Followers

Sunday, July 25, 2010

Persatuan Warga Melayu Malaysia

WARGA MELAYU


Persatuan Warga Melayu Malaysia ditubuhkan untuk menyahut
cabaran dalam mengembalikan kegemilangan melayu
dalam takrif asalnya.

Akibat dari kecelaruan dan perpecahan dikalangan melayu kini,
sesuatu usaha perlu dijalankan untuk membendung malapetaka
yang lebih buruk terutama kepada Agama Islam itu sendiri.
Umat melayu bagaikan hilang pedoman hingga tercari cari identiti
dan arah tuju sebenar hingga masing-masing membuat kesimpulan
sendiri mengikut hukum/logik akal masing2.

Umat melayu kini telah hilang ciri kemelayuanya mengikut
takrif asal Melayu itu sendiri. malah kebanyakan mereka
tidak layak digelar melayu walau berupa paraskan
melayu. Usaha-usaha untuk perlu dijalankan supaya masyarakat
kembali pada takrif melayu yang asal. Ini kerana Ketidak fahaman
takrif yang asal menyebabkan mereka cenderung memikirkan
sesuatu yang bertentangan dengan perkara yang sepatutnya.

sedikit maklumat sampingan tentang takrif asal melayu DISINI
dan DISINI

sedikit aktiviti tentang warga melayu DISINI

apakah yang diperjuangkan oleh Warga Melayu?
adakah perjuangan nya berbeza atau sama saja dari
pertubuhan lain yang telah lebih dikenali dengan
perjuangan melayunya?

Antara matlamat perjuangan Warga Melayu.

1. Menghidupkan semula Islam Melayu Melayu Islam
berteraskan agama islam dalam bab aqidah, syariat,
akhlak pengorbana diri dan harta, pendirian asas ilmu
dan amalnya berdasarkan Al-Quran, hadis ijmak dan qias..

2. Mengembangkan tarbiah, pendidikan dan latihan ilmu

pertahanan diri rohani/jasmani serentak segera menyusun
segala kekuatan, kemuliaan, serta mempamerkan kehebatan
yang terhimpun pada agama islam, memenuhi tuntujan
kewajipan kalimah taqwa sebelum melakukan sesuatu
pekerjaan melalui dakwah secara lisan, tulisan dan
amalan.


3. Memperjuangkan kepada umum bahawa Warga Melayu

mengamalkan cara hidup agama islam mengikut sepenuhnya
aliran fahaman mazhab yang rojeh pada bab nya
(ahli sunnah wal jemaah).


4. Mendukung kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan

negara, institusi kesultanan Raja raja Melayu, hak ketuanan

Melayu, berusaha membina kekuatan perpaduan pada amnya.


5. Menggerakan aktiviti menyatukan fahaman dan amalan

kehidupan tertumpu pada keadilan, kemajuan, kebahagiaan

dalam bidang ekonomi sosial dan pendidikan.


dan ada 15 semuanya yang tak sempat dituliskan disini.



Kuliah Warga Melayu- Dari Madrasah Misbah Assalam




Kuliah yang lebih lanjut sila klik sini

No comments:

Post a Comment