Followers

Friday, June 19, 2009

Talak tiga - Boleh kah rujuk kembali?


Alhamdulilah.. nampaknya Blog ini mendapat sambutan menggalakan juga.. ada yang meminta supaya di keluarkan topik talak tiga.. disini saya mengutip beberapa intipati perihal talak 3..dari berbagai sumber..sebagai pembuka minda.. adapun yang terbaik adalah berurusan dengan pihak jabatan agama islam atau pun ustaz yang berkelayakan..

1) PENGERTIAN TALAQ

Dari segi bahasa Arab bererti : melepaskan ikatan.
Dari segi istilah syarak : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau sebagainya.


2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ

1. 1. Firman Allah :
Ertinya : Talaq itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Hadith Rasulullah SAW :
Ertinya : “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talaq.”

Mengumpulkan tiga sekaligus adalah diharamkan dan merupakan bid’ah sebab Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan (dalam agama) yang bukan berasal dari kami, maka ia tertolak.” Jadi, menjatuhkan (talak) tiga sekaligus bukan termasuk perkara yang berasal dari Rasulullah SAW sehingga ia tertolak.

Kamus Islam : Muhallil

Muhallil ialah orang yang menjadi perantaraan untuk menghalalkan semula pernikahan sepasangan suami isteri yang telah bercerai talak tiga.

Muhallil yang dibayar oleh bekas suami untuk berkahwin dengan jandanya, kemudian menjanjikan perceraian selepas itu adalah muhallil yang rosak. Muhallil mesti bebas dari sebarang ugutan atau tawaran.

Kalau berkahwin dengan perjanjian untuk mencerainya semula, inilah yang diistilahkan dengan 'kahwin cina buta'. Kahwin ini diHARAMkan di dalam Islam.

Isteri yang dicerai dengan 3 talak boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya jika ada 5 syarat:

1. Janda (bekas isteri) hendaklah habis iddah dengan suaminya.
2. Janda itu telah berkahwin dengan lelaki lain atau lelaki yang jadi muhallil.
3. Bersetubuh dengan muhallil atau suami kedua dengan persetubuhan yang sempurna sekalipun tidak keluar mani.
4. Bercerai pula dengan suami kedua (muhallil) dengan kehendak suami itu, bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
5. Setelah habis iddah dengan suami keduanya.

Ertinya : Talaq itu dua kali sesudah itu suami dibenarkan merujuk kembali dengan baik atau melepaskannya dengan baik (jika tidak ingin kembali).

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya.

Ertinya : Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkutan baik untuk aturan Allah.

(Surah Al-Baqarah : ayat 230)

Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.

Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku di zaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Rasulullah SAW telah mengutuk oran gyang menjadi muhallil (cina buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).

sebenarnya cerita mengenai talaq ini sangat panjang.. adapun yang diatas adalah direngkaskan sahaja.. adalah lebih baik jika perkara ini ditanyakan terus kepada pejabat agama atau ustaz yang berkelayakan.. artikel tambahan klik sini

No comments:

Post a Comment