Followers

Friday, January 1, 2010

Misteri Minangkabau



"Manusia Harimau"
Misteri Minangkabau

kisah yang membuka tirai 2010..

Kojolobak ko jolobu
tuai padi tigo tangkai
kalau kono "komat jolobu"
tak mati badan meranai

apakah "komat jolobu"?
kebanyakannya komuniti org lama mengaitkan dengan ilmu
yang diwarisi oleh orang minang untuk menjaga
kawasan mereka.. "jolobu"

cerita orang dulu-dulu..
jika pada masa dahulu.. sesiapa yang menceroboh
kawasan jelebu (yg berniat buruk)
maka secara sendirinya niat mereka akan
binasa (badan merana) kerana jelebu dikawal oleh penjaganya
tersendiri (org yg mempunyai ilmu yg sgt tinggi dlm kebatinan).. lebih dikenali
Komat Jolobu..

rasanya bukan kawasan jelebu sahaja yg memiliki
penjaganya.. malah kawaan lain dimalaysia juga begitu.. cuma gelaran nya
tidak glamour... zaman sekarang pun ada juga yg menjaga kawasan masing masing..
tapi lebih dikenali dgn samseng kampung, samseng taik kucing, kongsi gelap.. kalau kat KL tu lebih dikenali dgn DBKL.. hehe

THE LEGEND of "TOK LAMBIR"

sempat juga saya meng-interbiew ..beberapa org otai (old timer) org lama laa..hehe
pengalaman org yang pernah bertemu apa yang dikatakan "Penjaga kawasan jolobu"..
ia berupa seekor harimau yg tersangat besar.. lebih dikenali
dengan nama "Tok Lambir"..kadangkala berupa seekor lembu yg besar
cuba lah melalui bukit putus (kuala pilah).. selepas tengah malam..
jika nasib baik.. jumpa la seekor harimau terbaring ditengah jalan..
kalau tak tau nak apa nak baca masa ber chit-chat ngan tok lambir..
haaa.. duduk la kat situ sampai siang..ada la ayat dia hehe..
ada yg tak sedar diri panjat pokok getah bila terserempak harimau sewaktu menoreh
sebelum waktu subuh.. tok lambir (harimau) cukup marah kalau org
kerja sebelum subuh..nampak sangat tak solat subuh..boleh pulak tu
panjat pokok getah..pokok getah mana ada dahan.. nun..tingi menculin baru jumpa dahan.. haha..
walaubagaimana.. pun tok lambir tidak lah samapai mencederakan.. hanya
memberi amaran.. biasanya demam la jugak seminggu kalau terserempak tok lambir ni..
dan kebanyakan bercerita hanya nampak bahagian badan nya yang besar dan panjang..
tak pernah nampak muka harimau.. dia org kata.. kalau nak tengok muka harimau pegi la kat zoo..hehe

malah sampai hari ini pun masih ada kisah org terjumpa tok lambir melaui
kawasan mereka.. dikisahkan.. tok lambir mempunyai laluannya sendiri
sewaktu meronda kawasan jelebu..

ada juga beberapa org mengaku pernah belajar ilmu dari tok lambir..
mengikut ceritanya.. pada peringkat permulaan ..tok lambir akan menjelma dlm bentuk harimau
yang kecil lalu mengajar melompat..
jika berjaya kali pertama.. seterusnya tok lambir akan menjelma dalam bentuk
harimau yang lebih besar .. jika masih berjaya mengikut apa yg diajar oleh
tok lambir.. biasanya gerakan melompat seperti gaya harimau...(ya lah..dah belajar ngan harimau..
nak gaya beruk belajar la ngan beruk..huahhuah..)
kekuatan luar biasa akan semakin meningkat jika berjaya meneruskan latihan..
serterusnya tok lambir akan muncul dgn rupa harimau yg amat besar dgn rupa
amat menakutkan dengan taring yang panjang..dan bertanduk dibahagian bontot..haha ..yg tu nampak sangat pemongak (pembohong) nya tuu..
saja tambah.. bagi effect 3D Sikit..baru sedap cerita haha..
biasanya peringkat ini ramai yang pengsan.. tok lambir akan menjilat
orang yg pengsan tersebut.. dan ilmu yg dipelajari turut hilang..tak tau la ada tak yg tamat
belajar..

itu cumalah sedikit kisah tentang harimau dalam masyarakat Minang di Negeri Sembilan..
(walaubagaimana pun.. golongan hari ini biasanya tidak mengetahui
akan cerita komat jolobu dan tok lambir tersebut.. diorg lebih suka cari cerita naruto ngan avatar)
kisah diatas pula hanya disampaikan dari mulut-kemulut (artifitial respiration..hehe)
entah betul-entah tidak..kelentong diorang..kelentong la saya sekali..huahhuahhuah.!!


disini saya nak kongsikan cerita harimau jadian..
(cerita komik lebih kurang kisah tamar jalis je..tapi best gila ooo..)
yang banyak kaitannya dengan masyarakat minang original dari indonesia.. lebih tepat
kisah minagkabau dari batu sangkar,pagar ruyung,sumatera

silakan mendonlod..
sapa yg suka cerita Tamar Jalis comfirm suka cerita ni..

MANUSIA HARIMAU



Jilid 1
jilid 2
jilid 3

ada lagii.. coming soon..

apa macam org "jolobu" jom aa kita kongsi pengalaman kalau ada yg tahu , terserempak.. atau apa 2 maklumat tentang tok lambir dan komat jolobu ni.. rasanya tak jumpa lagi thread yang cerita pasal ni.. kalau banyak info , saya akan kumpul....kita boleh buat buku komik..haha..
ada yang berminat tulis kat komen yooo..

6 comments:

  1. Kek Pilah pon ado Tok Lambir ni ... memang kawasan orang Batu Hampar ada dijaga oleh Tok Lambir ... Dulu-dulu selalu la ditakutkan masa maghrib kena masuk rumah solat ... kalau tak nanti Tok Lambir menjelma kat luar rumah ... haha tak tau le sebab x pernah pon jumpa ...

    Masa kecik-kecik dulu kalau demam teruk mesti mimpikan harimau putih yang besar ... warnanya berkilat-kilat cantik ....

    Tapi tak tau adakah Tok Lambir dikategorikan sebagai saka???

    ReplyDelete
  2. kalau ikutkan semua orang negeri sembilan ada mewarisi saka harimau tok lambir. sesiapa org negeri sembilan yang nak buang saka kena bawak kari kepala kambing dgn taliperut dan kemeyan untuk buang saka harimau ni. kita tak buat..tapi org dulu yg buat..menyebabkan kita dapat juga sahamnya..

    ReplyDelete
  3. wujud ke? mst melibatkan beberapa keturunan saka 2.. wujud area mane je?

    ReplyDelete
  4. kalau ikutkan..semua org negeri sembilan yang nenek moyang dia amalkan adat pepatih..ada la saka ni.. sekarang kita tak amal pun adat pepatih.. tetapi pemerintah kita masih amalkan adat pepatih.. cuba awak tengok perlantikan yanm tuan besar tu.. dia di import khas dari pagar ruyung batu sangkar padang indonesia.. sebab perlembagaan adat pepatih.. yam tuan mesti original dari pagar ruyung indonesia..

    ReplyDelete
  5. As salam tuan empunya site. Menarik artikel nie, coz saya baru nak mencari salah silah, kerana baru tahu, asal arwah org tua adalah suku biduanda, perut waris (tang ni x tahu nak eja cemana) Tok Lambir ,Tok Patah, Wan Soso, ada lagi 3 nama x ingat. Nak merujuk kepada org tua2, semua dah xda. Kalau ada, susah nak jumpa (pasal jauh atau x kenal). Jadi apa yang nak saya maklumkan kat sini, golongan sekarang mmg tidak mengambil berat ttg adat dan amalan org lama2. Tetapi oleh kerana darah yg dikandung, mungkin golongan anak cucu cicit 'terkene tempias' dek Komat Yang mencari Tuan. Saya dah berubat banyak tempat, akibat sakit yang tidak dapat diselesaikan oleh doktor hospital. Banyak kali dah usaha membuang Komat ini. Namun tetap 'mereka' datang melawat @ menjenguk anak cucu dalam erti kata lain, mencari tuan yang baru. Apa yang boleh saya cakap kalau ada masa, molek kita berbual atas nama mencari maklumat dan berkongsi ilmu tentang salah silah Org Nismilan ni aa. WASALAM.

    ReplyDelete
  6. Mak sy pun dari suku Biduanda.. Kami dari kampung Gadong... generasi kini yg tinggal masih duduk di tanah adat Kg Gadong.

    ReplyDelete