Hari ini serangan terhadap Akidah Ahli sunnah makin hebat..
ulamak bercanggah sesama sendiri.. kita org kebanyakan menjadi keliru
mana satu yang betul..
kekurangan Ilmu pada diri sendiri menjadi punca utama kita
tak dapat membezakan yang mana yang benar dan salah.
malah didalam mencari guru untuk mencari kebenaran sendiri pun
kita sering tersalah jalan.. Tapi kata ulamak.. jika kita benar benar
iklas dalam mencari kebenaran.. Allah akan permudahkan dan
menemukan kita dengan kebenaran itu.
pada diri kita sendiri.. biasanya kita sendiri tidak mahir yang mana kah
satu fahaman ahli sunnah
kita hanya mendakwa..kita berfahaman ahli sunnah.. tapi tak pernah pun
kita mencari apakah ciri fahaman ahli sunnah yg sebenarnya.. kata ulamak..
jika kita tidak mempelajari dan memahami apakah sebenarnya ciri fahaman
Ahli sunnah tersebut.. maka kita telah pun tergolong dalam salah satu dari 72
puak yang tersesat.
Rasulullah bersabda:
“Janganlah kamu menuntut ilmu untuk menghina ulama Islam, janganlah kamu
menuntut ilmu untuk mengutuk orang-orang jahil dan janganlah kamu menuntut
ilmu bertujuan agar manusia memuji kamu, barangsiapa yang melakukan
sedemikian maka dia dalam api neraka.”
(Riwayat Ibn Hibban)
Sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan
oleh Imam Ibn ‘Asakir dan Imam Abdariyy bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada
pula ia merubahkannya, maka Allah akan mengumumkan azab-Nya ke atas
semua manusia.”
kata Imam ‘Ali al-Daqqaq yang bermaksud:
“Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu.”
Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqh al-Absat
yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari
mendalami ilmu fiqh.”
Kenyataan ini tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu fiqh langsung, akan
tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemuliaan mempelajari dan mengutamakan ilmu
aqidah.
Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘
ulama
Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang
meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang
mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah
(Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap
mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya
memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam
peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika
rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”
dipetik dari link asal
http://www.al-azim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ancaman%20Dan%20Penentangan%20Terhadap%20Aqidah%20Ahli%20Sunnah%20Wal%20Jama%27ah.pdf
No comments:
Post a Comment