Followers

Saturday, August 7, 2010

Belajar Buat Lemang Raya

Puasa belum start pun lagi.. tapi dah ada org buat lemang..
saya ambil kesempatan ni untuk mempelajari cara buat lemang
cara traditional nih.. sesambil tu boleh la share kat sini..

memula sebelum boleh makan lemang ni kena ada persiapan awal..



sarung tangan
sarung tangan tebal.. ini penting ni untuk menjaga kebersiahan tangan.
tambah nanti kita kena pegang buluh miang tu dan lemang panas.
kalau tak nanti lemag masak.. tangan kita pun masak sama..




topeng muka

penutup muka ni perlu masa kita nak pusing pusingkan lemang masa
bakar tu nanti.. bahang sgt panas masa tu..asap boleh memedihkan mata..
pilihla mana yang sesuai dgn anda.




penapis udara

penapis oksigen..kalau bagus penutup muka yang boleh menapis udara sekali..
mudah la buat kerja dalam asap yang banyak. lagi bagus kita pakai
tong oksigen terus..




apron atau pakai baju kalis api. ini untuk mengelakan kita terbakar
kena percikan api kalau angin tiup kayu api yg marak tu..

kalau dah ada semua ni baru lah mudah untuk kita memulakan
kerja buat lemang ni.. kira kalau nak gabungkan semua
peralatan tadi tu kita boleh jadikan satu
uniform khas untuk buat lemang ni.. lebih kurang
macam ni laa... baru syok buat lemang..



itu baru persiapan diri je.. belum nak kena pegi cari barang nak buat lemang
tapi kalau dah ada pakaian macamni..semua beres..
memula kena cari buluh dulu.. biasa buluh aur la... kena pegi kat sungai..

http://1.bp.blogspot.com/_l0C4x7QzOJg/R8JOxjoSOPI/AAAAAAAAAK8/Py5feaOQlF8/S254/DSC03570.JPG

buluh ni seeloknya kena potong dengan gergaji dekat ruas dia tu..
cari la yang ruas panjang sikit. buluh pulak pilih yang muda.. buluh
muda ni dia belum ada dahan lagi.. buluh ni nipis mudah nak bakar,
cepat masak.. itu kalau pandai jaga api la.. kalau tak pandai ..
ambil buluh tua yang dah banyak dahan tu.. buluh dia tebal..
kalau api besar pun susah nak berkerak lemang tu .. tapi
masak dia lama..banyak pakai kayu api ..





camni la potong dia. kalau takde gergaji mahal, pakai la gergaji murah..



daun pisang ni eloknya ambil pucuk dia yang bergulung tu..
senang nak masukan dalam buluh, lembut dan tak mudah koyak..
tapi kalau ada sepokok je pisang, ambil la daun yang muda, yang warna
hijau muda tu.. kalu tak cukup gak ..ambik je la yang daun
tua tu, yg warna hijau pekat tu..tapi, kena layur atas api dulu
untuk lembutkan dia, supaya tidak mudah koyak masa nak masukan
dalam buluh.











yang ni jangan lupa.. takde kayu api.. bilo nak masak lomang jang oii..!!




















ni tungku tempat nak bakar lemang .. kena ukur kat buluh yang dah dipotong
tu untuk menentukan tinggi tiang tu.. kang tak sampai pulak
masa nak sandarkan buluh lemang kat situ.















basuh la beras pulut ni macam biasa.. banyak ni 10 kilo ni..
dua gantang setengah lebih kurang.. dia org cakap camtu.. saya
pun tak tau cemana nak kira.. macam ni boleh dapat 40 batang
lemang nih..





















dah siap basuh, masukan terus santan, lagi banyak santan lagi bagus.,
kalau pekat santan, lemang dia lebih lemak dan berminyak..
dia tak melekat dengan daun pisang pembalut tu.. mana yang daun pisang
melekat sampai susah buka tu..kureng santan la tu.. bubuh santan sampai
tenggelam beras tu.. lepas tu bubuh garam sikit bagi ada rasa..
nak tau garam cukup tak cukup.., rasa la sikit santan tu..

seeloknya biarkan beras ni terendam selama 2 jam.. kasi santan meresap
kat beras tu.. beras tu pun akan kembang sedikit.. tak nak rendam pun tak pee..















sambil rendam beras tu..boleh la buat keje lain, ukur daun pisang yg
nak dimasukan kedalam buluh tu.. potong daun sama panjang dgn buluh
lebih sikit takpe..
















untuk tentu kan lebar daun yg nak potong tu. gulung buluh
kedalam daun tu, lebar dia satu gulung buluh je..
cantik gelang akak tu..hehe















ha.. yang ni dah siap potong punya.. cantik la besar tu daun
pisang tu.. potong daun ngan pisau lipat, alas plywood kat bawah.










pelepah pisang yg dah diraut daun dia, kena belah 2 macam tu..
untuk guna buat masukan daun kedalam buluh. jgn belah
sampai abis lak.. agak2 sam panjang ngan daun yg dah dipotong
ikut saiz buluh.















masukkan daun di celah belahan pelepah tu tadi..lepas tu gulung lah
sekecil yang boleh..













dah gulung macamtu.. boleh la ambik buluh..sumbat kan je..












masukkan pelahan2.. jgn koyak daun tu..pastikan daun tu
cecah sampai dasar buluh tu.

















dah siap masuk daun, terus je masuk beras yg direndam tadi.. kalau ikut org
kg. ni dia ukur pakai jari je.. jojok jari telunjuk kan mulut buluh tu..
hujung jari cecah beras..setakat tu la nak bubuh beras..
kalau nak ukur lebih kurang 4 inchi la..
lepas tu penuhkan santan kedalam buluh tu setakat mulut buluh je..
yg daun terlebih tu supaya jgn tumpah masa menggelegak je..
dah siap dah ni..boleh jerang dah.. nak bagus lagi..
sumbat lubang buluh tu dgn daun pisang yg lebih tu..
nak elak santan tumpah masa masak nanti..














kayu api tu tadi kena bakar sampai jadi bara..
bara ni aje kita ambil buat bakar lemang..





















camni la kedudukan lemang dengan bara api tu..emmm..boleh masak ke ni..















sampai malam beb.. pasal letak bara macam dah nak padam tadi tu..
dia mula mula kena la juga ada api macamni.. cuma kena jauhkan sikit
dari lemang tu je.. kalau dekat sangat kang jadi arang la lemang tu..
masa bakar ni api kena control.. jgn kecik sangat.. jgn besar sangat..
bara dia tolakkan hingga ke pangkal lemang tu.. nanti takde la..
masak kat tengah je kat pangkal tak masak.. sambil bakar tu..
kena rajin pusingkan lemang tu.. kalau tak..masak sebelah je la lemang tu..
time ni yang mencabar ni..















kalau lemang tu dah mendidih dan mula mengering.. boleh la
mulakan proses menghentak lemang tu pulak..kasi beras dia
kat dalam tu padat.. masa ni kena pakai glove atau kain tebal..
kena ada penutup muka.. ( bagi yg tak penah buat la )
lemang tu dah la panas gila..bahang api lagi..asap lagi..kang hentak
terlebih kuat kang memancut pulak santan tu kena muka..
masak pulak muka.. hentak tu pun jaga..jgn samapai terbelah dua
pulak buluh tu kang.. putih bijik mata tu..

hentak tu pun kena buat 15 min sekali masa dia mengering tu..
baru hasil dia hebat.. kalau santan dah kering tu..boleh la
surai kan api tinggalkan bara je kat pangkal lemang tu..
kira tunggu masak je la tu..



kalau jadi masak dia tadi..camni la rupa lemang yg siap di belah..
meleleh beb..



itu yang jadi dik oii...!! ni pulak yg tak jadi..dah penat buat..
keluar belanja besar.. lemang tak leh makan..hahaha.. jual balik
la uniform lemang tu..



ini tak mask la ni..mentah..

kalau dah jadi camni.. cerita pun tak guna.. ada cara lebih mudah..
kita pegi je kat sini..hehe




selesai masalalah..hahha.. biasa harga lemang sebatang.. 8 ke 15 ringgit
kat kampung rm8 kat bandar biasa rm10 sebatang, saiz biasa la..

itu baru cerita lemang.. belum cerita rendang dia ni..hehhee



ini kalau nak kejar buat rendang ni.. boleh berbuka puasa kita
kat sini gak nih..

6 comments: