masa nak kawin baru mengelabah nak buang tatu.,
yang dia faham, tatu tu cuma memberi masalah masa nak kawin je..
jom la kita survey sikit apakah permasalahan bertatu ni
dari kaca mata islam..
walaubagaimana pun apa yang dibawah ini bukan lah dari imu pengetahuan saya sendiri..
saya tak arif bab ini.. cuma saya kumpulkan saja segala maklumat berkaitan
dari lamam web org lain.. kumpul satu tempat ..mudah nak baca..
DEFINISI TATU
Dari sudut sains, tatu adalah proses di mana pigmen warna dicacah ke dalam lapisan kulit yang dalam dipanggil dermis. Lapisan di atas dermis iaitu epidermis adalah lapisan yang sering berganti-ganti, tetapi lapisan dermis adalah lebih tetap.
Dengan reaksi pencacahan tatu menggunakan jarum, maka tindak balas badan menyebabkan pigmen tersebut diperangkap oleh sel-sel dipanggil fibroblast (sel parut) di kawasan dermis dan menjadi stabil dengan warna kulit.
amalan mencacah tatu menjadi begitu sinonim dengan pejuang muzik rock dan pengambilan dadah.
Hukum bertatu
Hadits riwayat Ibnu Umar radhiallahu anhu., dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengutuk wanita yang menyambungkan rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya, orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo (Shahih Muslim : 3965)
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akan menanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif (kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka.
1. Membuat tahi lalat
2. Tatoo yang dilakukan di pipi, bibir dan tubuh lainnya, dengan mengubah warnanya menjadi biru, hijau atau hitam.
3. Mencelak mata dan menipiskan bibir dengan cara ditatoo atau disuntik yang temoh kekal masanya berlangsung selama sekitar enam bulan atau setahun yang dimaksudkan sebagai pengganti celak yang biasa dan untuk menipiskan bibir.
Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?
Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti
berikut:-
(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu. Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak akan berdosa setelah dia bertaubat.
(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu di tubuh badannya itu.
(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.
(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian (i) di atas.
Kesan Tatu Dalam Ibadat
Adapun kesan kepada peribadatan orang yang bertatu itu, antara lain seperti berikut:-
(i) Bersuci
Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia bersuci sedang tatunya belum hilang maka tidak akan terangkat hadatsnya itu. Ini kerana anggota-anggota yang ditatunya itu mengandungi najis disebabkan darah yang bercampur dengan celak tatu tersebut.
Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia bersuci maka terangkat hadatsnya. Ini kerana anggotanya yang ada tatu itu dimaafkan najisnya.
(ii) Sembahyang
Orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya, jika dia mengerjakan sembahyang sedang tatunya belum hilang maka tidak sah sembahyangnya itu. Demikian juga tidak sah apabila dia menjadi imam.
Adapun orang yang tidak diwajibkan menghilangkan tatunya, adalah sah sembahyangnya dan dia boleh menjadi imam.
(iii) Urusan Jenazah
Apabila orang yang diwajibkan menghilangkan tatunya itu meninggal dunia sebelum sempat dia menghilangkan tatunya, maka tidak wajib bahkan haram dihilangkan tatu mayat itu. Ini kerana bagi menjaga kehormatan mayat tersebut dan kerana kewajipannya menghilangkan tatu itu bagi mengerjakan sembahyang telahpun luput.
(iv) Kesaksian
Salah satu syarat saksi itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak diterima persaksiannya melainkan setelah bertaubat menyesali perbuatannya itu.
(v) Wali nikah
Salah satu syarat wali nikah itu hendaklah juga mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq. Oleh yang demikian, orang yang fasiq tidak sah menjadi wali nikah melainkan setelah bertaubat.
Oleh itu, perlulah diambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang oleh syara‘ bahkan ia juga dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Seseorang yang dilaknat akan berada jauh daripada mendapat rahmat, taufiq, petunjuk Allah dan jauh daripada segala kebaikan. Janganlah hanya disebabkan kecantikan atau trend kehidupan terkini, seseorang itu sanggup melakukan perbuatan dosa-dosa besar dengan mengetepikan suruhan dan larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ketahuilah bahawa azab seksa Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu amat pedih.
Jangkitan
Jangkitan adalah masalah utama tatu. HIV dan Hepatitis adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan kematian. Ini disebabkan penggunaan jarum yang sama bagi pelanggan-pelanggan. Jangkitan kulat dan bakteria juga boleh berlaku dan mengakibatkan luka susah sembuh dan kadangkala bengkak dan bernanah.
Oleh itu mereka yang menerima tatu tidak dibenarkan menderma darah di
Alahan
Alahan kepada bahan dakwat yang digunakan boleh terjadi. Ini boleh menyebabkan kegatalan.
Terdapat pelbagai cara membuang tatu.
1. Cara yang paling berkesan adalah menggunakan laser. Terdapat 3 jenis laser yang kami gunakan dulu di plastik surgery iaitu Alexandrite, ND Yag dan Intense Pulse Light. Ini adalah cara yang paling berkesan kerana setiap laser mempunyai ciri unik dan jarak gelombang yang tertentu untuk membuang tatu.
Apa yang laser akan buat apabila dipancarkan, ia akan menguraikan pigmen warna di dalam dermis. Dan proses ini menyebabkan sel badan bertindak dengan "memakan" pigmen warna yang diuraikan itu.
Walaupun begitu, proses ini mengambil masa beberapa sesi (mungkin 5-6 sesi atau lebih) bergantung kepada jenis tatu dan besarnya. Ia juga agak sakit berbanding mencacah tatu itu sendiri walaupun krim bius digunakan. Jika dijalankan di klinik atau hospital swasta ia boleh melibatkan kos yang besar setiap sesi.
Parut yang ditinggalkan oleh rawatan laser boleh menjadi kekal dan tidak cantik.
Warna hijau, kuning, merah yang digunakan di dalam pencacah tatu professional adalah lebih sukar untuk dihilangkan menggunakan laser, mungkin kerana jarak gelombang warna yang berbeza atau jenis dakwat yang digunakan. Warnah hitam dan biru lebih mudah dihilangkan. Ini menyebabkan tatu tradisional yang biasanya menggunakan dakwat biasa atau nila lebih mudah dibuang.
2.
3. Selain dari 2 cara ini saya tiada pengalaman. Tetapi saya ada terjumpa seorang askar yang menggunakan kapur simen yang panas tu untuk "membakar" tatunya. Kesannya mungkin hilang sedikit tetapi ia telah meninggalkan parut yang sangat hodoh.
WaLLahua'lam
Link asal
http://e-fatwa.intranetportal.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bertatu-mengikut-pandangan-islamhttp://www.perkim.net.my/ques_ans.cfm?CurrentPage=16&cat=1
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/19/hukum-tatoo-cukur-kening/
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=106&thread_id=10937&pid=168287#post_168287
http://drazwan.blogspot.com/2008/06/tatu-tattoo-masalah-dan-perawatannya.html
mulau
ReplyDeletegoyard
ReplyDeletegoyard handbags
retro jordans
jordans
kyrie 4 shoes
balenciaga
yeezy shoes
supreme clothing
bape hoodie
hermes handbags
Thanks for the info. You may find eyebrow tattoo removal service in Hairva+ Malaysia.
ReplyDeleteThanks for sharing the info regarding best way to remove tattoo. If you wish to have laser tattoo removal service, kindly contact Ava Clinic in Malaysia.
ReplyDelete