Followers

Thursday, April 5, 2012

Labuan Island

Dah lama tak naik flight., tahun ni jadual keje berubah pulak.., kene pegi jelajah
satu malaysia. malaysia je la.. dulu last naik kapal terbang Transmile. sekarang ntah mana
pegi kapal terbang tu pun tak tau.

bulan lepas kene pergi Pulau Labuan. pernah sekali pergi sini. tapi masa tu tak sempat merayau pun. habis keje terus balik. kali ni special sikit. ada spend satu hari untuk merayau.

biasa la tunggu flight ni..check in kena awal..tapi selalu last minit kene delay flight.
kali ni kene tunggu 3 jam kat airport. KLIA tak ramai orang macam kat LCCT.



kamera ada kat tangan., pantang melintas je..mesti nak snap jugak..



dapat duduk kat sit ekonomi je..tu yang tempat duduk macam kaler tu..ekonomi la tu.


makan malam..nasi lauk ayam kurma.

kat sini la beza antara Air Asia dengan MAS. kalau naik pesawat MAS mesti ada meal punya.
kalau naik Air Asia., boleh pilih nak ada makan ke tak..kalau murah tu takde la..

dan dapat flight malam..apa aktiviti nak buat..tidur je la..nak ambik gambar gelap.
sampai Labuan dekat pukul 10 malam. ambil masa 2 jam lebih juga dari KL ke Labuan.

hari pertama kat situ..buat keje je la..balik tidur. esok nya dapat pegi jalan..yeyyyy..



VIOS-orang labuan ni kaya kot. diorang kasi saya pakai keta ni buat pegi jalan2. kereta ni kat situ standard kereta kancil kat semenanjung je. buat belasah pegi keje ..kalau dalam filem tu untuk buat langgar-langgar dan letup2 je.



tempat yg pertama pegi kat sini.. duty free .


takde la besar sgt tempat ni..sempat ambik gambar ni satu..lepas tu kene marah dgn pekerja kat situ..

lepas tu ada singgah kat pasar philiphine..beli baju dan barangan mutiara. tapi tak ambik gambar kat tempat tu sebab leka tengok barang jualan.


pulau labuan ni kecik je.. airport dia kat bahagian bawah..naik kereta sampai kat atas tu lebih kurang setengah jam je..tu pun bawak slow.


pantai ni tak ingat nama dia tapi dekat dengan surrender point la.
pantai dia sikit la punya cantik..kalau kat semenanjung ni..tentu takde tempat nak duduk.
tapi kat sini.. sapa pun takde. air jernih tapi tak de sapa mandi pun. ya la..orang sini hidup dari kecik keliling laut..pa heranya dengan laut.. kita ni je yang teliur tengok tempat macamni.
member yang dah lama duk sini cakap..pantai kat sini ada banyak obor-obor.. oo tu la takde sapa mandi.


yang pelik laut kat situ ada ikan ni pulak..macam ikan talapia. ikan ni naik atas darat dan mati.
banyak pulak tu. teringat juga cerita masa tsunami.. sebelum tsunami diorang cerita , ikan naik kedarat. tapi kat sini Alhamdulillah ..takde la pulak


hah..ni la yang dikatakan surrender point tu..tempat bersejarah cerita tentang perang dunia kedua antara jepun dan British/perikatan(NATO).


pemandangan ni kat pantai batu manikar, sama juga ..,takde orang mandi..yang ada dua orang ni je.


tapi kat pantai batu manikar ni juga dapat ambik satu benda menarik..haha..bebudak modified
basikal sampai jadi macam ni..haha hebat juga ni.

haaa. ni la mercu tanda pulau labuan.

ada juga melawat muzium..tapi gambar nya ntah macamana hilang pulak.
hari tu balik bilik pukul 6 ptg. esoknya dah nak balik.


fligh masa balik tu pukul 7.45 pagi. macam ni boleh la ambik gambar kat luar tu.


hidangan pagi tu dalam pesawat..nasi lemak.


cuaca agak baik hari tu..pemandangan kat luar cantik juga, seronok sambil makan nasi lemak..haha.


sampai KLIA pukul 10 pagi..dah ada kereta tunggu sana. perjalanan hari balik sangat mudah.
selamat tinggal Pulau Labuan. ada rezeki datang lagi.

6 comments:

  1. ade tips nak holiday kat langkawi tak??

    ReplyDelete
  2. alamak..langkawai dah lama tak pergi..dah tak ingat tempat menarik kat saya..lagi pun rasanya dah banyk sengat perubahan kat sana.. terima kasih ayien ocaca

    ReplyDelete
  3. Assalam lobai, amboiiii senyap2 je peri pulau labuan. Nampak menarik ya pantai kat sini, bersih je. Best la lobai sambil nyelam minum air, kerja sambil melancong, untuk dpt tgk tempat org

    ReplyDelete
  4. tak boleh la..kat sini tak boleh menyelam minum air..masinnnn.. haha

    ReplyDelete
  5. tag sini http://anieluv4u.blogspot.com/2012/04/followers-baru-seindah-biasa-blogspot.html

    ReplyDelete