Followers

Tuesday, April 26, 2011

Siapa Ulamak Sunnah ?

Entah mengapa sejak kebelakangan ini banyak kekeliruan
telah berlaku dalam masyarakat. Saya sendiri juga keliru.
Sebagai pengikut Aliran Sunnah wal Jamaah, sudah diterangkan
banyak kali Ulamak yang sepatutnya menjadi rujukan.

mengikut cerita ustaz, Ahli sunnah berpegang pada ulama berikut:

1. Dalam bab Aqidah - Aliran Syeikh Abu Hassan As-Sya‟ari dan Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi.
2. Dalam bab Fiqh - Imam As-Syafie dan tidak menolak Fiqh Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali.
3. Dalam bab Akhlak dan Sufi - Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Al-Ghazali, Imam Sya`arani, Imam Qusyairi dan ulama‟ muktabar seumpama mereka

yang muskilnya hari ini media masa banyak mengetengahkan fahaman Ibnu Taimiyyah.
kebanyakan ulamak mengaitkan Ibnu Taimiyyah dengan fahaman Wahabi yang bertentangan
dengan fahaman Ahli sunnah.
pengasas Wahabi, Muhammad bin Abd Al-Wahhab telah membawa pemikiran Ibnu Taimiyyah Al-Harrani (nama sebenarnya Abu Al-Abbas bin Abd Al-Halim)

sumber..

surat kabar yang membawa fahaman Ibnu Tamiyyah

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

yang bestnya JAKIM dan Majlis fatwa tak mampu selesaikan masalah akidah ini..
kesian.. sumber sini

Hingga hari ini, Negeri Perlis kekal sebagai negeri wahabi. nak kata salah pun tidak, nak kata betul pun tidak.

"Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah
"

patut la takde keputusan, rupanya mekah dan madinah di takbir fahaman Wahabi.
kalau sesat wahabi ni, apa cita org solat berimam kat mekah sana masa musim haji..

kalau ulamak/mufti pun tak boleh settel masalah ni..habis la kita org awam yg tak reti agama.

Ya Allah, Tunjuk kan lah kami jalan yang benar..Aminnn..

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah tercapai juga hajat




Setelah berbulan berhempas pulas cari peluang untuk membeli Emas
jongkong dan dinar, akhirnya tercapai juga hasrat tersebut. Puas hati bila
dapat pegang sendiri Jongkong emas dan Dinar serta Dirham Kelantan.
hari ini 20 hb 11, harga emas terus naik, takde gaya langsung dia nak turun.
menurut ejen jualan emas yang saya beli tu, Harga Emas sekarang sangat tinggi,
malah akan terus meningkat sehingga orang tak mampu membelinya lagi.
hari ini harga perak/silver masih murah di bawah harga sebenar. ini kerana
org tidak berminat membeli perak kerana kurang yakin dengan nilainya.
harga yang sepatutnya bagi 10 dirham perak mestilah sama dengan 1 dinar emas.
tetapi hari ini, 20 dirham barulah bersamaan 1 dinar emas. walau bagaimana
pun, harga perak akan melonjak naik juga setelah org ramai tak
mampu lagi membeli emas, mereka akan beralih kepada perak
yang mana boleh memnyimpan nilai juga sama seperti emas.

dirham

bagi yang belum membeli Emas atau perak sebagai aset, cepatlah
berbuat demikian sebelum ekonomi dunia mengalami inflasi.
takut2, ringgit kertas anda tidak mempunyai nilai lagi..
ahli ekonomi menjangkakan , ekonomi dunia mengalami
inflasi teruk pada 2012.

emas-malaysia

seronok bla mendengar dia memberi contoh, katanya pada zaman

Nabi dahulu, 1 dinar sudah boleh membeli seekor kambing. masih teringat

masa kenduri kat kampung orang buat akikah. kalau 4 thn yang lepas

harga kambing kat kampung baru rm 300. tetapi hari ini, paling murah

pun seekor kambing berharga rm 650. Kalu kita tengok harga 1 dinar emas

hari ini ialah rm 692. Makna nya , masih cukup untuk beli seekor kambing.

sebenarnya harga kambing tidak naik, cuma nilai mata wang kertas

kita yang susut nilainya. jika 10 thn akan datang, harga seekor kambing cecah

2 ribu ringgit pun , masa tu 1 dinar emas tetap boleh beli kambing juga.

sudah pasti harga 1 dinar emas masa tu, rm2000.



Monday, April 4, 2011

Akan ruhtuh kah sistem kewangan dunia?

Dah lama cari fakta ni.. selalu dengar cerita tanpa fakta..
sebab sitem kewangan negara kita mengguna pakai sistem
kewangan konventional seperti menyandar kan nilai ringgit pada dollar.
asalnya nilai ringgit disandarkan pada nilai emas.

jom lah kita tengok pakar sistem kewangan ni bercerita tentang sistem
kewangan kita.. semoga kita akan dapat gambaran, bagaimana
akhirnya sistem kewangan kita nanti., dan apa akan jadi
pada duit kita semua yang berkepuk dalam bank tu.



Apa itu Seigniorage?

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.


Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.


Hutang kepada siapa hutang itu?




Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.




Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.




Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.




Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.


Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.


Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.


Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

copy dari sini

http://hasbullah.pit.my/2010/02/seigniorage-cukai-inflasi-yang-anda.html?showComment=1301904863381#c2776026630031117419

kalau rajin lagi membaca tengok pulak kat sini..nanti lagi faham apa sebenanya
berlaku dlam dunia palsu hari ini.

http://www.emasedinar.com/sejarah-emas