Followers

Sunday, June 28, 2009

Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel

Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel

June 24th, 2009 · 10 Comments · Illuminati Malaysia

oleh Ibnuyaacob

onemalaysia

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.

Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.
Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!

Wawasan 2020 dan Israel 2020

Wawasan 2020 dan Israel 2020

June 22nd, 2009 · 12 Comments · Illuminati Malaysia, Rancangan Rahsia Dajjal

oleh Ibnuyaacob

mahathir13211

Tiada perkara yang paling mengecewakan apabila mengetahui bahawa dasar yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia kelihatan hampir sama dengan dasar yang dibentuk oleh Israel khususnya dalam kaedah meningkatkan kemajuan negara.

Artikel ini merujuk kepada dasar yang dibentuk kerajaan Israel pada 1990-an dahulu iaitu Israel 2020 dan melihat bagaimanakah ia boleh sama pula dengan dasar Wawasan 2020. Adakah ia secara kebetulan?

Wawasan 2020

Dasar ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Dasar ini mempunyai rangka strategi yang kukuh dan amat kehadapan dalam perancangannya. Wawasan 2020 yang kita sentiasa sebut itu diperkenalkan melalui satu teks ucapan Tun Mahathir Mohamed yang bertajuk “Malaysia: The Way Forward”.

Ucapan pertama Wawasan 2020 ini telah didengarkan pada Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
Tun Mahathir memulakan ucapannya memperkenalkan wawasan 2020 dengan berkata …

“Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian.”

Latar Belakang Israel 2020

Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020″ yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Arieh Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020″ telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020″ yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel

Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020″ untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian kami, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Fakta konspirasi antara Israel 2020 dan Wawasan 2020

Untuk mengandaikan Wawasan 2020 sebagai dasar yang bersangkutan dengan dasar Israel 2020 adalah agak sukar kerana terdapat beberapa kekurangan fakta-fakta intuitif. Fakta intuitif adalah fakta-fakta yang bergerak di antara tingkah laku kepimpinan kerajaan Malaysia dan Israel di dalam lingkungan era 1985 hingga 1992.

Kekurangan fakta ini menyukarkan untuk membina teori khusus berkaitan konspirasi Wawasan 2020. Kemampuan yang ada hanyalah untuk membentuk teori-teori rambang yang belum tentu mempunyai keesahan (realibility) dalam ‘jangkaan’.

Setelah meneliti dan memahami serba sedikit tentang objektif bagi kedua-dua dasar, sekarang perlu bagi kita melihat apakah fakta-fakta yang relevan yang boleh dikeluarkan dari kedua-dua dasar bagi membuat suatu teori konspirasi.

#Fakta 1 : Angka 2020 yang digunakan Tun Mahathir Mohamed.

Persoalan kebetulan tidak boleh ditimbulkan di sini, Tun Mahathir bebas memilih angka lain dan terdapat berbilion-bilion kombinasi angka yang boleh digunakan. Oleh itu, mengapa Tun Mahathir memilih angka 2020 amatlah mencurigkan walaupun tiada bukti untuk mengatakan beliau telah berunding atau diarah atau digertak atau apa-apa sahaja.

Namun begitu, persoalan angka 2020 yang dipilih bertepatan dengan Israel 2020 teramat merungsingkan. Kami menyerahkan kebijaksanaan para pembaca untuk membuat konklusi, penyelidikan atau apa sahaja yang dirasakan perlu bagi merungkai “mengapa 2020?”

#Fakta 2 : Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020

Sesuatu yang mencurigakan ialah Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990. Walaupun tiada tanda-tanda orang Israel datang ke Malaysia untuk mendesak Tun Mahathir tetapi selang masa tahun itu sudah memadai untuk menimbulkan kecurigaan.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang disyaki meniru Israel 2020 ialah Indonesia iaitu dengan memakai visi Indonesia Emas 2020. IE2020 dikatakan mampu membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Indonesia menjelang 2020.

#Fakta 3 : Pertemuan sulit Tun Mahathir dan Yitzak Rabin

Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya sendiri dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur

Walaupun pertemuan ini disahkan Tun Mahathir sendiri tetapi ia masih kabur dalam mencari keberkaitan konspirasi Wawasan ini.

#Fakta 4 : Perbincangan sulit Tun Mahathir dan Dr. Henry Kissenger

Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Allahyarham Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Walaupun fakta-fakta di atas kelihatan kukuh tetapi masih ada ruang-ruang lingkup yang tidak menguatkan fakta tersebut untuk dikaitkan dengan konspirasi Wawasan 2020.

Lanjutan Tempoh Wawasan 2020 Yang Mencurigakan

Sekarang terdapat ura-ura bahawa wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Jika tahun 2050 dipilih dan diisytihar sekali lagi sebagai pengganti Wawasan 2020, maka sahlah, dasar Wawasan 2020 meniru dasar Israel 2020.
Ini kerana, pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu;

“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”

Sebagai penyelidik konspirasi, kami lebih cenderung untuk mengatakan dasar Wawasan 2020 adalah meniru dasar Israel 2020 kerana angka 2050 telah pun disebut pada tahun 2 Ogos 1991 di dalam sidang Dewan Negara. Apakah ia satu kebetulan?

Angka 2050 telah pun disebut oleh Tuan Adam Bin Kadir (yang ketika itu mempengerusikan Dewan Negara).
Ketika itu, Tuan Adam bin Kadir memperbetulkan ayat Puan Ainon binti Ariffin;

Pn Ainon binti Ariffin : “Saya rasa dalam perkara ini, Tuan Yang Dipertua, ada sedikit silap faham dariapda rakyat kita ini. Apabila dulu Perdana Menteri (Mahathir Mohamed) mengisytiharkan kita inginkan 70 juta dalam masa tahun 2000 kalau saya tidak salah …..”

Tuan Adam Bin Kadir : “…70 juta. Saya rasa tahun 2050″ (Tuan Adam mencelah ucapan Pn Ainon)

Kesimpulan

Walaupun terdapat fakta-fakta yang kelihatan amat kukuh untuk mengaitkan Wawasan 2020 dan Israel 2020, namun beberapa kajian mendalam harus lagi dilakukan untuk mengesahkan konspirasi Wawasan 2020 ini.

Kita juga mungkin agak sukar melihat secara mendalam segala perancangan Yahudi Zionis terhadap seluruh negara Islam. Namun berdasarkan fakta yang hanya ’secebis’ ini, diharap dapat membantu peminat-peminat dunia konspirasi membuat kajian yang lebih menyeluruh.

Tiada siapa yang boleh mengatakan konspirasi Wawasan 2020 ini tepat kerana ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020 walaupun ianya kelihatan mencurigakan. Jika benarlah ia suatu dasar konspirasi atau dasar yang ditiru dari Israel, maka amatlah mendukacita lagi mengecewakan.

Masyarakat Barat Mula Mencari Dajjal

Masyarakat Barat Mula Mencari Dajjal

June 10th, 2009 · 43 Comments · Teori Identiti Dajjal

oleh Ibnuyaacob

obama_antichrist

Lewat 1990-an, sejak beberapa penyiasat konspirasi Yahudi mendedahkan pelbagai perkara tentang Illuminati, Freemason, Bilderberg dan sebagainya, kelihatan muncul juga seiring bersamanya teori-teori tentang ….

….siapa sebenarnya Dajjal?

Masyarakat Barat mula kelihatan menggila mencari individu yang digelar AntiChrist atau Dajjal ini. Masing-masing (secara inidividu atau kumpulan) mula mendedahkan teori masing-masing tentang Siapa sebenarnya Dajjal (AntiChrist).

Teori-teori ini dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada orang terkenal, inidividu biasa atau peminat konspirasi.

Teori Muhammad Isa Dawud tepat

Apakah teori beliau? Telah diterangkan dengan panjang lebar sebelum ini. Namun dapatlah kita ringkaskan bahawa masyarakat barat 90% sehaluan dengan teori Muhammad Isa Dawud walaupun merea belum tentu membaca bukunya.

Buku MID yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda sebenarnya telah diterjemah dan telah pun memasuki pasaran US dan Kanada. Amat menghairankan buku ini ditempah banyak oleh kebanyakan perpustakaan-perpustakaan di Amerika dan Kanada.

(Malangnya di Malaysia, jarang dilihat buku ini ada di perpustakaan)

Kami percaya pengaruh buku ini yang diterbit sejak 1997 amat mempengaruhi pemikiran masyarakat Barat. Ini kerana kajiannya meliputi semua aspek metodologi penyelidikan.

Masyarakat barat langsung tidak menganggap bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai raksasa, makhluk gergasi, haiwan ganjil atau makhluk asing. Mereka tetap menganggap ianya seperti manusia biasa tetapi amat berpengaruh.

MID telah menyatakan dalam kajiannya bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penguasa dan sebagai manusia biasa tetapi ada pengaruh.

Beberapa Teori rambang masyarakat barat

Walaupun Dajjal masih belum muncul, tetapi nampaknya masyarakat barat bersungguh-sungguh menentukkan siapa sebenarnya Dajjal. Walaupun mereka mengkaji berpandukan Injil sahaja tetapi kesungguhan menganggap Dajjal akan muncul seperti orang awam biasa perlu dihormati.

Berikut ialah beberapa teori mereka tentang Dajjal yang dapat kami kumpulkan? Masyarakat barat telah mengandaikan orang-orang ternama tertentu sebagai Dajjal berdasarkan beberapa kajian latar belakang mereka.

  1. George Bush Jr. - dianggap sebagai AntiChrist (Dajjal) kerana tragedi misteri 911
  2. John Pope Paul II - dianggap AntiChrist kerana berjalan ke 117 negara seluruh dunia berdakwah tentang Kristian.
  3. David Rockefeller - dianggap Dajjal kerana keupayaan menguasai 50% harta seluruh dunia termasuk pengaruh politik, dasar kewangan Eropah, Asia dan Timur Tengah.
  4. Andrew Bertie - dianggap Dajjal kerana pengaruhnya sebagai Pemimpin EU 2007
  5. Richard Bennet - salah seorang penulis politik yang menganggotai Council on Foreign Relation (CFR)

Sekarang ini, Obama pula menjadi sasaran pembina-pembina teori di internet sebagai AntiChrist.

Selain dari teori-teori di atas, penyelidik konspirasi terkenal David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones juga telah menggunakan sendiri terma Dajjal dalam video-video konspirasi terbitan mereka khususnya terbitan EnigmaTV. Ini secara tidak langsung menjadikan istilah Arab ini begitu global.

Kami percaya dalam tempoh 10 tahun akan datang terma Dajjal akan mengatasi terma AntiChrist kerana maklumat tentang identiti Dajjal lebih banyak diberitakan dalam Islam berbanding Kristian.

Anda boleh sahaja memasuki YouTube, Metacafe, GoogleVideo untuk melihat sendiri bagaimana terdapat banyak peminat-peminat dunia konspirasi Yahudi dari barat cuba mengemukakan idea masing-masing.

Kesimpulan

Kita tidak mungkin mengambil teori rambang orang-orang barat ini sebagai panduan utama penyelidikan kerana umat Islam telah dibekalkan dengan instrumen paling sahih dalam penyelidikan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun begitu, sebagai pencari ilmu dan peneroka alam konspirasi, mengambil iktibar kesungguhan bangsa lain dalam mencari kebenaran fakta amat digalakkan. Kesungguhan mereka biasanya diakhiri dengan menjumpai Islam sebagai agama yang hakiki. Akhirnya mereka memeluk Islam.

Ia telah pun dibuktikan dengan kejadian 11 September 2001, di mana masyarakat barat yang mahu mencari klu mengapa Islam itu ganas akhirnya ramai pula memeluk Islam kerana sudah mengetahui kebenaran.

Contoh terbaik penyelidik sejarah dan konspirasi yang memeluk Islam ialah Prof David Livingston dari Kanada. Kesungguhan beliau di dalam meneroka bidang ilmu akhirnya membawa beliau menjumpai Islam sebagai agama anutannya.

Wallahu’alam …

(Video) Bagaimana EnigmaTV menerangkan Jack Parson sebagai Dajjal

Robot Ular Tentera Israel

Robot Ular Tentera Israel

June 9th, 2009 · 4 Comments · Berita Israel, Perang Konspirasi, Teknologi Akhir Zaman

oleh Abd Aziz Atiqullah & Arman

snakerobot

Baru-baru ini Israel Defense Force (IDF) mendedahkan bahawa mereka sedang membina sejenis robot ular yang bakal digunakan di dalam peperangan pada masa akan datang.

Menurut IDF, robot ular ini dibina dengan saiz lingkungan 2 hingga 3 meter panjang, manakala warna ular tersebut kemungkinan diletakkan dengan warna celoreng seperti kebanyakan baju tentera.

Fungsi ular robot ini sebenarnya lebih kepada tugas mengintip dan merekod suara-suara di sekelilingnya dan disimpan di dalam memori terbina dalam. Pergerakannya pula di kawal dari jauh melalui satu sistem satelit berkomputer.

Selain itu, menurut IDF juga, ular robot ini juga berfungsi untuk mencari mangsa-mangsa runtuhan bangunan yang tersepit. Kebolehan ular ini menyelinap masuk ke tempat-tempat terselindung akan digunakan untuk menyelamat mangsa runtuhan.

Dalam laporan akhbar Jerusalem Post, IDF mendedahkan lagi bahawa mereka akan meningkatkan fungsi ular robot ini kepada pembawa bom ke tempat-tempat musuh. Atau mungkin ular ini sendiri akan menjadi bom bergerak. Projek membina ular robot ini kini sedang diusahakan oleh penyelidik-penyelidik di Universiti Ben Gurion, Israel.

Namun demikian, mereka bukanlah orang pertama yang mencipta robot-robot kecil jenis ini. Pada 1970-an telah Prof. Shigeo Hirose dari Department of Mechanical and Aerospace Engineering di Institut Teknologi Tokyo telah pun menjalankan kajian tentang pembinaan robot bagi kegunaan ketenteraan.

(Gambar) Prof. Shigeo Hirose dengan ular robotnya yang dibina pada tahun 2006.

Konspirasi Selsema Babi

Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!

June 27th, 2009 · 1 Comment · Perang Konspirasi, Rancangan Rahsia Dajjal, Teknologi Akhir Zaman

oleh Ibnuyaacob

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.

Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Artikel konspirasi Selsema Babi

  1. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) - permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat
  2. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) - Projek senjata biologi Amerika dan virus.
  3. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) - projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia

ShareThis

Tags: ···

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda

Ulasan Buku: Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda


isadawud1

Semua kenyataan di bawah ini diulas dengan meneliti pemikiran penulis buku ini iaitu Muhammad Isa Dawud. Ulasan yang dibuat bukan bersifat menceritakan kembali apa yang terkandung dalam buku ini.

Ulasan ini lebih bersifat melihat apa yang difikirkan oleh Muhammad Isa Dawud ketika beliau menulis bukunya. Selain itu, ulasan ini juga meneliti apakah penemuan-penemuan baru yang ditemui beliau dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan?

oleh Ibnuyaacob

BAB 1
Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas

Tajuk bab ini sendiri sudah jelas tentang apa yang ingin didedahkan oleh Muhammad Isa Dawud yang masyur itu. Beliau semasa memulakan bab ini berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yang didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau juga sedar bahawa pendedahan yang bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yang mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yang telah dibuat kajian.

Bab ini menedahkan sejarah jelas akan hadith yang bermaksud berikut:

“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”

(Riwayat Imam Ahmad)

Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID)menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yang berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ini kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pada zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID (izinkan saya menggunakan singkatan ini) mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.

Mereka berdua juga penyembah patung lembu yang ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untuk mendapatkan anak.

Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yang diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.

Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yang engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.

Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT.

Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dalam sebuah hadith yang mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.

Dajjal, Mesir, Firaun dan Musa

Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yang buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yang berlaku di Mesir.

Hatta dia juga mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untuk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa juga tidak tahu bahawa salah seorang pengikut yang menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.

Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dengan membina patung lembu betina.

Kisah ini telah pun dicatatkan dalam al-Quran surah Ibrahim. Penjelasan oleh Muhammad Isa Dwud berjaya menimbulkan suatu kesinambungan hidup Dajjal berdasarkan penyatuan kisah dalam hadith dan al-Quran sendiri.

BAB 2
Dajjal Di Negeri-Negeri Bertetangga (Laut Syaitan)

Bab ini menyentuh tentang perjalanan Dajjal bersama perahu besarnya mencari tempat-tempat yang sesuai. Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yang mempunyai sempadan pantai dan laut.

Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ini adalah untuk mencari penduduk-penduduk yang dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan atau setidak-tidaknya Anak Tuhan.

Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dalam mencari kepuasan di dunia yang telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab ini juga menyentuh Dajjal telah menemui suatu kaum yang dirasakan mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ini ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.

Namun begitu, ia masih tidak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yang pernah dilihatnya.

Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yang dimilikinya.

Salah satu perkara penting dalam bab ini ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yang didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

BAB 3
Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir

Bahagian ini, Muhammad Isa Dawud memulakan bicaranya dengan memetik ayat 30 dari surah al-Baqarah, yang bermaksud;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,”

Muhammad Isa Dawud cuba memahamkan para pembaca secara berperingkat. Bab ini dihuraikan sebagai menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?.

Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah.

Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang pandangan Muhammad Isa Dawud mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini.

Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yang diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tidak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?

Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”

Bahas tentang pembinaan Segitiga Bermuda dalam bab ini seringkali terganggu dengan fakta-fakta yang meleret-leret. Kelihatan kadang-kadang apabila membaca, pembaca mungkin tersasar dari mengetahui bagaimanakah Segitiga Bermuda itu terbina?

Bagi yang membaca sekadar bacaan di mata kemungkinan besar akan melangkau mukasurat sahaja kerana bosan dengan huraian fakta yang meleret-leret.

Namun, begitulah gaya bahasa orang Arab, mereka terlalu banyak maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Malah mereka amat bersungguh-sungguh menjelaskannya.

Disebabkan itu penerbitan buku-buku ilmiah di Mesir bertimbun-timbun memenuhi pasaran dan murah pula harganya. Amat rugilah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir tetapi tidak membeli kitab di sana.

BAB 4
Lanun Terbesar : Di Sebelik Misteri Segitiga Bermuda Dan Piring Terbang

Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini. Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.

UFO memang wujud tetapi fakta bahawa ianya berasal dari planet lain adalah palsu dan sengaja direka-reka oleh agen-agen Dajjal di Amerika. Muhammad Isa Dawud menjelaskan makhluk-makhluk asing itu sebenanya adalah Jin-Jin yang ditugaskan untuk terbang ke seluruh dunia dengan menaiki kenderaan cahaya.

Piring-piring tebang itu pula dikawal melalui suatu sumber cahaya yang berpusat di Segitiga Bermuda.

Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Muhammad Isa Dawud ialah tentang kes-kes kehilangan kapal terbang, penculikan manusia, terserempak dengan UFO dan sebagainya. Semua kes itu adalah kes-kes yang dilaporkan oleh agensi berita Amerika.

Suatu perkara yang menarik dalam bab ini, Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Christoper Columbus tidak mengalami sebarang gangguan semasa kapalnya melalui perairan Segitiga Bermuda. Columbus dinyatakan hanya melihat cahaya-cahaya diperaran itu.

Muhammad Isa Dawud menguatkan hujahnya tentang terdapat manusia di Segitiga Bermuda yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan UFO. Sebelum ini, terdapat beberapa individu lain yang mempunyai pandangan sama dengannya.

Individu tersebut ialah Dr. Allen J. Haneck, Dr. Moris Gasup dan James I. McDonald, ketiga-tiga mereka adalah pakar fizik dan sejarah. Mereka amat tidak bersetuju dengan fakta yang mengatakan UFO berasal dari planet lain.

Yang pastinya menurut Muhammad Isa Dawud, dalam Segitiga Bermuda itu terdapat suatu kelompok manusia yang diasuh merencanakan cita-cita menguasai dunia. Mereka bukannya Yakjuj Makjuj.

Kami sendiri bersetuju dengan penegasan Muhammad Isa Dawud ini cuma persetujuan tidak dapat kami kemukakan bukti yang kukuh.

BAB 5
Tujuh Hakikat

Perbahasan terkakhir tentang Dajjal ini, Muhammad Isa Dawud menutupnya dengan menyimpulkan isu-isu sebenar yang menyelubungi fenomena piring terbang yang berlaku ke atas masyarakat dunia.

Dalam bab 5, beliau menggunakan istilah ‘hakikat’ yakni sesuatu perkara yang nyata dan sedang berlaku di sekeliling kita.

Tujuh hakikat itu ialah:-

  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang - kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang - piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.

Untuk mengetahui perbincangan yang lebih teliti, anda digalakkan membeli buku ini. Sesungguhnya, ianya buku yang bermanfaat dan ilmiah cuma mungkin sesetengah yang tanpa ilmu sering melontar tanggapan ianya suatu cerita tahyul.

Pihak kami tidak menjual buku ini dan pihak kami bukanlah agen yang menjual buku-buku Muhammad Isa Dawud. Jika anda berminat, anda perlu menghubungi sendiri penerbit buku ini iaitu Pustaka Syuhada.

Pustaka Syuhada, No. 1074(6), Jalan Sentul Pasar, 51100 Kuala Lumpur. Tel: 03-404322994. Fax: 04-40416548



Thursday, June 25, 2009

SEKULARISME-IBU SEGALA FAHAMAN SESAT

SEKULARISME DAN ANCAMANNYA
oleh : Mohd Jais Anuar Bin Ahmad

Sejak kebelakangan ini, masyarakat sering digemparkan dengan pelbagai isu dan gimik dalam agama Islam. Kemunculan isu-isu ini, telah menguji tahap pengetahuan dan sensitivity masyarakat mengenai hal tersebut. Namun begitu, isu sekularisme sudah pun bertapak dan berkembang di seluruh dunia.

Sekularisme sebenarnya lebih dari sekadar pemisahan agama dan Negara. Itu hanyalah jelmaan sosio politiknya. Lebih dari itu sekularisme adalah suatu pandangan sarwa, yakni suatu world view atau weltanschauung.

Sekularisme dalam Kamus Oxford mendefinasikan sebagai “wordly or material. Not religious or spiritual” maksudnya keduniaan atau kebendaan, bukan agama atau roh. Para ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa sekularisme mengenepikan agama dari urusan kenegaraan, kemasyarakatan dan ekonomi. Ia meletakkan agama dalam ruang lingkup yang amat sempit dan memberi kebebasan kepada individu menganut agama yang disukainya.

Fahaman sekularisme ini menjadi Ibu kepada puluhan isme lain. Walaupun pada asalnya ia sekadar pengasingan agama daripada dunia tetapi terus berkembang dan berpegang dengan prinsip “here and now”. Secara tidak langsung fahaman ini menghasilkan penolakan terhadap hari akhirat dan manusia bebas melakukan apa sahaja. seterusnya

Tuesday, June 23, 2009

Sunday, June 21, 2009

Return of the Condo Hero

video

NI LA CITA PALING BEST DIMUKA BUMI ..HEHE

Apakah Qarin @ Karin?

Biasanya bagi orang yang suka mencari ilmu terutama berkenaan Jin dan kebatinan akan bertanya tentang Qarin @ Karin. ramai yang membuat tanggapan karin adalah pendamping yang baik bagi manusia., malah Ulmak juga berselisih pendapat mengenai Qorin.. disini sedikit pandangan tentang Qorin.


Definisi Qarin

Qarin membawa dwimaksud.

Maksud 1 - rakan, taulan, kawan dan seumpamanya.

Definisi ini saya dasarkan di atas Firman Allah SWT dari Surah As-Saffat:51 bermaksud :


Seorang di antaranya berkata: ” Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang cuba menyesatkan aku)

Maksud 2 - Iblis atau syaitan atau sekutunya (Jin) yang menjalankan tugas tetap untuk setiap manusia bagi menyesatkan manusia ke jurang kebinasaan.

Definisi kedua ini saya dasarkan atas Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 :


(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”)

Dalam satu Hadis dari Abdullah bin Mas'ud - Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Tidak ada seorangpun di antara kamu semua yang tidak ditunjuk untuknya Jin pendamping (Qarin)".

Para sahabat bertanya; "Termasukkah engkau wahai Rasulullah ?,

"Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah,sehingga Jin pendampingku memasuki Islam, dan dia tidak pernah mengajakku kecuali yang baik-baik".
------------------------------------

Satu pendapat peribadi ada menyatakan bahawa :

"Qarin adalah pencetus di antara nafsu dengan iman - biasanya cenderung kepada nafsu yang jahat kecuali Baginda Rasulullah S.A.W."
--------------------------------------
Bagi saya amatlah mudah - bagi menghindari pujukan nafsu yang berpunca dari qarin atau syaitan atau sebangsa dengannya ialah dengan sekurangnya-kurangnya

a) Jagalah ajaran agama baik-baik. Buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarangnya.

b) selain itu, ada amalan-amalan yang baik boleh kita amalkan asalkan berguru.

--------------------------------------

Tetapi jangan kita samakan pula dengan 'saka' kerana 'saka'; bagi saya; adalah 'penambah penyakit kepada Qarin' yang datangnya daripada amalan keturunan yang berlanggaran dengan Islam - biasanya turun atau diwariskan secara genetik.

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

pandangan diatas adalah petikan dari blog forum keagamaan.

pandangan lain mengenai qorin disini

P.K.M. Penggganas kerana membunuh Sir Henry Gurney?

Pagi tadi berita tv3 menceritakan tentang Parti Komunis yang membunuh Sir Henry Gurney Pesuruhjaya Tinggi British (High commissioner British) di Malaya di Bukit Fraser.. Berita tersebut Menggambarkan PKM adalah Pengganas Kerana pembunuhan itu..

petikan Utusan Malaysia

''Buku sejarah yang tertulis sejarah komunis pula hanya mencatatkan PKM diharamkan pada 1948, membunuh Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Henry Gurney. berita penuh disini


Ini pula petikan dari Detik Daily

Malam ini, Buletin Utama, TV3 menyiarkan kisah pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser yang akhirnya membawa kepada darurat; satu tempoh di mana British mula membalas dendam ke atas komunis.

Tetapi, sebelum kita terlanjur marahkan komunis ini, siasatlah terlebih dahulu siapakah Henry Gurney. Beliau adalah seorang pengganas dan penjajah.

Henry berjasa dalam urusan penjajahan British ke atas Palestin setelah berjaya menyerahkan Palestin kepada Yahudi Zionis.

Setelah berjaya dalam misinya di Palestin, maka Henry dihantar ke Malaya. Di sini beliau dibunuh di Bukit Fraser. [Seterusnya]

Buletin Utama, TV3 20 Jun melaporkan bahawa kemuncak pembunuhan Sir Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.


Jika membunuh pesuruh jaya tinggi british sebagai pengganas .. bagaimana dengan yang ini pula

PERISTIWA perjuangan orang Melayu menentang penjajahan British di Pasir Salak sehingga menyebabkan kematian Residen British, JWW Birch oleh Si Puntum dan Datuk Maharajalela.
Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. berita penuh disini

Siapa pengganas sebenarnya ni.. LU PIKIR LA SENDIRI BEB.. sapa pengkhianat dan sapa pejuang kemerdekaan. loya tekak tengok berita tv3 ni..

Saturday, June 20, 2009

Kena buatan orang ?

Apabila bercakap mengenai buatan orang, perkara tersebut memang ujud dan tergolong dalam perkara yang luar biasa di katakan sihir yang menggunakan khidmat jin, iblis dan syaitan sebagai pembantu. walau bagaimanapun, sekiranya seseorang terkena sihir..bukan lah kesalahan mutlak kepada si pembuat sihir.. tetapi kepada yang terkena sihir yang lalai mengigati Allah.. terkena buatan orang atau sihir hanyalah sebagai sebab.. yang sebenarnya, kelalaian sendiri dalam mendekatkan diri dengan Allah.. artikel dibawah menunjukan keujudan ganguan sihir yang menggunakan khidmat jin untuk menyampaikan hajat golongan yang tersasar dari landasan Iman.

PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI KEBIASAAN. (mencarik adat,luar biasa)

Ada lapan jenis perkara mencarik adat yang Allah zahirkan di atas muka bumi, sebagai makhbul doa dan menunaikan hajat manusia.

Empat perkara luar biasa yang dipuji :-

1. Irhas.

2. Mukjizat.

3. Karamah.

4. Maunah.

Empat perkara luar biasa yang dibenci :-

1. Sihir peringkat tinggi yang menghampiri Karamah diamakan Istidraj.

2. Sihir peringkat pertengahan.

3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah.

4. Sihir peringkat bawah yang dinamakan Sya’wazah.

a. Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau bukti ia akan diangkat oleh Allah menjadi Nabi atau Nabi lagi Rasul membawa risalah ketuhanan setelah ia dewasa.

b. Mukjizat – perkara luar biasa yang Allah zahirkan kepada Nabi dan Nabi-Nabi lagi Rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk dirinya atau untuk disampaikan kepada manusia pada zamannya. Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah tinggi tiada pernah susut ke belakang sekali-kali.

c. Perkara-perkara luar biasa yang baik yg Allah zahirkan ke atas orang-orang muslim lagi mukmin :-

1. Dinamakan Maunah

2. Dinamakan Karamah


AHLI MAUNAH

a. Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada zamannya umpama sahabat-sahabat r.a.

b. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul

umpama tabi’in mengambil daripada sahabat.

c. Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang

mengambil ilmu dan amal daripada nabi nabi dan rasul-rasul umpama tabi’ tabi’in mengambil daripada tabi’in mengambil

daripada sahabat, sahabat mengambil daripada rasul.

d. Mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka………………… selagi tidak berlaku kiamat yang akhir

mengambil daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.

Kesemua mereka itu, melatih diri dengan ilmu dan amal itu dengan niat untuk berjihad dengan diri dan harta.

a. Bagi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri.

b. Bagi menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam

c. Harta.

d. Negara (Tanah air) di mana kesemua latihan itu tujuannya keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah

dan Syirik khafi) melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, waktu dan masa.

Ahli Karamah.

Iaitulah golongan ahli Maunah yang sudah istiqomah melatih diri keluar daripada dosa besar dan dosa kecil melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat waktu dan masa berada dan sudah sampai kepada tahap Makrifatullah yang hakiki di mana mereka sudah bersih zahir dan batin daripada segala sifat-sifat yang jahat sehingga melebihi 100% dan sentiasa menggandakan hias diri dengan sifat-sifat yang baik zahir dan batin seumpama yang ada pada diri zahir dan batin Nabi Muhammad s.a.w. Mereka inilah juga, dikenali sebagai pewaris nabi-nabi dalam bab ilmu dan amal sama ada aqidah, syariat dan akhlak, melalui lidah, anggota dan hati dan menjadi Uswatun Hasanah kepada manusia pada zamannya. Zahir mencarik adat pada mereka ini dinamakan Karamah. Bandingan mereka ini kalaulah nabi-nabi dan rasul-rasul itu Quran asli, mereka ini diibaratkan Quran photostat yang pertama atau bandingan anak umur 18 tahun ke atas dengan ayah dan ibunya di mana pada bab ilmu dan makrifah akan dirinya sebagai anak dan dengan ayah dan ibunya sebagai ayah dan ibunya yang jati. Segala perintah dan arahan ayah dan ibunya itu dilaksanakan dengan penuh rela dan redha walaupun pada asalnya suatu paksaan yang mesti dipatuhi dan ditaati. Dikala itu sudah pastilah segala apa juga hak milik daripada ayah dan ibunya itu akan diwariskan kepada dirinya sahaja. Tidak kepada yang lainnya (anak yang derhaka).


ISTIDROJ ATAU SIHIR PERINGKAT TINGGI YANG MENGHAMPIRI MA’UNAH DAN
KARAMAH PADA SEKALI IMBAS PANDANG.

Golongan ini ialah ulamak-ulamak dan orang-orang soleh yang mengambil
ilmu dan amal :
i. daripada buku-buku (kitab-kitab).
ii. daripada orang yang terputus salasilah ilmu dan amalnya dengan
ulamak yang muktabar yang diatasnya oleh sebab jahat adabnya (membenci
ulama’ tetapi rujuk juga ilmu dan amal ulama’).
iii. mengambil daripada dalam mimpi, pertapaan atau orang-orang yang
bertapa dengan tujuanya seperti tersebut di atas.


ISTIDROJ ATAU SIHIR PERINGKAT PERTENGAHAN

Golongan orang Islam yang fasiq, zalim dan munafik mengambil ilmu dan
amal daripada ulamak-ulamak dan orang-orang soleh yang bersahabat dengan
jin, yang patuh pada syarat yang sama dengan hukum syarak disebabkan
sesuatu musibah atau hal, maka ulamak-ulamak dan orang-orang soleh itu
akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia terima daripada sahabat
jinnya,
kepada muridnya dengan dinamakan pula pantang larang. Apabila si murid
itu mengaku menerima ilmu dan amal dengan segala syarat-syarat yang
dinamakan pantang larang daripada ulamak-ulamak dan orang-orang soleh
itu maka Syirik Uluhiyah (Murtad) yang ada pada diri ulamak dan
orang-orang soleh itu turun pula pada si murid dan si murid itu beramal
yang dirinya berada dalam keadaan murtad. Dikala itu si murid akan
didatangi jin Islam yang fasiq atau yang kafir dalam tidur atau jaga
mengaku dirinya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat dengan meletakkan
syarat yang harus(mubah) dalam hukum syarak untuk bersahabat dan
berkawan dalam semua kerja buatnya.

a. Syarat dalam bentuk makanan dan minuman seperti pulut putih, kuning,
ayam panggang,
bubur warna, bertih dan sebagainya.
b. Dalam bentuk pakaian, kuning, hijau, merah, cincin, azimat, gelang,
tangkal, mahkota,
selendang dan sebagainya.
c. Alat-alat senjata seperti keris, tombak, pedang, lembing, dan
lain-lain atau ketiga-tiga syarat
itu serentak atau dua daripada tiga syarat itu serentak.

ISTIDROJ PERINGKAT RENDAH ATAU SIHIR PERINGKAT RENDAH
( IHANAH DAN SYA’WAZAH )

Golongan orang-orang fasiq, zalim, munafik dan kafir yang ingin
menonjolkan kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amal
daripada orang yang sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi,
serapah dan mentera yang terpesong daripada kaedah syara’ pada
kalimahnya dan ayatnya atau mengadakan segala rupa bentuk upacara
pemujaan yang diluar batas syarak dikala itu mereka akan didatangi
jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga dengan segala syarat
yang haram dalam hukum syarak, sebagai syarat untuk bersahabat dan
bertaulan dalam semua kerja buatnya.

Nama-nama gelaran jin yang dimelayukan itu seperti :-
1. Hantu Raya 2. Jin Tanah 3. Polong 4.
Mambang 5. Bajang 6. Pari-pari
7. Langsuir 8. Toyol 9. Puntianak
10. Pelesit 11. Hantu kubur
12. Jerangkung 13. Hantu Galah 14. Tengelong 15.
Harimau Jadian
16. Hantu Bungkus 17. Hantu air 18. Pocong 19.
Hantu laut dan lain-lain.

Mereka akan datang bersahabat dengan pengamalnya yang disebut di dalam
Al-Quran sebagai IFRIT dan lain – lain jenis jin atau bala tentera
Azazil laknatullah

RISIKO YANG AKAN DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA YANG BERSAHABAT
DENGAN
JIN

1. Mereka ini dipanggil juga Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang
disebut dalam Hadis Nabi SAW.
2. Mereka inilah pengamal-pengamal ajaran sesat yang terkutuk yang
berada dalam sesat aqidah syariat dan akhlak. Golongan inilah juga yang
mempamerkan kepada manusia segala rupa bentuk kehebatan dan
perkara-perkara yang luarbiasa antaranya :
a. kebal
b. mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan dan bukan
tujuan perubatan
c. segala rupa bentuk pukau memukau
d. segala rupa bentuk ilmu jurus
e. segala rupa bentuk hilang diri dan lain-lain kehebatan yang
kesemuanya khayal dan waham semata-mata.
Bila mereka mati jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan mendatangi
anak cucu keturunannya, menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga,
menuntut supaya diteruskan syarat-syarat perjanjian yang sedia ada.
Jika berdegil mereka akan dihujani dengan berbagai-bagai jenis rupa
bentuk bala dan penyakit serta halangan dalam segala kerja buat.
Tanda-tanda ada gangguan keturunan dalam sesebuah keluarga itu antaranya
:-
a. Mandul
b. Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
c. Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur 6 bulan ke atas.
d. Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya
sekali.
e. Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulamak besar kerana ada
pada dirinya sifat-sifat seperti di bawah ini.
i. Lekas marah (panas baran).
ii. Irihati
iii. Cemburu
iv. Jahat sangka
v. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
vi. Menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat
dengan menzohirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti
kebenarannya.
f. Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu
cincin, duit emas, keris
dan sebagainya.

Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai Kahin, Arrof atau Munajjim
dengan melayan manusia-manusia datang memohon pertolongannya dengan
segala rupa bentuk ilmu sihir seperti:-
Menceraikan manusia yang berkasih-kasihan, memisahkan anak dengan bapa,
mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati, disamping
perkara-perkara yang baik.
Tanda-tanda seseorang itu atau keluarga itu terkena ilmu sihir atau
disihirkan:
i. Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai,
pukul memukul dan
sebagainya.
ii. Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
iii. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang
tidak dapat dikesan oleh doktor
pakar melalui kaedah saintifik.
iv. Menjelma masuk ke dalam badan sehingga lupa diri.
v. Mimpi yang menakutkan dan menzohirkan beberapa perkara yang
merosakkan serta menakutkan seperti :-
- Api menyala dengan sendiri
- Bunyi orang berjalan
- Menangis
- Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya :-
1. Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan
sebagainya.
2. Putus pertunangan
3. Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan
4. Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat
5. Rebutan pangkat dalam swasta dan kerajaan
6. Rebutan harta pusaka
7. Irihati dengan jiran-jiran sebelah
8. Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya


Dukun atau Peramal (Al Kahin)

Syeikh Abdurrahman bin Hasan Ali mengatakan, Dukun (al Kahin) ialah
orang-orang yang mengambil perkara ghaib.
Sedangkan menurut Ibnu Taimiyah bahwa al kahin, al Arrof, dan al Munajjim
(peramal bintang) adalah tiga kata

yang sama artinya, yaitu orang-orang yang memberitakan hal ghaib
untuk memberikan sesuatu yang akan terjadi
,
atau menunjukkan barang yang dicari. Mereka mengetahui ilmu gaib,
baik tentang masa datang atau yang ada
pada hati manusia, baik dengan cara berhubungan dengan jin, atau
melihat (mengamati) atau dengan
menggaris-garis di pasir, atau membaca telapak tangan, lepek (tatakan gelas)
atau benda lainnya.

Para dukun menggunakan jasa para jin untuk membuat dirinya serba tahu,
tentu saja dengan
prasyarat-prasyarat yang harus dipenuhi agar jin tersebut mengabulkannya.
Baik itu kepatuhan
dia kepada jin sampai tunduk sujud dihadapan jin tersebut. Sungguh ini
sangat menghinakan
manusia, bukankan Allah Ta’ala memerintahkan golongan jin untuk
bersujud kepada Adam as.
dalam rangka menghormati dan memuliakan Adam as. serta sebagai
bukti kepatuhannya
kepada Allah. ”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para
malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam,"
maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah
ia termasuk golongan
orang-orang yang kafir.” (QS. Al Baqarah [2] : 34)

“Barangsiapa mendatangi Kahin (dukun) lalu ia membenarkan apa yang
diucapkannya,
niscaya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad SAW. HR. Abu Dawud,
at Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad dan Ad Darimiy.

“Dan bahwasannya ada beberapa orang di antara manusia meminta
perlindungan pada
beberapa jin. Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesalahan” (QS. al Jin [72] : 6).

Maroji’ :
Riyadhus Shalihin
Pengantar Studi Aqidah Islam
Studi Islam 2
Materi Tarbiyah
di cetak di buletin labbaik edisi 7 /XVI 16 Februari 2007



Disediakan oleh :
SYUKBAH TARBIAH DAN TA’LIM
PGSSA(A) JKM. DAFTAR 2090 P.K

Cara mudah download mp3 dan video clip

Cara mudah merembat apa benda kat lam intenet

Ada berbagai cara untuk download mp3 dan video clip dari internet, terutama dalam u tube atau yang jenis boleh play online je.. tapi tak kasi download.. cara yang paling udah adalah menggunakan perisian Internet Download Manager I.D.M.

Kalau sesapa berkenan software ni donlod la sendiri disini


klik kat gambar untuk besarkan kalau ta berapa nampak laa..

kalau jumpa gambar kat atas tu kli je la free user.. dah tentu tak de account punya kan..


pastu kalu jumpa camni kli je kat download tu.. settle..

pas tu boleh la install kat komputer..
lepas install copy patch dia dan letak kat dalam

My computer - drive c - program file - Internet Download Manager

klik patch - bejaya..

pas ni nanti., bebila korang bukak apa muzik atau video kat memana site.. automatik dia kluar benda cam kat atas tu.. klik je la download.. solosai masaalah..

cubo la dulu yoo..
kalau tak buleh jgn salah kan pakcik lak.. ekau yang tak ghoti..

apa pulak.. ekau polik lak cemana pakcik bleh amik gambar cam kat atas tu . tu kono menuntut la.. ado pengoreh ehh.. hehhe

mana hantu -ceplos mp3

ceplos mp3




ceplos mp3 versi ori. OST


Friday, June 19, 2009

kita layan clip ceplos dulu laa

Talak tiga - Boleh kah rujuk kembali?


Alhamdulilah.. nampaknya Blog ini mendapat sambutan menggalakan juga.. ada yang meminta supaya di keluarkan topik talak tiga.. disini saya mengutip beberapa intipati perihal talak 3..dari berbagai sumber..sebagai pembuka minda.. adapun yang terbaik adalah berurusan dengan pihak jabatan agama islam atau pun ustaz yang berkelayakan..

1) PENGERTIAN TALAQ

Dari segi bahasa Arab bererti : melepaskan ikatan.
Dari segi istilah syarak : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau sebagainya.


2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ

1. 1. Firman Allah :
Ertinya : Talaq itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik.

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

2. Hadith Rasulullah SAW :
Ertinya : “Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talaq.”

Mengumpulkan tiga sekaligus adalah diharamkan dan merupakan bid’ah sebab Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan (dalam agama) yang bukan berasal dari kami, maka ia tertolak.” Jadi, menjatuhkan (talak) tiga sekaligus bukan termasuk perkara yang berasal dari Rasulullah SAW sehingga ia tertolak.

Kamus Islam : Muhallil

Muhallil ialah orang yang menjadi perantaraan untuk menghalalkan semula pernikahan sepasangan suami isteri yang telah bercerai talak tiga.

Muhallil yang dibayar oleh bekas suami untuk berkahwin dengan jandanya, kemudian menjanjikan perceraian selepas itu adalah muhallil yang rosak. Muhallil mesti bebas dari sebarang ugutan atau tawaran.

Kalau berkahwin dengan perjanjian untuk mencerainya semula, inilah yang diistilahkan dengan 'kahwin cina buta'. Kahwin ini diHARAMkan di dalam Islam.

Isteri yang dicerai dengan 3 talak boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya jika ada 5 syarat:

1. Janda (bekas isteri) hendaklah habis iddah dengan suaminya.
2. Janda itu telah berkahwin dengan lelaki lain atau lelaki yang jadi muhallil.
3. Bersetubuh dengan muhallil atau suami kedua dengan persetubuhan yang sempurna sekalipun tidak keluar mani.
4. Bercerai pula dengan suami kedua (muhallil) dengan kehendak suami itu, bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
5. Setelah habis iddah dengan suami keduanya.

Ertinya : Talaq itu dua kali sesudah itu suami dibenarkan merujuk kembali dengan baik atau melepaskannya dengan baik (jika tidak ingin kembali).

(Surah Al-Baqarah : ayat 229)

Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya.

Ertinya : Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkutan baik untuk aturan Allah.

(Surah Al-Baqarah : ayat 230)

Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.

Sayugia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan semula suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku di zaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Rasulullah SAW telah mengutuk oran gyang menjadi muhallil (cina buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cina buta (lelaki yang pertama).

sebenarnya cerita mengenai talaq ini sangat panjang.. adapun yang diatas adalah direngkaskan sahaja.. adalah lebih baik jika perkara ini ditanyakan terus kepada pejabat agama atau ustaz yang berkelayakan.. artikel tambahan klik sini

SURAT BERANTAI YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM

ADA berbagai versi surat berantai, mesej berantai, tapi lebih kurang camni la.. suruh postkan pada org lain ,, klu tak buat dapat bala.., kalau buat dapat untung.. ni suma sesat bidaah (pedaah cakap org n.sembilan) Tolong jgn taku ngan bebenda camni.. ada tu sampai menggigil tangan dapat SMS nombor Warna merah.., konon dari bomoh hitam.. kalau padam kan mesej tu boleh mati.. peh..!!
takda akidah langsung.. benda ni saya dapat dalam email..

ingatlah hanya Allah yang boleh beri bekas.. tulisan ni pedaah je..

''Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal fitnati anni'' do'a Nabi Muhammad saw.kirim ke 10 org Insyaallah 2jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik & m'dpt kebhgiaan ttp jk tdak mnybrkan maka kamu akan m'dpt musibah besar.Demi ALLAH ini amanah dn jgn dihapuskan sbelum d sbarkn...

ni laa surat berantai tu..kang jgn ada yang pegi forwardkan kat orang lain lak.. Sesat gila ni..

Kekeliruan Dalam Hal Ruju' Cerai-Utz Zaharuddin Abd Rahman


Setelah kita melihat pandangan Dr. Masitah berkenaan hukum dalam idah, kita lihat pula pandangan Utz zaharudin berkaitan perkara tersebut


Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.

Ruju' Lepas Cerai

Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.

Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :

"abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"

Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :

والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;

Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)

Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.

Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.

Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.

Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.

Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -

والجديد أنه لا يشترط لصحة الرجعة ( الإشهاد ) عليها بناء على الأصح أنها في حكم الاستدامة, ثم لم يحتج لولي ولا لرضاها بل يندب

Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )

BOLEHKAH RUJU' TANPA MELAFAZ?

Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.

Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?

Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-

Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.

Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.

Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

Imam As-Syafie berkata :-

والرد يكون بالكلام دون الفعل من جماع وغيره ; لأنه رد بلا كلام، فلا تثبت رجعة لرجل على امرأته حتى يتكلم بالرجعة، كما لا يكون نكاح ولا طلاق حتى يتكلم بهما، فإذا تكلم بها في العدة ثبتت له الرجعة
Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)

Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.

Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.

AURAT ISTERI DEPAN SUAMI SEMASA IDDAH

Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.

Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )

Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya????

Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.

Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.

RUJU' DALAM KES TEBUS TALAQ

Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).

Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq. Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)

Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)

PERLUKAH RUJU' KEPADA SAKSI?

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ

Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )

Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia, iaitu setiap rujuk mesti ada saksi dan dibuat secara rasmi.

Ia baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan fitnah serta mengambil jalan yang lebih cermat. Justeru, sebarang penyaksian ruju' boleh dilakukan di mahkamah Shariah.

Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Syafie yang menyebut :-

مذهبنا أن الإشهاد على عقد البيع والإجارة وسائر العقود غير النكاح والرجعة مستحب , وليس بواجب

Ertinya : Mahzab kami, sesungguhnya saksi dalam aqad jual beli, ijarah dan seluruh aqad selain aqad nikah dan ruju' adalah digalakkan sahaja, tidak wajib. ( Al-Majmu', An-Nawawi, 1/170)

Mazhab Syafie berfatwa, digalakkan wajib saksi dalam hal aqad nikah dan sunat dalam hal ruju'.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Waktu Idah-hukum tinggal bersama menurut Dr Masitah




Antara pendapat Dr Masitah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri yang popular

Cun jugak Dr masitah ni..

1. Rujuk SMS

BEBERAPA hari sebelum Hari Raya Haji tahun lalu, saya melafazkan talak satu kepada isteri di depan ibu dan ayah mentua saya.

Setiap kali ada perselisihan faham, isteri saya keluar dari rumah dan perkara itu berlarutan. Sudah setahun saya cuba bersabar tetapi apabila dia menunjukkan perangai di rumah ibu bapanya, saya tidak boleh menerimanya.

perselisihan faham biasanya berlaku apabila saya menegur cara dia berpakaian yang mendedahkan aurat dan kadangkala berkaitan soal hubungan kelamin kami.


Apabila saya meminta untuk bersamanya, pasti pelbagai alasan diberi seperti letih bekerja dan tidak berminat, tapi jika rakannya sakit dan sebagainya, dia sanggup tunggu di hospital sampai pagi, tetapi tiada masa melayan suami.

Apabila dinasihat, pasti saya dimarah dan selalu dia meminta cerai. Isteri selalu mengatakan selama berkahwin dengan saya tiada apapun yang saya beri padanya, itu tidak boleh, ini tidak boleh, sedangkan semuanya saya sediakan seperti tempat tinggal yang selesa.


Hendak peti sejuk, sofa, pakaian baru, malah motosikal pun saya belikan, tapi masih tidak cukup.

Untuk pengetahuan Datuk, isteri saya baru saja bekerja selepas beberapa tahun menjadi suri rumah sepenuh masa. Kami ada seorang anak perempuan dan saya sudah menghantar SMS untuk merujuk semula.

Kini kami tinggal satu rumah, tetapi lain bilik. Alasan isteri saya ialah kami belum rujuk lagi, sedangkan saya sudah SMS mengatakan saya rujuk dia kembali.

Masalah saya ialah, apakah status perkahwinan saya sah atau tidak? Ini kerana ada yang mengatakan sah, ada yang tidak.

Saya ada merujuk pada pejabat agama, tapi mereka mengatakan kena tunggu keputusan mahkamah baru boleh rujuk kembali.

Apakah doa atau ayat al-Quran yang boleh saya amalkan untuk melembutkan hati isteri?





MUSHKIL
Kedah Darul Aman


Jika tuan merujuk isteri tuan ketika masih dalam edah, rujuk berkenaan adalah sah walaupun tanpa kemahuan pihak isteri. Cerai yang tuan lafazkan adalah di luar mahkamah, jadi ia perlu pengesahan pihak mahkamah dulu dalam hal ini.

Apa yang dimaklumkan jabatan agama tuan perlu menunggu keputusan mahkamah untuk mengetahui status cerai dan rujuk ini memang benar, kerana mahkamah yang akan memberi keputusan dalam hal ini sama ada cerai jatuh atau tidak.

Bagi talak rajie yakni talak satu dan dua, isteri tidak perlu keluar dari rumah. Bahkan, menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuknya.

Harus isteri tinggal di rumah suami selama mana dia tidak dizalimi dengan harapan akan terbuka hati untuk merujuk semula.

Bukan mudah untuk mendidik isteri. Suami perlu kesabaran tinggi. Jika pun isteri selalu suka minta cerai, suami jangan melatah dengan memberinya hanya kerana kuasa di tangan suami.

Berlembutlah dengan isteri dalam memberi didikan. Kasih sayang yang ditunjukkan dalam mendidik jauh lebih baik dan berkesan daripada berkeras. teks asal disini

2. Rujuk semula selepas seminggu

SOALAN

BARU-BARU ini saya melafazkan talak kepada isteri. Seminggu selepas kami bercerai, saya berjumpa dengan isteri dengan niat untuk rujuk kembali.

Dalam pertemuan itu kami turut melakukan hubungan kelamin.

Soalan saya, adakah sah rujuk saya itu melalui hubungan kelamin atau adakah kami sudah dianggap melakukan zina?

Bolehkah seorang suami tinggal bersama isteri yang sudah diceraikan dalam tempoh edah?

MUSYKIL
Seremban


JAWAPAN


Jika tuan melafazkan talak satu atau dua, tuan mempunyai hak untuk rujuk pada isteri dalam tempoh edah. Jika talak tiga, maka tiada ruang kembali.

Jika talak rajie yakni satu dan dua dan dalam tempoh seminggu tuan dan isteri melakukan hubungan kelamin, maka tuan sah rujuk dengan isteri tuan.

Seorang suami jika menceraikan talak rajie boleh duduk dengan isterinya demi menggalakkan kembali mereka rujuk. artikel asal disini

Antara pendapat Dr Masitah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri yang popular adalah Hukum Melacur, artikel asal adalah link dibawah..tapi telah di padam

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20050619103443/Article/indexs_html

sebagai ganti kita tengok artikel disini