Followers

Monday, November 7, 2011

Muzium Adat, Jelebu



Jelebu merupakan antara daerah di Negeri Sembilan yang
sangat aktif mempromosikan Adat pepatih dan Warisan Minang
kabau nya. Banyak binaan yang dibuat mengekalkan ciri
tanduk kerbau warisan minangkabau.
Pembinaan Muzium adat di Kuala Klawang yang berada dalam
jajahan Daerah jelebu di bawah pentakbiran Undang Luak Jelebu
Y.T.M Dato, Mendika Menteri Akhirulzaman, Dato' Haji Musa Bin Wahab,
menjadikan Kuala Klawang antara tempat yang mesti dilawati selepas Istana
Seri Menanti dan Teratak Zaaba apabila bercadang Melancung di Negeri
Sembilan.
Negeri Sembilan amat Unik Kerana di Perintah Oleh Yang di Pertuan Besar,
tidak seperti negeri2 lain di semenanjung yang di perintah oleh Sultan, Raja
dan ketua Menteri. Terlebih Unik lagi Kalau di kaji bagaimanakah
pertabalan yang di pertuan besar itu sendiri.


kedudukan Muzium Adat di tengah pekan Kuala Klawang



Majlis bandaran Jelebu bersebelahan dengan muzium


pentas yang terdapat di Muzium Adat


peandangan berhadapan dengan Muzium Adat
adalah padang/stadium serbaguna majlis daerah Jelebu


Padang Majlis Daerah dari pandangan hadapan


Papan kenyataan Waktu Melawat Muzium


pintu masuk ke Muzium-tayangan Video adat
Negeri Sembilan

antara artifak yang di pamerkan di tingkat bawah


tepak sireh-kegunaanya dalam masyarakat melayu


tempayan tanah liat yang di isi air- digunakan untuk
membasuh kaki sebelum naik kerumah


gambaran secara digital kehidupan masyarakat melayu Negeri
Sembilan


caklempong- alat muzik traditional melayu


teknik perubatan zaman dahulu


adat berkhatan dan tok mudim kampung


adat bersanding masyarakat minang dahulu


adat melenggang perut- masih terdapat juga masyarakat
hari ini yang mengamalkan kaedah begini untuk melihat
jantina bayi dalam kandungan. kalau scan kat hospital
lagi senang dan dapat meneglak perkara syirik.


kerusi Yam Tuan Besar/Raja dahulu

Beranika jenis tengkolok/tanjak raja2 mengikut Negeri.

sebenarnya ada banyak lagi pameran yang ada disini..hanya sidikit sahaja
yang dikongsikan disini.. bilik pameran di muzium ini setinggi 4
tingkat..datang lah melawat kesini untuk melihat keseluruhan pameran
di muzium tersebut..yang penting..masuk adalah PERCUMA..hehe

di bawah ..di kongsikan juga antara binaan berciri Minagkabau yang telah
di bina dan sedang dalam pembinaan di Daerah Jelebu Negeri Sembilan.


pusat kraft yang masih dalam pembinaan di Simpang Pertang,
Jelebu.


pintu gerbang menarik berhampiran pusat kraft


dewan budaya Jelebu terletak di Simpang Pertang.


Muzium Istana Seri Menanti, Kuala Pilah

Teratak Zaaba, Batu Kikir

3 comments:

  1. Salam.

    Bumbung Bangunan kat negeri sembilan ni tajam2 ya. InsyaAllah kalu ada kesempatan teringin juga nak singgah ke muzium sini.

    ReplyDelete
  2. datang la..kat aloq staq takde bangunan camni..

    ReplyDelete
  3. Salam dari Rantau,
    Saya orang Minang asli sekarang bekerja di Jakarta, Indonesia. saya kagum dan sedikit bangga karena ada suku saya berdiam di Malaysia, semua rumah adat dan arsitektur sama dengan di kampung saya yaitu Padang, Sumatra Barat, Indonesia sana. yang jadi pertanyaan saya, apakah di sana juga mengunakan bahasa Minang atau tidak dan apakah ajaran adat-adat Mianagkabau yang dulunya masih berkembang disana, apakah sampai sekarang masih terjaga dengan baik disana, bagaimana dengan anak muda (remaja) disana apakah sama halnya dengan kampung saya masih belajar ilmu penegtahuan adat dan Silat, satu algi apa Suku Anda?????

    ReplyDelete