Followers

Tuesday, July 26, 2011

Malaysia boleh ikut ke System 5S jepun..?


Rasa kelakar la juga bila ada usaha nak gunakan/amalkan
sistem 5s jepun kat Malaysia ni.. tengok banyak kat
pejabat kerajaan terpampang amalan 5S..kadang2 rasa
nak muntah pun ada..

sudah la.. kita tak mampu nak ikut sistem 5s tu..
bukan kata 5s je..(sekarang diorang sudah tambah jadi 6s)
haha.. letak la 10s ke 200s ke..kita tak boleh buat..

situasi di pejabat kerajaan Malaysia

situasi pertama ..
di pejabat kerajaan..
masa mesyuarat pagi..
Bos tanya tiap bahagian.. semua kerja beres tak..?
semua bahagian pun akan jawab "semua ok bos"..
kalau ada yang jawab .."bahagian saya ada masalah sikit"..
jawabnya kene maki hamun la dia..

situasi 2..
satu bahagian terpaksa bagi jawapan "ada masalah" dgn bos..
pasal memang tak boleh nak sorok.. lepas kena maki hamun
secukup rasa.. bos beri arahan suruh selesai kan masalah tu
segera..macamana nak buat.. lantak kau la..tapi masalah
kene selesai.. secepat mungkin..

situasi di pejabat kilang jepun di malaysia

situasi pertama
masa mesyuarat.. bos akan tanya setiap bahagaian..ada
masalah tak.. kalau ada bahagian yang jawab takde masalah..
jawabnya kene lecture la sikit kat bos jepun tu..
dalam dunia ni mana pernah takde masalah.. kalau takde masalah
tu maknyanya korang tak buat keje.. walau pun kecil..semua masalah
hendaklah di kenalpasti ..
tak berani diorang jawab tak de masalah atau semua ok bos..
setiap kali pegi mesyuarat kena bawa masalah..

situasi kedua
setiapa bahagian yang sudah kemukakan masalah..bos akan
pikir benda tu sama ada perlu diselesaikan dgn bantuan pihak lain
atau bantuan kewangan.. kalau perlu kewangan.. bos terus je
keluarkan peruntukan untuk selesaikan masalah tu..
ketua bahagiana tak perlu nak gagau sini gagau sana cari duit..
lepas tu bos ucapkan terima kasih dan tahniah kerana
berjaya kenal pasti masalah.. dgn ini dapat menambah
baikan lagi mutu barangan keluaran syarikat..

dari kisah diatas apa yang kita pelajari..

1.perangai bos malaysia tak mau dengar masalah..
ini menyebabkan di sekelilingnya penuh dengan
pengampu dan penipu..akibatnya mutu kerja merosot.

2. bos kat malaysia bukan nak cuba selesaikan masalah..
tapi bagi kata dua dan amaran kepada org bawah..
menyebabkan org bawah makin tertekan dan lain
kali memang tak cerita masalah dah kat bos.. buat bala je..
kalau ada masalah sorok selagi boleh.. dan ambik penyelesaian
sementara seperti pinjam kat bahagian lain
kalau ada pemeriksaan.

kat sini menunjukan kita org malaysia ada masalah NILAI
DIRI.. core value.. kita suka cari salah orang.. kita tak tau buat keje
tapi belagak pandai..

kita suka kelihatan hebat..dgn mencipta berbagai perkataan menarik..,
contohnya Cemerlang Gemilang Terbilang.. tapi gah setakat
pada perkataan aje le..dari segi perlaksanaan ..kosong..hampeh..



kita tengok 5S jepun.. perkataan yang digunakan kan..simple je..
perkataan harian yg kita biasa sebut dan faham maksudnya..
sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal..
tak hebat pun perkataannya.. tapi..pasal rakyat jepun punyai
nilai diri yang tinggi.. perkataan biasa macamtu menjadi
begitu hebat dengan perlaksanaanya.. semua org kagum
dengan Sistem 5S.. sebenarnya bukan sistem yang hebat..
tapi orang nya yang hebat..



kalau dah orang nya takde nilai diri, makan rasuah, salah guna kuasa.,
takde makna nya belajar sistem 5s tu..abih kan boreh yo..

sebelum nak fikr 5s..baik pastikan diri tu ada nilai diri dulu.. senag cakap
ada iman dalam diri.. kalau takde...
rentikan le...!!!

No comments:

Post a Comment