Followers

Saturday, March 13, 2010

kenapa saya suka jepun..?

cerita kali ni masih mengenai jepun.. tak tau lah..napa banyak sangat topik jepun ni
dalam blog ni.. walaumacamana pun kali ni cerita berlainan sikit dari yang sebelum..
masa saya sebuk cari member lama dalam intenet ni terjumpa satu artikel menarik ni..

dulu saya pernah keje kat syarikat jepun ni.. hampir 2 tahun.. dan rapat dengan
seorang laki jepun tu yang didatang kan khas dari jepun selama 6 bulan untuk
membantu kami meningkatkan produktiviti..(supporter)
saya and the gang sempat juga la bwk jepun ni ronda2 malaysia ni..
bawak balik kg tengok kenduri kawin.. macam2 la.. memang baik sangat jepun ni..
masa jepun ni balik pun sempat juga saya dan kawan2 hantar jepun ni kat airport..
macm sedih gak la.. sebab dah kawan baik..
jadi kalau terjumpa cerita macam kat bawah ni.. saya tah terkejut pun..
memang diorang begitu.. tak pernah meninggi diri walau diorang memang hebat..
dia tak macam org putih.. yang memandang kita bangsa selain dari bangsa dia orang..
semua kasta rendah.. jom la kita tengok.. apa yg bagus sangat cerita di bawah ni..


  • Setiap hari Isnin, syarikat tempat aku bekerja ada perhimpunan pagi. Semua pekerja wajib menghadiri perhimpunan yang diadakan. Sebut perhimpunan pagi ni, teringat masa sekolah dulu-dulu pun ada perhimpunan pagi hari Isnin juga. Pelajar-pelajar mendengar ucapan pengetua dan cikgu-cikgu.
  • Dalam perhimpunan pagi syarikat, kami (semua pekerja) akan mendengar ucapan-ucapan dari MD (Managing Director) dan GM (General Manager) syarikat. Aku sebagai pembantu dan penterjemah, memang menjadi rutin harian aku untuk menyiapkan ucapan bagi kedua-dua boss (Orang Jepun) aku tu.
  • Apa yang aku kagum dengan boss-boss aku ni ialah, mereka begitu bersungguh berlatih berucap dalam Bahasa Melayu walaupun mereka ni memang tersangatlah tak fasih nya bercakap dalam Bahasa Melayu.
  • Apapun, kali ni aku bukan nak bercakap tentang ucapan Bahasa Melayu oleh boss Jepun aku tu. Tapi aku nak cerita bagaimana boss Jepun aku tu tunduk meminta maaf kepada semua pekerja (termasuk operator) atas kelewatan pembayaran gaji pekerja.

  • Cerita bermula apabila gaji yang sepatutnya masuk pada Hari Jumaat minggu lepas (26/Feb/2010) tidak masuk seperti yang dijanjikan. Ini menyebabkan ramai para pekerja terutamanya operator telah komplen dan mengadu kepada pengurusan syarikat tentang masalah yang dihadapi. Maklumla, masa tu cuti 3 hari sempena Maulidur Rasul. Jadi, ramai pekerja yang ingin mengambil kesempatan cuti 3 hari itu untuk pergi berjalan-jalan dan melancong. Jadi, kalau gaji tak masuk lagi tu memang jadi masalah besar lah.
  • Apabila aduan dibuat, pihak Human Resource (HR) syarikat pun telah menelefon ke Bank yang menguruskan gaji-gaji pekerja syarikat ni. Rupa-rupanya ada sikit masalah teknikal berlaku dalam bank berkenaan. Kami dimaklumkan bahawa bukan saja syarikat kami yang terjejas, tetapi banyak lagi syarikat-syarikat lain yang turut sama terjejas.

  • Walaupun semua masalah yang terjadi adalah disebabkan kelemahan dan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak Bank. Namun, pihak pengurusan syarikat (pengurusan atasan), sangat tidak suka dengan masalah ini. Malah, boss aku menganggap semua masalah yang terjadi ini adalah kerana kesilapan dan kekurangan yang beliau lakukan, bukannya masalah bank sahaja.
  • Dalam perhimpunan pagi tadi, boss aku tanpa mengira tarafnya sebagai orang nombor 1 (Managing Director) dalam syarikat, telah tunduk dan ucap “Saya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi” di hadapan semua pekerja (walaupun masalah yang berlaku bukanlah salah beliau). Kalau tak silap aku, dia mengucapkan mohon maaf itu, tak kurang daripada 3 kali dalam ucapannya.
  • Bukan sekadar itu, boss yang nombor 2 (General Manager) juga dengan tenang memohon maaf (untuk kali yang keberapa kali pun aku tak pasti) dihadapan semua ketua-ketua bahagian semasa meeting mingguan leaders. Mereka ucapkan ‘minta maaf’ itu berkali-kali, walaupun jelas, masalah yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kesilapan diorang. Tapi ia adalah salah pihak Bank.
  • Namun, sebagai pihak pengurusan atas, mereka tetap tunduk dan mohon maaf atas masalah yang terjadi. Yang hebatnya, mereka mohon maaf secara terbuka dihadapan semua pekerja dengan penuh penyesalan. Dan mereka mengucapkan berkali-kali permohonan maaf itu.
  • Aku terbayangkan, kalaulah pihak pengurusan atasan itu adalah dari orang-orang kita (Orang Malaysia), adakah mereka akan tunduk mohon maaf atas isu yang bukan berpunca dari salah mereka?? Adakah mereka akan tunduk mohon maaf merendah diri kepada pekerja-pekerja (operator-operator) mereka?? Inilah persoalan yang bermain-main difikiranku / hatiku ketika menyaksikan peristiwa boss Jepun tunduk memohon maaf itu.
  • Persoalannya, adakah boss-boss Melayu sanggup tunduk mohon maaf atas kesilapan yang tidak mereka lakukan?? Anda rasa bagaimana?
link asal
http://luahanhati.com/aku-di-tempat-kerja/boss-jepun-tunduk-minta-maaf.html

3 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    ReplyDelete
  2. replica bags wholesale hermes fake e3p52l1a11 joy replica bags review his response o7h72p7k13 Louis Vuitton replica Bags replica bags pakistan see post e2y09e6e46 replica louis vuitton handbags replica bags in london

    ReplyDelete