Followers

Saturday, April 17, 2010

solat sunat hadiah pada jenazah

ramai yang tak tau tentang solat sunat ni.. saya pun
tak tau, tapi pernah dipelawa ikut bersama buat solat ni dulu..
tapi nama solat ni saya tak tau sangat..
ada yang kata solat suinat hadiah.. ada yang kata solat sunat mutlak.
ada juga perbincangan tak rasmi tentang solat ni dlm intenet ni..
kebanyakan kan kata bid-ah. cuma yg kata bid-ah tu bukan la dikalangan
ulamak.. cuma org biasa macam saya gak, takde ilmu tapi belagak tau..
hehe...

jom la tengok apa dia solat ni untuk tambah pengetahuan

pengetian sunat mutlak

SOLAT SUNAT MUTLAK

Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.

NIATNYA

أُصَلِّى سُنَّةَ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى .

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala”


solat sunat hadiah

Jawatankuasa berpendapat tidak ada satu sembahyang yang dinamakan sembahyang hadiah kepada mayat, apa yang difahamkan daripada hadith ialah sembahyang sunat mutlak sepertimana yang terdapat didalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107)
Maksudnya: Setenga
h daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.


http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=700

http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-negeri/sembahyang-hadiah-kepada-mayat-0


diriwayatkan pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar
suasana yang datang kepada mayat itu. oleh kerana itu, sebagai menolong
berdoa bagi yang telah pulang kerahmatullah, di anjurkan kepada keluarga
yang meninggal itu melakukan solat sunat untuk hadiah kepada simati.

caranya
setelah mayat dikuburkan pada siangnya, pada malam sesudah magrib atau isyak
bolehlah dilakukan sembahyang sunat tersebut.

"ushohlli sunnatal hid-yati roka'taini lilahitaala"
sahaja aku sembahyang hadiah 2 rakaat sunat kerana Allah ta'ala

bacaan selepas fatihah pada rokaat pertama dan kedua adalah sama

1. ayatul Qursi 1x diikuti dgn
2. At-takathur 1x diikuti dgn
3. Al-Iklas 10x

doa selepas salam

Allahumma ini solla itu haazihis solaati wa-anta ta'lamu maa uriid. Allahummab 'ath thawaabahaa qabri falaanib falaa nib ni......

"Ya Allah , sesungguhnya aku telah menyembahyanhkan sembahyang ini, dan engkau amat mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah , mohonla aku kepadamu,
agar engkau sampaikan ganjaran/pahalanya kepada... (nama simati )

ini sebagai pengetahuan saja.. tuan/puan suma dinasihatkan rujuk kpd utz , kadi ke, mufti ke, ulamak yg terkenal sikit.. utz kekecik tu takut tak tau tapi dia buat macam tau pulak..

No comments:

Post a Comment