Followers

Monday, April 5, 2010

Nama Besar Tokoh Bangsa Melayu

Koleksi tulisan ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

dipetik dari Utusan Malaysia

(Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.)

(Penulis "Ulama Nusantara", itu meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.)


Antara nama besar tokoh ulamak Melayu yang perlu diketahui.


Tok Janggut di Kelantan pernah belajar kepada beberapa orang ulama di Mekah, termasuk kepada Sheikh Ahmad al-Fathani muncul sebagai penentang pemerintahan Inggeris. Beliau mati di tali gantung.


Mat Kilau di Pahang adalah seorang pahlawan, beliau adalah murid dan kader Mufti Haji Utsman, Mufti Kerajaan Pahang yang pertama. Haji Utsman pula adalah murid Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (penyusun kitab Mathla’ul Badrain yang terkenal).


Tuan Guru Haji Nik Mat, juga murid Tok Kenali. Tuan Guru Haji Nik Mat adalah ayah Datuk Abdul Aziz Nik Mat, iaitulah Menteri Besar Kelantan sekarang.


kader Sheikh Ahmad al-Fathani yang paling terkenal, beliau ialah Tok Kenali. Murid Tok Kenali pula tersebar seantero dunia Melayu. Di antara murid Tok Kenali ialah Syeikh Idris al-Marbawi, iaitulah penyusun Kamus Al-Marbawi, sebuah kamus Arab-Melayu yang pertama tersebar luas di seluruh dunia Melayu.


Mufti Negeri Sembilan yang sekarang (1430 H/2009 M), Asy-Sheikh Datuk Mohd. Murtadza adalah anak Mufti Haji Ahmad bin Sheikh Muhammad Sa’id Linggi. Sheikh Muhammad Said Linggi adalah pelopor terbesar Tarekat Ahmadiyah di dunia Melayu.


Sheikh Ahmad Khathib bin Abdul Lathif Minangkabau, beliau adalah seorang ulama besar yang berasal dari dunia Melayu atau Minangkabau yang pernah menjadi Imam dan khatib Mazhab Syafie di Masjidil Haram, Mekah, adalah pelopor penentang beberapa adat Minangkabau yang dianggapnya bertentangan dengan syarak.


Sheikh Nuruddin ar-Raniri, orang pertama menulis kitab hadis dalam bahasa Melayu yang diberi judul Hadiyatul Habib. Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri adalah ‘ulama’ ahlis syariah wah haiqiqah yang paling berkesan dalam rangkaian zaman itu, selain mempunyai murid yang ramai sebagai penyebar Islam dari pelbagai wilayah dunia Melayu.


Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri pula adalah pelopor terjemah dan tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk yang pertama dalam bahasa Melayu yang diberi judul Turjuman al-Mustafid.


Sheikh Nuruddin ar-Raniri penulis Bustanus Salathin, Tun Seri Lanang penulis Sulalatus Salathin atau Sejarah Melayu dan Bukhari al-Jauhari atau al-Johori penulis Tajus Salathin.


tiga orang ulama yang paling dikenali di dunia Melayu, iaitu Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.


Sheikh Ismail bin Abdullah Minangkabau, tokoh besar sebagai pelopor Tarekat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah (murid Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.)


Sheikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas, tokoh besar sebagai pelopor Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah (murid Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.)


(murid Sheikh Ahmad al-Fathani.) Kiai Haji Hasyim Asy’ari (yang mengasaskan parti Nahdatul Ulama) dan Mufti Haji Abdullah Fahim. Kedua-dua ulama besar dunia Melayu ini penulis singgung adalah memperhatikan perjalanan sejarah terkini, bahawa cucu Kiai Haji Hasyim Asy’ari bernama Haji Abdur Rahman Wahid (Gus Dur)


Cucu Mufti Haji Abdullah Fahim pula bernama Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah bekas Perdana Menteri Malaysia kelima.

.

http://blogtraditionalislam.wordpress.com/tag/sheikh-muhammad-said-linggi/

1 comment:

  1. Sekarang ni semakin terpinggirnya golongan Ulamak di Dunia Melayu akibat dihimpit dan ditekan oleh Golongan Muktazilah Moden zaman ini...~

    Semoga sama2 kita meneruskan Kepimpinan Ulama..InsyaAllah...

    ReplyDelete