Followers

Friday, January 15, 2010

Ilmu Kebal

saya terbaca iklan ilmu kebal dalam akbar..malah dlm intenet pun ada juga..
mereka menawarkan pakej yang menarik dah mudah sekali..
yang pentingnya ada duit..

persoalannya adakah Ilmu Kebal ini benar benar ujud..
atau tipu daya semata-mata.. saya yakin..ramai yang telah melihat sendiri..
atau melalui video clip..malah pernah dipaparkan dalam berita tv3
akan keujudan ilmu tersebut.. Tapi ujudkah ilmu itu dalam perspektif islam..


kita lihat sedikit pengenalan ilmu tersebut Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Ilmu kebal merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjata ataupun peluru. Ia merupakan satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan orang-orang Melayu nusantara yang kebanyakanya menetap di Malaysia, Indonesia, dan Filipina[1] tetapi turut termasuk kaum Cina (contohnya semasa Pemberontakan_Boxer.

Amalan ilmu kebal

Secara umumnya, ilmu kebal ini didapati melalui dua cara, iaitu melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal.

Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan, ia mungkin melalui pertapaan, atau memakan sesuatu. Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat, atau keris dan seumpama dengannya.

Satu contoh ilmu kebal dalam kisah Melayu silam adalah lagenda Hang Tuah yang kebal kerana keris Taming Sari, dan Mahsuri yang dikatakan tidak lut ditikam keris, sehinggalah keris pusaka keluarganya digunakan bagi menikam tubuhnya.

Kelamahannya

Ilmu kebal biasanya dipercayai sebagai memiliki kelemahan tersendiri. Pada kebiasaannya, pengamal ilmu kebal dikatakan kalah dengan sesuatu benda tertentu, seperti kebal tikaman keris tetapi boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya. Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna, mesti ada kecacatannya.

Perdebatan mengenainya

Terdapat perdebatan mengenai ilmu kebal ini kerana pada satu pihak, ia dianggap cuba mengatasi hukum Allah dan menganggap mengamalkannya merupakan amalan syirik (bantuan jin/syaitan) , sementara di satu pihak lagi menyatakan ia berlaku semata-mata dengan izin Allah.

Kepercayaan mengenai ilmu ini masih menebal sehingga hari ini, dan ia masih diamalkan oleh sesetengah pihak, terutamanya peminat-peminat seni mempertahankan diri seperti silat.

apakah pandangan ustaz-ustaz menegenai ilmu kebal

Istilah ilmu kebal tidak ada dalam Islam. Ini muktamad - samada Rasulullah SAW, para sahabat dll manusia.

Yang ada hanya berikut :

"Tidak akan luka jika Allah SWT tidak izinkan atau belum sampai waktu ajal pada seseorang itu."

Walau seseorang itu tinggi mana atau apa sahaja amalan seseorang itu - samada ingin menzahirkan dalam bentuk maunah/karomah/irhas termasuk mukjizat atau pun dalam bentuk sihir, syawazah, ilmu hitam, tangkal dsb - jika tiada keizinan Allah SWT, maka luka atau ajal akan tetap berlaku.

antara iklan ilmu kebal di intenet

http://www.alamghaib.com/IlmuKebal.html
http://rawatankampung.blogspot.com/2009/11/ilmu-kebal-rm250.html

antara bukti ilmu kebal adalah tipudaya syaitan semata-mata (berita tv3)
http://www.youtube.com/watch?v=RHVHHvT96HU




11 comments:

  1. sekarang ramai yang kebal guna ilmu salah..bela hantu, jin...mcm2 lagi....

    ReplyDelete
  2. betul tuh....tapi...ade gak kebal dgn minta dgn allah....dan dgn izinNya org itu kebal...

    ReplyDelete
  3. psychology warfare orang kolot...tipu dan menakutkan orang yang kolot kerana hukum2 sains tulah hukum yang multamat yg ditentukan oleh penciptanya...temberang orang dulu supaya musuh2 dia takut

    ReplyDelete
  4. hang tuah tu bukan fakta sejarah...cuma karya seorang pembesar Melayu yg kecewa...lalu menjadi tukang karut yang mahir bercerita...Tun Sr Lanang...umpama penulis novel zaman sekarang

    ReplyDelete
  5. Ilmu kebal kurun ke21 adalah...bullet proof vest, tanker...yg ghaib pula adalah anti radar detection...ilmu alghaib is arabic for knowledge of the unseen e.g.jin, angels etc...not real knowledge anyhow...kasihan umat melayu zaman 21century...frozen in time..bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. batinmu itu juga ghaib jadi gimana ?????

      Delete
    2. tepat sekali. om putih bilang wannabe - umpama wannabe superman

      Delete
  6. bagi saya ilmu kebal tu memang ujud .. saya pernah tengok video silat lincah omar din buat pertunjukan depan sultan pahang.. dia tetak anak murid dia dgn parang macam tetak ular.. tapi cuma kesan calar je.. yang jelas ,masa demonstrasi tu..anak murid dia macam dirasuk.. kira nya sama dgn hindu yang boleh jln atas bara..semuanya kena rasuk.. kalau takde penglibatan jin..memang tak jadi.. kebal asli takde.. dalam islam takde kebal..

    ReplyDelete
  7. ilmu kebal x wujud...mlainkan ptolongan jin & syaitan..kebal dalam islam adalah ayat2 al-quran dan dgn izin Allah swt..25 rasul yg kite wajib beriman ada yg bole mlembutkan besi,menghidupkn org yg sudah mati,mempunyai bala tentera dkalangan jin..semuanya dgn izin Allah swt sbagai mukjizat...tp seorang pun dkalangan mereka tiada yg kebal...nabi SAW pun pnah dbaling batu oleh org quraisy smpai patah gigi,muka bdarah,pengsan dmedan perang...itu mnunjuk kn kebal adalah amalan haram..amalan yg nabi SAW lakukan mnjadi contoh kpd kita sbg sunnah..amalan yg kite lakukan btentangan dgn amalan nabi SAW adalah haram...

    ReplyDelete
  8. ada ustaz tu cakap.. kalau ada pun ilmu kebal.. orang yang beriman tak kan mengamalkanya..
    sebab seolah olah mengelak dari syahid.. jika di teliti perjalanan hidul khalid al walid.. hidupnya hanya memburu syahid.. dia berperang dengan harapan untuk shahid.. kalau dah nak shahid.. apa gunanya kebal.. nak hidup menongkat langit sampai kiamat..

    ReplyDelete
  9. ilmu kebal sama mcm pakai baju besi. ia bukan utk mengelak mati, ia satu usaha utk keselamatan diri masa perang.

    yg pasti ilmu2 begini (selagi tidak berunsur pemujaan pd makhluk) adalah berupa doa saja. tidak ada gerenti. sama jg mcm membaca 3 Qul, walaupun ianya sunnah tp bukan jaminan gerenti terjauh iblis syaitan.

    ia bergantung kpd keizinan Allah semata2 dgn syarat2 kita sebagai org beriman.

    bila sesuatu amalan itu diisbatkan dgn amalan kebal, bukan bererti gerenti kebal. cuma ianya permohonan utk selamat dpd kesan senjata.

    ia jg bukan mengelak syahid. sebb syahid jg adalah anugerah Allah. kita tidak disuruh berperang dgn bodoh membuta tuli konon utk syahid. perang mesti hendakkan kemenangan, tetapi jika syahid, itu adalah anugerah. syahid adalah penggalak kdp yg berperang kerana Allah dan penaik semangat supaya tidak takut mati.

    begitu juga dgn amalan penyembuh dsb nya. takkan lah ia dianggap sebagai tidak redho kita diatas sakit yg berlaku dgn kehendak Allah. bukankah sakit itu penghapus dosa, maka apa perlu berubat? betul ke cara berfikir begini?

    ReplyDelete