haha... dari maklumat pembaca blog ni dapat gak cari satu pakej pelancongan
ke jepun.. kalau pakej macam ni nampak lagi murah.. murah sikit dari yang saya
survey tu je.. tapi mahal lagi tu.. kira tak cukup gak 10 ribu sorang..
apa lagi.. takde yang minat ke..?
JEPUN.. di sini bermulanya siang
8 Hari / 7 Malam. Penerbangan Cathay Pacific
Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :
HARI 01
Anda diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa bertolak ke Tokyo melalui Hongkong. Sampai di Tokyo, anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dan bermalam di sini. Aturcara bebas. Tokyo adalah ibu negara Jepun sekaligus daerah terpadat di Jepun, serta daerah metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya (33,750,000 di bandar dan sekitarnya). Tokyo adalah pusat politik, ekonomi, budaya dan akademik di Jepun serta tempat tinggal raja Jepun dan kerusi pemerintahan negara, dan sekaligus merupakan pusat perniagaan dan ekonomi utama untuk seluruh Asia Timur. Bermalam di Tokyo.
HARI
Sarapan pagi di hotel. Seterusnya lawatan ke Disneyland. Aturcara bebas berhibur disini sepanjang hari. Disneyland Tokyo berkeluasan 115 ekar dan ianya Disneyland yang pertama dibina diluar Amerika Syarikat. Disneyland Tokyo dibuka pada 15 April 1983 yang merangkumi taman tema Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, dan 2 mini lands . Bermalam di Tokyo.
HARI 03
TOKYO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Hari ini anda akan dibawa melawat Masjid yang terdapat sekitar Tokyo. Seterusnya ke Akasuka Temple yang dibina pada sekitar tahun 645 dan merupakan Kuil yang tertua di Tokyo. Membeli-belah di kawasan eksklusif Ginza. Hartanah disini adalah diantara yang paling eksklusif di Jepun dimana 1 meter persegi tanahnya bernilai lebih daripada USD 100,000. Seterusnya membeli-belah di Akihabara Electronic Street iaitu kawasan penjualan barang-barang elektronik. Kemudian lawatan ke Shinjuku iaitu pusat perniagaan dan pemerintahan sekaligus lokasi salah satu stesen pergantian (interchange) pengangkutan umum terbesar di Tokyo, iaitu Stesen Shinjuku. . Bermalam di Tokyo.
HARI 04
TOKYO / HAKONE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di Hotel. Lawatan ke Gunung Fuji. (Tertakluk kepada keadaan cuaca) Gunung ini adalah yang tertinggi di Jepun yang terletak di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji dipercayai terbentuk sekitar 10.000 tahun yang lalu. Ianya gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Gunung ini kali terakhir meletus pada tahun 1707. Terdapat lima danau di sekeliling Fuji, yaitu Danau Kawaguchi, Danau Yamanaka, Danau Sai, Danau Motosu dan Danau Shoji. Seterusnya lawatan ke Hakone. Disini anda akan menaiki Cruise di Tasik Ashi sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji. Akhir sekali lawatan ke Owakudani yang dikenali sebagai Great Boiling Valley. Ianya adalah lembah gunung berapi. Bermalam di Hakone.
HARI 05
HAKONE / TOYOHASHI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di Hotel dan seterusnya lawatan ke Yasue Fish Market dan ikuti lawatan ke Green Tea Plantation dan rasailah pengalaman adat tradisional minum teh masyarakat Jepun. Seterusnya anda akan merasai pengalaman menaiki keretapi laju (Bullet Train) sejauh 1 stesen (pengangkutan yang popular di Jepun). Bermalam di Toyohashi.
HARI 06
TOYOHASHI / KYOTO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di Hotel. Hari ini anda akan dibawa melawat Tōdai-ji. Ianya adalah kuil Buddha yang terletak di kota Nara. Letaknya di timur laut Taman Nara, dan merupakan kuil utama sekte Kegon. Kuil ini didirikan abad ke-8 (zaman Nara) oleh Kaisar Shōmu. Seterusnya lawatan ke Deer Park, Kyoto Kiyomizu Temple dan seterusnya menyaksikan pertunjukan Nishijin Kimono iaitu pertunjukan pakaian tradisional Jepun. Kuil Kiyomizu-dera merupakan kuil Buddha kuno, yang dibangun pada tahun 798 dan sudah 10 kali mengalami kerosakan atau terbakar akibat perang atau bencana alam. Di belakang kuil utama terdapat kuil Jishu-jinja yang disebut dengan Dewa Perjodohan, dan di depan kuil terdapat 2 batu yang sering disebut "Batu Buta" dan "Batu Peramal Cinta". Bermalam di Kyoto.
HARI 07
KYOTO / KANSAI (SP/MT/MM)
pagi di hotel. Hari ini anda akan dibawa melawat Osaka Castle. Istana Osaka. Ianya adalah istana yang terletak di dalam Taman Istana Osaka, daerah Chuo-ku, bandar Osaka, Jepun. Istana Osaka berada di hujung sebelah utara daerah Uemachi, terletak di tanah yang paling tinggi dibandingkan dengan wilayah sekelilingnya. Istana Osaka merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama Istana Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka. Anda pasti tertarik dengan senibina yang sunnguh unik dan persekitaran yang sungguh kemas dan bersih di sini. Seterusnya lawatan ke Universal Studio Japan. Studio Taman Tema ini dibuka pada 31 Mac 2001. Bermalam di Kansai.
HARI 08
KANSAI – HONGKONG – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi. Aturcara bebas seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai bagi mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong. Selamat sampai di KLIA bersama dengan berbagai kenangan manis..
Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :
Dewasa
RM 9,658.00 seorg sebilik
RM 8,279.00 2 org sebilik
Kanak-kanak
RM 7,178.00 Berkatil
Warga Emas
RM 8,149.00 (umur 55 tahun ke atas)
Jadual & Tarikh penerbangan :
Cathay Pacific
22 Apr, 3 Jun 2010
KUL – HKG CX 720 0950 / 1335
HKG – NRT CX 500 1515 / 2015
KIX – HKG CX 503 1000 / 1325
HKG – KUL CX 721 1520 / 1900
*Harga tertakluk kepada perubahan
Harga Termasuk:
* Tiket kelas ekonomi K. Lumpur – Jepun – K. Lumpur.
* Penginapan di hotel 3 Bintang
* Segala lawatan yang diaturkan
* Makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. (pork free)
* Beg mengembara percuma
* Airport tax & Fuel Surcharge
* Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
Harga TIDAK termasuk:
* Segala perkhidmatan tambahan di hotel
* Tip untuk potter.
Nota:
- Sebarang kenaikan bahan api (Fuel Surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- POTO memerlukan pasport yang original dan sekeping gambar bewarna berukuran pasport bagi
permohonan visa. Dokumen dan gambar ini perlu diserahkan kepada POTO selewat-lewatnya 2 minggu
sebelum tarikh berlepas.
PENDAFTARAN:
- Bayaran deposit sebanyak RM 1000.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 24 hari sebelum berlepas.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :
Taman Maluri, K. Lumpur
ACC NO : 264 179 0000 5069 RHB Bank
Taman Shamelin Perkasa, K.Lumpur
Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
POTO TRAVEL & TOURS SDN BHD
http://www.pototravel.com.my/index.php?id=138&mnu=138
Ustazah Fitrah Hirose Junko
“TIDAK akan sekali-kali saya menafikan Allah kerana ini bermakna kita menyangkal segala-galanya termasuk kewujudan kita di muka bumi. Allah menciptakan kita dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Allah mengajar siapa diri kita ini dan saya berharap akan bertemu-Nya tanpa rasa malu.
“Malah saya percaya kehidupan di dunia ini adalah bertujuan untuk bertemu-Nya di akhirat yang kekal kelak. Insya-Allah,” luah pensyarah bahasa Jepun, di MARA-OISCA Japanese Centre, Fitrah Hirose Junko yang mengakui banyak perubahan dialami sejak memeluk Islam di Masjid Kobe, Jepun pada Februari 1998 .
Fitrah, 41, yang juga merupakan peneraju Perhimpunan Muslimah KL-Jepun sejak 2003 merasakan titik tolak kepada penubuhan persatuan untuk kaum muslimat Jepun ini atas kesedaran beliau tentang kepentingan mempertajamkan ilmu agama apabila bergelar Muslim.
Alhamdulillah, dengan sokongan daripada wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia, Ustaz Abdul Wasei Haruka Kimura, kelas-kelas pengajian Islam berjaya dilaksanakan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.
Berbalik kepada perbezaan aspek kerohanian, pandangan tentang kehidupan, kepercayaan yang dialami terutamanya selepas penghijrahan akidah, kata Fitrah, pengetahuannya mengenai Islam sebelum ini memang kosong.
Mengimbau perubahan ketara ialah dari aspek kesedaran. Sebelum memeluk Islam, apa yang dilakukan semuanya berpusat kepada kepentingan diri sendiri.
“Memandangkan diri saya adalah segala-galanya, jadi saya menganggap saya harus menerima perkara-perkara yang baik yang dipilih sendiri melalui pelbagai pandangan, falsafah, budaya atau agama.
Tunjang
“Namun selepas bertemu dan mempelajari agama Islam, barulah saya tahu bahawa Allah wujud dan menjadi tunjang utama dalam kehidupan manusia. Berpegang dengan tali Allah sebagai pedoman hidup, secara tidak langsung ia menimbulkan kesedaran dalam diri saya,” jelasnya.
Kemudian Fitrah mengalami perubahan dari segi pandangan. Kalau sebelum ini beliau melihat dunia tidak berlaku adil tetapi setelah yakin kepada Allah, banyak perkara mula difahaminya. Contohnya; Apa itu kebahagiaan, kekayaan, kebaikan dan kekuatan hakiki?
“Dahulu, pemahaman saya tentang agama itu kabur tetapi menerusi al-Quran, saya temui jawapan yang jelas. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” akui Fitrah.
Wanita ini menjejak kaki di bumi Malaysia pada Februari 1999 kerana mengikuti program pengajian al-Quran anjuran Majlis Dakwah Islamiah Rantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEP) selama sebulan.
Fitrah dan seorang teman senegaranya mengambil keputusan menyambung pengajian dengan biaya sendiri. Akhirnya mendapat peluang mengajar bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga ke hari ini.
Di bumi Malaysia ini jugalah menyaksikan detik bersejarah buat anak kelahiran Pulau Shikoku, Jepun ini yang pernah bekerja sebagai jururawat di Osaka, Jepun mengakhiri zaman bujangnya dengan Ahmad Tajudin Abdul Zawawi, 48. Perkahwinan yang dibina atas rasa keikhlasan diceriakan dengan kehadiran anak-anak tiri yang masih kecil dan baru kehilangan ibu tersayang akibat kanser.
Perkahwinan Ahmad Tajuddin sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Syazwan, 20, Nor Syazwani, 19, Ahmad Syazwi, 17 dan Nor Syazwina, 12. Hasil perkahwinan dengan Fitrah mereka dikurnikan Nor Maryam, 5, dan Amir Syaaban, 2.
Pemahaman dan pandangan beliau berkaitan agama semakin jelas selepas mengikuti rombongan sukarelawan perubatan Jepun ke Nepal pada 1997. Pada masa itu, usia Fitrah baru 27 tahun dan belum bergelar Muslim.
Naluri suka membantu mereka yang di dalam kesusahan mendorongnya bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya membantu penduduk dari negara-negara miskin.
“Sebelum ke Nepal, saya memang giat membantu menjual produk-produk kraf dari Nepal di Osaka. Hasil jualan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim Nepal. Pada Mei 1997, di bawah Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Nepal, kami seramai 20 sukarelawan menjejakkan kaki di Nepal.
“Kehidupan mereka yang daif, melarat, kotor dan serba kekurangan amat menyentuh hati saya. Apabila melihat mereka meminta-minta sesuatu untuk dimakan begitu menyebakkan. Saya tidak menyangka ada yang lebih susah berbanding kami yang jauh merasai erti maju dan kekayaan,” katanya.
Rombongan itu meneruskan perjalanan ke sebuah perkampungan terpencil, Kampung Tharu di Chitawan yang terletak kira-kira sejam menaiki pesawat dari Kathmandu, Nepal.
Sungguhpun, tidak lama di sana tetapi ia membawa kesan mendalam terutamanya dari segi gambaran kehidupan di dunia ini.
Sejak itu, Fitrah mula memikirkan ketidakadilan terhadap mereka yang langsung tidak merasai kesenangan sehinggalah mereka mati. Persoalan seperti ada tidak kehidupan selepas kematian sentiasa berlegar-legar dalam fikirannya. Bagi anak sulung daripada tiga adik-beradik ini, mati seperti tidur yang panjang.
Sekembalinya ke Jepun, Fitrah dan ahli-ahli pertubuhan sentiasa berbincang sesama ahli yang pelbagai bangsa dan negara tentang pengalaman mereka yang pernah ke Nepal.
“Mereka ada sebut tentang Islam. Saya ke perpustakaan dan baca tentang Islam. Keesokannya, saya bertemu dengan seorang Muslim dan diberitahu bahawa di Masjid Kobe ada seorang Jepun yang mengajarkan Islam bernama Salwa yang telah berkahwin dengan lelaki Mesir,” katanya.
Bermula di situlah pelbagai persoalan yang membebani fikirannya terjawab satu persatu. Sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Fitrah apabila timbul sahaja kemusykilan, beliau akan memperoleh jawapannya menerusi al-Quran.
“Ini menambah keyakinan dan kepercayaan saya kepada agama Islam. Dari situ jugalah saya menyedari agama Islam adalah satu-satunya agama yang menjelaskan tentang kehidupan selepas mati itu adalah kekal secara jelas.
“Kehidupan di dunia adalah sementara dan ia adalah ujian kepada manusia. Lantaran itu, mereka yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasul, akan kekal bahagia,” akui Fitrah yang mula berhadapan dengan pelbagai tekanan hebat selepas bergelar Muslim.
Menurutnya, selepas pulang bercuti dari Turki dan Syria, beliau mula selesa dengan pemakaian tudung sehingga tidak sanggup menanggalkannya apabila pulang ke Jepun dan meneruskan tugas kembali.
“Saya pergi kerja seperti biasa, cuma kali ini saya memakai tudung. Pada sebelah tengah hari, ketua memanggil saya dan mempersoalkan tindakan saya.
“Dia juga menyuruh saya membukanya tetapi saya enggan. Akibatnya, saya diberhentikan serta merta,” jelasnya.
Setelah tidak lagi mempunyai pekerjaan di Osaka, Fitrah kembali ke Kobe di mana beliau mendalami Islam. Salwa mengesyorkan beliau mengikuti program di bawah RISEP kerana menurutnya, masanya boleh terluang dengan perkara berfaedah. Inilah yang membawanya ke Malaysia.
“Alhamdulillah, saya berkenalan dengan beberapa Muslim Jepun yang sudah lama menetap di sini. Menerusi bantuan kawan, saya mendapat tawaran mengajar memandangkan guru yang sedia ada akan bersara.
“Saya pulang ke Jepun untuk mengikuti kursus mengajar bahasa Jepun selama 3 bulan sebelum boleh menjawat jawatan guru bahasa Jepun di Mara,” akur Fitrah mengimbas solat dan doa yang dipohon selepas kehilangan pekerjaan rupa-rupanya termakbul dan dirasai sekarang ini.
Ditanya apakah yang masih dicita-citakan, Fitrah berhasrat memperbaiki kelas-kelas pengajian agama anjuran Perhimpunan Muslimah KL-Jepun dari semasa ke semasa.
“Apa yang sedang saya usahakan sekarang ialah menunaikan haji kerana saya ingin benar menyaksikan kebenaran Islam di depan mata tidak sekadar dengan mengikuti sejarah keagungan Islam menerusi pembacaan. Alhamdulillah kursus haji telah saya ikuti pada tahun lepas.
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm“Di samping itu, kepada pelajar-pelajar saya yang akan bekerja di Jepun agar dapat menunjukkan Islam yang sebenar. Ini kerana masyarakat Jepun masih beranggapan, Islam adalah agama yang kasar dan ganas.
“Untuk berdakwah cara tradisional bukanlah jawapannya kerana bagi saya walaupun orang Jepun tidak ada agama namun pandangan mereka tentang aspek kebersihan, penjagaan masa, hormat-menghormati dan banyak lagi adalah terbaik. Sebab itulah agak sukar untuk berdakwah cuma yang saya harapkan ialah hidayah daripada Allah,” kata Fitrah yang merahsiakan pengislamannya daripada pengetahuan keluarga selama setengah tahun.
Kini, alhamdulillah keluarga semakin terbuka dan menerima saya dan anak-anak termasuk anak-anak tiri dan suami.
Fitrah juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasihnya kepada suami yang begitu memahami, bertolak ansur, sentiasa menyokong, baik hati dan sentiasa ringan tulang.