Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
- Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Dato Onn Jaafar- sumpah melayu
Dato Onn Jaafar
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
- Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
- Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
- Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
- Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Begitu cantik wasiat Raja Melayu dan sumpah melayu tu..
persoalanya..adakah.. semua tu ibarat puisi atau lagu ..
yang hanya dimainkan untuk hiburan..atau bila terdesak..
rasanya yang paling dipertikaikan oleh masyarakat
ialah sumpah melayu..
kenapa tak ada langsung islam disebut
antara empat sumpah tersebut.
cuba lihat pula
"KAMI, umat Melayu beragama Islam"
kenapa digunakan perkataan umat Melayu tidak bangsa melayu..
sebab melayu sememangnya bukan bangsa..
fahami erti melayu yang asal disini
hari ini orang berselisih pasal melayu dan islam..
ada yang mahu melayu tetapi tak mahu islam..
ada pula yang mahu islam tetapi tak mahu
melayu.. mereka bercakaran mahukan benda
yang sama dan dalam masa yang sama menolaknya pula.
manakah antara mereka yang benar..?
yang hairanya tak ade satu akhbar atau majalah atau media
yang cuba menerangakan panjang lebar secara terperinci
apakah sebenarnya wasiat raja melayu dan sumpah melayu
tu.. semuanya sekadar lepas batuk ditangga..
ucapan penuh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah
pun susah nak cari sebagai rujukan.
patut tak berani siar dlm surat kabar..
keras sindiranya..itu pun setakat ucapan je..
tindakan tak tau lah pulak..
cuba tengok perbezaan yang dilapur oleh 4
tempat ni..nanti boleh pikir la sapa hipokrit sebenarnya..
link 1
link 2
link 3
link 4 yang ni ada 5 page full version..
hari ini orang tergelak berguling nak pecah perut
bila dengar ada wasiat dan sumpah melayu ni..
macam lawak antarabangsa pulak..
rasa macam kartun pun ada..
toringat den subjek sejarah dolu..bagui ssokali kuar info ni..:)
ReplyDeleteskarng ni melayu yang nak jatukan melayu...........
ReplyDeletegiannis shoes
ReplyDeletekobe byrant shoes
off white clothing
birkin bag
supreme clothing
golden goose
curry 7
longchamp handbags
yeezy boost
jordans shoes