Followers

Thursday, June 24, 2010

Habislah perbendaharaan negara

tak tau lah apa nak jadi..
saya cuba malas masuk bab politik..
tapi memang tak boleh.. sebab bila
apa2 berlaku, org tak join politik pun kena jugak..

setelah digegarkan dgn meluluskan lesen judi bola,
( kemudian cuba bagi alasan utk org bukan islam,
lepas tu bila org bukan islam mintak bukti bila
diorang mohon judi bola, tekial-kial Rais yatim
nak jawab) lepas tu kerajaan menghentikan
harga kawalan ayam simen dan besi,(susah la nak makan
ayam lepas ni., memang tak mampu la org melayu beli rumah.)
tambah canggih lagi org pulau pinang dapat bonus
bila tol jambatan naik 34%..haha

setelah memberi jaminan malaysia akan muflis jika
subsidi diteruskan (dah 52 tahun kita merdeka, dah berapa lama
ada subsidi, tak bankrup pun, sampai kat Najib kata nak
bankrup., tak tau memerintah bagi la kat org lain)
sekarang kerajaan UMNO membedal duit FELDA pulak.
haha.. habis segala jenis harta yg ada kat malaysia kena tibai..
hoi org melayu.., sedar lah..
habislah sapa masuk saham felda
dah macam skim cepat kaya.. melingkup juga


Isu Felda: Laporan polis dibuat terhadap PM
Zulaikha Zulkifli
Jun 23, 10
4:40pm

Laporan polis akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan atas perkara yang sama.

Mazlan berkata, ia kerana alasan dalam jawapan Ahmad di Parlimen mengenai sebab kejatuhan rizab tunai Felda itu, tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat 16 Jun lalu, Hamim Samuri (BN-Ledang) menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah RM4.08 bilion pada 2004, jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Katanya, perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan - RM2 bilion untuk tanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk pembinaan ibupejabat baru Felda.

"Isu ini sangat besar kerana membabitkan wang rakyat. Ke mana pergi duit itu? Saya mengharapkan siasatan terhadap isu ini dibuat," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Mazlan bersama empat orang peneroka felda Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada jam 10 pagi tadi, dengan diiringi oleh 30 peneroka Felda.

Laporan polis tersebut ialah mengenai relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda itu (Plantation),'' laporan polis tersebut dipetik.

Laporan itu juga menyebut, harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta, juga dipertikai.

Ia memetik laporan akhbar Berita Harian sisipan khas 26 Februari 2008, yang menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

"Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan BN kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu mendakwa, penyelewengan dan salahguna kuasa tersebut membabitkan kepentingan 112,635 openeroka dan 800,000 generasi baru Felda.

Sementara itu, Mazlan berkata, laporan polis yang sama akan dibuat oleh ANAK di Johor Jumaat ini dan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas itu.

http://malaysiakini.com/news/135353

Ini sebenarnya jumlah yg dicakap oleh kerajaan, tapi jika dikira jumlah sebenar kerugian
yg dialami, ia lebih teruk

penyata tunai felda mengikut kerajaan

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

susut 2.7 bilion - sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Penerimaan tunai Felda yg sebanar yg disembunyikan adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri

susut RM8 billion!

selesai duit org felda..


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27310:felda-hilang-rm8-bilion-bukannya-rm27-bilion&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

No comments:

Post a Comment