Followers

Friday, November 18, 2011

CELCOM Penipu...?




Ramai dah kene..saya pun kene juga..
al kisah bermula bila beli henpon baru..sambil tu
daftar juga line baru..
punya la exited godek hp samsung galaxy mini tu.
habis semua benda pun nak install..
maklum lah..samsung guna operating system Android..
kira popular sekarang..software dia banyak free..
download je kat

https://market.android.com/

http://www.mobileheart.com/cell-phone-games/2597-Samsung-Galaxy-Mini-S5570-Games.aspx

bersepah benda boleh download.. bila dapat bill bulan pertama kena
charge rm 50.. rm 30 chrage 3g data usage + rm 20 sms dan call
..tak pe lah..agaknya 3g usage data tu pasal godek PAPAGO dan gps
masa buat testing henpon tu..
masuk bulan kedua sudah kena rm 150.. sedang kan saya dah tak guna
GPS dan 3G tu.. intenet pun tak guna.. ini sudah lebih..boleh
mendatangkan marah....!!

apa lagi saya pergi serbu CELCOM tu untuk melepaskan segala package
sumpah seranah @maki hamun @ fire yg teristimewa untuk sapa yg jaga kat
kaunter celcom tu nanti.. sampai kat sana ..hati jadi sejuk la pulak..
apa tak nya..yg jaga kat kaunter tu..senyum meleret je..awek cun lak tu..haha
pandai kau CELCOM.. letak awek cun kat kaunter.. tangkal mujarab untuk halau
jin, saka, bala hamun maki ni.. ok lah.. lepas mengadu masalah kat
kaunter tu.. dia cakap ramai org ngadu camtu.. pasal hp yg dia guna jenis
3g ni..celcom telah set kan automatik..sapa yg guna hp 3g ..guna pulak
simkad celcom 3g, maka henpon akan automatik guna intenet celcom..
walau kita cuba connect kat wifi free pun..dia tak connect..dia guna CELCOM
punya juga.. jadi seolah olah kita guna intenet celcom 24 jam selama sebulan..

kemudian dia ajar macamana nak off kan setting 3g tersebut..
kalau guna SAMSUNG galaxcy mini
tekan lah kat lambang 4 segi warna biru tu, kemudian klik
setting yg lambang gear tu, kemudian klik wireless and
networks, kemudian scroll kebawah dan klik mobile network,
kemudian off kan use packet data ..

setting - wireless network -mobile network - use packet data

lepas tu korang akan tengok simbol 3g kat atas henpon tu dah hilang..
ok.. lepas ni boleh la guna wifi free semula untuk layan intenet..

ada separuh kes, dimana dia tak jumpa setting nak off intenet
3g tu.. maka cara yang paling mudah adalah..guna semula
henpon murah yang takde 3g..hehe comfirm takde charge 3g..

benda ni jadi kat hempon baru yg jenis intenet wifi, 3g ni je..jenis belagak
nak guna touch screen ni..duit terlebih, tu la celcom ambil kesempatan
"mengapak " org macam ni..temasuk saya ..haha

selamat bergaya dengan hempon baru anda..

Monday, November 7, 2011

Muzium Adat, Jelebu



Jelebu merupakan antara daerah di Negeri Sembilan yang
sangat aktif mempromosikan Adat pepatih dan Warisan Minang
kabau nya. Banyak binaan yang dibuat mengekalkan ciri
tanduk kerbau warisan minangkabau.
Pembinaan Muzium adat di Kuala Klawang yang berada dalam
jajahan Daerah jelebu di bawah pentakbiran Undang Luak Jelebu
Y.T.M Dato, Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Haji Musa Bin Wahab,
menjadikan Kuala Klawang antara tempat yang mesti dilawati selepas Istana
Seri Menanti dan Teratak Zaaba apabila bercadang Melancung di Negeri
Sembilan.
Negeri Sembilan amat Unik Kerana di Perintah Oleh Yang di Pertuan Besar,
tidak seperti negeri2 lain di semenanjung yang di perintah oleh Sultan, Raja
dan ketua Menteri. Terlebih Unik lagi Kalau di kaji bagaimanakah
pertabalan yang di pertuan besar itu sendiri.


kedudukan Muzium Adat di tengah pekan Kuala Klawang



Majlis bandaran Jelebu bersebelahan dengan muzium


pentas yang terdapat di Muzium Adat


peandangan berhadapan dengan Muzium Adat
adalah padang/stadium serbaguna majlis daerah Jelebu


Padang Majlis Daerah dari pandangan hadapan


Papan kenyataan Waktu Melawat Muzium


pintu masuk ke Muzium-tayangan Video adat
Negeri Sembilan

antara artifak yang di pamerkan di tingkat bawah


tepak sireh-kegunaanya dalam masyarakat melayu


tempayan tanah liat yang di isi air- digunakan untuk
membasuh kaki sebelum naik kerumah


gambaran secara digital kehidupan masyarakat melayu Negeri
Sembilan


caklempong- alat muzik traditional melayu


teknik perubatan zaman dahulu


adat berkhatan dan tok mudim kampung


adat bersanding masyarakat minang dahulu


adat melenggang perut- masih terdapat juga masyarakat
hari ini yang mengamalkan kaedah begini untuk melihat
jantina bayi dalam kandungan. kalau scan kat hospital
lagi senang dan dapat meneglak perkara syirik.


kerusi Yam Tuan Besar/Raja dahulu

Beranika jenis tengkolok/tanjak raja2 mengikut Negeri.

sebenarnya ada banyak lagi pameran yang ada disini..hanya sidikit sahaja
yang dikongsikan disini.. bilik pameran di muzium ini setinggi 4
tingkat..datang lah melawat kesini untuk melihat keseluruhan pameran
di muzium tersebut..yang penting..masuk adalah PERCUMA..hehe

di bawah ..di kongsikan juga antara binaan berciri Minagkabau yang telah
di bina dan sedang dalam pembinaan di Daerah Jelebu Negeri Sembilan.


pusat kraft yang masih dalam pembinaan di Simpang Pertang,
Jelebu.


pintu gerbang menarik berhampiran pusat kraft


dewan budaya Jelebu terletak di Simpang Pertang.


Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah

Teratak Zaaba, Batu Kikir