Followers

Sunday, June 14, 2009

PERSATUAN WARGA MELAYU MALAYSIA “WARGA MELAYU”

WARGA MELAYU”

TUJUAN / MATLAMAT

(1) Memperkenalkan dan menghidupkan semula Islam Melayu Melayu Islam (Warga Melayu) berteraskan Agama Islam dalam bab: Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta, Pendirian asas ilmu dan amalannya berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias..


ASAL USUL KETURUNAN MELAYU

Bahawa asal usul bagi keturunan orang Melayu itu bermula daripada campuran bangsa dari pelbagai kelompok manusia lelaki dan perempuan yang berbagai-bagai bangsa yang bersuku-puak supaya mudah berkenalan di antara satu dengan yang lain yang dijadikan oleh Allah.

Firman Allah Ta’ala surah Al-Hujurat; ayat 13:

Mafhumnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra, berhubung silaturahim antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih Taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” selanjutnya

1 comment:

  1. Tuan,

    IJTIMAK KORBAN PERDANA 1431H

    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Warga Melayu Malaysia bersama Pusat Pengajian Assalam dan ABJAD Malaysia mengambil ketetapan mengadakan majlis Ijtimak Korban Perdana 1431 dan menjemput saudara serta semua ahli Warga Melayu ke majlis ini.

    2. Tempat dan waktu program adalah seperti berikut.

    Tarikh : Sabtu, 20 November 2010
    Tempat : Pusat Pengajian Assalam, Sungai Petani, Kedah.
    Aturcara : 9 pagi hingga 3 petang

    3. Bersama ini di lampirkan tentatif program

    Kehadiran tuan/puan menjayakan program ini amat diharapkan dan di ucapkan terima kasih.

    Sekian. Wassalam.

    “GERAK ALAMAT HIDUP, DIAM ALAMAT MATI”

    Sekian,

    Yang menjalankan tugas.

    _____________________
    Hj. Abdul Kadzir Ruslan B. Hj. Mahmud.
    Pengarah Bersama Program

    ReplyDelete