Followers

Thursday, October 7, 2010

Sajak - Si Anak Jalanan

MEMO SI ANAK JALANAN

Sahabatku..

Zaman ini Jebat di dewakan
Tuah pula tak berhati perut
Para sahabat,menantu dan mentua Rasulallah di kafirkan
Ibubapa hilang kebesaran
Alim ulama dijadikan rempahan
Al-Quran dan sunnah di komerselkan

Sahabatku..
Ranapnaya Kota Bagdad
Runtuhnya Islam di Spanyol,Hancurnya Utsmania di turki,
Baitul Muqaddis ke pangkuan zionis yahudi laknatullah
Kita jadikan satu Pengajaran bukan Mata Pelajaran

Sahabatku..
Taufik dan Hidayahnya peribadimu ya.. Rasulallah
Cahaya kegemilangan Kebijaksanaan para Sahabat dan Tabin
Kian malap disonglap kebersangkaan teknologi canggih
Kegemilangan sukan dan kilang-kilang serata
Cemerlang tinggal anak-anak dibuang-buang serata
Siapa yang bodoh?
Siapa yang pondan?
Siapa yang dayus?
Siapakah yang kita pertanggungjawabkan?
Cukupkah dengan berkata?
Cukupkah dengan menunggu?
Atau berdiam pentingkan diri jua?
Ataukah... ah……

Sahabatku..
Bangunlah engkau dari buai mimpi indah
Nyahkan hayalan-hayalan kosong dari fikiranmu
Buangkan budaya karut dalam dirimu

Sahabatku..
Sedarilah………
Kini kita bergelar hulubalang semangat
Arak bersembur melaungkan takbir
Islam Baka
Islam Pusaka
Islam turut mak, turut pak
Saudara baru kita, pun tak kemana jua

Sahabatku..
Kita tidak ada masa
Buktikan Al-Quran Ikutan Zaman
Buktikan Hadis perkataan AS-Sunnah
Buktikan Islam WAY OF LIFE
Buktikan I LOVE ALLAH
Zohirkan Kecemerlangan Islam Sebenarnya

Sahabatku
Kerana Ilmu kita berkasta
Kerana jahil kita berbantah
Sungguh akal kita barang terpakai jua
Firasat hijrah mendatang hampir
Menahan kita pukat di darat
Maaf... bersapakai perkataan,perbuatan dihati
Kad penganalan persaudaraan kelak
Iman,Islam dan ihsan perisai dan senjata adanya
Mari bersama kita berpegang tali
Di sini Ahmadiah Idrisiah di sana
ABJAD

Majlis Muhaadarah Madrasah Irsadiah Al- Ashraf Al- Wataniah SG. Bakap
1993( tahanawi dua)

Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD
http://abjad-sabah.blogspot.com/2010/09/memo-c-anak-jalanan-1993.html

No comments:

Post a Comment