Setelah berbulan berhempas pulas cari peluang untuk membeli Emas
jongkong dan dinar, akhirnya tercapai juga hasrat tersebut. Puas hati bila
dapat pegang sendiri Jongkong emas dan Dinar serta Dirham Kelantan.
hari ini 20 hb 11, harga emas terus naik, takde gaya langsung dia nak turun.
menurut ejen jualan emas yang saya beli tu, Harga Emas sekarang sangat tinggi,
malah akan terus meningkat sehingga orang tak mampu membelinya lagi.
hari ini harga perak/silver masih murah di bawah harga sebenar. ini kerana
org tidak berminat membeli perak kerana kurang yakin dengan nilainya.
harga yang sepatutnya bagi 10 dirham perak mestilah sama dengan 1 dinar emas.
tetapi hari ini, 20 dirham barulah bersamaan 1 dinar emas. walau bagaimana
pun, harga perak akan melonjak naik juga setelah org ramai tak
mampu lagi membeli emas, mereka akan beralih kepada perak
yang mana boleh memnyimpan nilai juga sama seperti emas.
berbuat demikian sebelum ekonomi dunia mengalami inflasi.
takut2, ringgit kertas anda tidak mempunyai nilai lagi..
ahli ekonomi menjangkakan , ekonomi dunia mengalami
inflasi teruk pada 2012.
seronok bla mendengar dia memberi contoh, katanya pada zaman
Nabi dahulu, 1 dinar sudah boleh membeli seekor kambing. masih teringat
masa kenduri kat kampung orang buat akikah. kalau 4 thn yang lepas
harga kambing kat kampung baru rm 300. tetapi hari ini, paling murah
pun seekor kambing berharga rm 650. Kalu kita tengok harga 1 dinar emas
hari ini ialah rm 692. Makna nya , masih cukup untuk beli seekor kambing.
sebenarnya harga kambing tidak naik, cuma nilai mata wang kertas
kita yang susut nilainya. jika 10 thn akan datang, harga seekor kambing cecah
2 ribu ringgit pun , masa tu 1 dinar emas tetap boleh beli kambing juga.
sudah pasti harga 1 dinar emas masa tu, rm2000.
kat mana nk beli emas fizikal mcmni?
ReplyDeletecari je lam intenet/ facebook.. ramai ejen dia.
ReplyDeletekalau saya dulu beli kat sini..
http://www.saudagaremas.com/