Followers

Tuesday, August 4, 2009

MENDIDIK ANAK? Apakah yg tertinggal?

Ramai ibu bapa mengeluh , anak mereka lemah dalam pelajaran., buruk akhlak.., dan berbagai masalah lagi.. telah bergelen air jampi tok imam diminum.. telah macam macam tangkal tok bomoh melilit dibadan (syirik) .., entah berapa kali jemaah masjid di panggil dirumah untuk buat semayang hajat., baca doa penerang hati.. habis kismis dikedai.. namun anak mereka tetap tidak dapat dibentuk..
bukanlah salah iktiar yang dilakukan itu.. cuma masih ada perkara yang tertinggal..


Bicara seorang Ustaz tentang pelajaran anak disekolah..

kepentingan akad
Apabila kita hantarkan anak kita ke sekolah untuk kali pertama, bagi yang faham agama, kita perlu aqadkan dengan guru dan kantin sekolah berkenaan. Ini kerana kita perlu meninggalkan amanah dan perjanjian mendidik anak-anak kita bagi pihak kita kepada guru berkenaan sepanjang waktu persekolahan.

Untuk kantin pula - kenapa perlu diaqadkan? Kerana aqad jual beli (ijab qabul) itu tidak sah antara anak kita yang belum 'akil baligh' dengan penjual kantin berkenaan - walaupun berlaku kerelaan kedua belah pihak sekalipun.

Jika kita tidak aqadkan pun, setidak-tidaknya, kita mesti membeli makanan/minuman dengan penjual kantin untuk hari pertama bagi pihak anak kita. (tetapi sebaik-baiknya dan sekurang-kurangnya kita aqad 'beli' dan penjual kantin aqad 'jual' - melainkan penjual kantin itu bukan orang Islam)

ramai orang memandang remeh malah malu atau tahu tapi terlupa untuk melakukan perkara ini (terutamanya golongan yang berfaham sekular)Biasanya anak-anak ini akan berakhir dengan akhlak buruk dan kurang baik walaupun telah diajarkan solat, mengaji qur'an dll - walaupun telah disolathajatkan atau didoakan, walaupun telah dipanggil 100 dukun untuk mengubat atau 100 orang yang dianggap 'alim' untuk mendoakan.

ibubapa yang tidak melakukan aqad, walaupun anak itu maju dari segi akademik, tetapi akhlaknya MASHA ALLAH!!

kepentingan syahadah

ibubapa tidak mengetahui mengenai pentingnya syahadah kerana anggapan 'diri telah Islam' sejak lahir dan jadilah fahaman Islam itu baka dan bukan pusaka - atau jadilah ibubapa mewarnai anak-anak yang ibarat kain putih itu dengan warna Majusi, Nasrani dan Yahudi.

Jika hendak mewarnai anak itu dengan warna Islam, tidak lain dan tidak bukan iaitu apabila dia akil baligh - semasa inilah dia perlu disyahadahkan (bagi perempuan, setelah habis haidnya dan telah bersih kerana mandi wajib) kerana dia dianggap akan menanggung segala dosa dan pahala yang dahulunya ditanggung ibubapanya.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment