Followers

Thursday, August 4, 2011

Siri Pembongkaran Sejarah Negara

Nampaknya dunia memang sudah hampir dengan penghujung nya..
bila kebenaran mula terbongkar satu persatu, maknanya cerita dah
nak habis..

Kesian, Antara nama yang Ungul pada zaman dahulu adalah Munsyi Abdullah..
beliau digelar dengan nama "Bapa Persuratan Melayu",Tokoh Penulisan Moden .
kalau ikut kan, latar belakang dia cukup hebat.. cukup alim/ulamak, tapi itu
dari kacamata buku terbitan penjajah..

Munsyi abdullah adlah ornag upahan penjajah (Stamford Raffles) rupanya..
dia menulis apa yang yang dikehendaki penjajah.. ada
yang mengatakan..Bible yang pertama yang di translate
kebahasa melayu juga hasil kerja tangan beliau.
beliau lah juga yang bertanggung kjawab menulis sejarah
melayu.

jadi jelaslah, sejarah yang kita ada hari ni semuanya sampah..
sejarah yang mengikut kehendak penjahah dan pembohongan
sama sekali.

hari ini semakin terselah, orang yang kita anggap musuh, sebenarnya
adalah penyelamat kita, dan orang yang kita sangka pembela kita..
rupanya musuh dalam selimut dan penghianat besar.

Melayu di gambarkan dgn orang bodoh , tak tau memajukan diri,
rupanya, melayu adal pelopor kemajuan dunia. benarlah kata ulamak..
Melayu adalah satu bangsa yang amat hebat satu ketika dulu..
kini, melayu akan kembali bangkit untuk menjadi bangsa terhebat dunia...
melayu palsu ciptaan penjajah..akan hancur satu persatu..

marilah kita lihat antara keunggulan sejarah melayu yang dulu..
kalau kita melihat cerita Thailand, Langkasuka.. ia adalah sejarah
yang benar..

Copy paste dari website orang untuk dikongsi disini

Teknologi peperangan bangsa melayu dahulu


Anak-anak Melayu membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak musuh Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Adakah ini realiti sebenar tentang teknologi peperangan dan pensenjataan orang Melayu? Dalam artikel ini, akan di dedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang Melayu di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Pendedahan ini bakal menunjukkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menyanggah anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"



Dalam satu filem tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17. Jika tidak silap aktor Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'berkesan' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik menjadikan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri siapakah yang membuat kajian terhadap latarbelakang zaman yang dipaparkan dalam filem tersebut.

Timbul persoalan;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa dalam catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Perlu difahami apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi persoalannya ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela

*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Flintlock Musket=Istinggar

*Blunderbuss=Pemuras

*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?


Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.

Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai alat kebesaran kerajaan.


Terakol



Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar



Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka



Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang dipaparkan di dalam filem tahun 80-an itu lakonan Dato Rahim Razali tersebut.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Adakah ini sesuatu yang pelik?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri?Orang asing?

Sebagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.



Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?

Jika difikirkan kembali, betul juga kata Tun Dr Mahathir bahawa ada fakta sejarah yang tertinggal dan tidak dinyatakan dalam buku sejarah sendiri.

link asal

sumber lain..

http://mindaahad.wordpress.com/2011/05/20/munsyi-abdullah-british-dan-kota-islam-portugis/

38 comments:

  1. Tuan,

    hebat Orang Melayu ini.

    Entah di mana silapnya tiada sekeping papan pun yang tersisa setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 untuk dilihat oleh generasi hari ini.

    Dikatakan pada 5/2/1644, berlaku pergaduhan Orang Rembau dengan Orang Belanda di Rembau - Habis semua oarng Belanda termasuk ketua mereka dibunuh oleh pahlawan Rembau.

    ReplyDelete
  2. yang lebih sayang lagi..tiada sejarah tentang nya.. kalau di lihat sejarah melayu.. kejatuham melayu adalah disebabkan ketamakan pembesar/raja/pemerentah masa tu..hingga sanggup membawa penjajah masuk.. dan sifat itu kekal hinga hari ini..

    ReplyDelete
  3. Hello, the whole thing is going fine here and ofcourse every one is sharing
    information, that's actually excellent, keep up writing.

    My web-site: Abercrombie & Fitch

    ReplyDelete
  4. My brother recommended I may like this web site. He was once entirely right.
    This put up actually made my day. You cann't believe simply how much time I had spent for this information! Thanks!

    Review my site ... Louis Vuitton Outlet

    ReplyDelete
  5. I for all time emailed this blog post page to all my friends, for the reason that if like to read it after that
    my friends will too.

    Feel free to visit my blog post: Sidney Crosby Black Jersey

    ReplyDelete
  6. It's not my first time to go to see this website, i am visiting this web page dailly and obtain good data from here every day.

    my blog post: Sito Ufficiale Gucci Borse

    ReplyDelete
  7. Hi there, all the time i used to check weblog posts here in
    the early hours in the daylight, because i love to learn more and more.


    My page: Converse

    ReplyDelete
  8. You are so interesting! I don't believe I have read through a single thing like this before. So nice to discover another person with a few original thoughts on this issue. Really.. many thanks for starting this up. This website is something that is needed on the web, someone with a little originality!

    Also visit my homepage ... Learn More

    ReplyDelete
  9. Hi, yup this piece of writing is really nice and I have learned
    lot of things from it about blogging. thanks.


    My webpage :: Full Article

    ReplyDelete
  10. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i read this
    article i thought i could also create comment due to this brilliant
    post.

    Here is my web page ... Explorethecapabilities.com

    ReplyDelete
  11. Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that
    it's really informative. I am going to watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!

    Feel free to surf to my web page :: Wholesale Jerseys Cheap

    ReplyDelete
  12. We are a gaggle of volunteers and starting a new scheme in
    our community. Your website provided us with useful information to work
    on. You've performed a formidable job and our entire group can be grateful to you.

    Feel free to surf to my weblog ... Louis Vuitton Handbags

    ReplyDelete
  13. Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written
    article. I'll make sure to bookmark it and come back to read more of your useful information. Thanks for the post. I'll certainly comeback.


    Feel free to visit my page: click for source

    ReplyDelete
  14. This is a topic that's near to my heart... Cheers! Exactly where are your contact details though?

    Review my website NFL Jerseys Wholesale

    ReplyDelete
  15. Thanks for the auspicious writeup. It actually used to be a entertainment account it.
    Look advanced to more added agreeable from you!
    By the way, how can we keep up a correspondence?

    Here is my blog - Abercrombie Pas Cher

    ReplyDelete
  16. Right away I am going to do my breakfast, when having my breakfast coming again to read further news.


    Feel free to surf to my blog - Louis Vuitton Handbags

    ReplyDelete
  17. Good post. I will be going through many of these issues as well.

    .

    Take a look at my web-site :: Authentic Mario Lemieux Jersey

    ReplyDelete
  18. I do not know whether it's just me or if perhaps everybody else encountering problems with your website. It appears as if some of the text on your posts are running off the screen. Can somebody else please provide feedback and let me know if this is happening to them too? This may be a problem with my browser because I've had this happen before.
    Many thanks

    Here is my homepage :: Sac Louis Vuitton Pas Cher

    ReplyDelete
  19. Woah! I'm really digging the template/theme of this blog. It's simple, yet effective.
    A lot of times it's very difficult to get that "perfect balance" between usability and visual appearance. I must say that you've done a amazing job with this.
    Additionally, the blog loads extremely quick for me on Safari.

    Excellent Blog!

    my web-site ... www.tedxyse.com

    ReplyDelete
  20. Very good article! We are linking to this great
    content on our site. Keep up the good writing.


    Feel free to visit my web site :: http://www.teamshoppenguins.com/penguins-online-shop-sidney-crosby-jerseys-c-15.html

    ReplyDelete
  21. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew
    of any widgets I could add to my blog that automatically
    tweet my newest twitter updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    my weblog :: Cheap Jerseys

    ReplyDelete
  22. Very nice post. I simply stumbled upon your blog and wished
    to say that I've really loved surfing around your blog posts. After all I will be subscribing in your rss feed and I hope you write once more very soon!

    Also visit my page ... Gafasč½Oakley Baratas

    ReplyDelete
  23. Saved as a favorite, I really like your website!

    Feel free to surf to my website; Louis Vuitton Handbags Outlet

    ReplyDelete
  24. Hi, after reading this amazing post i am as well delighted to share
    my experience here with colleagues.

    Look at my web-site; Michael Kors Canada

    ReplyDelete
  25. I delight in, result in I found exactly what I was taking a look for.
    You have ended my 4 day long hunt! God Bless you man.
    Have a great day. Bye

    Feel free to surf to my blog :: Cheap Jerseys

    ReplyDelete
  26. It's the best time to make some plans for the future and it is time to be happy. I've read this
    post and if I could I want to suggest you some interesting things
    or advice. Maybe you could write next articles referring
    to this article. I wish to read even more things about it!


    my web page ... Read More

    ReplyDelete
  27. great put up, very informative. I ponder why the opposite experts
    of this sector do not understand this. You should continue your
    writing. I am confident, you've a huge readers' base already!


    Here is my page - Read This

    ReplyDelete
  28. I was curious if you ever thought of changing the page layout
    of your site? Its very well written; I love what youve got to say.
    But maybe you could a little more in the way of content so people could
    connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or two pictures.
    Maybe you could space it out better?

    Review my web blog: Nike Free Run

    ReplyDelete
  29. Hi! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing several
    weeks of hard work due to no backup. Do you have any solutions to stop hackers?


    Take a look at my blog - Sac a main Guess

    ReplyDelete
  30. Hey there just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the pictures aren't loading properly. I'm not sure why but I
    think its a linking issue. I've tried it in two different web browsers and both show the same outcome.

    Also visit my weblog :: Nike Air Jordan

    ReplyDelete
  31. This website was... how do you say it? Relevant!! Finally I have found something which helped me.

    Many thanks!

    Here is my web site Boutique Air Jordan

    ReplyDelete
  32. Great blog right here! Additionally your web site so much up very
    fast! What web host are you the use of? Can I get your affiliate hyperlink on your host?
    I want my website loaded up as fast as yours lol

    Also visit my blog post Chaussures De Foot Pas Cher

    ReplyDelete
  33. It's awesome to visit this web page and reading the views of all friends concerning this post, while I am also keen of getting know-how.

    my web blog; Nike Air Max

    ReplyDelete
  34. You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be really something that I think I would never understand.
    It seems too complicated and very broad for me. I am looking forward
    for your next post, I will try to get the hang of it!

    my web blog Michael Kors

    ReplyDelete
  35. I have been browsing on-line more than three hours nowadays, yet I
    never discovered any interesting article like yours.
    It is lovely worth sufficient for me. Personally, if all website owners and bloggers made just right content material as
    you probably did, the net shall be a lot more helpful than ever
    before.

    Visit my website: Full Report

    ReplyDelete
  36. Hi there it's me, I am also visiting this web site on a regular basis, this website is genuinely pleasant and the visitors are really sharing nice thoughts.

    My homepage: Cheap NFL Jerseys

    ReplyDelete
  37. Thanks very nice blog!

    Here is my webpage ... Borse Gucci

    ReplyDelete