sistem ciptaan manusia seperti kapitalis, demokrasi, komunis
dll. Tapi terlupa pulak tentang runtuhnya juga sistem matawang
conventional sekarang ni. Hampir semua negara dunia menggunakan
Us dolar sebagai perbandingan dlm urusniaga. Pernah juga
terbaca artikel berkenaan dollar amerika yg hanya sehelai kertas
ditulis nombor diatasnya kemudian semua orang akur atas nilai yg
ditulis diatas kertas tersebut. Dibanding dengan sistem kewangan islam
dimana setiap nilai yg dicetak pada kertas terdapat emas sebagai gantinya
jika mau ditukarkan. sedangkan dollar amerika hanya kertas semata2.
Untuk mudah faham lebih kurang begini.. sekiranya sesebuah negara
mencetak atau mengeluarkan wang sebanyak 1 juta. maka negara tersebut
mesti mempunyai simpanan emas sebanyak 1 juta juga. tapi bagi dollar amerika
hanyalah skeping kertas bodoh yg tiada nilai langsung kerana mereka mencetaknya
seperti mencetak surat khabar sahaja.
"Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini."
"Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=83&Itemid=95
dah lama saya tau perkara itu tapi tak terpikir untuk membeli dinar emas
supaya dapat menjamin nilai duit kita.
DINAR & DIRHAM ( Matawang 1 Dunia )
DINAR & DIRHAM
( Matawang Akan Datang )
Jom belajar cemana nak beli duit emas keluaran malaysia ni
Cara Membeli KIJANG EMAS
Syiling Kijang Emas
Cara Mudah
Untuk pengetahuan saudara-saudara semua,
syiling kijang emas ini hanya boleh dibeli secara langsung & secara tunai di negara Malaysia,
kerana mahal dan tingginya darjat logam emas jenis ini,
ianya hanya terdapat di daerah-daerah penting setiap negeri di tanah Melayu, Sabah & Sarawak,
dan pembelian syiling kijang emas ini pula mestilah dilakukan di kaunter bank yang diamanahkan oleh pihak Bank Negara Malaysia iaitu,
Maybank Berhad.
Mari kita lihat di cawangan bank manakah yang boleh kita beli syiling kijang emas ni ya?
Kalau begitu rujuk jadual di bawah ni...
Prosidur & Kaedah Cepat Beli SYILING KIJANG EMAS:
1- Pilih cawangan Maybank yang terdekat dengan kediaman anda atau hotel penginapan (bagi pelancong luar negara)...
2- Buat panggilan telefon sebelum datang dan buat pertanyaan awal manatau kalau hari yang anda nak datang tu dah kehabisan syiling kan ?
4- Rujuk harga kijang emas di ---> BNM pada hari nak beli + RM 50 (manalah tau di tengah jalan harga naik kan ? )
3- Sediakan duit yang mencukupi dan asingkan dalam 1 sampul lain.
4- Sediakan MyKad (untuk warga Malaysia) atau Passport (untuk warga Indonesia, Brunei, & Singapore)
5- Sediakan 1 sampul khas atau kotak peribadi yang comel. (supaya boleh isi syiling kijang emas + sijil)
Kelebihan Memiliki Kijang Emas Malaysia:
- anda memilikinya secara fizik (maknanya anda sudah berharta)
- anda tidak memilikinya secara maya (maknanya anda betul-betul memiliki sekeping emas yang bulat, bukannya buku akaun)
- sekiranya sistem duit kertas jatuh 100% dalam masa terdekat ini, wang emas jenis inilah yang akan menyelamatkan ekonomi anda sekeluarga.
- hidup keluarga anda di waktu duit kertas tiada nilai membantu masyarakat untuk saling ( berjual-beli tidak mengira apa barang sekali pun janji HALAL )
- syiling emas ini mempunyai kepadatan 99.99% molekul emas (maknanya "hampir" tiada campuran unsur logam asing)
- dengan kata lain, ketulinan unsur logam emas yang bernilai 99.99% ini (menyebabkan ianya senang bengkok atau dibentuk dengan jari)
- dalam keadaan terdesak, anda boleh menjual atau (memajak sementara) untuk mendapatkan duit kertas.
- pihak DINAR-EMAS.COM mencadangkan anda menjual atau (memajak sementara) syiling emas ini di cawangan yang anda beli tadi.
- jual semula syiling emas ini digalakkan dibuat di cawangan Maybank Berhad yang terpilih kerana syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank Berhad pada {harga semasa } dikurangkan antara [ 3.15% ~ 3.20% } untuk 1 Troy Oz .
- menjual atau (memajak sementara) emas di Maybank Berhad direkodkan secara peribadi oleh pihak DINAR-EMAS.COM lebih tinggi nilai belian baliknya berbanding kedai emas atau kedai pajak di tepi jalan atau dalam Mega Mall.
http://www.dinar-emas.com/thread-8.html
lihat harga semasa kijang emas disini
kijang emas
antara koleksi dinar emas lain
Public Gold keluaran Public Fine International 20gram, 50gram dan 100gram.
Emerates Gold keluaran Dubai City of Gold pengedar Nusantara Bullion Exchage (NUBEX)
1gram dan 5gram.
Poh Kong Bunga Raya 1gram
Public Dinar keluaran Public Fine Int. 1 dinar, dan 10 dinar( dipajak takde dlm gambar)
http://www.ujangjolobu.blogspot.com/
Syiling Kijang Emas Malaysia
Dalam Genggaman
NILAI KIJANG EMAS UNTUK DIBELI
Kijang Emas
Syiling Kijang Emas
Berat = 1 Oz
Cetakan Permukaan: RM 200
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 31.105 gram
Lebar: 37.00 milimeter
Kijang Emas Malaysia adalah syiling emas rasmi dari pemerintah Malaysia melalui kelulusan Bank Negara Malaysia,
syiling ini telah ditempa oleh syarikat terkemuka yang bernama Royal Mint of Malaysia.
maklumat lanjut pasal syarikat ni bolehlah rujuk di ---> http://www.rmex.com.my/profile/profile.htm
Ianya pertama kali dilancarkan pada tarikh 17 Julai 2001.
Dan Malaysia merupakan negara yang ke 12 mengeluarkan duit emasnya sendiri,
walaupun pada asalnya sejarah agung di tanah ini lah dunia dari timur & barat memberi gelarannya iaitu:
Survana Bumi = Semenanjung Emas.
Kijang Emas mempunyai kepadatan unsur molekul emas dengan nilai 999.9 millesimal tulin.
Syiling emas ini telah dicetak dengan cetakan huruf di permukaannya iaitu:
- RM 200 (dengan berat 1 OZ)
- RM 100 (dengan berat ½ OZ)
- dan RM 50 (dengan berat ¼ OZ)
Syiling Kijang Emas
Berat = ½ Oz
Cetakan Permukaan: RM 100
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 15.55 gram
Lebar: 28.00 milimeter
Di mana RM adalah nilai bayangan bagi matawang kertas iaitu singkatan kepada Ringgit Malaysia.
Harga belian unuk setiap syiling emas ini ditentukan setiap saat dengan kadar harga antarabangsa,
Anda boleh rujuk di mukasurat utama http://www.dinar-emas.com dan di situ ada ditayangkan harga sedunia bagi emas siap dengan tukaran matawang asing lagi,
cukup mudah, senang, dan cepat.
Syiling Kijang Emas
Berat = ¼ OZ
Cetakan Permukaan: RM 50
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 7.78 gram
Lebar: 22.00 milimeter
Sejarah Kijang Emas Malaysia
Kijang Emas Malaysia telah pertama kalinya ditempa pada bulan Disember, tahun 2000 Masihi oleh Royal Mint of Malaysia.
Ianya selamat dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001.
Malaysia merupakan negara yang ke 12 mengeluarkan duit emasnya sendiri,
dengan demikian,
negara Malaysia telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari carta koleksi oleh:
- Canadian Gold Maple Leaf
- American Gold Eagle
- Australian Gold Nugget
- dan South African Krugerrand.
http://www.dinar-emas.com/thread-5.html
Keburukan dan kebaikan Kijang emas
Kisah Kijang Emas Yang Tercalar
A
Untuk pengetahuan pembaca semua, salah satu daripada emas pelaburan yang terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.Ini kerana Kijang Emas memiliki kelebihan berikut:
1. Spread yang rendah (3.1% – 6.7%)
2. Kualiti emas 24 karat
3. Mudah dibeli dan dijual semula di Maybank (cawangan tertentu)
4. Boleh digadaikan
Walaupun Kijang Emas merupakan salah satu daripada emas pelaburan terbaik, namun jika anda tersalah langkah maka ia akan menjadi pelaburan emas yang merugikan.
Anda akan rugi jika syiling Kijang Emas anda calar dan bengkok.
Ini kerana jika calar atau bengkok maka Maybank tidak akan membeli kembali syiling Kijang Emas anda.
Antara faktor-faktor yang boleh mencalarkan syiling Kijang Emas:
1. Ketika proses pajak di Ar-Rahnu.
2. Terjatuh
3. Tergesel
Proses menguji emas di Ar-Rahnu boleh mencalarkan Kijang Emas anda.
Tips bagi mengelakkan syiling Kijang Emas anda calar:
1. Kalau boleh elakkan dari gadai di Ar-Rahnu. Ini kerana proses menguji ketulenan
emas boleh mencalarkan Kijang Emas anda kerana sepit yang digunakan
diperbuat daripada besi. Kalau terpaksa gadai juga, maka pesan kepada pegawai
Ar-Rahnu bank supaya berhati-hati ketika menyepit syiling Kijang Emas anda.
(jangan sepit kuat-kuat, jangan goncang kuat-kuat)
2. Elakkan daripada membuka Kijang Emas daripada sarungnya. Ini boleh
mengurangkan risiko Kijang Emas bengkok apabila terjatuh.
3. Sekiranya Syiling Kijang Emas anda tidak mempunyai sarung, maka belilah
sarung plastik khas (baca sini)
Kisah Kijang Emas yang tercalar.
Kat sini saya ingin menunjukkan 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Walaupun calarnya sedikit tetapi Maybank tidak mahu membeli semula syiling Kijang Emas ini.
Sedih betul.. tapi apa nak buat… nasib ler…
Ini adalah 3 keping syiling Kijang Emas yang tercalar.
Mari tengok gambar close-up setiap satu (klik gambar untuk besarkan)
Kijang Emas yang tercalar #1
Kijang Emas yang tercalar #2
Kijang Emas yang tercalar #3
Kijang emas yang sumbing.
Ini adalah gambar Kijang Emas yang sumbing akibat terjatuh.
Sedih betul.
Maybank reject syiling Kijang Emas nie… so tak dapat lah nak jual balik.
Kesimpulannya:
1. Kijang Emas adalah salah salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia.
Namun ia cuma sesuai jika anda boleh menyimpannya elok-elok dan tak mahu
menggadaikannya di Ar-Rahnu.
2. Jika anda pelabur yang menggunakan khidmat Ar-Rahnu maka Kijang Emas
tidak sesuai. Lebih baik anda membeli gold bar Public Gold. Peace of mind
Ini kerana gold bar Public Gold boleh dijual semula walaupun calar, bengkok
dan sumbing asalkan berat tetap sama. Public Gold gerenti beli balik.
3. Jika anda mahu membuat keuntungan menggunakan teknik pajak dan beli
emas fizikal (baca sini) , saya cadangkan anda elakkan Kijang Emas.
Lebih baik gunakan gold bar Public Gold (klik sini).
Jika anda ada sebarang pengalaman berkenaan Kijang Emas yang calar dan tak boleh jual balik ataupun hilang resit ataupun cerita-cerita yang sewaktu dengannya, apa kata anda berkongsi pengalaman anda kat sini.
Ok then, selamat membuat pelaburan emas.
Pulok Doh...!!!
Saudara,
ReplyDeleteBerhubung dengan Kijang Emas tercalar, untuk makluman, Kijang Emas yang tercalar masih boleh ditukar di Maybank. Walaubagaimana pun ia adalah bergantung atas budi bicara pihak bank tersebut, dan seharusnya diterima semula sekiranya (i) sebarang kecacatan yang berlaku adalah bukan disengajakan dan (ii) tidak berlaku sebarang kesusutan gram emas.
Saya sarankan saudara berhubung terus dengan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian.
Read More Here browse around these guys pop over to these guys More Info click to find out more best replica bags online
ReplyDeleteother you could check here hop over to these guys hop over to here Resources special info
ReplyDeletef2d39y6q09 o0g86x8y35 e9l54p9g89 j8m06j8i13 y4f30b8h79 h9v49b5t26
ReplyDelete