Followers

Sunday, October 3, 2010

Ciri-ciri fahaman sesat

Fahaman Syi‘ah

Fahaman Syi‘ah jelas terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana percanggahan dari
pelbagai sudut dan yang paling asas dalam soal-soal aqidah. Sebahagian contoh kesesatan
Syi‘ah dalam aqidah:

i. Imam adalah ma‘sum .
ii. Para sahabat menjadi kafir kerana tidak melantik ‘Ali sebagai khalifah selepas
kewafatan Nabi salla Allah ‘alayh wasalllam.
iii. Hanya berpandukan Qur’an dan hadith versi mereka.

Sebahagian contoh percanggahan dalam furu‘

i. Nikah mut‘ah dihukumkan halal dan bercanggah sama sekali dengan ijma‘ ulama.
ii. Tidak menerima qiyas .
iii. Tidak menerima ijma‘.
iv. Hukum agama hanya untuk orang awam dan bukan Imam.
v. Dan lain-lain.

Fahaman Wahhabiyyah

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong
pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia
yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan
bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan
kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti
sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad
bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah .

Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana
enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:

“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-
Wahhab ini”.

Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah
cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah
saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran
TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi

Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan
dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah ( ........ ..... ... ....... ..... ),
muka surat 276:

“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan
dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia
akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap
sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya
untuk dibunuh.”

Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama
Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi
al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah muka surat 42:

“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600
tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku
membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku
adalah kafir musyrik.”

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta
menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki
Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298,
cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-
Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk
kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan
Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum
golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya
Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam , muka surat 32, cetakan
Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.

Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam
yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan
kenyataannya:

“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa
dengan kenyataannya:

“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis
, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan
memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut
bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy)
antaranya:

i. Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
ii. Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘ .

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:

i. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah , Tawhid Rububiyyah
dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka
dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan
Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada
Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan
Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang
ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di
dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
ii. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah
dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk
seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari
sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
iii. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
iv. Menghukum syirik amalan tawassul , tabarruk , ziarah kubur dan
istighathah .
v. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di
antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah,
Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok
Wahhabi.
vi. Mengelirukan pengertian ta’wil , ta‘til dan tafwid .
vii. Mendakwa dari golongan Salaf.
viii. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:

i. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
ii. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
iii. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
iv. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
v. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid ) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
vi. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
vii. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
viii. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith
sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai
bid‘ah yang haram.
ix. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
x. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi
Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan
perayaan Kristian.
xi. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai
terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar
makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam
dari syirik.
xii. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan
salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi
yang muktabar.


Gerakan Al-Arqam

Gerakan yang muncul pada awal 70an dengan membawa mesej dakwah kononnya ala Sufi.
Diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang berasal dari Pilin, Negeri Sembilan.

Sehingga diharamkan pada 5 Ogos 1994 setelah ketua gerakan ini dapat ditahan di
sempadan Thailand. Fahaman yang bercanggah, di antaranya:

i. Penambahan pada syahadah di awal awrad dengan ayat yang berbunyi
“Muhammad al-Imam al-Mahdiyy khulafa’ Rasulillah”.
ii. Menghubungkan awrad dengan pencak (silat) seru atau juga disebut sebagai silat
sunda. Setelah diseru, seseorang itu dapat bergerak untuk bersilat dengan sendiri.
iii. Pengikut gerakan ini mempercayai Abuya dapat berbincang dengan Malaikat Maut untuk
merunding cara ketentuan ajal ahli jemaahnya .
iv. Gerakan al-Arqam secara terang-terangan meyakini Sheikh Suhaimi yang dilahirkan
pada 1259 di Bandar Sudagaran Daerah Wonosobo yang telah meninggal dunia dan

dimakamkan di Jalan Banting akan kembali semula sebagai Imam al-Mahdi yang
ditunggu-tunggu.
v. Mereka juga berkeyakinan bahawa Abuya Ashaari Muhammad adalah pemuda Bani
Tamim yang akan membawa panji-panji Imam al-Mahdi.

Al-Arqam Dan Minda.

Minda mengikut pendapat orang-orang Arqam ialah pemikiran Ashaari yang dianggap sebagai
ilham atau wahyu. Salah seorang pemimpin mereka berkata minda Abuya adalah pemikiran
yang relevan dengan masa kini sementara kitab-kitab para ulama adalah sudah basi
(ketinggalan zaman).

Maryam Abbas ada berkata bahawa minda Abuya berfungsi sebagai pentafsir kepada al-
Qur’an dan al-Sunnah.

Dakwaan Terkini.

i. Tongkat power. Mereka meyakini bahawa Asyaari dikurniakan karamah oleh Allah yang
ingin dikongsi dengan para pengikutnya. Maka beliau memasukkan barakah-nya (power)
ke dalam tongkat.
ii. Budi bicara Abuya dalam hal kematian. Orang-orang Arqam mempercayai Abuya mereka
boleh menjadi penimbang cara bila Malaikat ‘Izra’il ingin mencabut nyawa pengikutnya.
iii. Orang-orang Arqam dikehendaki sentiasa berzikir dengan nama Abuya…Ustaz Ashaari
pemuda Bani Tamim… di dalam aktiviti harian.
iv. Mengadakan majlis pengampunan dosa.


Hizb Al-Tahrir

i. Pengasas – Taqiyuddin al-Nabhaniyy. Berasal dari Palestin dan telah berhijrah ke
Lubnan.
ii. Di Lubnan tinggal di Ra’s al-Naba’ pada akhir tahun 50an.
iii. Dia merasakan dirinya sebagai Amir al-Mu’minin dan menamakan isterinya Lami’ah Umm
al-Mu’minin.

iv. Mempunyai 3 orang anak: Taj, Usamah dan Ibrahim.
v. Mendakwa anak yang pertama sebagai pemerintah Syam, yang kedua pemerintah Iraq
dan yang ketiga pemerintah Mesir.
vi. Pergerakan ini banyak di United Kingdom.
vii. Mengkafirkan pemerintah Muslim di mana-mana juga dunia Islam.
viii. Beraqidah seperti orang Mu‘tazilah, dengan meyakini segala perbuatan hamba adalah
hasil ikhtiar hamba dan tiada kaitan dengan Allah. Dengan kata lain af‘al ( ..... ) hamba
bukan ciptaan Allah. Tiada kaitannya dengan qadha’ dan qadar. (Kitab al-Shakhsiyyah
al-Islamiyyah).
ix. Hidayah dan kesesatan adalah dari hamba dan tiada kaitannya dengan Allah. (al-
Shakhsiyyah al-Islamiyyah/kitab Nizam al-Islam).
x. Ma‘sum bagi para Anbiya’ adalah setelah dilantik, mereka sebelum dilantik adalah tidak
ma‘sum, dengan kata lain mereka terdedah dengan segala dosa. (Kitab al-Shakhsiyyah
al-Islamiyyah).
xi. Majlis Syura mereka berhak memutuskan untuk keluar dari mematuhi pemerintah
berdasarkan pemerintah yang ada, fasiq yang nyata. (Kitab al-Shakhsiyyah al-
Islamiyyah/Dustur Hizb al-Tahrir).
xii. Sekiranya pemerintah yang ada bercanggah dengan Syara‘ dan tidak berkemampuan
untuk menegakkan pemerintahan yang Islam berkewajipan keluar dari mematuhi
pemerintah. (Nizam al-Islam). Di dalam aqidah Ahli Sunnah, wajib mematuhi pemerintah
sekalipun zalim dan fasiq amal.
xiii. Barangsiapa tidak mem-bay‘ah khalifah, mati dalam jahiliyyah. Didasari dengan katanya
Nabi mewajibkan setiap orang Islam mem-bay‘ah khalifah. (al-Shakhsiyyah al-
Islamiyyah).
xiv. Orang-orang Islam semuanya berdosa besar kerana gagal untuk melantik khalifah. Dan
masa yang dimaafkan 2 malam, dan kalau malam yang ke-3 gagal, maka berdosa. (al-
Dawlah al-Islamiyyah).
xv. Sebenarnya mereka mengajak kepada orang ramai untuk mem-bay‘ah pemimpin
mereka Taqiyuddin al-Nabhaniyy.
xvi. Perjalanan (safar) untuk melakukan maksiat adalah tidak berdosa, melainkan setelah
melakukan perbuatan itu.
xvii. Mengharuskan salam dan bercium pipi bersama perempuan yang ajnabiyyah (bukan
mahram).


sumber rujukan

Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama
Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai
Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabi‘ul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

No comments:

Post a Comment