Followers

Sunday, June 12, 2011

Taichi Penyapu







Seorang tukang sapu di Beijing China menjadi terkenal bila perbuatan
nya bertaichi semasa menyapu dirakamkan dan di upload ke intenet.
Zhang Xiufang Ibu kepada seoarng anak yang masih bersekolah itu
asalnya seorang atlet taichi berpedang.. tapi terpaksa bekerja sebagai
tukang sapu untuk membiayai persekolahan anaknya kerana suaminya
tiba2 jatuh sakit dan tidak bekerja..
kerana rindu dgn aksi taichi yang dilakukanya setiap pagi..dia
menggunakan penyapu untuk bersenam sambil menyapu.. dia
pernah dijemput oleh stesyen TV untuk di temuramah.

kesian..seorang atlet taichi yang hebat tak dapat memasarkan
kebolehanya untuk mencari duit.. sama lah kat malaysia pun..
seorang pendekar hebat mana pun kene cari keje juga..
kalau mengajar silat tu..semata mata niat untuk menurunkan ilmu
yang ada..kalau nak jadi kaya dgn kerjaya ajar silat.. tak ada
lagi rasanya..



baru baru ni..saya pegi mengikuti kelas Senaman Tua..sekadar
untuk beriadah dan bertukar dari taichi (lihat post yg lalu untuk
download senaman taichi
) kepada senaman yang bersifat
kemelayuan.. memang penat.. senaman yang disertakan dengan teknik
pernafasan itu.. memang sangat berbaloi kalau belajar..Terima kasih
kepada pengasas senaman tua kerana sudi berkongsi ilmu
pengetahuan warisan melayu kepada orang ramai.. rasanya telah
banyak warisan melayu yang telah hilang..kerana
tiada kemampuan untuk dikembangkan.. bukan senang mengembangkan
ilmu ni..terpaksa berhadapan dengan tohmahan, hasat dengki..
masalah kewangan..birokrasi..dan berbagai lagi.. tapi pengasas
Senaman Tua
telah berjaya melakukanya..

senaman tua juga telah diktiraf sebagai senaman kesihatan oleh
kementerian kesihatan pada 18 Feb 2011 .link

namanya je Senaman Tua ni bro..kalau nak buat Org muda pun
tumbang ni..


Senaman Tua - memetik teratai