Followers

Thursday, December 23, 2010

Menanam pokok Tekoma/Tabebuia (Sakura)


Sakura in penang

Sambungan dari siri yang lepas fasal bunga sakura ni. Dah tengok bunga dia cantik sangat.. tapi tak tau mana nak dapatkan pokok ni.cemana nak tanam.. ingat nak tanam banyak2 kat kampung..geram tengok pulai pinang yg bersungguh2 tanam pokok ni..

"Pada majlis pelancaran kempen pada hari ini, sejumlah 16,200 pokok akan ditanam di seluruh negara di mana 500 pokok telahpun dibekalkan lebih awal iaitu pada 17 dan 18 April 2010 kepada para penduduk di Bayan Baru untuk ditanam sempena dengan pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok pada pagi ini. Acara kemuncak pada pagi ini ialah acara menanam pokok Tecoma (Tabebuia pentaphylla) atau lebih dikenali sebagai “Spring Blossom of Penang� oleh dif-dif jemputan di Padang Kota Lama yang bersejarah ini. Kempen ini akan diteruskan untuk tempoh 5 tahun iaitu dari 2010 hingga 2014 bagi mencapai sasaran 26 juta pokok di seluruh negara."

http://www.penang.gov.my/index.php?ch=14&pg=90&ac=1533

kat Jalan Kucing KL pun ada pokok ni..apasal tak nampak berbunga pun.Tak puas hati punya fasal..cari kat merata tempat..macamana nak tanak pokok ni.Tapi satu pun takde. nasib baik jumpa juga kat satu tempat..Akhirnya dapat juga cari teknik tanam pokok ni.

Jom tengok sikit…

Pokok ni boleh ditanam dengan benihnya yang terdapat pada buah dia tu. Ambil buah yang dah mengering dan seeloknya yang dah terkopak sendiri tu.. benih ni tak boleh simpan lama..dah kopek terus tanam (sow) je dalam bag plastik atau pasu.



boleh tahan juga besarnya buah dia..



kopek buah dia.. ada la benih warna putih



camni la rupa benih dia.

04/07/04
Poui seedling emerging, ten days after planting. Seeds given to us by our Anegada friend Shirley Vanessa Walters. Six weeks old.
05/15/04
Two months old.

ambil pasu atau plastik bag. terus semai/tanam
05/31/04

Kalau nak saintifik lagi pilih tanah ikut la camni.

Soil pH requirements:
6.6 to 7.5 (neutral)
7.6 to 7.8 (mildly alkaline)

Five months old. Fall '05 - eighteen months old, six feet tall.
08/28/04

Nanti bila dah besar nak alih kan ke tanah.. pastikan tempat nak tanam tu ada saliran yang baik.. kena matahari yang cukup..jgn sampai terlindung lak..


kalau nak tanam banyak, jarak antara satu pokok lebih kurang

12 hingga 15 kaki (ft) atau 3.6 hingga 4.7 meter



Kena rajin siram macam pakcik ni.. tapi jgn terlebih siram pulak..

Ada pulak trik kalau nak banyakan bunga dia. Agak 6 hingga 8 minggu Sebelum pokok ni dijangka berbunga..jgn siram dia..biar cepat gugur daun.Dan lepas tu berbunga dgn lebat.. itu trik dia je..kalau mampus pokok tu jgn Salahkan saya plak..haha..cuba la dulu..

One good "trick" is to cut off all added water 6-8 weeks before spring. This will encourage leaf drop and produce a much heavier show of flowers. All Tabebuias in irrigated landscapes are poorer bloomers due to this excess water. The tree in this photo never gets more than rainwater

pokok ni pun ada juga penyakit dia, antara penyakit yg penah jadi kat Malaysia ni

iaitu dedalu api ( Loranthus ferrugineus)


Dedalu

pokok hampir mati kena penyakit dedalu api ( Loranthus ferrugineus).

Dedalu api adalah sejenis tumbuhan parasit yang hidupnya menumpang pada pokok lain dah ia memakan segala makanan yg dicari oleh akar pokok

mudah je nak selamatkan dia..buang je le pokok dedalu api tu..


pokok ni kira cepat juga berbunga..kecik camni pun
dah berbunga.


setangkai je ke..



kalau bunga dia subur..camni le.. kalau keluar bunga setangkai je tu..
lomah den..

Ada juga teknik lain nak tanam pokok ni. kalau rajin boleh juga buat teknik tut (keratan rentas)..cakap orang putihnya air layering. Translate cakap Melayu balik jadi lenturan udara..haha..lantak lah..

Org suka bekebun tau la teknik tut ni..kita yang tak berapa tau ni..lebih kurang macamni

teknik tut (air layering)

1.Pilih dahan sebesar jari kelingking. Pastikan ia dahan yang matang atau separa matang (bukan dahan hijau/muda/lembut). Dahan yang dipilih perlu segar, tidak berpenyakit dan mempunyai bentuk yang seimbang.

2.Lakukan kelaran (1 sm lebar x 1 sm panjang) di bawah ruas dahan

3.Sapukan penggalak akar pada kelaran (dia org cadangkan –Peatgro boleh campur dgn sekam padi atau sabut kelapa)

4.Balutkan dengan bungkusan plastik yg diisi tanah pada sekeliling dahan

5.Ikat dengan erat dan kemas jgn terlalu ketat.

6. Dalam masa 6 hingga 8 minggu akar, buka plastik dan boleh memulakan proses menanam.

Cuba lah ya..

Ada juga orang cakap..pokok ni ada jual kat nurseri Sungai Buluh Selangor. harga antara RM15 - RM50.. kalau dapat yang ready mate lagi ok.. terus tanam je..kalau dah takde sangat , tunggu la pokok ni berbunga pada bulan feb hingga mac akan datang..kita kutip benih dia..tak pun panjat, kerat dahan ambik buah dia.. stanby lari..kalau kena kejar dengan bandar raya ..haha

Oh ya.. kat omputih sana. selain buat kayu balak, dia orang buat teh la..


tea Pau D'Arco




video tekoma / Tabebuia Rosea

baca siri yang lepas disini

Saturday, December 18, 2010

Wasiat Raja Melayu



Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

link asal dan sini


Dato Onn Jaafar- sumpah melayu


Dato Onn Jaafar

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
  • Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
link asal

Begitu cantik wasiat Raja Melayu dan sumpah melayu tu..
persoalanya..adakah.. semua tu ibarat puisi atau lagu ..
yang hanya dimainkan untuk hiburan..atau bila terdesak..

rasanya yang paling dipertikaikan oleh masyarakat
ialah sumpah melayu..
kenapa tak ada langsung islam disebut
antara empat sumpah tersebut.

cuba lihat pula
"KAMI, umat Melayu beragama Islam"
kenapa digunakan perkataan umat Melayu tidak bangsa melayu..

sebab melayu sememangnya bukan bangsa..
fahami erti melayu yang asal disini

hari ini orang berselisih pasal melayu dan islam..
ada yang mahu melayu tetapi tak mahu islam..
ada pula yang mahu islam tetapi tak mahu
melayu.. mereka bercakaran mahukan benda
yang sama dan dalam masa yang sama menolaknya pula.

manakah antara mereka yang benar..?

yang hairanya tak ade satu akhbar atau majalah atau media
yang cuba menerangakan panjang lebar secara terperinci
apakah sebenarnya wasiat raja melayu dan sumpah melayu
tu.. semuanya sekadar lepas batuk ditangga..

ucapan penuh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah
pun susah nak cari sebagai rujukan.
patut tak berani siar dlm surat kabar..
keras sindiranya..itu pun setakat ucapan je..
tindakan tak tau lah pulak..

cuba tengok perbezaan yang dilapur oleh 4
tempat ni..nanti boleh pikir la sapa hipokrit sebenarnya..
link 1
link 2
link 3
link 4 yang ni ada 5 page full version..

hari ini orang tergelak berguling nak pecah perut
bila dengar ada wasiat dan sumpah melayu ni..
macam lawak antarabangsa pulak..
rasa macam kartun pun ada..

Wednesday, December 1, 2010

Bunga Sakura Malaysia





Ni gambar ambik sendiri kat pat keje. terlewat ambil.
bunga ni tahan seminggu je. berbunga setahun sekali.

Pokok Sakura Malaysia (Tekoma/Tabebuia)

Terkejut beruk juga tengok pokok ni berbunga dgn banyak
menutupi seluruh Pokok hingga tak nampak dahan. Rupa
macam pokok sakura kat jepun tu..Rasanya saya masih
waras lagi.. tak de nya sakura nak tumbuh kat Malaysia.

Sebab pokok ni cantik sangat, timbul lah rasa nak menyiasat
apakah gerangan munculnya pokok misteri tersebut.
Sebenarnya tak lah misteri sangat pun. Rupanya kat Malaysia ni
dah di tanam Secara besar besaran terutama di bandar besar.
Dari Johor sampai ke kedah, hingga ke sabah sarawak pun
ada tanam pokok ni. Kalau kat KL ni dah berlambak pokok ni.

Sebenarnya pokok ni dah menjadi pilihan sebagai landskap
tanaman tepi jalan kat (ornamental tree) Bandar seluruh
Malaysia ni. Antara sebabnya untuk men “taman” kan
bandar Kat Malaysia ni ..atau lebih comel lagi kalau
kata men “jepun” kan
Malaysia (AWAS.. sebahagian
istilah yang digunakan di sini adalah istilah ikut sedap
Mulut saya je. Haha ..suka ikut.., tak suka tak yah ikut.)

Antara negeri yang paling bersungguh nak men “jepun” kan
tempat dia tu Adalah Penang. Sampai dah ada time table
bila bunga sakura Malaysia ni Nak berbunga.

dah terlanjur cerita fasal bunga ni.. kita cari lah sikit data
berkaitan dia.. Bunga ni sebenarnya berasal dari negara
omputih sana. Amerika banyak pokok ni.. Kalau ikut
wikepedia dia.. asalnya dari mexico, florida, argentina pulau
caribean dan banyak lagi.

Nama dia pulak kalau orang Malaysia panggil pokok Tekoma,
tapi kalau nak saintifik Punya camni.

kumpulan (tribe)- tekoma (Tecomeae)
keluarga (family) -Bignoniaceae
Gens- Tabebuia



Kalau kat Malaysia, media selalu sebut selain tekoma dia
panggil Tabebuia pentaphylla Tapi kalau ikut Dato' Dr Leong Yueh
Keong, director of the Socio-Economic & Environmental Research
Institute (SERI) dia kata tak tepat.
Sebab Tabebuia pentaphylla
tu cuma salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tekoma ni.


A
da lebih 100 spesis bunga ni.. antaranya…

Tabebuia pentaphylla- pink

Tabebuia rosea- pink

Tabebuia impetiginosa - pink

Tabebuia roseo-alba – white

Tabebuia chrysantha – yellow


Bunga dia ada bermacam-macam warna..
putih, pink, kuning, lavender, magenta, dan merah.

Kat negara omputih sana nama dia panggil memacam la..
antaranya dia gelar Ipê , Poui , trumpet trees , pau d'arco
white-cedar , whitewood.


selain pokok ni sesuai untuk hiasan landskap, sesuai juga dijadikan
kayu balak. Yang menariknya dan persamaan dia dengan pokok
sakura.. dia berbunga pada musim Kering la kat sini, kat
jepun spring la (musim bunga). Waktu dia hampir serentak
dgn Jepun sana. Kalau kat penang tu Febuari .. tapi kat KL ni
bulan Nov pun dia Berbunga gak..samalah macam jepun,
berbunga sepanjang tahun mengikut Tempat…
tapi banyak gak yang tak berbunga lansung.. pokok demam la tuuu..

("Cherry Blossoms of Penang". Incidentally, it blooms around
between late February and early March, approximately one
month earlier than the famous cherry blossoms of Japan.
Having seen "the real thing" in Japan)

Saja letak ayat omputih punya.. cakap Melayu korang bukan
percaya sangat walau pun betul


p3111037

Sakura berguguran di Penang

Penang ni kira tak malu sikit.. ada ke dia mengaku ni bunga
sakura penang. ikut suka dia je.
(Pokok ini digelar Cherry Blossom of Penang oleh YAB Ketua
Menteri semasa pelancaran Hari Perhutanan Sedunia ke 38 di
Pantai Bayan Mutiara pada 23 Jun 2009
)



Penang Sakura - 22 February 2008


Penang sakura - 12 March 2009

Bila tiba musim dia berbunga, kebanyakan spesis ni habis gugur
daun dia..(kutip dari wikepedia-deciduous while flowering -
dry-season deciduous
) deciduous tu maksud dia luruh.
penuh bunga je satu pokok.. mana yg bunga ciput je tu, tak
cukup zat la tu..Bawak-bawak lah bubuh baja sesapa yg duk
dekat pokok tu..tak kan tu pun nak bagi tau.
Tapi ada gak yg bebunga tapi daun tak gugur.. yg ni tak best..
tak sama ngan sakura Jepun Sana tu..
Ayat kat bawah ni pulak kutip dari web omputih.
(flowering is chiefly in the spring, or dry season and is
accompanied by complete leaf drop
)


Pokok ni jenis tahan lasak.. tu fasal boleh tanam kat Malaysia..
dia perlukan Cahaya Matahari yang cukup. kat Malaysia ni
berlebih cahaya matahari. Keadaan tanah dia tak kesah
hampir semua keadaan dia boleh hidup. Tak kira tanah
banyak kandungan garam ke, banyak alkali ke..
Janji siram masa memula tanam tu.. mesti hidup punya.
Pokok ni lak Kira jenis cepat besar gak. Tinggi dia
boleh sampai 160 kaki.

Antara kelebihan pokok ni adalah aktiviti Anti bakteria dan
anti malaria.. Tapi awas, bunga yang cantik ni rupanya
berbahaya juga kalau salah pegang.


info dari Wannura

Batang nya dikatakan beracun
- kalau kena boleh jadi
radang kulit-kulit jadi warna Merah, bengkak2 dan nekrosis,
boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan koma.
Wow.. bahaya nih.. Kalau ada tanda tu dia orang nasihatkan
minum susu 120 ke 240 ml bagi larutkan Racun.. kalau org
kampung ajar..kalau kena keracunan ni..minum air kelapa.
Standby air kelapa dara kat rumah. Senang kalau apa2 hal.



so... jom la kita tanam pokok ni kat sepanjang jalan laluan
masuk kampung kita.. Baru rasa macam kat tokyo.. nak pegi
tokyo takde duit.. kalau ada pun lebih baik pegi haji..


Antara spesis Tekoma/Tabebuia

baca cara menanam nya disini