kilang canon shah alam, seronok keje kat situ..,
lama juga cuba ingatkan semula, product yang dibuat
kat situ.., puas perah otak.., ni la setakat apa yang
boleh di ingat kembali kenangan masa keje kat situ.
lens production line.
setakat yang teringat, lebih kurang macam ni
la cara buat lens / kanta kamera tu.
asalnya lens/kanta tu dari campuran material se-akan tepung macam ni je.. kemudian di adun dgn berbagai jenis material lain sebelum di masak dalam furnace (relau) dan di tuang dalam acuan sebelum di mampatkan.. proses panas dan mampat ni buat berulang kali.step ni tak di buat kat canon shah alam tu..yang ni buat kat jepun kot..
dari raw material (material yg kasar ) yg baru sampai
kanta yg baru sampai tu bentuk dia seketul macm duit syiling kelabu je.
kemudian dihantar ke stage pertama.
polishing
1. polishing section.. tempat ni nak bagi kilat lens tu dari rupa kelabu.
kat sini juga kanta ni dibentuk mengikut size dan kadar kecembungan
nya.. ada yang kanta cembung, cekung, sebelah rata sebelah cembung,
macam-macam la.
camni la mesen polishing tu..ada satu chemical putih macam susu
di spray kat lens yg tengah polish tu..
camni la rupa lens yg belum polish (raw material)
tengok la beza yg dah polish ngan yg belum. bentuk pun dah lain.
inspection
2. inspection section- kat sini saya tak pasti sangat apa dia buat.,
tengok dari gaya macam check ketelusan cahaya..
lens diletakkan pada satu alat (laser beam)..kemudian tengok kat monitor tu
imej hasil ketelusan cahaya dia.. gambar putih bulat kat skrin tu..
tak tau la ok ke tak.. rasanya gambar no 2 tu baru ok..heh heh..
hantam saja lah..
centering
3.centering section- lens yg dah polish tadi dah cantik berkilat tapi size tak betul lagi
kat sini la diorg potong ikut size/diameter dia
lens yg telah di inspec. di letakan pada mesen centering ni untuk di potong mengikut size.
mesen ni besar sebenarnya..semuanya robotik..ni gambar yg kat mata pemotong tu je.
coating
4. coating section.. lens yg dah dicuci , size pun dah betul kena masuk dlm mesin untuk
bagi warna kat lens tu..kenapa nak warna..kena tanya engineer dia la.. tau sesikit
tapi tak reti explain ..
kagoire
kat sini la bahagian saya keje.. sebelum kanta tu di coating/salut warna
kena cuci dulu dlm washing mashine.
(kagoire) lens/kanta yang telah disusun kedalam kago, lens dalam keadaan
berminyak perlu di cuci kedalam ultrasonic washing mashine
ini lens yang dah di cuci dgn ultrasonic washing mashine
segmenting
lens yang telah di masukan kan kedalam kago dan di cuci
dalam washing mashine akan bergerak melalui conveyor
ke tempat segmenting.. tempat ni.. operator yang duduk kat situ
akam ambil lens tadi dan pindahkan satu-satu kedalam
segment.. segment ni bekas khas untuk letak lens tu sebelum dihantar
ke mesen coating (penyalut warna)
sebelum letak dalam segment, lens tu perlu diperiksa dulu,,
lens/kanta di periksa di bawah lampu dalam tempat gelap sebelum di letakkan kedalam segment. biasanya keje ni operetor perempuan yang buat.
jari kena paki finger coat. kang ada cap jari lak kat kanta tu.
antara defect/kerosakan yg biasa jumpa masa check kat sini
seperti (傷 - kizu -calar-tapi sebut dia kizek) ... ,
mentori..tengok gambar mentol yg dibiaskan
pada lens tu.takut terbalik letak dalam segment tu.
maklum lah, atas bawah kanta tu nampak sama je
.kena chek bawah mentol lampu.. keje camni tahleh
bergurau sangat..kang jatuh berterabur lens ni kang 'piri' (retak) plak dia..
kalau ada habuk (keba) yg lekat kena cuci juga.
apa macam..!cantik tak..! tu rasa macam nak buat lauk je..
lens/kanta yang telah di masukkan ke dalam segment.
segmen yang telah di letakkan lens/kanta kemudian di susun kedalam payung (umbrella) sebekum dimasukkan kedalam mesin coating. setiap umbrella boleh memuatkan 6 segment.
tamake
lepas dah siap masukkan lens ke dalam segment ,
kemudian dimasukkan ke dalam umbrella, seterusnya
di masukkan kedalam mesin coating. keje ni dibuat
di tempat di panggil tamake.
kat sini operator lelaki yang buat.. sebab umbrella
yang penuh dengan segment dan lens tu berat gila.
malah tempat nak letak umbrella dalam mesin coating tu
di panggil chamber, panas nak mampos. chamber tu je panas..
keje dalam aircond..sejuk., tu yang best keje kat sini..
dibahagian tamake.. .. lens yang di periksa dan dimasukkan
ke dalam segment, akan diperiksa sekali lagi sebelum dimasukan kedalam mesin coating..
terdapat dua jenis coating yang biasa dilakukan disini..
1. single coating- lens/kanta disalut dgn satu salutan warna saja
biasa lens yang telah disalatut akan bewarna kekuningan di sebut 'amber".
ada juga hanya disalut dengan warna "purple"
2.multi coating- lens yang disalut sehingga 6 lapisan warna.
ada yg sampai 12 lapisan.
lens jenis ini biasanya untuk kamera yang mahal kerana quality
gambar yang diambil lebih baik
umbrella yang telah diletakkan kedalam
mesin coating
ni la dia payung/umbrella yand di susun segment kat atasnya,
penuh lens kat situ.. kalau jatuh masa angkat dia ni..emm.
tak tau nak cakap la..
tempoh masa dalam mesin coating tu lebih kurang 45 min.
dah keluar dari mesin coating keadaan dia panas betul.
kena tunggu dalam setengah jam baru boleh pegang umbrella tu..
tu pun kena pakai sarung tangan kulit.
dah sejuk, baru keluarkan dari umbrella tu sambil check jika
ada defect/rosak selepas coating pulak. kadang kadang warna nya tak betul,
ada yg jadi perang, ada yang terlebih shining, ryudai, keba, memacam la.
kanta/lens di biarkan sejuk sebelum di periksa
pemeriksaan kanta/lens selepas coating
kelihatan operator sedang memeriksa lens
sebelum dikeluarkan dari segment dan
di simpan kedalam kotak
ni la rupa kanta/lens yang dah siap di coating
purple
lens yang di salut/coating warna purple (single coating lens)
lens yg pink ni mebiaskan bayang lampu warna hijau, kalau dah ada warna macamtu..makna nya dah di coating la tu
beraneka jenis lens
berbagai bentuk lens nak kena buat.. tiap lens ni ada no. pengenalan dia..
saya pun dah tak ingat..kalau tak silap yg tebal tu no. 135
lens yang tebal tu paling tak suka la.. berat nak angkat masuk mesin bila dah masuk segment.
lens yg kecik pulak.. banyak sangat nak kutip satu satu masuk dlm segmen..dan mudah terbalik..
yang ni dah ada warna..dah salut (coating) warna purple juga.
sebenarnya apa yang bagus sangat dengan lens yang telah di coating
dengan single dan multi coting ni.
mari kita lihat bezanya disini
gambar yg dihasilkan oleh single coating lens
gambar yang dihasilkan oleh multi coating lens
single coating lens
multi coating lens
sekarang ni saya tengah berangan nak beli kamera yang ni..
baru keluar ni..harga tak tau lagi.. rasanya dekat rm 2000 gak ni..
yang ni kira digital kamera lagi..kelebihan dia..size kecil , mudah bawa
simpan dalam poket je. banding dgn EOS tu..besar gila. kena bawak beg galas
macam bagus je..
kalau memang bagus takpe la..yg tak bagus tu..beli je la yg senag guna,senang bawa
tapi power..heh heh..
PowerShot SX210 IS
PowerShot SX210 IS – key features:
- 14x zoom, 28mm wide-angle genuine Canon lens
- 14.1 Megapixels with compact, metal body in three colour options*
- Canon 4-stop optical Image Stabilizer with Dynamic IS
- Wide 7.6cm (3.0") PureColor II G LCD with enhanced strength and visibility
- HD Movies (720p) with optical zoom, stereo sound and HDMI
- Easy to use with Smart Auto, Face Detection and on-screen Hints & Tips
- Smart Flash Exposure and i-Contrast for best results in all situations
- DIGIC 4 and Servo AF/AE for ultra-fast response and high image quality
- Manual, Av and Tv modes for full creative control
- Shooting modes including Smart Shutter, Low Light, Fish-eye and Miniature Effect
semalam 02 apr saya pegi loyat nak beli kamera ni..
hampa, tak keluar lagi.. last last saya beli kamera lain..
pasal toke tu kata digital kamera paling top brand yang ni..
siap bagi test satu satu brand yg ada..termasuk nikon coolpix,
canon powershot sx 200 is.. ternyata memang panasonic lumix
mengahsilkan gambar yg lebih cantik malah walau pun
zoom dia sama 12x .. tapi zoom 12x panasonic lagi jauh
dan clear banding canon powershoot tu.. harga pum murah
dibanding canon tu.. rm1350.., canon powershot sx200 is- rm 1680..
rasanya kalau canon powershot sx210 is tu dah keluar..
tentulah harganya sampai rm1700 lebih..
beza dia cuma zoom 14x je.
Tapi bagi kamera DSLR, canon memang disukai..
Panasonic LUMIX DMC-ZS7 / DMC-TZ10 Digital Camera
- Venus Engine HD II
- Intelligent Resolution Technology
- 16x Intelligent Zoom
- High Image Quality in High-sensitivity Shooting
- Extended Battery Life – Approx. 300 Shots on a Single Battery Charge
- MEGA Burst Consecutive Shooting in Full Resolution
- HD Movie in AVCHD Lite
Intelligent Resolution Technology - Powerful 12x Optical Zoom
- High Quality Sound
- Wind Cut
- Motion Picture Button
- iA (Intelligent Auto) Mode for Movie
- Scene Mode for Movie
- Color Mode
- Video Divide
- Seamless Slideshows with Still and Motion Images
- Cut Animation
- VIERA Link / HDMI Compatibility
- iA (Intelligent Auto) Mode
- POWER O.I.S. (Optical Image Stabilizer) – Shake Detection
- Face Detection AF/AE with Face Recognition
Digital Red-eye Correction (Red-eye Removal) - Intelligent Scene Selector – Scene Detection
Happy Mode - AF Tracking – Subject Detection
Quick AF - Intelligent ISO Control – Motion Detection
- Intelligent Exposure – Light Detection
Auto Backlight Compensation
- Travel Mode with GPS
- Easy Manual Operation – A/S/M Mode
- Large, 3.0-inch, 460,000-dot High-resolution LCD
Wide-viewing Angle / Intelligent LCD - Scene Mode for Both Photos and Movies
High Dynamic Mode / High-speed Burst Mode (Still Images) /
Panorama Assist Mode (Still Images) - Macro Zoom
- Slideshow with Music
- Category Playback
- Title Edit / Text Stamp
- PHOTOfunSTUDIO 5.1 HD Edition
- PictBridge Compatible – Direct Print Function
- Custom Mode
- Quick Menu
- Clipboard
- Built-in Memory 15MB
- Marine Case Compatible
No comments:
Post a Comment