Followers

Saturday, November 14, 2009

sedikit petua semasa mengandung

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar
dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari
Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah
bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian
Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,
dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa
menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu
meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri
penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di
dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan
meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan
iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak
akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

sedikit panduan untuk ibu yg first time mengandung. kalau tak terpaka bergantung penuh dengan mak bapak pulak..kalau yg jenis rajin bertanya. ok la juga..
ada yg berat mulut tu..lingkup..

kaedah menadapat anak yg soleh/solehah..bermula dari memilih pasangan hidup lagii..
sebab Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. kalau ibu bapa peranagi buruk masa mengandung..
emm ada harapan la tabiat tu diwarisi oleh anak dalam kandunagn.. so tak bley marah anak sangat kalau anak tu lain macam jee..
..sebab anak2 cermin mak bapak..

Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.
Semasa mengandung suami dan isteri digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Adab isteri terhadap suami ketika mengandung

1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan oleh suami dan isteri semasa mengandung, antaranya:
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

3. Tanggungjawab bapa

1. Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir

Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."

2. Menanam uri ( basuh dan tanam..tanam sekadar..,
tidak digali oleh binatang liar..org dulu dia bakar kat atas..
supaya tak de kesan tanam..kemudian letak la batu ke..supaya jgn kena gali..jgn tinggal kan uri kat hospital..)

3. Mendoakan anak
+ Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

+ Doa agar diberi anak yang baik - surah Ali-Imran ayat 38

"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

+ Doa agar anak menyenangkan hati - surah Furqan ayat 74

"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

+ Doa agar anak tetap mengerjakan sembahyang - surah Ibrahim ayat 40

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

4. Panduan menamakan anak

o Nama anak harus diberikan pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau beberapa hari selepas itu
o Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain

http://namanamaislam.com/category/nama-melayu/

http://namanamaislam.com/category/nama-nama-islam/

http://namanamaislam.com/category/nama-lelaki/

http://namanamaislam.com/category/nama-perempuan/

http://namanamaislam.com/category/nama-larangan/

5. Menyembelih aqiqah

6. Mengkhitankan anak

o Menurut Imam Shafie berkhitan adalah wajib.
o Hikmah berkhitan
+ Asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam yang perlu dikerjakan
+ Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
+ Sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain
+ Dari aspek kesihatan ia mendatangkan kebersihan pada zakar dan membebaskan kekotoran yang tersimpan di dalamnya
+ Menjaga kesihatan batin serta memelihara dari menghidapi penyakit kelamin


Nasihat Pemakanan kepada ibu semasa mengandung

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.(kuah dia pun jgn makan)
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu badan kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
6) jangan makan mayonaisse sebab dari telur yang mentah-banyak bakteria lah tuu..

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3) Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.
k) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.
4) Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
5) Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
6) Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui anak anda kelak. Ingat : MOM's MILK IS THE BEST.

Petua Lain :

* Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
* Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
* Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
* Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
* Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
* Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
* Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia.
* Makanan Tambahan Yang Perlu

1. Protein
Cth; Daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu atau tempe.
Tambahan protein penting untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium
Cth; Susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.
Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi. Jika janin tidak mendapat kalsium yang mencukupi, dia akan memperolehinya daripada tulang si ibu. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Gejala bakal timbul; gigi rosak dan hilang, sakit tulang belakang.

Susu mempunyai protein, lemak, kalsium, fosfat, zat besi, sodium, potassium serta vitamin C. Oleh itu, untuk mendapat nilai terbaik daripada susu, PILIHLAH susu segar atau susu tepung yang tidak berkrim. Susu pekat TIDAK SESUAI kerana proteinnya sedikit sahaja.

3. Kalori
Cth; Nasi, mee, roti
A piece of advice : Di akhir peringkat kehamilan, makanan yang kaya dengan kanji seperti nasi, tidak perlu terlalu banyak kerana nilai zatnya rendah. Lebihkan makanan banyak protein, vitamin dan mineral.

4. Vitamin
Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh si ibu.

Vitamin A : kuning telur, susu, hati, sayuran, buah-buahan berwarna hijau dan kuning kemerahan.

Vitamin B Kompleks : Kekacang

Vitamin C : sayur-sayuran dan buah-buahan.

IBU BAPA JUGA HARUS MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIMAKANNYA HALAL DAN DIREDHAI ALLAH. HINDARILAH SESUATU MAKANAN YANG DIHASILKAN OLEH RIBA'. INGATLAH PARA IBU, BARANG YANG HARAM MASUK KE DALAM TUBUH KITA, IA AKAN MENJADI DARAH DAGING. IA AKAN MEMPENGARUHI SIKAP DAN FIKIRAN KITA, LEBIH-LEBIH LAGI, IA AKAN MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN.

Tuesday, November 10, 2009

putar-belit pendidikan-ancaman kepada Islam

Apakah ancaman kepada dunia pendidikan islam.. apabila negara islam menggunakan sistem pendidikan barat..

Pendidikan adalah satu-satunya cara untuk memperolehi kebijaksanaan, tapi malangnya ideologi-ideologi Barat yang mengelirukan dan dogma kebendaan dunia sekular telah merobohkan dunia Islam.

Memperkasakan Gagasan PengIslaman Ilmu

oleh Ibnuyaacob

books_cover

Salah satu cara paling berkesan untuk menyelamatkan dunia ilmu sains sosial dari putar belit Freemason dan Illuminati ialah dengan melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu.

Gagasan PengIslaman Ilmu (GPI)

Gagasan ini mula dibangunkan oleh Allahyarham Dr. Ismail Raji Al-Faruqi yang merupakan profesor Pengajian Islam di Universiti Temple, Philadelphia. Tetapi idea sebenar penggunaan istilah ‘PengIslaman Ilmu’ adalah lonjakan daripada Syed Naquib Al-Alattas dari Malaysia pada 1974.

GPI adalah satu objektif baru yang dibina oleh beberapa kelompok pemikir Islam dalam usaha mengeluarkan konsep-konsep pemikiran dan metodologi sains sosial dari konsep-konsep Barat.
Gagasan PengIslaman Ilmu memainkan peranan penting dalam usaha mendefinasikan semula ilmu-ilmu sains sosial seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah, sains politik, ekonomi dan sebagainya mengikut konsep-konsep Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Namun begitu, ia bukanlah suatu usaha yang mudah kerana umat Islam moden bukan setakat sudah biasa dengan konsep, pemikiran, metodologi dan pendekatan barat, malah sifat mereka juga telah ditentukan oleh asuhan pendidikan sekular moden sejak kecil.

Di universiti-universiti yang lokasinya di negara-negara Islam sekalipun, konsep barat dalam menerapkan ilmu-ilmu sains sosial sudah menjadi sebati di dalam semua fakluti-fakulti sains sosial. Bahan-bahan rujukan profesor dan pensyarah semuanya didominasi oleh buku-buku pemikiran berorientasikan konsep barat.

Kemudian, pemikiran barat itu dalam mentakrifkan hal sains sosial diwariskan pula kepada pelajar-pelajar melalui kuliah-kuliah pengajian.

Melaksanakan GPI adalah tugas yang sukar

Menurut Dr. Mohammad Omar Zubair, bekas Presiden Universiti Malik Abd Aziz;

Pendidikan adalah satu-satunya cara untuk memperolehi kebijaksanaan, tapi malangnya ideologi-ideologi Barat yang mengelirukan dan dogma kebendaan dunia sekular telah merobohkan dunia Islam.

Tambahnya lagi,

Keghairahan untuk mendapatkan kemajuan kebendaan dan intelektual dengan pantas telah menyebabkan dunia Islam menerima sistem pendidikan barat secara total dan cuba pula menggabungkannya dengan sistem pendidikan Islam.

Menurut pandangannya juga keadaan tergesa-gesa dalam mengaplikasikan sistem pendidikan barat telah menyebabkan dunia pendidikan di negara-negara Islam yang mengejar pembangunan berada dalam keadaan yang sumbang. Kesumbangan ini berlaku kerana konsep keimanan dan sekularisme adalah dua perkara yang jauh berbeza dan tidak dapat disatukan.

Kesukaran melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu lebih sukar lagi apabila pihak pemerintah Islam sendiri menganaktirikan pendidikan berteraskan Islam. Pendidikan berasaskan sekular dan ilmu-ilmu akademik diberi pengiktirafan yang tinggi serta dimuliakan.

Barat mengetahui bahaya Gagasan PengIslaman Ilmu

Konsep GPI ini jika benar-benar diadaptasikan oleh pemerintah Islam di seluruh dunia, nescaya ia akan mempercepatkan proses mengembalikan semula zaman kegemilangan ilmu-ilmu masyarakat Islam zaman dahulu.

Konsep ini juga pada akhir objektifnya akan membawakan setiap manusia Muslim itu ke arah mengagungkan semulailmu-ilmu Islam kerana pada hakikatnya dalam sejarah Islam, setiap tokoh-tokoh Islam itu tidak sahaja menguasai ilmu duniawi tetapi juga alim di dalam ilmu-ilmu ukhrawi.

Namun demikian, usaha-usaha menghalang gagasan ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL).

Sesungguhnya, pembunuhan Al-Faruqi telah membuktikan beberapa perkara tentang Gagasan PengIslaman Ilmu:

  • Pembunuhan Dr. Ismail Al-Faruqi membuktikan bahawa betapa konsep GPI ini boleh membangunkan intelektual-intelektual Muslim dalam ruang metodologi Islam dengan kadar yang cepat, pantas dan ramai.
  • Ia membuktikan bahawa intelektual-intelektual Yahudi dan ideologi-ideologi mereka yang berselerak di Oxford dan Harvard boleh ditewaskan oleh sarjana-sarjana Islam masa kini.
  • Ia membuktikan bahawa penerapan Sistem Pendidikan Barat @ Sekular di negara-negara Islam sengaja dirancang bagi menghalang kelahiran genius-genius Ulama Muslim zaman moden.
  • Ia membuktikan bahawa masyarakat Islam terkebelakang dalam segala hal hanya kerana mengamalkan Sistem Pendidikan Barat.
  • Ia membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun.
  • Ia membuktikan bahawa buku-buku rujukan Sains Sosial yang diimport dan dikitabkan oleh profesor-profesor universiti adalah punca kemunduran umat Islam.
  • Ia membuktikan bahawa ilmu-ilmu Islam tulen seperti Fekah, Tauhid, Mantik, Adab, Nusus, Syariah dan seangkatannya memerlukan satu pintu keluar agar kehebatan ilmu-ilmu itu dapat ditampilkan. Sesungguhnya pintu itu mestilah sebuah polisi pendidikan yang mempunyai nafas Islam seperti ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.

Contoh PengIslaman Ilmu : PSIKOLOGI

Antara disiplin Sains Sosial yang terdapat di universiti ialah Psikologi. Disiplin ini mengkaji tentang masalah kejiwaan, pemikiran, sifat dan tingkahlaku dalam manusia. Bagi pengamal-pengamal disiplin Psikologi, mereka akan mempelajari bahawa disiplin Psikologi mempunyai mazhab-mazhab tersendiri yang mana setiap darinya terdapat pula tokoh-tokoh yang mengasaskannya.

Mazhab-mazhab itu ialah Behaviorisme, Kognitivisme, Humanisme dan Psikoanalisis. Misalnya tokoh mazhab Behaviorisme adalah John B. Watson, B.F. Skinner dan Edward Thorndike berpegang kepada prinsip bahawa setiap sifat manusia ini adalah berpunca dari pelaziman tingkah laku. Maka pelbagai penyelidikan dilakukan untuk membuktikan konsep mereka ini benar.

Menurut Dr. Louis Kamel Matikah di dalam bukunya bertajuk Readings in Social Psychology in Arab State (1970), kebanyakan ahli-ahli psikologi Muslim menghadapi masalah di dalam kajian kemasyarakatan kerana mereka telah mengguna pakai rangka penyelidikan yang sebenarnya dirangka untuk masyarakat barat.

Hasil penggunaan metodologi yang silap dan tidak berteraskan keIslaman, maka keputusan yang didapati ke atas masyarakat Islam adalah tidak tepat.

Di dalam kertas kerja bertajuk An Islamization of Knowledge Process in Psychology (1977) oleh Dr. Abd Hamid al-Hashimi, beliau mengatakan;

Hasil dari latihan yang didapati dari luar, sebilangan ahli psikologi kita menggunakan teori dan prinsip psikologi Barat di dalam bidang kajian mereka terhadap masyarakat Islam.

Sejarah tokoh Psikologi sengaja diputar belit

Di dalam kertas kerja yang sama juga, Dr. Abd Hamid mengatakan intelektual Islam lebih dahulu memperkenalkan disiplin Psikologi berbanding profesor-profesor barat. Malah kajian yang dilakukan oleh sarjana Islam klasik lebih mendalam dan menepati kehendak masyarakat Islam itu sendiri.

Beliau menegaskan bahawa walaupun Barat cuba mengaitkan pemikiran Aristotle dari Greek untuk menjana sejarah klasik Psikologi tetapi hakikatnya mereka hanya baru memperkenalkan disiplin ilmu ini sekitar 1800-an.

Tetapi umat Islam lebih mendahului disiplin ini dari barat yakni 850 tahun sebelum itu. Ini bermakna Barat hanya berjaya memperkenalkan disiplin Psikologi selepas 850 tahun umat Islam meneroka ilmu ini. Perkara ini tidak diilmukan oleh pensyarah-pensyarah Psikologi di universiti kepada pelajar-pelajar kerana sebahagian besar mereka sendiri telah taksub dan terdidik dalam mengagungkan metodologi barat.

Berikut ialah tokoh-tokoh Islam dalam disiplin Psikologi;

  • Abu Nasr Al-Farabi (meninggal pada 950M) - membuat kajian tentang kejiwaan masyarakat Utopia yang bertajuk Opinion of the Citizens of Utopia.
  • Ibnu Sina (meninggal pada 1037 M) - menulis dua kitab berkaitan psikologi dengan tajuk The Moods of Psyche dan Hints and Notice. Beliau membincangkan tekanan psikologi, perasaan-perasaan yang tersembunyi dan nyata. Beliau juga secara tidak langsung mengasaskan kajian dalam ingatan, jenis-jenis ingatan dan faktor-faktornya.
  • Imam Al-Ghazali (meninggal pada 1111M) - menulis karya agungnya tentang jiwa manusia dengan tajuk “Ihya Ulumuddin”.
  • Ibnu Al-Jawzi (meninggal pada 1201M) - menulis buku bertajuk The Intelligent. Buku ini membincangkan tentang otak, kebolehan berfikir, pemikiran, kaedah mengukur kecerdasan otak dan beberapa kes berkaitan.
  • Abu Bakar Muhammad Al-Qays Ibn Tufayal (meninggal pada 1185M) menulis buku bertajuk ‘Hayy ibn Yaqzan’ kemudian diterbitkan semula kitab ini dengan tajuk Hayy ibn Yakqzan: A Pioneering Psychology Study and an Islamic Masterpiece (1975). Buku membincangkan peringkat kehidupan Hayy sebagai seorang kanak-kanak, belia, lelaki muda dan orang dewasa. Ibn Tufayal juga membincangkan pelbagai fenomena psikologi Hayy seperti kasih sayang, imaginasi, hubungan sosial dan perasaannya dengan persekitaran.

Sebelum Gagasan PengIslaman Ilmu diperkenalkan lagi, terdapat usaha-usaha dari beberapa sarjana Islam untuk mengIslamkan ilmu secara individu. Antara sarjana Islam yang mengutarakan idea itu ialah Dr. Fuad Al-Ahwani di dalam bukunya yang bertajuk Psychological Studies by Classical Muslim Scholars (1963).

Dr. Fuad Al-Ahwani menyatakan bahawa akan menubuhkan satu disiplin baru di dalam kurikulum pendidikan yang dipanggil ‘Psikologi Islam’.

Kesimpulan

Gagasan PengIslaman Ilmu adalah satu mandat yang amat sempurna dalam menghakis aliran sekular di dalam disipilin-disiplin ilmu Sains Sosial di universiti. Ia juga merupakan satu senjata pemikiran yang ampuh unttuk mengeluarkan umat Islam dari kepompong bekung sekularisme pendidikan.

Amat malangnya, pelancaran gagasan ini dapat dihidu awal oleh golongan Illuminati. Mereka lebih cepat mengenalpasti kesan-kesan jangka panjang hasil daripada perlaksanaan gagasan ini. Bukan setakat mengenalpasti, mereka juga dapat menyekat cahaya gagasan ini dari menyinari sarjana-sarjana Islam di seluruh dunia.

Namun, ia bukanlah bermakna sarjana Islam berputus asa dengan sekatan Illuminati itu …..

Wallahu’alam.


Link asal

http://ibnuyaacob.com/?p=1342

Monday, November 9, 2009

ISTIADAT PERTABALAN JIN (TABAL JIN)

ha ha ha..
aku ingat N.Sembilan je buat keje kurafat nii.. rupa nya ada lagi teruk.. lawak lawak...

INFO PERAK

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.







Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.


Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak. (ni yg paling mantap ni)

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan.. ..)

ontah la.. tak dapek pak cik nak menolong ..!!

link asal

http://sandora82.blogspot.com/2009/06/istiadat-pertabalan-jin-tabal-jin.html


Saturday, November 7, 2009

PENIPUAN SAINS BARAT UNTUK NEGARA ISLAM

Pengalaman seorang bapa

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman” . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini
. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima (more Info)
7. Makan epal hijau


Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata
, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat
. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .


link asal

http://nurdyny.wordpress.com/kesihatan/

Friday, November 6, 2009

Amalan berpantang mengarut?


set lepas bersalin

golongan masyarakat hari ini rata2 tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. amalan merapu..
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..
cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..

dan satu kesilapan masyarakat dahulu adalah kerana hanya menyuruh org berpantang itu dan ini.. tanpa menerangkan kenapa perlu dilakukan begitu.
marilah kita pesan kepada masyarakat moden tersebut.., apakah dia amalan berpantang selepas bersalin ini..

pantang selepas bersalain
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam
bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 har


Set tungku

bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut

urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN

Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam - seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) - badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering - nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood - kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) - sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau - sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk


teh herba

ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan

pilis
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.

Faedah
* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.

Tempel/Tapel
* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.

Faedah
* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas selepas bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, "Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi."[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.

Apakah itu darah istihadah?
Dari Aisyah ra," sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh."[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, "Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu' dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah."[Hadis riwayat Abu dawud]

Hal-hal yang Diharamkan bagi Wanita yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan melakukan apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,
1. Sholat.
Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah, dan mereka tidak perlu menggantinya apabila suci. (Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla)
2. Puasa.
Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah. Akan tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada masa nifas. Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Ketika kami mengalami haid, kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha shalat.” (Muttafaq ‘alaih)
3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik yang wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang dilakukan jamaah haji, hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu suci.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Menggauli wanita nifas sama halnya dengan wanita haid, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.” (Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)

MANDI WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Ringkasan FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan

jika tubuh badan anda tidak dirawat dengan betul, beberapa kesan-kesan bersalin seperti berikut akan anda alami:-

* Buncit di bahagian perut
* Badan mengalami kegemukan
* Kulit keliling perut menjadi kendur
* Badan menjadi lemah
* Urat-urat badan terasa bengkak
* Parut belang harimau pada kulit perut akibat kesan ketegangan sewaktu mengandung
* Pinggang yang lebar
* Luka pada jahitan

rungutan biasa wanita selepas bersalin yg meremehkan pantang.
1.Badan selalu rasa sengal-sengal
2.Bentuk badan kurang menarik
3.Cepat rasa letih
perbandingan dgn masyarakat lain

pantang masyarakat india
Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jirantetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.
Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.

pantang masyarakat cina
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

pantang masyarakat iban
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.


amalan perubatan moden kebanyakanya agak bertentangan dgn amalan traditional., .maklumlah ..perubatan moden dicelup dari rawatan cara barat .. yg hanya bertindak melaui teori sains.. dan kadangkala memalsukan teori dan diajarkan kepada negara islam..

contohnya seperti diatas.. barat mengajar makan buah pencuci mulut selepas makan..
sedangkan islam mengajar makan buah sebelum makan makanan berat..
mari kita lihat tajuk diatas.. untuk merungkai slah satu penipuan barat yg diajar kan kepada kita melaui bidang perubatan moden..

amaln semasa mengandung pula klik disini

Wednesday, November 4, 2009

Keperluan Alkali dalam badan

Tahukah anda bahawa dalam badan anda adalah terlalu berasid? Ini adalah kerana dari makanan, pencemaran, rokok, air, gaya hidup, Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan juga tekanan hidup. Dan daripada ini, badan kita akan mengalami pengoksidaan. Jika anda kurang faham apa itu pengoksidaan, anda boleh lihat pada potongan buah epal. Jika dibiarkan buah epal itu terdedah di udara ia akan bertukar warna keperang-perangan. Samalah juga dengan anggota dalam badan kita.

Menurut pakar, badan yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus makanan beralkali. kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Antara contoh makanan berasid adalah beras perang, beras putih, gandum, daging, ikan, makanan laut, telur, sayur-sayuran dan kekacang. Ini termasuk buah-buahan yang diawet, roti putih, minuman ringan, gula halus, bawang, makanan berminyak susu yang diproses dan banyak lagi.

Contoh makanan beralkali pula ialah milet, ulam2 (yg pahit tanda beralkali), sayuran segar yang ditanam, tumbuhan laut, kacang hijau, kacang pea, kacang soya (paling tinggi kandungan alkali), buah-buahan dan bahan masak miso.

AIR BERALKALI TINGGI SUMBER UTAMA ANTIOKSIDAN
Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral,air kelapa juga adalah antara air beralkali,

Simptom/ tanda badan berasid:

* tidak bermaya selepas bangun dari tidur pagi
* imsomnia/ sukar tidur
* rasa letih sepanjang hari
* kurang sabar, tergesa-gesa
* emosi tidak stabil/ mudah marah
* mudah mendapat penyakit kulit
* mudah demam/ selesema
* tekanan darah tinggi/ rendah
* penyakit hati
* diabetes, buah pinggang, gout
* gemuk, gastrik, alahan, sembelit
* asma
* kurang selera makan
* Gusi mudah berdarah
* luka mudah bernanah

Antara Penyakit Yang Dikenal Pasti Disebabkan Oleh Kadar Asidik Yang Tinggi
1. Asma 2. Bisul 3. Masalah Usus
4. Allergi 5. Hepatitis B/C 6. Migrain
7. Buasir 8. Jangkitan Kuman 9. Resdung
10. Buah Pinggang 11. Jerawat 12. Stroke/Lumpuh
13. Denggi 14. Kayap 15. Sakit Sendi
16. Ekzema 17. Kanser 18. Sawan
19. Fibroid 20. Kencing Manis 21. Penyakit Kulit
22. Gout 23. Lemah Lutut 24. Keletihan
25. Ketumbuhan 26. Jantung 27. Tibi
28. Parkinson 29. Gastrik 30. Leukimia
31. Tiroid 32. Ulser 33. Tenaga Batin
34. Stress 35. Darah Tinggi 36. Masalah Paru-Paru
37. Deman Campak 38. Haid


Merancang jantina anak dgn kaedah makanan

Anak Perempuan - suami harus membanyakkan makan makanan beralkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang berasid.
Anak Lelaki - suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali.

Untuk wanita sukar hamil, amalkan mengambil makanan beralkali seperti taugeh, kacang pis, susu dan kurangkan pengambilan makanan berasid seperti daging merah dan teh untuk mengurangkan keasidan dalam cervical mucus yang boleh menjejaskan sperma

Antara produk jualan air minuman beralkali

1. Tourmaline Flask (Botol Air Beralkali)
2. PENAPIS AIR BIO AURA HAI-O
3. Penapis Air DR JABBAR
4. Air Minuman Beralkali HPA (label berwarna biru)
5. Batang Mineral Anti-Pengoksidaan Beralkali EcoLife
6. Air batery beralkali- (ada ke) kalau adapun tak yah la sesah air batery.nanti kena tukar alamat baru..batu dua tanah wakaf lak.. kata org kuala pilah tu.. "nak rojiun ko.." InnaLillahi wainnalillahi rojiun

sekadar menyebut beberapa nama.. kita org tak jual air.. tak pernah tengok pun air ni semua.. kita org bedal air paip jer.. he he.. nak sangat alkali.., air kelapa besepah kat pasar..bateri alkali rechargeble pun banyak..boleh sesah..

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan....

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL-sunah yahudi yg popular)
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.