayu DISINI
dan DISINI

sedikit aktiviti tentang warga melayu DISINI

apakah yang diperjuangkan oleh Warga Melayu?
adakah perjuangan nya berbeza atau sama saja dari
pertubuhan lain yang telah lebih dikenali dengan
perjuangan melayunya?

Antara matlamat perjuangan Warga Melayu.

1. Menghidupkan semula Islam Melayu Melayu Islam
berteraskan agama islam dalam bab aqidah, syariat,
akhlak pengorbana diri dan harta, pendirian asas ilmu
dan amalnya berdasarkan Al-Quran, hadis ijmak dan qias..

2. Mengembangkan tarbiah, pendidikan dan latihan ilmu

pertahanan diri rohani/jasmani serentak segera menyusun
segala kekuatan, kemuliaan, serta mempamerkan kehebatan
yang terhimpun pada agama islam, memenuhi tuntujan
kewajipan kalimah taqwa sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan melalui dakwah secara lisan, tulisan dan
amalan.


3. Memperjuangkan kepada umum bahawa Warga Melayu

mengamalkan cara hidup agama islam mengikut sepenuhnya
aliran fahaman mazhab yang rojeh pada bab nya
(ahli sunnah wal jemaah).


4. Mendukung kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan

negara, institusi kesultanan Raja raja Melayu, hak ketuanan

Melayu, berusaha membina kekuatan perpaduan pada amnya.


5. Menggerakan aktiviti menyatukan fahaman dan amalan

kehidupan tertumpu pada keadilan, kemajuan, kebahagiaan

dalam bidang ekonomi sosial dan pendidikan.


dan ada 15 semuanya yang tak sempat dituliskan disini.



Kuliah Warga Melayu- Dari Madrasah Misbah Assalam




Kuliah yang lebih lanjut sila klik sini

Thursday, July 22, 2010

Dayus?

Geram betul tengok lelaki Indon tu..
bini dia kena tangkap khalwat..dia boleh buat sadin je..
mungkin memang macamni ni la gaya hidup Orang
indonesia ni..

LELAKI DAYUS.. mungkin bagi setengah orang
perkataan DAYUS tak bererti apa2 selain dari sejenis maki-hamun
yang tak membawa apa2 kerugian pun. Sekadar perkataan
sebagai meluah perkataan marah.
ada terdengar ustaz cakap.dayus tu
orang yang tak memasuki syurga sampai bila-bila

jom tengok dalilnya pulak sedut dari link org..

Erti Dayus

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-


1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


http://www.zaharuddin.net/content/view/546/99/

bukan kat indon je rupanya..
Malayasia ni pun LUBUK MANUSIA DAYUS

Friday, July 9, 2010

ESQ Leadership Training (ESQ 165) ?

Saya tak tau benda ni..hingga lah tiba2 berita ni jadi panas
dlm berita TV3 sampai dato masitah dan hampir
semua nama mufti dikaitkan sekali..
macam biasa lah.. bak kata org dulu..
jika ada org munafik menyampai kan berita,
maka selidik lah dulu kesahihannya.. bagi
saya semua stesyen tv pun munafik.



Ary Ginanjar Agustian. ESQ

jika ikut pandangan peribadi saya sendiri sejurus selepas
berita ni keluar dlm tv mudah aja.. kalau tv
cakap benda tu benar..maka ada kemungkinan besar
benda tu salah.. dan sebaliknya..
bila diselidik pulak.. mungkin ada kebenaran dari
tanggapan saya tu..sebab ada fatwa negeri
selangor kata ESQ ni menyeleweng..

http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

http://www.imranshamsir.com/ilmiah/fatwa-berkaitan-esq-leadership-training/

tapi mengikut berita tv3 9 hb jul ni.. kata hampir semua
mufti lain fatwa kan harus..termasuk
mufti perak yg terkenal tu...

antara kenyataan akbar tentang ESQ ni

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=511951

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaFatwaKebangsaanputuskanESQtidakbertentangan/Article/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KetuaPanelSyariahESQnafiprogrammenyeleweng/Article

cuba tengok sini asal usul ESQ ni. asalnya barat juga..

London (ANTARA News) – Konsep Kecerdasan Emosi dan Spiritual (Emotional Spiritual Quotient/ESQ) yang dikembangkan di Eropa mulai di Belanda, kini diperkenalkan di Kerajaan Inggris dengan pendekatan ala Indonesia oleh Ary Ginanjar Agustian.

Kehadiran Ary Ginanjar di Kerajaan Ratu Elizabeth II itu dalam rangka mengikuti pertemuan para pakar Spiritual Quantient (SQ) dari berbagai negara seperti Amerika Serikat, Australia, Compenhagen Denmark, Belanda, Nepal, India di Oxford selama seminggu sejak 11 Maret 2007.

http://armans.wordpress.com/2008/01/24/esq/#more-22

tengok sini antara yang melanggan kursus ESQ ni. maknanya benda ni dah lama..dah menguasai
hampir seluruh jabatan yg ada kat malaysia ni.

http://esq.com.my/v1/clients/

antara petikan dari utusan malaysia

"Menurut Marhaini, setelah latihan ESQ mula diperkenalkan di Malaysia akhir 2006, seramai 6,500 orang yang terdiri daripada eksekutif muda, profesional dan golongan pembuat keputusan menyertai latihan itu.

Malah, tambah Marhaini, ESQ tidak hanya ditujukan secara eksklusif kepada individu Islam, malah ia sesuai untuk semua individu tanpa mengira agama atau bangsa."

bukan kah ini bermaksud liberal..islam liberal..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

siapakh yg memperkenalkan ESQ165 ni.. siapkah "Ari Ginanjar"
ulamak besar kah dia..adakah sebaris dgn imam ghazali, imam shafie.

Deputi Gubernur Bank Indonesia Siti Chalimah Fadjriyah (kiri) dan  Ary Ginanjar Agustian usai penandatanganan kerjasama



Deputi Gubernur Bank Indonesia Siti Chalimah Fadjriyah (kiri) dan Ary Ginanjar Agustian usai penandatanganan kerjasama


antara training yg dianjurkan dan yuranya yg hebta..hahha

ESQ Adult

PUBLIC KL 24

Date :
14-16 November 2008

Venue :
Hotel Summit, Subang Jaya

Fee :
RM1380

Age :
18 years old and above

Trainer :
To Be Announced

Promotion :
Teacher & Nurse - RM 860
Group (RM 1380 X 5) - Register for 5 & get 1 for free
Earlybird before 04/10/08 - RM 1285


-------------------------------------------------------------------

ESQ Mahasiswa

MAHASISWA KL 5

Date :
29-30 November 2008

Venue :
Will be announced

Fee :
RM550

Age :
19-25 years old

Trainer :
Will be announced

Promotion :

Early payment :

30 days before training- RM 440
14 days before training- RM 495
7 days before training - RM 522

Family Package - Register for 3 people or more - 10 % off


http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=5&t=12448

bagi saya program ESQ ni sama tarafnya dengan Poco-poco yg sama hangatnya tu..

lanjutan dari kisah ini.. maka bertambah terserlah lah sikap sebenar..
golongan yang konon nya Ahli dlm bab Agama tu.. ulamak dunia..
ulamak makan gaji..


tengok clip ni pun dah meragukan..
macamana org barat boleh terima kalau benar benda ni Islam yg benar..
semua org tau.. Barat musuh tradisi ialam. penceramah dia pulak..
takde rupa org reti agama pun.. takde sunnah pun..
muzik menakutkan..