Followers

Sunday, June 14, 2009

Shamsiah Fakeh srikandi Malaya

Shamsiah Fakeh srikandi Malaya

Roslan SMS
08:55pm 30 Dis 2004

Sekiranya disebut nama Shamsiah Fakeh berkemungkinan ramai anak-anak muda hari ini tidak mengenalinya apalagi dapat mengaitkan beliau dalam perjuangan membebaskan tanahair. Malah nama Shamsiah bagi yang mengecam atau mengenalinya pun apabila disebut maka akan digambarkan wajah seorang pengganas atau terroris yang pernah terlibat bersama Partai Komunis Malaya PKM satu ketika dahulu sehingga mencetuskan huru-hara dalam Negara.

Bagi kita di luar, Shamsiah lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yang telah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui melainkan bagi mereka yang rapat atau mengenalinya dengan dekat. seterusnya


Adjust font size:
Shamsiah Fakeh meninggal dunia
Jimadie Shah Othman | Oct 20, 08 1:28pm
kemaskini 6:50pm Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

shamsiah fakeh funeral 201008 01Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala
Lumpur jam 5.30 petang.
seterusnya

Shamsiah Fakeh Seorang Komunis?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

“BENARKAH Shamsiah Fakeh seorang komunis?” Seseorang bertanya saya melalui e-mail semalam.

Shamsiah Fakeh atau di sebut juga sebagai ‘Ratu Rimba Malaya’ meninggal dunia pada 20 Oktober 2008 ini, dalam usia 84 tahun. Sejarahnya, Shamsiah adalah anak kelahiran Kuala Pilah dan belajar di High Islamic School Kuala Pilah. Sekolah ini bukan sekolah British atau sekolah pondok tetapi sistem madrasah yang didirikan oleh golongan pencinta Al-Quran dan Sunnah. Sekolah itu hari ini telah menjadi Maahad Ittiba As Sunnah (MIS) di Kuala Pilah. Antara sumber utama jejak pejuang ini ialah Ustaz Hashim Abd Ghani, pemimpin keluarga Sunnah di Kuala Pilah tersebut. seterusnya

No comments:

Post a Comment