Followers

Thursday, June 24, 2010

Habislah perbendaharaan negara

tak tau lah apa nak jadi..
saya cuba malas masuk bab politik..
tapi memang tak boleh.. sebab bila
apa2 berlaku, org tak join politik pun kena jugak..

setelah digegarkan dgn meluluskan lesen judi bola,
( kemudian cuba bagi alasan utk org bukan islam,
lepas tu bila org bukan islam mintak bukti bila
diorang mohon judi bola, tekial-kial Rais yatim
nak jawab) lepas tu kerajaan menghentikan
harga kawalan ayam simen dan besi,(susah la nak makan
ayam lepas ni., memang tak mampu la org melayu beli rumah.)
tambah canggih lagi org pulau pinang dapat bonus
bila tol jambatan naik 34%..haha

setelah memberi jaminan malaysia akan muflis jika
subsidi diteruskan (dah 52 tahun kita merdeka, dah berapa lama
ada subsidi, tak bankrup pun, sampai kat Najib kata nak
bankrup., tak tau memerintah bagi la kat org lain)
sekarang kerajaan UMNO membedal duit FELDA pulak.
haha.. habis segala jenis harta yg ada kat malaysia kena tibai..
hoi org melayu.., sedar lah..
habislah sapa masuk saham felda
dah macam skim cepat kaya.. melingkup juga


Isu Felda: Laporan polis dibuat terhadap PM
Zulaikha Zulkifli
Jun 23, 10
4:40pm

Laporan polis akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan atas perkara yang sama.

Mazlan berkata, ia kerana alasan dalam jawapan Ahmad di Parlimen mengenai sebab kejatuhan rizab tunai Felda itu, tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat 16 Jun lalu, Hamim Samuri (BN-Ledang) menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah RM4.08 bilion pada 2004, jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Katanya, perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan - RM2 bilion untuk tanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk pembinaan ibupejabat baru Felda.

"Isu ini sangat besar kerana membabitkan wang rakyat. Ke mana pergi duit itu? Saya mengharapkan siasatan terhadap isu ini dibuat," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Mazlan bersama empat orang peneroka felda Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada jam 10 pagi tadi, dengan diiringi oleh 30 peneroka Felda.

Laporan polis tersebut ialah mengenai relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda itu (Plantation),'' laporan polis tersebut dipetik.

Laporan itu juga menyebut, harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta, juga dipertikai.

Ia memetik laporan akhbar Berita Harian sisipan khas 26 Februari 2008, yang menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

"Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan BN kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu mendakwa, penyelewengan dan salahguna kuasa tersebut membabitkan kepentingan 112,635 openeroka dan 800,000 generasi baru Felda.

Sementara itu, Mazlan berkata, laporan polis yang sama akan dibuat oleh ANAK di Johor Jumaat ini dan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas itu.

http://malaysiakini.com/news/135353

Ini sebenarnya jumlah yg dicakap oleh kerajaan, tapi jika dikira jumlah sebenar kerugian
yg dialami, ia lebih teruk

penyata tunai felda mengikut kerajaan

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

susut 2.7 bilion - sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Penerimaan tunai Felda yg sebanar yg disembunyikan adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri

susut RM8 billion!

selesai duit org felda..


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27310:felda-hilang-rm8-bilion-bukannya-rm27-bilion&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Wednesday, June 23, 2010

relek sekejap-release tension




sapa ingat cerita ni..
puas cari kat tenet.. tak jumpa
cerita lama ni lawak betul.. evergreen
sampai sekarang tak bosan tengok..

lagu dari filem hantu jerangkung
langkah seribu-aziz sattar


Wednesday, June 2, 2010

Sudah hilang kah rasa hormat?

Dulu.., mufti yang paling saya hormati adalah mufti perak
Datuk Seri Harussani Zakaria. Semenjak kebelakang ni
banyak sangat kisah yg tak sedap di dengar berkaitan denganya.

Selain rela membiarkan diri diperalat oleh media dan ahli politik,
rupanya banyak pihak menambah rosakkan lagi imejnya.
yang terbaru laporan akbar berita harian bertarikh 29 mei 2010.
sekali lagi nama
Datuk Seri Harussani Zakaria dikaitkan.
kes dimana
Rakyat Brunei rugi RM211j setelah ditipu dengan skim
yang memperalatkan islam dan nama malaysia termasuk
mufti tersebut.

hari ini, saya merasakan nama mufti ini sudah semakin buruk,
dan malah lebih buruk dari mufti negeri lain yg senyap sunyi
yang lansung takde sapa kenal. agaknya memang betul la..
diam tu lebih baik dari berkata-kata. banyak cakap banyak bohong.
malangnya bila nama ahli ilmuan agama sepertinya kini dipertikaikan
masyarakat.
sudah hilangkah rasa hormat?

petikan Akbar

Rakyat Brunei rugi RM211j
Oleh Siti Haliza Yusop

2010/05/29

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

KUALA LUMPUR: Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.
“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

link asal
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatBruneirugiRM211j/Article/


Tuesday, June 1, 2010

Kerajaan Islam tertua di Asia Tenggara



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid kerajaan Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibukota Kesultanan Brunei

Sejuk hati bila membaca masih ada kerajaan islam di dunia
ini. walau pun negara itu bukan negara ku Malaysia (negara Sekular
yang dimomokkan negara islam) tapi rasa bersyukur la juga kerana
masih ada yg menjunjung Al quran ,sunnah dan qias.

Brunei Darusalam hanya penduduknya hanya lebih kurang
berjumlah 370 ribu orang masih mampu memikul
tanggung jawab ini. Negara Brunei langsung tak terkenal
kerana pendekatan pemerintahan Islamnya.
Pemerintahan Kerajaan Sultan Hasanal Bolkiah ternyata
lebih takutkan Allah dari makhluk nya.

Penguasaan perlaksanaan undang-undangnya yg selari dgn
Syarak nya sangat berkesan hinggakan merokok
ditempat awam pun di denda tidak
lebih dari $ 1,000 (Rp.9,000,000).

Keyakinan terhadap Sistem islam
lebih terbukti lagi apabila kerajaan brunei
membekukan rancangan untuk mendirikan
sebuah 'zona alkohol' bagi para pelancung asing.
hujahnya mudah dan ringkas sahaja.
tapi sudah cukup menjadi penampar jepun
kepada negara yang konon nya negara islam contoh
seperti malaysia.


"Apa yang kita paling takut adalah murka Allah,"
kata Zain.(Menteri Agama
) "
Murka Allah tidak hanya datang untuk si pelaku, tetapi juga bagi orang lain.."


"Pada hari Senin (22/03), Menteri Agama Zain Serudin
menolak proposal anggota parlemen Goh King Chin untuk
membangun kawasan khusus bagi turis-turis asing untuk
membeli dan meminum alkohol. "Apa yang kita paling takut
adalah murka Allah," kata Zain. "Murka Allah tidak hanya
datang untuk si pelaku, tetapi juga bagi orang lain."

lebih hebat lagi Brunei membuktikan masyarakat majmuk bukan lah alasan.
sebab penduduk brunei lebih kurang 67% beragama islam, 13% buddha, 10% kristian
dan lain2 10% (tahun 2009)

Peratusan agama dimalaysia 2007
27 juta penduduk, 50 peratus beragama Islam, 23 peratus penganut Buddha, 11 peratus penganut Kristian dan 6 peratus Hindu, dengan lain-lain agama Cina tradisional.

Peratusan agama Malaysia pada tahun 2006
Berdasarkan pemantauan kerajaan Malaysia bagi tahun 2000, 60.4 peratus populasi di Malaysia dikatakan adalah penganut Islam, 19.2 peratus adalah Buddha, 9.1 peratus penganut Kristian, 6.3 peratus adalah penganut Hindu dan 2.6 peratus lagi adalah penganut Konfusianisme, Taoisme dan agama-agama tradisional Cina.

haha.. hanya dalam tempoh setahun, penganut agama islam merosot 10%,
tetapi penganut Agama buddha dan kristian meningkat.
Mana perginya yg sepuluh peratus tu..haha.

http://www.voa-islam.net/news/brunei/2010/03/24/4264/brunei-larang-pendirian-%27zona-alkoholbagi-turis-asing/

http://aidctranslate.wordpress.com/2009/02/25/majlis-gereja-malaysia-bantu-parti-kebebasan-beragama/

http://www.archiveoflearning.net/clarissa/2006/05/jangankan-nasi-menjadi-hangus-lokasi.html

Monday, May 17, 2010

Bagaimana convert video dari camcoder

Selalu kita mengalami masalah masa nak convert
video yang kita rakam dari Camcoder kita. bagi kamera
yang guna memory kad, kita kena pindahkan movie kita dalam komputer.
kamera yang sekarang sudah masuk tahap HD (high defination)
untuk play kat player tv kita yang dah lama tu, mana lah nak support HD ni.
tambah lagi sekarang ni kita lebih mudah play dari pen drive je.
cocok je kat player tu, dia play sendiri.
jadi kita kena juga convert file HD tu dalam bentuk salah satu dari file ni.
VOB,AVI, DIVX, XVID, MP4, MPG (biasa DIVX la)
banyak jenis converter yang ada, tapi bila melibatkan File dari
kamera macam canon, panasonic ,jvc etc,
dia menggunakan file AVCHD (MTS, M2TS, M2T, TS, TP, TRP, H.264/AVC)
mulalah converter biasa buat hal.
Setakat ni ada 3 Jenis converter yg saya dah test boleh convert
dgn bagus sekali. Moavi video converter 9 (siap boleh join movie sekali),
Emicsoft video converter, Wondershare HD video converter 4.3
(yg lain malas nak test la)

movie yg saya ambil menggunakan panasonic lumic
dan convert guna software ni hingga size hp nokia
kebetulan pergi PKNS ada acara ni lak.. terus ambil




akulah kekasihmu-bintang kecil




tak ada logika-bintang kecil





matahariku-bintang kecil

tested convert video AVCHD Dari kamera panasonic.
hampir semua video file dia boleh convert

Wondershare HD Video Converter v4.3.0.0

Wondershare HD Video Converter v4.3.0.0


nak try donload la kat sini

Sunday, May 9, 2010

Kamera Megapixel tertinggi

percaya tak ada kamera sampai 160 Megapixel. gambar yg dihasilkan size 6 x 17 cm.
size sekeping gambar dia hampir satu giga.. apa memori card yg nak letak kat sini ni..
kalau setakat 2 giga punya sd memori kad tu.. boleh ambik 2 keping je la gambar..
haha. kalau biasa 15 Megapixel punya kamera, sekeping gambar dalam 5 mb.




tengoklah pulak size kamera ni besar mana. dekat nak sama besar ngan mat salleh tu.
nak tau harga dia berapa -45,500 Swiss francs , 41,002 USD lebih kurang rm 134,264
boleh beli rumah teres 2 tingkat kat seremban.. haha

Dia punya spec..

ISO range from 500 to 10,000, a read-out speed of 300MB per second, and a shutter speed of 1/20,000th second.

banding dgn yg ni

18 megapixel Canon EOS 550D SLR camera
EOS 550D Kit (EF S18-55 IS)
ISO 100 - 6400, expandable to ISO 12800
RM 3,113.00



Canon EOS 550D camera

dua-dua pun mahal.. haha

Wednesday, April 28, 2010

Dinar Emas

Dah lama juga saya dengar Utz bercerita tentang kejatuhan
sistem ciptaan manusia seperti kapitalis, demokrasi, komunis
dll. Tapi terlupa pulak tentang runtuhnya juga sistem matawang
conventional sekarang ni. Hampir semua negara dunia menggunakan
Us dolar sebagai perbandingan dlm urusniaga. Pernah juga
terbaca artikel berkenaan dollar amerika yg hanya sehelai kertas
ditulis nombor diatasnya kemudian semua orang akur atas nilai yg
ditulis diatas kertas tersebut. Dibanding dengan sistem kewangan islam
dimana setiap nilai yg dicetak pada kertas terdapat emas sebagai gantinya
jika mau ditukarkan. sedangkan dollar amerika hanya kertas semata2.

Untuk mudah faham lebih kurang begini.. sekiranya sesebuah negara
mencetak atau mengeluarkan wang sebanyak 1 juta. maka negara tersebut
mesti mempunyai simpanan emas sebanyak 1 juta juga. tapi bagi dollar amerika
hanyalah skeping kertas bodoh yg tiada nilai langsung kerana mereka mencetaknya
seperti mencetak surat khabar sahaja.

"Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini."


"Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=83&Itemid=95

dah lama saya tau perkara itu tapi tak terpikir untuk membeli dinar emas
supaya dapat menjamin nilai duit kita.

DINAR & DIRHAM ( Matawang 1 Dunia )

DINAR & DIRHAM
( Matawang Akan Datang )



Jom belajar cemana nak beli duit emas keluaran malaysia ni

Cara Membeli KIJANG EMAS

Membeli
Syiling Kijang Emas
Cara Mudah








Untuk pengetahuan saudara-saudara semua,
syiling kijang emas ini hanya boleh dibeli secara langsung & secara tunai di negara Malaysia,
kerana mahal dan tingginya darjat logam emas jenis ini,
ianya hanya terdapat di daerah-daerah penting setiap negeri di tanah Melayu, Sabah & Sarawak,
dan pembelian syiling kijang emas ini pula mestilah dilakukan di kaunter bank yang diamanahkan oleh pihak Bank Negara Malaysia iaitu,
Maybank Berhad.


Mari kita lihat di cawangan bank manakah yang boleh kita beli syiling kijang emas ni ya?
Kalau begitu rujuk jadual di bawah ni...


Prosidur & Kaedah Cepat Beli SYILING KIJANG EMAS:
1- Pilih cawangan Maybank yang terdekat dengan kediaman anda atau hotel penginapan (bagi pelancong luar negara)...
2- Buat panggilan telefon sebelum datang dan buat pertanyaan awal manatau kalau hari yang anda nak datang tu dah kehabisan syiling kan ?
4- Rujuk harga kijang emas di ---> BNM pada hari nak beli + RM 50 (manalah tau di tengah jalan harga naik kan ? )
3- Sediakan duit yang mencukupi dan asingkan dalam 1 sampul lain.
4- Sediakan MyKad (untuk warga Malaysia) atau Passport (untuk warga Indonesia, Brunei, & Singapore)
5- Sediakan 1 sampul khas atau kotak peribadi yang comel. (supaya boleh isi syiling kijang emas + sijil)


Kelebihan Memiliki Kijang Emas Malaysia:
- anda memilikinya secara fizik (maknanya anda sudah berharta)
- anda tidak memilikinya secara maya (maknanya anda betul-betul memiliki sekeping emas yang bulat, bukannya buku akaun)
- sekiranya sistem duit kertas jatuh 100% dalam masa terdekat ini, wang emas jenis inilah yang akan menyelamatkan ekonomi anda sekeluarga.
- hidup keluarga anda di waktu duit kertas tiada nilai membantu masyarakat untuk saling ( berjual-beli tidak mengira apa barang sekali pun janji HALAL )
- syiling emas ini mempunyai kepadatan 99.99% molekul emas (maknanya "hampir" tiada campuran unsur logam asing)
- dengan kata lain, ketulinan unsur logam emas yang bernilai 99.99% ini (menyebabkan ianya senang bengkok atau dibentuk dengan jari)
- dalam keadaan terdesak, anda boleh menjual atau (memajak sementara) untuk mendapatkan duit kertas.
- pihak DINAR-EMAS.COM mencadangkan anda menjual atau (memajak sementara) syiling emas ini di cawangan yang anda beli tadi.
- jual semula syiling emas ini digalakkan dibuat di cawangan Maybank Berhad yang terpilih kerana syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank Berhad pada {harga semasa } dikurangkan antara [ 3.15% ~ 3.20% } untuk 1 Troy Oz .
- menjual atau (memajak sementara) emas di Maybank Berhad direkodkan secara peribadi oleh pihak DINAR-EMAS.COM lebih tinggi nilai belian baliknya berbanding kedai emas atau kedai pajak di tepi jalan atau dalam Mega Mall.

http://www.dinar-emas.com/thread-8.html

lihat harga semasa kijang emas disini
kijang emas


antara koleksi dinar emas lain



Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia, 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz.


Public Gold keluaran Public Fine International 20gram, 50gram dan 100gram.




Emerates Gold keluaran Dubai City of Gold pengedar Nusantara Bullion Exchage (NUBEX)
1gram dan 5gram.


Poh Kong Bunga Raya 1gram

Public Dinar keluaran Public Fine Int. 1 dinar, dan 10 dinar( dipajak takde dlm gambar)


Dinar Muslim pengedar NUBEX, 1 dinar muslim
Dinar Kelantan keluaran Mariwasa Kraft Sdn Bhd 1/2 dinar kelantan.

http://www.ujangjolobu.blogspot.com/

Syiling Kijang Emas Malaysia
Dalam Genggaman







NILAI KIJANG EMAS UNTUK DIBELI

Kijang Emas

Syiling Kijang Emas
Berat = 1 Oz
Cetakan Permukaan: RM 200
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 31.105 gram
Lebar: 37.00 milimeter


Kijang Emas Malaysia adalah syiling emas rasmi dari pemerintah Malaysia melalui kelulusan Bank Negara Malaysia,
syiling ini telah ditempa oleh syarikat terkemuka yang bernama Royal Mint of Malaysia.
maklumat lanjut pasal syarikat ni bolehlah rujuk di ---> http://www.rmex.com.my/profile/profile.htm

Ianya pertama kali dilancarkan pada tarikh 17 Julai 2001.
Dan Malaysia merupakan negara yang ke 12 mengeluarkan duit emasnya sendiri,
walaupun pada asalnya sejarah agung di tanah ini lah dunia dari timur & barat memberi gelarannya iaitu:
Survana Bumi = Semenanjung Emas.



Kijang Emas mempunyai kepadatan unsur molekul emas dengan nilai 999.9 millesimal tulin.
Syiling emas ini telah dicetak dengan cetakan huruf di permukaannya iaitu:
- RM 200 (dengan berat 1 OZ)
- RM 100 (dengan berat ½ OZ)
- dan RM 50 (dengan berat ¼ OZ)


Syiling Kijang Emas
Berat = ½ Oz
Cetakan Permukaan: RM 100
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 15.55 gram
Lebar: 28.00 milimeter


Di mana RM adalah nilai bayangan bagi matawang kertas iaitu singkatan kepada Ringgit Malaysia.
Harga belian unuk setiap syiling emas ini ditentukan setiap saat dengan kadar harga antarabangsa,
Anda boleh rujuk di mukasurat utama http://www.dinar-emas.com dan di situ ada ditayangkan harga sedunia bagi emas siap dengan tukaran matawang asing lagi,
cukup mudah, senang, dan cepat.


Syiling Kijang Emas
Berat = ¼ OZ
Cetakan Permukaan: RM 50
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 7.78 gram
Lebar: 22.00 milimeter


Sejarah Kijang Emas Malaysia
Kijang Emas Malaysia telah pertama kalinya ditempa pada bulan Disember, tahun 2000 Masihi oleh Royal Mint of Malaysia.
Ianya selamat dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001.

Malaysia merupakan negara yang ke 12 mengeluarkan duit emasnya sendiri,
dengan demikian,
negara Malaysia telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari carta koleksi oleh:
- Canadian Gold Maple Leaf
- American Gold Eagle
- Australian Gold Nugget
- dan South African Krugerrand.

http://www.dinar-emas.com/thread-5.html

Keburukan dan kebaikan Kijang emas

Kisah Kijang Emas Yang Tercalar


kisah_kijang_emas_yang_tercalarA

Untuk pengetahuan pembaca semua, salah satu daripada emas pelaburan yang terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.

Ini kerana Kijang Emas memiliki kelebihan berikut:

1. Spread yang rendah (3.1% – 6.7%)
2. Kualiti emas 24 karat
3. Mudah dibeli dan dijual semula di Maybank (cawangan tertentu)
4. Boleh digadaikan

Walaupun Kijang Emas merupakan salah satu daripada emas pelaburan terbaik, namun jika anda tersalah langkah maka ia akan menjadi pelaburan emas yang merugikan.

Anda akan rugi jika syiling Kijang Emas anda calar dan bengkok.

Ini kerana jika calar atau bengkok maka Maybank tidak akan membeli kembali syiling Kijang Emas anda.

Antara faktor-faktor yang boleh mencalarkan syiling Kijang Emas:

1. Ketika proses pajak di Ar-Rahnu.
2. Terjatuh
3. Tergesel

tn_sepit
Proses menguji emas di Ar-Rahnu boleh mencalarkan Kijang Emas anda.

Tips bagi mengelakkan syiling Kijang Emas anda calar:

1. Kalau boleh elakkan dari gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana proses menguji ketulenan
emas boleh mencalarkan Kijang Emas anda kerana sepit yang digunakan
diperbuat daripada besi. Kalau terpaksa gadai juga, maka pesan kepada pegawai
Ar-Rahnu bank supaya berhati-hati ketika menyepit syiling Kijang Emas anda.
(jangan sepit kuat-kuat, jangan goncang kuat-kuat)

2. Elakkan daripada membuka Kijang Emas daripada sarungnya. Ini boleh
mengurangkan risiko Kijang Emas bengkok apabila terjatuh.

3. Sekiranya Syiling Kijang Emas anda tidak mempunyai sarung, maka belilah
sarung plastik khas (baca sini)

Kisah Kijang Emas yang tercalar.

Kat sini saya ingin menunjukkan 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.

Walaupun calarnya sedikit tetapi Maybank tidak mahu membeli semula syiling Kijang Emas ini.

Sedih betul.. tapi apa nak buat… nasib ler…

tn_3_kijang_emas
Ini adalah 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.

Mari tengok gambar close-up setiap satu (klik gambar untuk besarkan)

Kijang Emas yang tercalar #1

tn_kijang_emas_calar_1_2

tn_kijang_emas_calar_1_3

Kijang Emas yang tercalar #2

tn_kijang_emas_calar_2

Kijang Emas yang tercalar #3

tn_kijang_emas_calar_3

tn_kijang_emas_calar_3_2

Kijang emas yang sumbing.

Ini adalah gambar Kijang Emas yang sumbing akibat terjatuh.

Sedih betul.

Maybank reject syiling Kijang Emas nie… so tak dapat lah nak jual balik.

kijang_sumbing

Kesimpulannya:

1. Kijang Emas adalah salah salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia.
Namun ia cuma sesuai jika anda boleh menyimpannya elok-elok dan tak mahu
menggadaikannya di Ar-Rahnu.

2. Jika anda pelabur yang menggunakan khidmat Ar-Rahnu maka Kijang Emas
tidak sesuai. Lebih baik anda membeli gold bar Public Gold. Peace of mind
Ini kerana gold bar Public Gold boleh dijual semula walaupun calar, bengkok
dan sumbing asalkan berat tetap sama. Public Gold gerenti beli balik.

3. Jika anda mahu membuat keuntungan menggunakan teknik pajak dan beli
emas fizikal (baca sini) , saya cadangkan anda elakkan Kijang Emas.
Lebih baik gunakan gold bar Public Gold (klik sini).

Jika anda ada sebarang pengalaman berkenaan Kijang Emas yang calar dan tak boleh jual balik ataupun hilang resit ataupun cerita-cerita yang sewaktu dengannya, apa kata anda berkongsi pengalaman anda kat sini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

Pulok Doh...!!!




Monday, April 26, 2010

Indahnya Desa ku

Kampung den Jolobu

kok datang biarlah nampak muko,

kok poie biarlah nampak belakang,

kok jauh dihimbau, kok dokek digamit,

Cerita penuh kat sini

Sejak kebelakangan ni selalu pulak balik kampung..
semakin hari pemandangan kat kampung semakin cantik pulak..
kombinasi pemodenan prasarana dan alam semulajadi
betul-betul membuatkan pemandangan kampung semakin canggih
.. cuba tengok ni.. kampung sapa lagi ada cantik macam ni..
hehehe.. saja test kamera baru bli.. Panasonic lumix tz10



















simpang durian.
pekan paling hampir kat kg aku..



















Kalau tak nampak lagi sign board tu tak tau la..



















lebih kurang 1km dari pekan simpang duraian tu..
jumpa la mercu tanda welcome kampung aku ni..
ada nampak bayang la pulak.


















"SEGEMAL PADI"
pada asalnya pekerjaan utama penduduk kat sini
menanam padi.. tapi sekarang ni dah berbagai
kegiatan pertanian dibuat disini antaranya getah,
kelapa sawit, pisang, tebu, ladang lembu, kambing ,
ikan keli, itik, kolam memancing bayar dan banyak la lagi..

















"D' Tsaujana.."
nak cakap saujana mata memandang je..hehe
dalam perjalanan lebih kurang 2.5 km dari pekan
simpang durian tu.. pemandangan macam ni la di
sepanjang jalan..


















cantik pulak masa ambik gambar ni.. padi sedang menghijau..
tu semua pokok padi tu..bukan lalang tau..
















Sign board kampung sungai buluh

















"kedai tea tarik."
kat sini lah tempat penduduk kg ni berhimpun dan berbual
setelah penat berkerja.
inilah antara golonga belia yg membangunkan kampung ini..
sebahagian besar golongan mudanya telah berhijrah kekota
mencari rezeki. terima kasih bang kerana sudi
untuk di enterframe.. hehe


















antara flora dan fauna yg menghiasi landscape kg eden..hehe
















warna warni flaura dan fauna

















kehadiran burung merpati yg menyejukan mata memandang..
antara kecanggihan digital kamera lumix tz10 yg boleh zoom
16x.. hehehe
















wow.. comei nya..
















pemandangan macamni biasa je kat memana kg pun..



bunga dalam semak je ni..



kambing pun boleh jadi penghias landskap sawah



pokok ni masa kat sekolah diorang buat baling
jarum dia kat org



burung bangau ni memang banyak kat sawah



senja di kg. sg. buluh



suasana petang di swah bendang



suasana pagi yang berkabus



"posing maut" macam tau je gambar dia nak masuk tenet



pokok bunga apa tah..



bunga ni kecik je , tumbuh melata kat rumput



ini bunga bendi je..



semut menghisap madu



gambar lepas hujan.

kira puas hati juga la qualiti gambar kamera ni.. bagi yg
guna digital la.. DSLR tak tau guna la.. mahal lak tu..

antara kelebihan kamera digital berbanding DSLR ni..
mudah bawa la.. letak lam poket je.. tak payah nak pikul beg
besar kehulu kehilir, macam bagus je..hehe

nak tau kelebihan kamera ni selanjutnya
klik sini