Followers

Saturday, October 31, 2009

Aku Budak Minang

Welcome to Minang....,

Alam Takambang jadikan guru

kalau dilapek sobosar kuku,
kalau dibontang sebosar alam,

kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh,
kok tonggolam disolam,
kok datang biarlah nampak muko,

kok poie biarlah nampak belakang,

kok jauh dihimbau, kok dokek digamit,





Salah cotok bakuduang paruah
Salah lulue babadah paruik
Salah tariak ...

pakaian tradisi minang.. encem tak.. he he

JELEBU/JOLOBU (Salah satu daerah yang popular di N.Sembilan)

Ko Jolobak ko Jolobu
Tuai padi tigo tangkai.

Kalo kono komat Jolobu
Kalo tak mati! badan maranai



Istana Pagar Ruyung, Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia
Binaan dan pakaian kepala yang meyerupai tanduk kerbau/kobau/kabau


Karano tanduak basi paruik tajalo
Mati di Padang Koto Ranah
Tuo jo Mudo sungguahpun heran
Datangnya indak karano diimbau
Dek karano Cadiak Niniak kito
Lantaran manyambuang di galanggang tanah
Dipadapek tuah kamujuran
Timbualah namo Minangkabau

"karena tanduk besi tanduk terjela,
mati dipadang koto ranah,
tua dengan muda sangat heran,
datangnya karena tidak dihimbau,
karena cerdik nenek kita lantaran menyambung digelanggang tanah,
diperoleh tuah kemujuran timbulah nama Minangkabau."


Minangkabau


Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, sementara urusan ugama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.


silek/silat tuo Minangkabau di Rumah Gadang

Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

Perkataan Minangkabau

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Untuk mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak. Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.


gadis minangkabau dgn pakaian tradisi yang cun melecun

Antara perkara yang terdapat fahaman adat minangkabau

Kebanyakkan orang apabila diberitahu bahawa masyarakat Minang merupakan penganut Islam yang kuat merasa bingung kerana anggapan mereka ialah sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka (matriarchal) akan sering berselisih dengan fahaman Islam yang lebih patriarchal. Namun sebenarnya, terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membezakan satu daripada lain.

Seperti contoh:

* Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.

Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki mesti meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan belajar dengan di surau (langgar, masjid).

* Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah.

Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba ilmu dan bertemu dengan orang dari berbagai tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah merantau juga bererti melatih orang Minang untuk hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda Minang berniat merantau meninggalkan kampungnya, dia hanya membawa bekal seadanya.

* Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu berkahwin.

Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan dengan siapa yang mereka ingin berkahwin.

* Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali lebih dari bapa.

Fahaman Minangkabau: Bundo Kanduang adalah pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang.

Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

Kedatangan Adat Perpatih di N.Sembilan

Sejarah kedatangan adat perpatih ke N.sembilan adalah berkait rapat dengan kedatangan peneroka-peneroka orang-orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka.Penduduk N.Sembilan kebanyakan mereka berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka.

ASAL USUL ADAT PERPATIH
Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah.

Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.

Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.

Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)

Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta pusaka kepada anak perempuan.

Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.

"Bukankah peraturan dalam adat temenggong mengatakan , siapa menggigit dia kena gigit?" tanya Datok Perpatih kepada Datok Temenggong. Dia sebenarnya merujuk kepada adat Temenggong yang mengatakan sesiapa yang menggigit mesti dibalas dengan gigit juga.

"Memang benar!" jawab Datok Temenggong.

" Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.

Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.

Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.

Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).

Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.

Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.
berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.


Tarian piring adalah tarian traditional paling popular minangkabau

bak kato pepatah

yang kurik kundi yang merah sago
yang baik budi
yang indah bahaso.
yang baik budi yang dikerah tenago
yang asyik puji yang megah harto.
yang terusik diri yang resah jiwo
yang carik hati yang basah mato.



Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku-suku atau keluarga.
Suku-suku tersebut seperti berikut:

Suku Biduanda/waris (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

Raja beralam, Penghulu berluak, Lembaga berlingkungan, Buapak beranak buah, Anak buah duduk bersuku-suku, Berapa sukunya? Dua Belas!

Apakah Adat Pepatih
Adat dipakai baru, jiko kain dipakai usang.

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Rang gadih mangarek kuku
Pangarek pisau sirauik
Paruik batuang tuonyo
Batuang tuo elok ka lantai
nagari ba ampek suku
dalam suku babuah paruik
kampuang banan tuo
rumah batunganai


(anak gadis memotong kuku, dikerat dengan pisau siraut, pisau siraut peraut betung tua, betung tua baik untuk lantai, nagari mempunyai empat suku, dalam suku berbuah perut, kampung bertua, rumah bertungganai).

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Sakali aia gadang
Salaki tapian barubah
Namun aia kailia juo sakali gadang baganti
Sakali peraturan barubah
Namun adat baitu juo

(sekali air besar, sekali tepian berubah, namun air ke hilir juga, sekali besar berganti, sekali peraturan berubah, namun adat begitu juga).



Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

'Baribu nan tidak lipuah, jajak nan indak hilang.'
Satu ajaran yang tetap berkesan, yang diterima turun temurun.

Hari paneh kok tak balinduang
Hari hujan kok tak bataduah
Hari kalam kok tak basuluah
Jalan langang kok tak bakawan

(hari panas jika tidak berlindung, hari hujan jika tidak berteduh, hari kelam jika tidak bersuluh, jalan lengang jika tidak berteman).



Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).


terdapat juga golongan dari suku minagkabau (keturunan Raja Perba) yang terpaksa
berpantang , mereka dilarang memakan rebung dari buluh betong, tidak boleh makan kerbau balau dan tak boleh kena daun selinsing.

Pepatah Minang

Barek samo dipikua, ringan samo dijinjiang

Bakato bak balalai gajah, babicaro bak katiak ula.
Suatu pembicaraan yang tidak jelas ujung pangkalnya.

Bak ayam lapeh malam, bak kambiang diparancahkan.
Seorang yang kehilangan pedoman hidup serta pegangan, berputus asa dalam sesuatu.

Bak kabau dicucuak hiduang umpamo langgau di ikua gajah.
Seseorang yang selalu menurut kemauaan orang lain, tanpa mengeluarkan pendapat hatinya

Elok nagari dek panghulu, elok tapian dek nan mudo, elok masajik dek tuanku, elok rumah dek bundo kanduang.
Baik suatu negari karena pimpinannya, begitupun Masjid, tepian karena pemuda pemudi yang tinggi budinya

walupun begitu.., hanya golongan tertentu saja di N.Sembilan yang masih mengekalkan adat pepatih.. iaitu golongan adat dan yang mempunya jawatan dlm adat tersebut.. seperti Yam tuan, Lembaga, Buapak dan sebagainya.. bagi golonga muda yang kebanyakan telah terdedah dgn arus permodenan malah pemahaman yg lebih baik tentang Agama.. maka adat tesebut telah semakain dilupakan.. jika ada sekalipun contohnya pada upacara perkahwinan .. dijemput juga ketua adat tersebut sebagai menghormati mereka..

tidak dinafikan adat pepatih sebenarnya adalah diambil dari hukum islam itu sendiri.. kecuali beberapa perkara di tambah untuk kesesuaian dan untuk kebaikan mengikut suasana ketika itu..

cuma yang tidak berapa betulnya.. Agama telah dijadikan adat.. maka setiap perbuatan yang bersandarkan adat dengan sendirinya telah tertolak.. walau ia dicedok dari agama Islam itu sendiri. sebagai org islam, kita mestilah melakukan sesuatu kerana ia adalah suruhan agama,, dan bukan suruhan adat.

maka pepatah yang mengatakan biar mati anak jgn mati adat perlu dikaji semula..

malah prinsip adat pepatih yang mengatakan 'lelaki menyandang saka' perlu diperjelaskan lagi.. kerana menurut kefahaman kini, saka adalah Jin belaan keturunan yang menyesatkan.

Ramo-ramo sikumbang jati
Katik endah pulanga bakudo
Patah tumbuah hilang baganti
Pusako lamo baitu pulo


bak kato pantun bebudak mudo pilah..
kobau tuo ilang di sawah,
org kampung pueh menchaghi,

kok ekau tokan kepalo kobawah..,
sah lah ekao la kobau yang den caghi.. heh heh


ekao ngan kobau samo yoo... padan muko pado sapo yang baco..


'bajalan paliharolah kaki, bakato paliharolah lidah'

gilo boto satu hari suntok den nak siap an tajuk nihh.. intenet macam hampeh.. ponek den.
ghaso nak toghojun yo lam sawah.. bekubang sobolah kobau..

'Aia diminum raso duri, nasi dimakan raso sakam.'
air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.

Buruak muko camin dibalah
buruk muka marahkan cermin

SALAM JO SAMBAH KAMI
Kapado niniak mamak yang gadang basa batuah,pucuak bulek jo urek tunggang,

nan gadang diajuang tinggi diamba gadang.

Kapai tampek batanyo, ka pulang tampek babarito.

Nan bak umpamo kayo gadang di tangah koto.

Urek nanbuliah tampek baselo, batang gadang tampek basanda.

Dahan kuek buliah bagantung,

daun rimbun buliah balindung,

buah labek dapek dimakan. Tampek balindung kapanasan,

tampek bataduah kahujanan. nan bakato bana.

Aiei janiah sayaknyo landai, ikan jinak hukumnyo adie.

Kaampek suku dinagari, nan manjunjuang sako adat,

bilo maulana jo tuangku, nan tahu dihalal jo nan haram,

sarato sah jo nan batua, suluah dendang adat limbago.

Hulu balang jo ampang limo, jo manti pagawai adat,

nan bak umpamo pagaran kokoh. Cadiak jo tahu pandai,

nan arief bijaksano, tahu diangin nan basuruik,

tahu diombak nan basambuang, sarato dahan kamaimpok,

runciang kamancucuak, tahu dialamaik kato sampai,

alun bakilek lah bakalam, takilek ikan dalam aiei,

ikan takilek jalo tibo, tantu jantan batinonyo.

Nan mudo pambimbiang dunie,

nan capek kaki ringan tangan,

capek kaki indak panaruang, capek tangan indak mamacah,

aso tarantang duo sudah, nan bahati suci bamungko janieh,

nan tahu dimalu jo sopan, sarato raso jo pareso,

ancang ancang dalam nagari. Sarato kapado bundo kanduang,

limpapeh rumah nan gadang,

sumarak dalam nagari hiasan dalam kampuang,

nan gadang basa batuah, kaundang-undang ka Madinah,

kapayuang panji kasarugo.

Sarato jo urang banyak,

nan tidak baimbau namo sarato basabuik gala,
nan dilingkuang barieh jo balabeh, didalam cupak jo gantang,
dikanduang adat jo pusako. Ujuik tujuan buah rundiang,
sakiro paham dikahandaki, bahubung jo maso nan ditampuah,
musim nan tumbuah iko kini, syariatnyo ado bahakikat,
Lahieh kulik manganduang isi. Lahieh manjadi buah ama,
dek enggeran sako nan tatagak, Koto aman alam santoso,
salamaik korong jo kampuang, nak aman anak kamanakan.
Dunia buliah akhirat dapek, sinan mardeko mangkonyo panuah.
curai jo paparan, bukan mahunjuak maajari.
Hanyo sakadar calak calak ganti asah.
Kok salah mintak dibatua kan, kok panjang mintak dikarek,
senteng mintak dibilai, kok kurang mintak ditukuak.
Karano ulemu di Tuhan tasimpanyo. Kito nan bukan cadiak pandai.


antara seni kebudayaan Minagkabau

tari indang badinding




tarian kesenaian minang




silek/silat tuo pusako minang



silek jurus minang

Tuesday, October 27, 2009

Portable e-Kamus 5.02.06



e-Kamus v5.02.06 Professional Edition [PORTABLE] [51 MB]



+ Pelbagai Kamus dalam satu CD:
- English - Malay ( AT )
- English Oxford
- Malay - English ( AT)
- Dictionary of Medicine
- English - Malay ( Times )
- Dictionary of Computer
- Istilah Matematik ( DBP )
- English Peter Collin
- Kamus Dewan Edisi Ke-3 (DBP)
- Kamus Melayu - Arab ( Asas )
- Kamus English-Melayu ( DBP)
- Kamus Melayu - Cina ( Asas )
- Istilah Kejuruteraan (DBP)
- Kamus English - Indonesia
- Istilah Komputer (DBP)
- Kamus Indonesia - English
- Melayu - English (KM)
- Kamus Dewan Edisi Ke-4
- Istilah Sains (DBP)

+ Hanya 'Double click' pada perkataan untuk mencari makna

+ Penyemak ejaan automatik dalam Bahasa Melayu
- Semua semakan secara automatik. Sekiranya ada ejaan yang salah, perkataan tersebut akan ditandakan dengan garisan merah
- Dengan cara 'Klik kanan' e-kamus 5.02 akan mencadangkan perkataan pembetulan dalam bahasa Melayu

+ Fungsi sebutan/suara untuk perkataan dalam bahasa Inggeris

+ Kemas kini & naik taraf e-Kamus boleh dimuat turun dari internet secara PERCUMA!

+ Lebih 500,000 perkataan carian dan bertambah!

+ Integrasi dengan semua aplikasi komputer berasaskan teks

+ Sesuai untuk pelajar & golongan profesional

+ Lebih informasi dengan paparan yang jelas

download
e kamus
http://www.mediafire.com/download.php?1odkgz0kbkd

kamus tambahan 18 dlm 1
http://www.ziddu.com/download/3666185/dic.zip.html

* Langkah memasang:
1- Download dan extract file setup.exe dan dictionary (18 dic. tambahan) pada satu folder yang sama
2- Double click failsetup.exe dan install di komputer anda
3- Setelah siap install, akan ada popup keluar. Klik pada gambar kamus merah kecil di tengah tu.
4- Then, klik pada option, pilih add/remove dictionary
5- Pilih directory di mana fail dictionary tadi di simpan dan klik select all untuk pilih kesemua 18 kamus
6- Done.

tak reti-reti gak lagi
ambik nih..
http://www.youtube.com/watch?v=3iWSwUtIrTQ

kamus ini sepatutnya tidak memerlukan code..
tetapi sesetengah komputer perlukan unlock code..
jika demikian.., letak kan software code anda pada comment..
unlock code anda akan diproses..

info
http://www.myekamus.com/

Support Windows 98,2000,ME,XP dan Vista
win 7 blum test

tak pun boli yo la..
90 hengget yo..

belilah barangan buatan malaysia..

Sunday, August 23, 2009

Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Sudah lama saya mengagumi nama C.N. AL AF-GHANI. beliau pernah terlibat sendiri berjuang di bumi Afghanistan menetang pencerobohan tentera Rusia. Malah buku2 karangan beliau pun pernah saya baca. Dia tidak dikenali oleh orang biasa atau oleh ahli koprat, kerana beliau bukan berjuang untuk glamour. Tetapi bagi pencinta jihad., nama ini Adalah terlalu istimewa kerana beliau adalah salah seorang dari kalangan anak melayu yang telah mengharumkan nama bangsa melayu di medan jihad.

Sorotan Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan

Merintis Jalan Syuhada

memoir-jihad2

C.N. AL AF-GHANI atau Cikgu Non (nama mesra beliau) pernah menjadi penjawat awam iaitu pendidik di beberapa buah sekolah, yang terakhir ialah Sekolah Menengah Tajar, Alor Setar, Kedah. Cikgu Non juga memesrai anak-anak muda pelbagai lapisan dan pernah memimpin anak-anak muda Islam di Padang Terap. Ketika isu rampasan tanah Muassasah Darul Ulum dalam dekad 80an, beliau dan anak-anak muda yang lain menyingsing lengan berdada dengan pihak yang sentiasa mencemburui hasrat Parti Islam untuk membina kefahaman masyarakat dengan ilmu Islam. Di tapak yang menjadi kontroversi inilah , hari ini berdiri megah kompleks pendidikan Islam Darul Ulum yang diilhamkan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Nama C.N. AL AF-GHANIbegitu mahsyur di kalngan pencinta jihad.. nama nya terpahat di bumi Aghanistan sebagai Mujahidin..

Tetapi nama ini hanyalah sebagai penggugat keselamatan negara, pemberontak , pelampau, KMM dan segala bentuk nama buruk yang di lemparkan kepada beliau di Negaranya sendiri . Beliau ditahan dibawah ISA kerana dosa yang beliau lakukan iaitu "dosa besar" sebagai "Mujahidin Afghanistan".

selanjutnya kisah beliau .
http://tintajundi.wordpress.com/2008/12/20/aluan-memoir-jihad-anak-melayu-di-afghanistan/

HUKUM SHORT FORM DLM SMS

Org sekarang memang minat tulis short form masa SMS hingga benda agama pun di sshort juga..tampa mengetahui perbuatan tersebut salah.. ini adalah antara soal jawab agama org ramai dgn majlis agama islam.

Asalammualaikum
bolehkah perkataan di atas dipendikkan sebagai ch. Akum, Mekom dll lagi semasa ber sms0

JAWAPAN
Wa'alaikumussalam wbt. Perkataan salam apabila ditulis atau ditaip atau di SMS oleh seseorang dengan maksud untuk disampaikannya kepada penerima muslimin sebaik-baiknya hendaklah ditulis dengan sempurna ''Assalamu'alaikum" supaya orang yang menerima akan membacanya dengan jelas dan memberi pengertian yang sebenar. Justeru ringkasan seperti Akum,askum,mekom dan seumpamanya adalah tidak wajar dilakukan kerana ia tidak memberi apa-apa makna yang baik sedangkan tujuan asal salam adalah untuk memberi ucapan selamat sesama Islam


Akum adalah daripada bahasa Israil yang bermaksud celaka. Oleh itu ejalah dengan perkataan yang penuh.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/b896e4afa1527384002572f800087455?OpenDocument

Friday, August 21, 2009

Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat

Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya.
Sekiranya konsep Islam Liberal diguna pakai di Malaysia, umat Islam akan bersikap anti-Islam dan memusuhi ulama’-ulama’nya seterusnya menjejaskan pembangunan ummah dan kemajuan Islam

Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang
didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah

a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran
pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap
agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri
terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama
adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

b. Akal Manusia Adalah Wahyu

Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu
yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah
al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

c. Meragui Ketulinan Al-Quran

Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

Aspek Syariah

a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian

Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

e. Sikap Terhadap Hukum

Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

ii. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

sumber JAKIM
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=257

mengenal pasti ajaran sesat

kebelakangan ini bayak ajaran berkembang hingga tidak diketahui yang manakah benar dan yang manakah batil. disini sedikit panduan mengenali tanda2 puak yang terpesong ajaranya.

soalan
Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti sama ada sesuatu ajaran agama Islam seseorang itu merupakan ajaran sesat atau tidak?

jawapan
Panel akan memberikan takrif secara ringkas mengenai ajaran sesat dan ciri-ciri utamanya.Justeru anda bolehlah membuat penilaian selepas memahaminya.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam atau didakwa tidak berlawanan dengan dasar-dasar ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Ciri-ciri utama ajaran sesat antaranya seperti berikut:
i. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi.
iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.
v. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW.
vi.Mempercayai semua ajaran adalah sama.
vii.Mengaku dirinya sebagai wali.
viii. Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat.
ix. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk.

sumber
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/81a0a9f3754a36860025729d001d5a71?OpenDocument
.

Malaysia sangat lembab dalam isu H1N1

oleh Ibnuyaacob, Abd Aziz Atiqullah & Arman

sekolh

Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.

Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.

Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.

Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.

Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.

Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.

Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?

Vaksin H1N1- VAKSIN PEMBUNUH

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

vaccination

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

neorologists1

(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

hilar

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

Tuesday, August 18, 2009

Ulama’ Yahudi Isytihar Puasa Untuk Halang H1N1


oleh Ibnuyaacob

shofar

Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.

Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.

Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.

Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.

Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.

Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.

Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.

Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

Perang Hacker Bermula

oleh Ibnuyaacob & Arman

jihad

Kelmarin, pada 6 Ogos 2009, laman web parti politik terbesar di Israel iaitu Kadima telah digodam oleh hacker Palestin. Menurut jurucakap parti itu, bukan website Kadima sahaja yang terlibat malah blog peribadi pemimpin parti itu juga turut diceroboh.

Keadaan itu disedari oleh administrator setelah mendapati wajah Livni telah diletakkan simbol sasaran tembak dengan beberapa slogan hasutan terhadap parti Kadima seperti “God will defeat Israel” di dalam bahasa Arab dan Hebrew. Kini pasukan teknologi maklumat parti Kadima sedang bertungkus-lumus membersihkan semula laman web tersebut.

(Gambar) Tzipi Livni, pemimpin parti Kadima, Israel.

Menurut akhbar The Associated Press, kemungkinan pencerobohan itu mungkin dilakukan oleh Gaza Hacker Team (GHT) berdasarkan logo kumpulan yang diletakkan pada web.

Tindakan GHT ini mungkin untuk membalas tindakan kumpulan hacker Israel dari Gerakan Kach yang menggodam tiga laman web kepunyaan parti Arab-Balad iaitu Arab42.com, Mahsom.com dan Arabic-Language.com pada Jun 2008.

Sebelum menggodam laman web parti Kadima, Gaza Hacker Team telah melakukan tindakan di luar dugaan pihak keselamatan Israel iaitu menceroboh dan mengambil alih laman web serta stesen Radio 102FM milik Israel pada 19 Januari 2009.

Pencerobohan tersebut tidak disedari pasukan komputer stesen radio tersebut dan selepas disedari, pasukan komputer itu terpaksa pula mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula kawalan stesen radio internet mereka.

Perang Dunia Digital Bermula

Menurut wartawan Israel iaitu Maayan Cohen, kumpulan hacker dari Gaza tidak sahaja bergerak bersendirian, mereka sangat teratur dan mempengaruhi hacker-hacker dari negara lain yang pro-Palestin.

Sehingga akhir 2008, laporan menunjukkan sudah beribu-ribu laman web dari Israel telah digodam oleh hacker-hacker luar negara khususnya dari Iran, Lubnan, Maghribi, Turki dan Algeria. Selain itu, hacker pro-Palestin juga turut cuba menggodam laman web bank dan agensi-agensi kerajaan di Israel.

Menurut laporan dari web CNN.com, kumpulan hacker dari Maghribi yang digelar Team Evil disyaki paling banyak menggodam web-web dari Israel. Serangan tersebut disyaki telah dilakukan sejak tahun 2006 lagi.

Lanjutan dari permasalahan ini, Kementerian Luar Israel telah mengeluarkan dana khas membantu kelompok hacker dan propagandist dari Israel yang berhasrat mempertahankan dasar-dasar luar negara Israel. Bukan itu sahaja, rakyat Israel juga digalakkan memuat turun suatu perisian khusus untuk memberi sokongan kepada kerajaan Israel. Perisian itu diberi nama Megaphone. Menurut jurucakap Kementerian Luar Israel, setakat sudah 50,000 pelayar internet memuat turun perisian tersebut.

Monday, August 17, 2009

PUISI SALAM RAMADHAN



Bulan ramadhan yang barakah kau kembali,

Ku mengucap syukur ke hadrat Illahi,

Dapat ku bersua dengan Ramadhan kali ini,

Tersedu aku mengingat kisah lampau kembali.

Pada bulan ramadhan lah aku banyak menangis.

Sujud menangis di sejadahku,

Minta diampun segala dosa-dosaku yang lalu,

Moga-moga terampun juga dosa-dosaku

Pada bulan ramadhan ini ku menangis

Menangsi teringat kan yang telah tiada,

Dengan al-fatihah kusedekahkan pada mereka,

Moga-moga berbahagia mereka di sisiNYA.

Pada ramadhan yang mulia ini,

Ku menanti malam yang dinanti-nanti,

Lailatul Qadar yang penuh erti,

Tidak akan ku sia-siakan peluang sebegini.

Bila ku sedar lailatul Qadar kunjung tiba,

Tahu lah aku ramadhan akan pergi,

kepadaMU ku menadah tangan berdoa,

semoga dapat ku berjumpa ramadhan kembali.

Saturday, August 15, 2009

GOLONGAN ANTI HADIS BERKEMBANG DI MALAYSIA

Isu Anti Hadis bermula pada tahun 1986 yang
dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong
idea Dr. Rashad Khalifa. Mereka bukan di kalangan
ahli ilmuan Islam tetapi sengaja membahaskan di
kalangan Islam dengan berpandukan akal dan
kaedah saintifi k.
2. Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr. Rashad
Khalifa, beliau memperkenalkan idea berkenaan
kepada umat Islam ini dengan menulis beberapa
artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar”
akhbar Watan.
3. Peningkatan beliau terlihat dengan penganjuran
majlis diskusi mengenai “Teori hadis” di Pejabat
ALIRAN, Pulau Pinang dan rumah beliau di No.
8, Jalan Ayah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang yang
dihadiri para kenalan dan ahli Parti Sosial Rakyat
Malaysia (PSRM).
4. Pada Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis
sebuah buku bertajuk “Hadis satu penilaian
semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. yang
mana antara kandungannya ialah menolak hadis
secara total sebagai sumber hukum Islam.
5. Pada Oktober 1992, Kassim Ahmad sekali menulis
buku “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”
terbitan Media Sdn. Bhd. dengan mesej yang sama
iaitu menolak hadis.
6. Usaha golongan ini menolak hadis sebagai sumber
hukum dibuat dalam pelbagai bentuk seperti
penulisan (Risalah lqra’), artikel dalam media
cetak, diskusi, forum, ceramah dan sebagainy

CIRI-CIRI KESALAHAN
1. Penyelewengan dari sudut akidah:
a. Menolak hadis secara total sebagai sumber
aqidah dan perundangan Islam.
b. Menolak dua kalimah syahadah.
c. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan
Qadar.
d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat
al-Quran.
e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat al-
Quran.
f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada
1710H/2280M.
g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas
mati.
h. Menafi kan kedudukan Nabi Adam A.S.
sebagai manusia pertama ciptaan Allah
S.W.T.
i. Menolak kemaksuman para Nabi.
2. Percanggahan dari sudut syariah:
a. Menolak pensyariatan sembahyang.
b. Menolak ketetapan hukum fi qh Islam
tentang aurat wanita.
3. Percanggahan dari sudut akhlak:
a. Menghina peribadi dan kedudukan
Rasulullah S.A.W.
b. Mencerca dan memfi tnah para Ulama’.
c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan
pihak berkuasa agama.
d. Tidak mengikut displin ilmu-ilmu Islam

KEPUTUSAN
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum
Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat
keputusan bahawa buku-buku iaitu:
(a) “Hadis Satu Penilaian Semula”.
(b) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang
ditulis oleh Kassim Ahmad.
(c) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari
Tuhanmu”.
(d) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh
Idris Abdul Rahman.
(e) Buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali.
(f) Buku “The Computer Speaks - God’s Message
To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad
Khalifa.
(g) Risalah “Iqra" terbitan Jemaah al-Quran
Malaysia.
Adalah mengandungi, antara lain ajaran dan
fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah
S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan
Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W.
dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan
kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar
ayat-ayat al-Quran. Oleh yang demikian, bukubuku
dan risalah itu adalah mengandungi ajaran
dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah,
syariah dan akhlak Islam.

2. OLEH YANG DEMIKIAN;
(a) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang
berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman -
fahaman yang terkandung dalam buku-buku
dan risalah yang dinyatakan dalam perkara
(1) adalah murtad;
(b) Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran,
penyebaran atau pengedaran mana-mana
buku atau risalah yang dinyatakan dalam
perkara (1) termasuk;
(i) Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan
memberikan publisiti kepada manamana
buku atau risalah itu;
Pada atau atas apa-apa bahan, sama ada
bahan cetak atau elektronik atau selainnya
atau melalui apa-apa media, adalah haram;
(c) Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan
penyebaran ajaran-ajaran atau fahamanfahaman
yang terkandung dalam mana-mana
buku atau risalah yang dinyatakan dalam
perkara (1) adalah haram;
(d) Adalah haram bagi orang Islam menjadi
anggota atau memimpin atau membantu
dalam menghidupkan atau mengembangkan
mana-mana kumpulan yang berpegang pada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
terkandung dalam mana-mana buku atau
risalah yang dinyatakan dalam perkara (1).

http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar

SOLAT - ADA KAITAN DENGAN TENAGA ALAM

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Friday, August 14, 2009

Lapan Perkara Utama Penghalang Iman & Jihad

22 Okt 2007
Ust Dr Abdullah Yasin

(سورة التوبة)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (٢٣)قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٢٤)
Terjemahan:
(23) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(24) Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At-Taubah) 23-24)
Sebab Turun Ayat:
Al-Kaliby berkata: Ketika Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) menyuruh para sahabat agar berhijrah ke Madinah, maka mereka pun menyampaikan berita tersebut kepada bapa-bapa, anak-anak dan isteri-isteri mereka. Sebahagian mereka menerima seruan tersebut dengan segera dan perasaan gembira, dan ada pula yang merasa keberatan meninggalkan keluarga tersayang, dan akhirnya mereka enggan berhijrah. Lalu Allah SWT menegor sikap mereka dengan menurunkan ayat ini.

Sunday, August 9, 2009

YAKJUJ MAKJUJ DAN FITNAH DAJAL YANG DASHAT

Lihat lah betapa besarnya kehancuran yg dibawa oleh yakjuj makjuj dan dajal..
selamatkan diri dan keturunan kita dari fitnah dajal dengan berdoa setiap lepas solat..

Doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW :

Allahumma inna naudhu bika min 'adhabi jahannam, wa min 'adhabi 'l-qabr,
wa min fitnati 'l-mahya'i wa'l-mamat, wa min fitnati' l-masihi 'd-dajjal."
(Isnad Sahih - dirawikan oleh ramai sahabat spt. Anas, Abu Hurairah 'A'ishah, Ibn 'Abbas, dan Sa'd)

Selain itu, Rasulullah SAW juga menyaran mengamalkan bacaan 10 ayat pertama surah Kahfi. (Mutawatir Al Hadith - Abu Daud)

Yakjuj Makjuj

Surah Al-Kahfi

"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Mengenai Dajjal - Antara Hadis-Hadis :

Dajjal berketurunan Yahudi. Bukan dari keturunan jin tetapi daripada manusia yang Minal Munzharin - ditangguhkan kematiannya. Bapa dajjal berketurunan syaqq (dukun yahudi) rupanya tinggi dan gemuk dan berhidung seperti paruh burung dan ibunya juga seorang yang gemuk dan dari bangsa Jin yang pernah ditangkap oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. dan dimasukkan ke dalam penjara.

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis di dahinya tulisan “Kaf-Fa-Ra”.

Kedua-dua tanda ini muncul dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan.

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini.

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

"Ia (Dajjal) akan datang dengan membawa umpama syurga dan neraka; dan apa yang ia katakan syurga itu sebenarnya (adalah) neraka"

dan seumpamanya menyatakan :

"Dan ia akan membawa air dan api. Dan apa yang orang-orang melihat air itu sebenarnya api yang menghanguskan; dan apa yang orang-orang melihatnya api itu sebenarnya air tawar yang sejuk"

"la akan membawa gunung roti dan sungai penuh air "

"Ia membawa dua sungai, yang satu penuh air, dan satu lagi penuh api"

"Dajjal akan muncul dengan membawa sungai dan api; barang siapa masuk dalam sungainya; ia akan memikul beban dan dilenyapkan ganjarannya; dan barangsiapa masuk dalam apinya, akan memperoleh ganjaran dan dihilangkan bebannya"

"Sungguh ia akan membawa syurga dan neraka. Adapun neraka Dajjal ialah syurga, dan syurga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia menutup matanya dan mohon pertolongan Allah*, dan neraka itu akan dingin dan damai"

* Mengikut kefahaman saya, ada satu lagi menyebut memohon Pertolongan Allah SWT menerusi Amalan pembacaan Surah Al-Kahfi. Wallahualam.

"Ia akan menjelajah dengan membawa dua gunung. Yang satu, penuh dengan pohon, buah-buahan dan air, dan yang lain, penuh dengan api dan asap. Ia berkata: Ini adalah syurga, dan ini adalah neraka"

"Kami bertanya:

Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin"

"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap"

"Ia akan melompat-lompat antara langit dan bumi" (Abu Dawud).
.
"Dajjal akan muncul dengan menaiki keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh ela"

(ada satu lagi menyatakan 40 ela dan 30 ela di mana jarak antara kaki-kakinya adalah perjalanan sehari semalam)

"Dan ia melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya"

"Ia datang pada suatu kaum dan mengajak mereka (supaya mengikutinya), dan kaum itu beriman kepadanya, ia memerintahkan langit, maka turunlah hujan, lalu ia memerintahkan bumi, maka keluarlah tumbuh-tumbuhan. Lalu ia datang kepada kaum yang lain, dan mengajak mereka (supaya mengikutinya), dan kaum itu menolak ajakannya, maka berpalinglah ia dari mereka, lalu kaum itu tertimpa kelaparan, dan tak ada sedikit kekayaan pun yang mereka kuasai"

"Dan di antara fitnah Dajjal ialah, apabila ia datang pada suatu kaum yang tidak mau beriman kepadanya, maka tiada lagi ternak mereka yang tertinggal, melainkan binasalah semuanya; dan apabila ia datang pada kaum lain yang beriman kepadanya, maka ia memberi perintah kepada langit, lalu turunlah hujan, dan ia memberi perintah kepada bumi, lalu keluarlah tumbuh-tumbuhan"

"Sungai-sungai dunia dan buah-buahan akan tunduk kepada Dajjal; maka barangsiapa mahu mengikutinya, ia akan memberi makan kepadanya dan menjadikan (pengikutnya) seorang kafir dan barangsiapa menentang dia, maka persediaan makanan (penentang Dajjal) akan dirampas dan dihentikan mata pencariannya"

"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami bersahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya"

"Dan ia (Dajjal) akan membawa gunung roti, dan sekelian manusia akan mengalami kesukaran, kecuali orang yang mengikutinya"

"bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan syaitan-syaitan yang rupanya mirip dengan orang-orang yang telah meninggal, apakah itu ayah ataukah saudara"

"Syaitan-syaitan yang rupanya mirip dengan orang yarg telah meninggal akan menyertai Dajjal, dan mereka akan berkata kepada orang yang masih hidup: Kenalkah engkau padaku? Aku adalah saudaramu; aku adalah ayahmu; atau aku adalah salah seorang kerabatmu"

"Dan Dajjal akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan akan menghidupkan orang mati"

"Bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan syaitan-syaitan yang akan bercakap-cakap dengan manusia"

(dan ditafsir bahawa orang yang terpedaya akan mengikuti Dajjal berkenaan kerana menyangkakan Dajjal mempunyai mukjizat Nabi Isa a.s. (yang telah dijanjikan Allah SWT untuk menjadi penyelamat selepas Imam Mahdi) kerana dapat menghidupkan orang yang mati, sembuhkan kusta, mencelikkan mata yang buta)

"Dan di belakangnya ialah Dajjal yang bersama-sama dia adalah tujuh puluh ribu orang Yahudi" (dalam yang lain disebutkan 70,000 Yahudi Isfahan yang memakai toga)

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata"

"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa"

"Dan orang yang paling akhir yang mendatangi Dajjal ialah kaum wanita"

"Awas! Kebanyakan kawan dan pengikut Dajjal ialah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah" (anak luar nikah)

"Dan para wanita akan nampak seperti laki-laki dan laki-laki akan nampak seperti wanita"

"Barangsiapa mendengar perihal Dajjal, hendaklah menjauhkan (diri) daripadanya. Demi Allah! Orang akan mendatangi Dajjal, dan ia menyangka bahwa dia adalah orang mukmin, dan ia akan mengikuti dia (Dajjal) kerana syak wasangka (tipu helah/muslihat) yang ditimbulkan dalam hatinya"

"Ia (Dajjal) akan berkata: Apabila rantai yang mengikat aku ini terlepas, aku tak akan membiarkan sejengkal tanah pun yang tak dipijak oleh kakiku, kecuali kota suci Madinah" (dalam lain disebut Kota Suci Madinah dan Makkatul Mukarramah)

"Dan tidak lama lagi, aku (Dajjal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan di muka bumi, dan tidak satu tempat tinggal pun yang tidak aku singgahi selama empat puluh malam, terkecuali Makkah dan Madinah"

Wallahu'alam