Ni gambar ambik sendiri kat pat keje. terlewat ambil.
bunga ni tahan seminggu je. berbunga setahun sekali.
Pokok Sakura Malaysia (Tekoma/Tabebuia)
Terkejut beruk juga tengok pokok ni berbunga dgn banyak
menutupi seluruh Pokok hingga tak nampak dahan. Rupa
macam pokok sakura kat jepun tu..Rasanya saya masih
waras lagi.. tak de nya sakura nak tumbuh kat Malaysia.
Sebab pokok ni cantik sangat, timbul lah rasa nak menyiasat
apakah gerangan munculnya pokok misteri tersebut.
Sebenarnya tak lah misteri sangat pun. Rupanya kat Malaysia ni
dah di tanam Secara besar besaran terutama di bandar besar.
Dari Johor sampai ke kedah, hingga ke sabah sarawak pun
ada tanam pokok ni. Kalau kat KL ni dah berlambak pokok ni.
Sebenarnya pokok ni dah menjadi pilihan sebagai landskap
tanaman tepi jalan kat (ornamental tree) Bandar seluruh
Malaysia ni. Antara sebabnya untuk men “taman” kan
bandar Kat Malaysia ni ..atau lebih comel lagi kalau
kata men “jepun” kan Malaysia (AWAS.. sebahagian
istilah yang digunakan di sini adalah istilah ikut sedap
Mulut saya je. Haha ..suka ikut.., tak suka tak yah ikut.)
Antara negeri yang paling bersungguh nak men “jepun” kan
tempat dia tu Adalah Penang. Sampai dah ada time table
bila bunga sakura Malaysia ni Nak berbunga.
dah terlanjur cerita fasal bunga ni.. kita cari lah sikit data
berkaitan dia.. Bunga ni sebenarnya berasal dari negara
omputih sana. Amerika banyak pokok ni.. Kalau ikut
wikepedia dia.. asalnya dari mexico, florida, argentina pulau
caribean dan banyak lagi.
Nama dia pulak kalau orang Malaysia panggil pokok Tekoma,
tapi kalau nak saintifik Punya camni.
kumpulan (tribe)- tekoma (Tecomeae)
keluarga (family) -Bignoniaceae
Gens- Tabebuia
Kalau kat Malaysia, media selalu sebut selain tekoma dia
panggil Tabebuia pentaphylla Tapi kalau ikut Dato' Dr Leong Yueh
Keong, director of the Socio-Economic & Environmental Research
Institute (SERI) dia kata tak tepat. Sebab Tabebuia pentaphylla
tu cuma salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tekoma ni.
Ada lebih 100 spesis bunga ni.. antaranya…
Tabebuia pentaphylla- pink
Tabebuia rosea- pink
Tabebuia impetiginosa - pink
Tabebuia roseo-alba – white
Tabebuia chrysantha – yellow
Bunga dia ada bermacam-macam warna..
putih, pink, kuning, lavender, magenta, dan merah.
Kat negara omputih sana nama dia panggil memacam la..
antaranya dia gelar IpĂȘ , Poui , trumpet trees , pau d'arco
white-cedar , whitewood.
selain pokok ni sesuai untuk hiasan landskap, sesuai juga dijadikan
kayu balak. Yang menariknya dan persamaan dia dengan pokok
sakura.. dia berbunga pada musim Kering la kat sini, kat
jepun spring la (musim bunga). Waktu dia hampir serentak
dgn Jepun sana. Kalau kat penang tu Febuari .. tapi kat KL ni
bulan Nov pun dia Berbunga gak..samalah macam jepun,
berbunga sepanjang tahun mengikut Tempat…
tapi banyak gak yang tak berbunga lansung.. pokok demam la tuuu..
("Cherry Blossoms of Penang". Incidentally, it blooms around
between late February and early March, approximately one
month earlier than the famous cherry blossoms of Japan.
Having seen "the real thing" in Japan)
Saja letak ayat omputih punya.. cakap Melayu korang bukan
percaya sangat walau pun betul
Sakura berguguran di Penang
Penang ni kira tak malu sikit.. ada ke dia mengaku ni bunga
sakura penang. ikut suka dia je.
(Pokok ini digelar Cherry Blossom of Penang oleh YAB Ketua
Menteri semasa pelancaran Hari Perhutanan Sedunia ke 38 di
Pantai Bayan Mutiara pada 23 Jun 2009)
Penang Sakura - 22 February 2008
Penang sakura - 12 March 2009
Bila tiba musim dia berbunga, kebanyakan spesis ni habis gugur
daun dia..(kutip dari wikepedia-deciduous while flowering -
dry-season deciduous) deciduous tu maksud dia luruh.
penuh bunga je satu pokok.. mana yg bunga ciput je tu, tak
cukup zat la tu..Bawak-bawak lah bubuh baja sesapa yg duk
dekat pokok tu..tak kan tu pun nak bagi tau.
Tapi ada gak yg bebunga tapi daun tak gugur.. yg ni tak best..
tak sama ngan sakura Jepun Sana tu..
Ayat kat bawah ni pulak kutip dari web omputih.
(flowering is chiefly in the spring, or dry season and is
accompanied by complete leaf drop)
Pokok ni jenis tahan lasak.. tu fasal boleh tanam kat Malaysia..
dia perlukan Cahaya Matahari yang cukup. kat Malaysia ni
berlebih cahaya matahari. Keadaan tanah dia tak kesah
hampir semua keadaan dia boleh hidup. Tak kira tanah
banyak kandungan garam ke, banyak alkali ke..
Janji siram masa memula tanam tu.. mesti hidup punya.
Pokok ni lak Kira jenis cepat besar gak. Tinggi dia
boleh sampai 160 kaki.
Antara kelebihan pokok ni adalah aktiviti Anti bakteria dan
anti malaria.. Tapi awas, bunga yang cantik ni rupanya
berbahaya juga kalau salah pegang.
info dari Wannura
Batang nya dikatakan beracun- kalau kena boleh jadi
radang kulit-kulit jadi warna Merah, bengkak2 dan nekrosis,
boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan koma.
Wow.. bahaya nih.. Kalau ada tanda tu dia orang nasihatkan
minum susu 120 ke 240 ml bagi larutkan Racun.. kalau org
kampung ajar..kalau kena keracunan ni..minum air kelapa.
Standby air kelapa dara kat rumah. Senang kalau apa2 hal.
so... jom la kita tanam pokok ni kat sepanjang jalan laluan
masuk kampung kita.. Baru rasa macam kat tokyo.. nak pegi
tokyo takde duit.. kalau ada pun lebih baik pegi haji..
baca cara menanam nya disini
Habis la tukang sapu Majlis Daerah kena wat kerja nanti
ReplyDeleteAku baru tebang abis satu pokok.Tanam tahun 1999..tebang 2011 ...sayang sungguh baru nak berbunga rimbun... lepas kena pulas dek ribut... 2 kali plak tu... akhirnya fikirkan keselamatan kanak2 yang main kat situ.... potong jugak akhirnya...isk...isk..
ReplyDeletetakpe bang..tebang sepokok..tanam balik sepuluh pokok
ReplyDeletemajlis daerah ley jdkn baja organik. jd x jdd mslah pn.just kmpul bwah pokok je.
ReplyDeleteSetiap kali musim panas...lepas tu hujan. Bunga Sakura Malaysia ini akan keluar dgn lebatnya. Seolah macam berada di Amerika tempat i belajar dulu masa musim bunga. Masa tu bunga Magnolia .
ReplyDeleteI memang tunggu-tunggu saat indah ini.
zuljb
kat malaysia pokok ni payah berbunga..sebab kita takde musim panas..negara kita hujan sepanjang tahun.. ..sebenarnya seluruh malaysai telah di tanam dgn pokok ni terutama tepi jalan bandaran dan jalan negeri..kat taman perumahan baru pun di tanam pokok ni..tapi tak berbunga.. sebab pokok ni perlu musim panas baru boleh berbunga lebat.. kalau tak..keluar juga la bunga..setaklat dua tiga tangkai macam tu je la...hehe
ReplyDeletetry cuba tgk kat matrik penang..tiap taun penuh je pkok tu dgn bunga
ReplyDeletemacammana nak dapatkan benih pokok ni..
ReplyDeletehttp://www.lelong.com.my/free-shipping-pink-cherry-blossom-sakura-tree-seeds-tradeonline-K2154719-2007-01-Sale-I.htm
Deleteblogwalking! love ur blog...ayat santai je..
ReplyDeleteSuka baca blog tuan.. byk info dan kelakar.. terima kasih atas perkongsian info ni.. saya mmg suka pokok ni.. dkt rumah lama dulu selalu bila ada time byk bunga mmg cantik.. tp sekejap sgt.. masa tu rasa mcm kat korea la konon2 nya diselubungi pulak dgn jerebu yg teruk
ReplyDeletediscover here pop over to this site browse this site about his article see this here
ReplyDeleteWeb Site o9n62o9i58 fake louis vuitton replica bags nancy website link k1l45k7x98 replica louis vuitton bags best replica bags online 2018 YOURURL.com p8v01l8o31 gucci replica bags replica bags online
ReplyDeletew9l15t9h74 i1b85g2m08 c5f86d9s72 u2f57g6o43 l7g94w9v80 e7a47n4g35
ReplyDelete