Sambungan dari siri yang lepas fasal bunga sakura ni. Dah tengok bunga dia cantik sangat.. tapi tak tau mana nak dapatkan pokok ni.cemana nak tanam.. ingat nak tanam banyak2kat kampung..geram tengok pulai pinang yg bersungguh2 tanam pokok ni..
"Pada majlis pelancaran kempen pada hari ini, sejumlah 16,200 pokok akan ditanam di seluruh negara di mana 500 pokok telahpun dibekalkan lebih awal iaitu pada 17 dan 18 April 2010 kepada para penduduk di Bayan Baru untuk ditanam sempena dengan pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok pada pagi ini. Acara kemuncak pada pagi ini ialah acara menanam pokok Tecoma (Tabebuia pentaphylla) atau lebih dikenali sebagai “Spring Blossom of Penang� oleh dif-dif jemputan di Padang Kota Lama yang bersejarah ini. Kempen ini akan diteruskan untuk tempoh 5 tahun iaitu dari 2010 hingga 2014 bagi mencapai sasaran 26 juta pokok di seluruh negara."
kat Jalan Kucing KL pun ada pokok ni..apasal tak nampak berbunga pun.Tak puas hati punya fasal..cari kat merata tempat..macamana nak tanak pokok ni.Tapi satu pun takde. nasib baik jumpa juga kat satu tempat..Akhirnya dapat juga cari teknik tanam pokok ni.
Jom tengok sikit…
Pokok ni boleh ditanam dengan benihnya yang terdapat pada buah dia tu. Ambil buah yang dah mengering dan seeloknya yang dah terkopak sendiri tu.. benih ni tak boleh simpan lama..dah kopek terus tanam (sow) je dalam bag plastik atau pasu.
boleh tahan juga besarnya buah dia..
kopek buah dia.. ada la benih warna putih
camni la rupa benih dia.
04/07/04
05/15/04
ambil pasu atau plastik bag. terus semai/tanam 05/31/04
Kalau nak saintifik lagi pilih tanah ikut la camni.
Soil pH requirements: 6.6 to 7.5 (neutral) 7.6 to 7.8 (mildly alkaline)
08/28/04
Nanti bila dah besar nak alih kan ke tanah.. pastikan tempat nak tanam tu ada saliran yang baik.. kena matahari yang cukup..jgn sampai terlindung lak..
kalau nak tanam banyak, jarak antara satu pokok lebih kurang
Ada pulak trik kalau nak banyakan bunga dia. Agak 6 hingga 8 minggu Sebelum pokok ni dijangka berbunga..jgn siram dia..biar cepat gugur daun.Dan lepas tu berbunga dgn lebat.. itu trik dia je..kalau mampus pokok tu jgn Salahkan saya plak..haha..cuba la dulu..
“One good "trick" is to cut off all added water 6-8 weeks before spring. This will encourage leaf drop and produce a much heavier show of flowers. All Tabebuias in irrigated landscapes are poorer bloomers due to this excess water. The tree in this photo never gets more than rainwater”
pokok ni pun ada juga penyakit dia, antara penyakit yg penah jadi kat Malaysia ni
iaitu dedalu api ( Loranthus ferrugineus)
pokok hampir mati kena penyakit dedalu api ( Loranthus ferrugineus).
Dedalu api adalah sejenis tumbuhan parasit yang hidupnya menumpang pada pokok lain dah ia memakan segala makanan yg dicari oleh akar pokok
mudah je nak selamatkan dia..buang je le pokok dedalu api tu..
pokok ni kira cepat juga berbunga..kecik camni pun dah berbunga.
setangkai je ke..
kalau bunga dia subur..camni le.. kalau keluar bunga setangkai je tu.. lomah den..
Ada juga teknik lain nak tanam pokok ni. kalau rajin boleh juga buat teknik tut (keratan rentas)..cakap orang putihnya air layering.Translate cakap Melayu balik jadi lenturan udara..haha..lantak lah..
Org suka bekebun tau la teknik tut ni..kita yang tak berapa tau ni..lebih kurang macamni
teknik tut (air layering)
1.Pilih dahan sebesar jari kelingking. Pastikan ia dahan yang matang atau separa matang (bukan dahan hijau/muda/lembut). Dahan yang dipilih perlu segar, tidak berpenyakit dan mempunyai bentuk yang seimbang.
2.Lakukan kelaran (1 sm lebar x 1 sm panjang) di bawah ruas dahan
3.Sapukan penggalak akar pada kelaran (dia org cadangkan –Peatgro boleh campur dgn sekam padi atau sabut kelapa)
4.Balutkan dengan bungkusan plastik yg diisi tanah pada sekeliling dahan
5.Ikat dengan erat dan kemas jgn terlalu ketat.
6. Dalam masa 6 hingga 8 minggu akar, buka plastik dan boleh memulakan proses menanam.
Cuba lah ya..
Ada juga orang cakap..pokok ni ada jual kat nurseri Sungai Buluh Selangor. harga antara RM15 - RM50.. kalau dapat yang ready mate lagi ok.. terus tanam je..kalau dah takde sangat , tunggu la pokok ni berbunga pada bulan feb hingga mac akan datang..kita kutip benih dia..tak pun panjat, kerat dahan ambik buah dia.. stanby lari..kalau kena kejar dengan bandar raya ..haha
Oh ya.. kat omputih sana. selain buat kayu balak, dia orang buat teh la..
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Begitu cantik wasiat Raja Melayu dan sumpah melayu tu.. persoalanya..adakah.. semua tu ibarat puisi atau lagu .. yang hanya dimainkan untuk hiburan..atau bila terdesak..
rasanya yang paling dipertikaikan oleh masyarakat ialah sumpah melayu.. kenapa tak ada langsung islam disebut antara empat sumpah tersebut.
cuba lihat pula "KAMI, umat Melayu beragama Islam" kenapa digunakan perkataan umat Melayu tidak bangsa melayu..
sebab melayu sememangnya bukan bangsa.. fahami erti melayu yang asal disini
hari ini orang berselisih pasal melayu dan islam.. ada yang mahu melayu tetapi tak mahu islam.. ada pula yang mahu islam tetapi tak mahu melayu.. mereka bercakaran mahukan benda yang sama dan dalam masa yang sama menolaknya pula.
manakah antara mereka yang benar..?
yang hairanya tak ade satu akhbar atau majalah atau media yang cuba menerangakan panjang lebar secara terperinci apakah sebenarnya wasiat raja melayu dan sumpah melayu tu.. semuanya sekadar lepas batuk ditangga..
ucapan penuh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pun susah nak cari sebagai rujukan. patut tak berani siar dlm surat kabar.. keras sindiranya..itu pun setakat ucapan je.. tindakan tak tau lah pulak..
cuba tengok perbezaan yang dilapur oleh 4 tempat ni..nanti boleh pikir la sapa hipokrit sebenarnya.. link 1 link 2 link 3 link 4 yang ni ada 5 page full version..
hari ini orang tergelak berguling nak pecah perut bila dengar ada wasiat dan sumpah melayu ni.. macam lawak antarabangsa pulak.. rasa macam kartun pun ada..
Ni gambar ambik sendiri kat pat keje. terlewat ambil. bunga ni tahan seminggu je. berbunga setahun sekali.
Pokok Sakura Malaysia(Tekoma/Tabebuia)
Terkejut beruk juga tengok pokok ni berbunga dgn banyak menutupi seluruh Pokok hingga tak nampak dahan. Rupa macam pokok sakura kat jepun tu..Rasanya saya masih waras lagi.. tak de nya sakura nak tumbuh kat Malaysia.
Sebab pokok ni cantik sangat, timbul lah rasa nak menyiasat apakah gerangan munculnya pokok misteri tersebut. Sebenarnya tak lah misteri sangat pun. Rupanya kat Malaysia ni dah di tanam Secara besar besaran terutama di bandar besar. Dari Johor sampai ke kedah, hingga ke sabah sarawak pun ada tanam pokok ni. Kalau kat KL ni dah berlambak pokok ni.
Sebenarnya pokok ni dah menjadi pilihan sebagai landskap tanamantepi jalan kat (ornamental tree) Bandar seluruh Malaysia ni. Antara sebabnya untuk men “taman” kan bandar Kat Malaysia ni ..atau lebih comel lagi kalau kata men “jepun” kan Malaysia (AWAS.. sebahagian istilah yang digunakan di sini adalah istilah ikut sedap Mulut saya je. Haha ..suka ikut.., tak suka tak yah ikut.)
Antara negeri yang paling bersungguh nak men “jepun” kan tempat dia tu Adalah Penang. Sampai dah ada time table bila bunga sakura Malaysia ni Nak berbunga.
dah terlanjur cerita fasal bunga ni.. kita cari lah sikit data berkaitan dia.. Bunga ni sebenarnya berasal dari negara omputih sana. Amerika banyak pokok ni.. Kalau ikut wikepedia dia.. asalnya dari mexico, florida, argentina pulau caribean dan banyak lagi.
Nama dia pulak kalau orang Malaysia panggil pokok Tekoma, tapi kalau nak saintifik Punya camni.
kumpulan (tribe)- tekoma (Tecomeae) keluarga (family) -Bignoniaceae Gens- Tabebuia
Kalau kat Malaysia, media selalu sebut selain tekoma dia panggil Tabebuia pentaphyllaTapi kalau ikut Dato' Dr Leong Yueh Keong, director of the Socio-Economic & Environmental Research Institute (SERI) dia katatak tepat.Sebab Tabebuia pentaphylla tu cuma salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tekoma ni. Ada lebih 100 spesis bunga ni.. antaranya…
Bunga dia ada bermacam-macam warna.. putih,pink, kuning, lavender, magenta, dan merah.
Kat negara omputih sana nama dia panggil memacam la.. antaranyadia gelarIpê , Poui , trumpet trees , pau d'arco white-cedar , whitewood.
selain pokok ni sesuai untuk hiasan landskap, sesuai juga dijadikan kayu balak. Yang menariknya dan persamaan dia dengan pokok sakura.. dia berbunga pada musim Kering la kat sini, kat jepun spring la (musim bunga). Waktu dia hampir serentak dgn Jepun sana. Kalau kat penang tu Febuari .. tapi kat KL ni bulan Nov pun dia Berbunga gak..samalah macam jepun, berbunga sepanjang tahun mengikut Tempat… tapi banyak gak yang tak berbunga lansung.. pokok demam la tuuu..
("Cherry Blossoms of Penang". Incidentally, it blooms around between late February and early March, approximately one month earlier than the famous cherry blossoms of Japan. Having seen "the real thing" in Japan) Saja letak ayat omputih punya.. cakap Melayu korang bukan percaya sangat walau pun betul
Sakura berguguran di Penang
Penang ni kira tak malu sikit.. ada ke dia mengaku ni bunga sakura penang. ikut suka dia je. (Pokok ini digelar Cherry Blossom of Penang oleh YAB Ketua Menteri semasa pelancaran Hari Perhutanan Sedunia ke 38 di Pantai Bayan Mutiara pada 23 Jun 2009)
Penang Sakura - 22 February 2008 Penang sakura - 12 March 2009
Bila tiba musim dia berbunga, kebanyakan spesis ni habis gugur daun dia..(kutip dari wikepedia-deciduous while flowering - dry-seasondeciduous) deciduous tu maksud dia luruh. penuh bunga je satu pokok.. mana yg bunga ciput je tu, tak cukup zat la tu..Bawak-bawak lah bubuh baja sesapa yg duk dekat pokok tu..tak kan tu pun nak bagi tau. Tapi ada gak yg bebunga tapi daun tak gugur.. yg ni tak best.. tak sama ngan sakura Jepun Sana tu.. Ayat kat bawah ni pulak kutip dari web omputih. (flowering is chiefly in the spring, or dry season and is accompanied by complete leaf drop)
Pokok ni jenis tahan lasak.. tu fasal boleh tanam kat Malaysia.. dia perlukan Cahaya Matahari yang cukup. kat Malaysia ni berlebih cahaya matahari. Keadaan tanah dia tak kesah hampir semua keadaan dia boleh hidup. Tak kira tanah banyak kandungan garam ke, banyak alkali ke.. Janji siram masa memula tanam tu.. mesti hidup punya. Pokok ni lak Kira jenis cepat besar gak. Tinggi dia boleh sampai 160 kaki.
Antara kelebihan pokok ni adalah aktiviti Anti bakteria dan anti malaria.. Tapi awas, bunga yang cantik ni rupanya berbahaya juga kalau salah pegang.
Batang nya dikatakan beracun- kalau kena boleh jadi radang kulit-kulit jadi warna Merah, bengkak2 dan nekrosis, boleh menyebabkan kerosakan paru2, sawan dan koma. Wow.. bahaya nih.. Kalau ada tanda tu dia orang nasihatkan minum susu 120 ke 240 ml bagi larutkan Racun.. kalau org kampung ajar..kalau kena keracunan ni..minum air kelapa. Standby air kelapa dara kat rumah. Senang kalau apa2 hal.
so... jom la kita tanam pokok ni kat sepanjang jalan laluan masuk kampung kita.. Baru rasa macam kat tokyo.. nak pegi tokyo takde duit.. kalau ada pun lebih baik pegi haji..
Keunikan Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Tiga tahun yang lalu, saya pernah ditunjukan botol yang mengandungi Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli. pada waktu tu, keadaanya tidak begitu jelas. berupa satu ranting dan di hujung nya seakan kelopak bunga yg masih menguncup. yang uniknya, bunga itu terletak atau boleh dikatakan juga tumbuh didalam botol minyak wangi yang biasa digunakan sewaktu Solat. kali ini, saya berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi bunga tersebut yang sudah semakin membesar dan mempunyai dahan yg banyak. malah telah tumbuh serumpun lagi dan mengeluarkan bunga dan cabang yang banyak juga. Yang semakin menariknya, tiada akar pada pangkalnya.
Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Mengikut pemilik bunga unik itu, beliau telah menggunakan minyak wangi kasturi kijang merah asli hampir sepuluh tahun. sudah berpuluh mungkin beratus botol telah dibeli dan digunakan nya. cuma satu botol minyak wangi ini lah yang agak unik dan ganjil kerana mempunyai setangkai kecil bunga didalamnya. itu pun hanya disedari setelah minyak wangi itu habis digunakan. kerana keunikan bungat tersebut, beliau menyimpanya sebagai koleksi peribadi.
Antara koleksi botol kosong yang digunakan untuk mengisi Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Hari ini, setelah lima tahun dalam simpanan nya ternyata bunga tersebut benar2 hidup membesar, berbunga seterusnya gugur dan menumbuhkan rumpun yang lain. beliau tidak pernah membuka botol tersebut untuk memeriksa nya atau menambah apa2 kedalamnya. ia hidup dengan sendiri walau disimpan kedalam bekas kaca didalam almari.
Alhamdulillah beliau bermurah hati untuk membenarkan saya mengambil gambar dan berkongsi keunikan bunga tersebut dan di muat naik ke blog ini.
gambar dekat Bunga Minyak Wangi Kasturi Kijang Merah Asli
Jika difikirkan dgn akal, memang pelik juga perkara ini. Tapi Bukanlah susah Sangat Allah mahu menjadi kan bunga yang tumbuh di dalam botol jika dibandingkan dengan kejadian Alam yang luas ini. selain keunikanya yang hidup dalam botol minyak wangi. Bunga ini tidaklah mempunyai apa2 kelebihan. sekadar untuk berkongsi kisah menarik.
Pautan lain kisah minyak wangi kasturi kijang merah asli
Negara Jepun (Nihon atau Nippon) yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit (Nippon means "Land of the Rising Sun) dan dengan kecantikan bunga Sakura nya (Cherry Blossom). Selain itu, negara jepun berjaya memperkenalkan kegagahan pahlawan nya dengan kisah pahlawan Ninja dan Samurai.
video clip sebagai pengenalan Negara Jepun
Agama dan adat tradisi jepun
Secara umumnya , rakyat jepun tidak mengamalkan apa apa agama. mereka mengamalkan SHINTO iaitu kepercayaan nenek moyang turun temurun yang boleh di kategorikan adat resam. maksud asal Shinto adalah “Shin” adalah “roh” dan “To” adalah “jalan”. Jadi maksud “Shinto” adalah “jalan roh”, Shinto merupakan alat untuk memohon pertolongan pada dewa-dewa dalam usaha pertanian dan perlindungan dari hal-hal yang jahat. Dalam islam dewa adalah sebahagian dari golongan Jin. Kepercayaan shinto adalah kepercayaan rasmi negara jepun sebelum perang dunia kedua meletus. lebih lanjut tentang shinto disini
Agama budha Agama budha adalah agama yang terawal memasuki jepun. agama budha dengan cepat meresap dan akhirnya menjadi agama terbesar yang diamalkan rakyat jepun.
Agama kristian Agama kristian telah memasuki jepun yang dibawa pedagang portugis yang mendarat di kepulauan Honshu. Agama ini juga merebak dengan cepat. tetapi terdapat kekangan dari pemerintah jepun ketika itu yang risau melihat pengaruh agama itu merebak dgn cepat. pada tahun 1637, akibat kekangan untuk mengamalkan agama itu, pemberontakan telah berlaku. Akibat peristiwa itu, Negara jepun mengamalkan dasar pintu tertutup untuk negara luar.
Agama islam Agama islam agak terlewat sedikit pengaruhnya dikalangan warga jepun.Empayar Othmaniah turki bertanggungjawab mengislamkan orang jepun pada tahun 1890an, dgn menghatar rombongan sebuah kapal ke jepun untuk menjalin hubungan diplomatik. Dua orang Jepun Muslim pertama yang diketahui ialah Mitsutaro Takaoka. Taro Takaoka yang memeluk Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka. walaubagaimanapun, pengaruh islam tidak lah hebat pada waktu itu. komuniti kecil kelompok islam telah membina Masjid Kobe pada tahun 1935,iaitu sebelum perang dunia kedua lagi. masjid ini terselamat dari binasa dalam serangan bom ketika perang dunia kedua. tetapi kawasan disekitarnya hancur sama sekali. hari ini, islam agak memberangsangkan juga, walaupun ia agama yg minoriti bilangan penganutnya dijepun, tapi telah terdapat usaha yang berterusan untuk mengembangkan islam disana. majoriti orang Islam di negeri Jepun ialah orang asing di Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Iran, iaitu yang dahulunya datang mencari perkerjaan. Ramai antara mereka kemudian mengahwini wanita-wanita tempatan. sehingga kini kerajaan Turki lah yang paling banyak menyumbang kepada kemajuan islam di jepun. masjid kobe yg mengalami sedikit kerosakan akibat perang dan dilanda gempa bumi telah dibaik pulih oleh kerajaan turki.
Antara laman web islam jepun bertindak menyebar dakwah
Pakaian traditional jepun KIMONO Kimono merupakan pakaian traditional masyarakat jepun. Kimono biasanya hanya dipakai dimajlis formal seperti perkahwinan. Kimono juga dikenali dgn nama wafuku ataugofuku. Harganya yang mahal (mencecah puluhan ribu) menyebabkan hanya golongan tertentu yang mampu memilikinya. memakai nya agak rumit. mereka perlu mengenakan dua lapisan pakain dalam sebelum mengenakan pakaian luaran. melalui ukuran lengan kimono sudah dapat meneka samaada perempuan itu sudah berkahwin atau belum. kimono org berkahwin dipanggil Tomesode. bagi yang belum berkahwin dipanggil Furisode. kimono yang telah siap hampir tidak dijual dipasaran. ia nya perlu ditempah untuk memilikinya. Bagi yang kurang mampu, mereka menyewa untuk perkahwinan. (Rm 4000 lebih sehari)
Gadis muda jepun memakai furisode kimono. lengan yang agak besar dan labuh membezakanya dengan Tomesode kimono
Tomesode Kimono pasangan berkahwin
gadis jepun dengan busana Kimono.
kimono lelaki jepun
Yukatta
Yukatta agak berbeza dari kimono. harganya mampu dimiliki. banyak pula pakaian yang telah siap dijual di kedai-kedai dalam aneka warna dan saiz. yukatta hanya memerlukan selapis pakaian dalam. dan ia boleh dipakai oleh sesiapa pun tanpa mengira status. yukatta dipakai untuk bersiar-siar atau melihat pesta kebudayaan. yukatta kadangkala dipanggil juga kimono, kimono musim panas atau kasual kimono. harga: rm 150 hingga rm 3000 kira murah lah tu kat jepun.. sapa kempunan nak pakai yokatta kat malaysia pun ada jual. tengok kat sini. boleh la melaram.
gadis jepun mengenakan pakaian yukatta
yukatta yang dipakai pelawat asing
Penulisan jepun
Tulisan bahasa Jepun berasal dari tulisan bahasa China (漢字/kanji) yang diperkenalkan pada abad keempat Masehi. Sebelum ini, orang Jepun tidak mempunyai sistem penulisan sendiri.
terdapat empat gaya penulisan jepun 1. kanji 2. hiragana 3. katakana 4. romaji
seperti tulisan cina, tulisan kanji jepun merupakan lukisan atau lambang atau simbol (aksara).
1. Tulisan kanji Oleh kerana terlalu banyak simbul yang perlu diingat. tulisan kanji diajar bersama dgn tulisan hiragana untuk memudahkan pelajaran. perkataan biasa seperi rumah, basikal, atau pokok akan ditulis dalam kanji. manakala tulisan benda yg susah diingat akan dieja menggunakan tulisan hiragana. gabungan tulisan kanji dan hirgana merupakan tulisan standard jepun hari ini.
contoh tulisan kanji.
2. Hiragana ひらがな setelah menyedari kesukaran mengajar atau mengigati semua simbol kanji tersebut. mereka mula mencipta huruf yang boleh dieja. Hiragana diajar disekolah sekolah jepun. tulisan hiragana ini tidak mempunyai huruf atau bunyi "L". jadi jika menyebut malaysia ia kan berbunyi maresia.
ejaan "jepun" dan "nippon" dalam hiragana jepun -1. にっぽん(nippon) 2.じゃぱん( japan)
あ a
い i
う u
え e
お o
か ka
き ki
く ku
け ke
こ ko
が ga
ぎ gi
ぐ gu
げ ge
ご go
さ sa
し shi
す su
せ se
そ so
ざ za
じ ji
ず zu
ぜ ze
ぞ zo
た ta
ち chi
つ tsu
て te
と to
だ da
ぢ ji
づ zu
で de
ど do
な na
に ni
ぬ nu
ね ne
の no
は ha
ひ hi
ふ fu
へ he
ほ ho
ば ba
び bi
ぶ bu
べ be
ぼ bo
ぱ pa
ぴ pi
ぷ pu
ぺ pe
ぽ po
ま ma
み mi
む mu
め me
も mo
や ya
ゆ yu
よ yo
ら ra
り ri
る ru
れ re
ろ ro
わ wa
を wo
ん n/m
Combinations
きゃ kya
きゅ kyu
きょ kyo
ぎゃ gya
ぎゅ gyu
ぎょ gyo
しゃ sha
しゅ shu
しょ sho
じゃ ja
じゅ ju
じょ jo
ちゃ cha
ちゅ chu
ちょ cho
にゃ nya
にゅ nyu
にょ nyo
ひゃ hya
ひゅ hyu
ひょ hyo
びゃ bya
びゅ byu
びょ byo
ぴゃ pya
ぴゅ pyu
ぴょ pyo
みゃ mya
みゅ myu
みょ myo
りゃ rya
りゅ ryu
りょ ryo
3. Katakana tulisan katakana digunakan untuk pelancung asing. tulisan ini banyak digunakan sebagai signboard kat lapangan terbang, jalanraya, hotel dan sebagainya. kalau pergi KLIA pun ada tulisan katakana ni.
penggunaan Huruf Katakana pada signboard Singapore Airport .
penggunaan Huruf Katakana pada signboard KLIA Airport Malaysia
ejaan "jepun" dan "nippon" dalam katakana jepun - 1. ニッポン (nippon) 2. ジャパン (japan)
Romaji (roman japanese) untuk memudahkan pelancung yang tidak belajar tulisan jepun tapi boleh berbahasa jepun, tulisan romaji digunakan.
ia menggunakan tulisan roman/english untuk mengeja perkataan atau ayat jepun. contoh penggunaan romaji.
bahasa malaysia romaji jepun - nippon malaysia- maresia saya - watashi
perbezaan tulisan kanji+hiragana, katakana dan romaji
ayat dibawah ini akan di tukarkan kepada katakana, tulisan jepun standard dan romaji.
All human beings are born free and equal in dignity and rights. They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood.
Translation. 1. katakana
2. tulisan standard jepun (hiragana + kanji).
3. romaji (roman japanese)
Subete no ningen wa, umare nagara ni shite jiyū de ari, katsu, songen to kenri to nitsuite byōdō de aru. Ningen wa, risei to ryōshin o sazukerareteari, tagai ni dōhō no seishin o motte kōdōshinakerebanaranai.
Perayaan dan kebudayaan jepun Japanese Cultural Festival (文化祭, bunkasai) Festivals (Matsuri)
Terlalu banyak perayaan atau festival (matsuri) dijepun terutama yang berbentuk tarian. perayaan/festival jepun kebanyakan nya berunsurkan kisah atau pemujaan dewa-dewa atau hantu. walaubagaimana pun, perayaan ini kebanyakan nya telah diubah suai dgn kemodenan pakaian atau alat muzik untuk disesuaikan dengan pelancungan.
Bon Odori (tarian odori)
Asalnya Bon odori (tarian odori) lebih kepada sambutanperayaan Agama Budha jepun yang meraikan dan menghormati roh nenek moyang mereka yang dikatakan pulang melawat mereka pada setiap tahun dimusim perayaan “Obon atau bon” tersebut. gerakan tarian dalam Bon Odori dikatakan adalah meniru gerakan roh nenek moyang mereka yg telah meninggal dan terlepas dari seksaan di alam selepas mati mereka. sebahagian masyarakat cina Budha dimalaysia juga merayakan Bon Odor atau perayaan hantu ini. mereka meneyertai acara ini dgn belajar tarian di sekolah jepun yang terdapat di KL. Org islam tak yah lah terlibat.. takut syirik la pulak. kalau nak pegi niat nak tengok susana jepun kat sana.. boleh kot.. entah la..tanya utz..jgn sampai kita tinggal solat pasal pegi sana pulak..
Tetapi hari ini, perayaan tersebut lebih kepada kebudayaan d an hiburan musim panas di mana ahli keluarga pulang dan berkumpul sepeti perayaan lain.
Sambutan BON Odori juga disambut di malaysia setiap tahun di Padang Esplanade Penang (Esplanade field in Penang) dan di Stadium Matsushita Corp. Shah Alam, Selangor. Kompleks Sukan Negara (Matsushita Centre) Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, Shah Alam,Selangor
tahun ini telah dirayakan pada 17th July 2010 bermula jam 5 pm till 9 pm masuk free.
Festival Bon Odori 2011 16 July 2011
Tarikh: 16 July 2011 (Sabtu) Masa: 5:00pm – 9:15pm Tempat: Panasonic Sports Complex (Matsushita Stadium) Lot 4, Persiaran Perkilangan, Section 21, Shah Alam, Selangor.
peraturan kalau nak pegi
Kasut tumit tinggi (high heels) tidak dibenarkan. - Dilarang merokok -pakaian-Yukata. Tapi kalau korang tak ada yukata atau kimono, pakailah pakaian yang sopan dan kasual. - Cosplay, Gothic atau Lolita tidak dibenarkan. aturcara
17:00 Gates open 19:00 Opening - Drum Performance 19:15 Enjoy the Cultural Dance Part 1 19:45 Dance by Guest Performers 20:00 Enjoy the Cultural Dance Part 2 20:30 Dance by Guest Performers 20:45 Enjoy the Cultural Dance Part 3 21:45 Closing Address
pasal parking terhad pihak penganjur menyediakan khidmat bus shuttle percuma dari ktm sek 19 shah alam ke stadium
Penganjur: Pejabat Negeri Selangor/Kementerian Pelancongan/ Kelab Jepun Kuala Lumpur
Penang Bon Odori Festival Date: 16 July 2011 Time: 6pm-11pm Venue: Esplanade, Penang Fireworks: 10.00 pm sharp
Bon Odori Tokyo, Jepun
Bon Odori Shah Alam Malaysia.
Sansa odari (tarian sansa)
Shishi odori (tarian shishi)
Tarian Onikenbai
Tarian tradisi jepun
Tarian kimono
Antara festival dan tarian lain yg dah tak larat nak letak
pesta ais di sapparo hokkaido Sapporo Snow Festival (Sapporo Yuki Matsuri). pesta membuat arca ais
Omizutori pesta keagamaan budha yg menyalakan colok di kuil.
perayaan GION di Kyoto mengarak tandu disepanjang jalan
pesta lampu buluh (tanglung) pada waktu malam di Kanto
Awa odori (tarian awa) tarian tradisi jepun SAKURA ( さくら-in hiragana ) ( in kanji ) Bunga kebanggaan rakyat jepun
Bunga 桜 sakura atau cherry blossom amat berpengaruh sekali dalam menarik pelancungan ke jepun. ia berbunga hanya setahun sekali. ia berbunga hingga sepanjang tahun diseluruh jepun. pohon sakura yang rendang ini berbunga tidak lah serentak. tetapi mengikut tempat pada tarikh yang berlaianan. jika ingin mengunjungi jepun dan melihat bunga ini, kenalah melihat jadualnya terlebih dahulu.. biasanya bunga ini akan gugur setelah satu ke dua minggu setelah mekar. bunga ini berbau wangi dan menjadi makanan kepada beberapa spesis burung. terdapat dalam beberapa warna antaranya putih, hijau muda, dan merah jambu. bunga ini juga dijadikan teh minuman untuk beberapa acara seperti perkahwinan.
Kehidupan rakyat jepun orang jepun sangat kuat berkerja. malah mereka bagaikan dilahirkan hanya untuk bekerja. setelah pulang dari bekerja, mekera akan bersuka ria semahu mahunya. kerana hidup tidak beragama maka kehidupanya hanya terhenti dengan bekerja dan berseronok. walaupun kebanyakan mereka tidak beragama, tetapi mereka amat menggalakan dan menghormati orang yang beragama. di syarikat jepun misalnya , mereka membenarkan malah menggalakan pekerjanya menunaikan upacara sembahyang mengikut kepercayaan masing. mereka membina rumah ibadat di syarikat mereka untuk memudahkan penganut agama bersembahyang. bagi umat islam, mereka bukan sekadar dibenarkan sembahyang setelah masuk waktu, malah membenarkan bersembahyang jumaat. ada juga kisah memalukan pekerja malaysia yg bekerja disana apabila dibenarkan sembahyang jumaat tapi mereka pergi ke restoran. hingga lah satu hari terserempak dgn ketua mereka direstoran. agaknya apalah yang terjadi bila kepercayaan dikhianati. org jepun sangat marah kepada org begini yang tidak berdisiplin. rakyat jepun mempunyai disiplin yang sangat tinggi.