Followers

Sunday, August 22, 2010

Komik dulu dulu

Tok Awang Ngah - Berkelahi dgn syaitan

Masa dulu..tahaun 90 an.. buku macamni la jadi peneman masa boring..
Selain Tamar Jalis.. Tok Awang Ngah juga tak kurang hebat kesahnya..
sayangnya semua koleksi buku ni dah hilang.. masa tu mana fikir nak simpan
benda camni.. hari ni cari tak jumpa dah..

beza dia dengan Siri Bercakap Dengan Jin-Tamar jalis, tamar jalis lebih menceritakan
pengalam mengembara mengikut datuknya menentang kejahatan sihir dan syaitan.
ceritanya bersambung dan bersiri. kalau nak baca ..kena baca dari awal

kalau teringin nak baca masuk sini

http://tamarjalis.blogspot.com/

bagi Tok Awang Ngah pula lebih menceritakan pengalaman mengubati orang sakit yang terkena
ganguan jin, kebolehan Tok Awang Ngah mengubati Penyakit secara tidur dan memasuki
alam Jin sangat menarik. bagi saya yang dulu suka baca cerita camni.. rasanya cerita ini
ada benarnya kerana beberapa nama org dan tempat yang disebut memang ujud ditempat saya
sendiri..

dalam kenangan































sapa nak baca sesikit yang ada tu usaha blooger aki kita..
tengok la kat sini..

http://tokawangngah.blogspot.com/

11 dec 2010

Malangnya dah lama blog tu kejung pulak..
hari ni masa merayau kat masjid india.. lepak kejap
kat satu kedai india jual paper kat maidin.
masa duk belek majalah yang ada kat situ.
ternampak pulak ada buku Tok Awang Ngah
berkelahi dengan syaitan ni. terhimpit kat timbunan
buku lama. bawah sekali. selongkar punya
selongkar, jumpa lagi satu.. terus tangkap
dua2 sekali.. baru lagi la kulit dia..


Tok Awang Ngah-Godaan Syaitan

GODAAN SYAITAN

1. DENDAM PEREMPUAN TUA BERKUDIS
2. POKOK CENERAI BERDARAH
3. JANJI PUAKA LUBUK CINA
4. ILMU SANTAU TERSALAH GUNA
5. SEMAH KEPALA PEREMPUAN BUNTING
6. BUAYA MERANGKAK NAIK KERUMAH
7. KEPALA DI TUMBUHI POKOK KAYU
8. TIDUR DI KUBUR MOYANG LABUH





Tok Awang Ngah-Berkelahi Dengan Syaitan

BERKELAHI DENGAN SYAITAN

1. LEMBAGA TINGGI PENGHADANG JALAN
2. KEPALA MELAYANG DI POKOK ASAM
3. DUA LEMBAGA BERENTAP DI HUTAN
4. LEMBAGA TAK BERKEPALA DI BUKIT MERAH
5. PEREMPUAN TUA DI PONDOK USANG
6. BUAH KUNDUR BERGOLEK DITENGAH HALAMAN
7. PEREMPUAN MEMBASUH DI MALAM HARI
8. PEREMPUAN TERGANTUNG DI POKOK KELEMPUNG
9. KUBUR TOK MALIM BERLUBANG
10. HARIMAU MELOMPAT DITENGAH SERAMBI
11. RINTIHAN DARI KUBUR
12. LELAKI GIGI RONGAK
13. LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR
14. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP
15. MAYAT BANGUN MINTA AIR

rupanya buku ni dah diulang cetak tahun 2010..
buku ni last cetak tahun 1986
cuma pasaran dia tak meyeluruh.




Alamat Penerbit/pengedar

MULYA UTAMA ENTERPRISES
No 16 jln SG 6/14, Taman Seri Gombak
68100 Batu Cave, Selangor D.Ehsan
tel: 017-3671617

Sapa rajin pegi la kat situ.. mesti dapat satu set
7 jilid.


Ahmad Mahmud = Tamar Jalis
keluar dari persembunyian sewaktu wacana
siri TJ di ipoh bulan jun 2011

11 comments:

  1. publisher ni pn dh tutup kampeni...gulung tikar...dulu Buku Tok Awang ni top, dgr citer publisher lupa diri...Ada gak payment Tok Awang dia tak bg...tu pasal Tok Awang skip dr kampeni dia cr publisher lain...Mana Tok Awang ye?Berapa agknya umur Tok Awang?Wpn industri penerbitan tak besar mana,ssh btul nk cr Tok Awang..cerita pasal dia skit py tersebar...tp nk jmpa dia alahai...

    ReplyDelete
  2. dah tutp ke..baru cadang nak pi cari kat seri gombak tu..ingat nak beli 1 bundle.. besa la..org melayu meniaga.. banyak khianatnya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Tok Awang Ngah dan Tamar Jalis ialah org yang sama,dan Berkelahi dengan Syaitan adalah siri pengembaraannya masa tua..Siri bercakap dengan jin masa dia muda,ramai yang tak tahu..

    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  4. mana tau info ni.. ada sumber bagus ke.. share la..

    ReplyDelete
  5. uiyoo anonymous.

    biar benar info ni?
    tamar jalis baru je 'tunjuk muka'.

    tapi takde plak kot dia claim dia tok awang ngah?

    Wasalam.

    ReplyDelete
  6. pandai2 je...mereka 2 orang yang berbeza..rujuk wikipedia la

    ReplyDelete
  7. Tok Awang Ngah (TAN) bkn Tamar Jalis dan Tamar Jalis bkn TAN. dengar cerita TAN dah meninggal dunia.Semua kisah dalam buku yang ditulis mmg pengalaman dia mengubati pesakit dengan ilmu yang ditimba dari Prof Muchtar Lintang dan arwah ayah TAN mnjadikan beliau disegani siapa yg mengenalinya.saya salah seorg yg pernah mndpt rawatan dari TAN...

    ReplyDelete
  8. waaa..hebat..ada juga yang peranh jumpa TAN..

    ReplyDelete
  9. Prof Muchtar Lintang ni orang Indonesia. Kebetulan bulan Mei lepas sewaktu melawat Medan Indonesia, saya berkesempatan bertemu dengan adik Muchtar Lintang yng sekarang menjadi pemandu pelancong di medan. Prof Muchtar telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  10. Innalillah..Prof Muchtar dah meninggal rupanya. Saya tengah baca buku tulisan belia Hikmat Al Fatihah. Subhanallah..bagus sangat buku ni. Cetakan tahun 1977. Pustaka Antara. Saya nak cuba cari kalau buku ni masih ada dipasaran tapi rasanya pustaka ni pun dah x wujud. Bila google cuma ada satu naskhah di library Putrajaya.

    ReplyDelete