Followers

Wednesday, March 30, 2011

Jongkong Emas mana patut beli

“MATA WANG HANYALAH SEHELAI KERTAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEWAKILI NILAI TERTENTU TETAPI BUKAN NILAI SEBENAR NAMUN EMAS BOLEH MEWAKILI NILAI SEBENAR KERANA IA SEBUAH LOGAM BERHARGA DI SELURUH DUNIA.”

Tun Dr Mahathir


Rasanya masa dah semakin suntuk.. setakat ni tak dapat
beli satu jongkong atau dinar emas pun lagi..
InsyaAllah dalam masa sebulan akan datang saya
berazam nak beli juga gold bar atau jongkong emas ni
sebagai simpanan/jaminan akan dtg.

sebelum beli, sebagai persiapan ada juga research sikit,
emas mana yang nak beli ni..kang salah beli, rugi pulak.
nasib baik jumpa juga satu site yang cita perbandingan
antara brand emas ni.. baru comfident sikit nak labur/
pecah tabung beli emas.

antara brand emas yang saya survey tu,
Kijang Emas maybank, Public gold, PAMP Suisse
(Habib Jewel dan Goldcrest Pavilion ),
Bunga Raya gold bar Poh Kong.

Antara panduan menarik/berguna kalau nak beli emas jongkong
ni ,

1. Jgn beli jongkong di kedai emas biasa yang ada jual
PAMP Suisse, bunga raya dsb nya.

2. pilih brand emas yang serbaguna dan harga murah.., senang
dapat dan senang jual..yang ni brand dia satu je..


3. Bagi saya kalau nak beli emas tu.. beli la fisikal terus, tak payah
nak buka akaun emas maya kat maybank atau kat public bank tu..
beli simpan sendiri bawah bantal..haha
saya tak percaya langsung dengan Bank yang ada dlm dunia ni
termasuk di Malaysia.. sekarang ni boleh caya lagi selagi tak ada
org yang berkuasa politik kat atas tu kacau.. kalau dia start kacau..
semua undang 2 dlm dunia ni tak berguna.. sebab diorang kebal undang2.
Kalau ASB org melayu hilang 52 Billion..heh apa nak harap.. bank yang lain tu..
selagi sempat..tukar kan Duit Kertas anda kepada Emas dgn segera.

4. harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. harga emas nie bukan harga kawalan. Jadi setiap penjual emas boleh letak harga mengikut kehendak masing-masing.
pandai tawar-menawar boleh hidup.
harga emas dunia boleh tengok kat sini.

5. Alamak..Jangan lupa Bayar Zakat.. cara kira ada kat bawah sekali..

Kesimpulan yang saya dapat dari reserch saya tu adalah..
Kalau nak buat pelaburan emas ni.. yang terbaik adalah
Public gold

Note"
Bentuk emas yang terbaik untuk disimpan adalah emas yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas

belilah dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas kerana beberapa faktor:-
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.

3. Mudah ditunaikan.

4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (spread)

Kenapa barang kemas bukanlah yang terbaik sebagai medium simpanan anda? Ini kerana perbezaan harga jualan dan belian semula adalah besar dalam 25% – 40% dari harga semasa dan mempunyai kos upah. (Namun ada pilihan dimana produk public jewellery perbezaan adalah 20% dan tanpa kos upah)


baca lah komen pro kat bawah ni yang saya copy paste je..
hahaha.. harap dapat membantu mereka yang nak mula menyimpan emas.

Pelaburan emas di Malaysia

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai pelaburan emas yang boleh dilakukan di Malaysia.Terdapat 3 jenis kategori emas

A) Emas perhiasan atau lebih dikenali sebagai emas barang kemas.
B) Emas fizikal ataupun gold bar
C) Emas simpanan dalam bentuk akaun simpanan emas

Saya akan perhalusi satu demi satu bagi memudahkan pemahaman anda semua selepas ini.

A) Barang Kemas:

Rantai, Gelang, Cincin, Subang.

Tip-tip untuk membeli barang kemas
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong ataupun Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.Elakan membeli barang kemas selain 999 atapun 916. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.

4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%

B) Emas Fizikal:

Terdapat pelbagai emas fizikal yang dijual di Malaysia. Public Gold, Pam Suisse, Kijang Emas, Kuwait Gold (sekadar menyebut beberapa contoh)

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

•—Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
•—Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
•—Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
•—Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
•—Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
•—Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing,
resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

Kijang Emas

Kijang Emas Maybank

•Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
•Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
•Tidak boleh lock harga.
•Tidak boleh booking.
•Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
•Stok sering habis.
OUB
•Boleh dibeli di OUB Utama sahaja.
•Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%),
Singapore Lion (2%)
•Perlu dapatkan sendiri di OUB.
•Stok selalu habis
•Mesti bawa resit asal masa jual balik
•Tidak boleh buka sarung
•Tidak beli semula jika tercalar.
Bunga Raya
Boleh didapati di kedai Poh KOng
•Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
•Spread 15%-25%.
•Buka sarung tolak harga.
Public Gold
•Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
•Spread 5%-6% sahaja
•Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
•Boleh booking dan lock harga 24 jam.
•Independent Assayer yang SAH di Malaysia
Pamp Suisess
•Boleh dibeli di kedai emas tertentu.

•Spread antara 10%-30% mengikut kedai.

•Buka sarung tolak harga.
•Kalau emas minting, ada workmanship cost, kalau casting tidak ada workmanship cost
C) Emas Akaun (GIA):

Gold Investment Account (Public Bank atau Maybank)

Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).

Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa

Contohnya.

Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)

Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.

Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.

Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?

Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:

http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.

Pengeluaran emas fizikal.( Untuk kepastian tentang pengeluaran emas fizikal ini pada masa ini anda perlu menanya pegawai bank maybank kerana saya mendengar baru2 ini tiada lagi pengeluaran emas fizikal dibenarkan )

Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini http://www.kfhonline.com.my/

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi – daripada Turki.

Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi

Jongkong emas ini memiliki ketulenan gred 995.0
Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i

Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
————————————————————————————————————-
Pengalaman Encik Syukor Hashim (sifu jutawan emas ) membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL. Hehehe.. excited nak mencuba.

So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini
Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.

Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.

Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.

Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya.

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.

Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan
————————————————————————————————————-


http://www.publicgolddinar.com/pgd/2010/10/31/pelaburan-emas-yang-terdapat-di-malaysia/

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/keburukan-membeli-jongkong-emas-di-kedai-emas/

http://www.publicgold.com.my/



Pengiraan Zakat Emas dan Perak



Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) (klik)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak

http://safwanz.com/agama/pengiraan-zakat-emas-dan-perak-serius-kena-tahu-ni/

Sunday, March 13, 2011

Adakah Ini kebetulan

Saya terjumpa satu artikel dalam satu blog yang telah ditulis pada
Sabtu, Mei 08, 2010


BACALAH, INI ADALAH ' DOA' DARI GUSTI SANG PERABU LELANA ; '' AKAN TENGGELAM NEGERI JEPUN DAN TINGGAL MENGAPUNG BUIH BUIH DI ATAS LAUTANNYA, AKAN TENGGELAM NEGERI AMERIKA BENDERA YANG BERBINTANG BINTANG HINGGA LUMPUH TARINGNYA DAN AKAN BERLAKU SESUATU YANG MENGGEMPARKAN DUNIA DARI NUSANTARA NADINYA DARI NEGARA HURUF NUN MALAYSIA TERCINTA, TUNGGULAH APA APA AKAN BERLAKU DI NEGARA BERHURUF NUN.''

Jika ia satu kebetulan, ia Satu kebetulan yang menakjubkan.. Jika ini adalah kebenaran..
.........

Hari ini jepun telah tenggelam sebahagiannya....

lihat rencana asalnya..

Tuesday, March 1, 2011

E-book Fardhu Ain

Sekarang ni semua benda pun nak mudah, belajar dan re-fresh pun nak mudah.
malas nak bertanya, ada yg malu bertanya. kalau camtu..belajar guna digital
aje lah.. Walau bagaimana pun, Benda agama mesti kena belajar juga
dengan Utz/guru dulu
, baru boleh refresh guna digital macam e -book ni.
takut tersalah faham, lain pulak jadinya.

semua Fardhu Ain kat e-book ni.. ada 18 tajuk besar..
format dalam excel



muka depan. ada 18 tajuk


salah satu tajuk -Taharah


bab najis dan jenisnya


bab solat

DOWNLOAD kat sini